kelik-kelik

Rabu, 31 Disember 2008

melankolik hujung tahun

2008, tahun ni kita tengok macam-macam benda da berlaku dari pilihanraya dari malaysia ke amerika hingga ke turun naik harga minyak (minyak je turun naik, barang naik tak reti nak turun) bagaimanapun malas la nak wat rumusan untuk setahun nih, tu keja wartawan bukan keja aku.

sekarang ni macam yang kita nampak memang terbukti yang ekonomi dunia da jatuh selepas sukan olimpik di beijing ari tu. jadi tak sia-sia gak aku up kan topik ni kat forum ipgmc pada julai lalu. diharapkan kesan tu tak berlarutan sampai ke malaysia dan menjejaskan ekonomi negara, walaupun kat tv pakar-pakar ekonomi bersut hitam yakin ia akan melanda malaysia dalam awal tahun 2009. sebabnya, kesian wo tengok berita pekerja kena buang. da la kos hidup semakin tinggi kena buang pulak..ibarat jatuh ditimpa tangga lalu tergolek ke kubang babi

Selain tu gak, nak highlight pasal penangguhan pembelian helikopter baru bagi kegunaan TUDM, setelah pelbagai drama di dada akhbar, di web, di forum akhirnya pembeliaan helikopter baru ditangguhkan atas alasan ekonomi yang tak stabil skang. Meskipun ni menimbulkan kekecewaan kat hati forumers MPSA haha..nak wat cam ne tepaksa la kita tengok lagi sikorsky bernama nuri terus terbang tinggi sampai masa yang tak pasti. Cite pasal MPSA pun best gak sebab aku ngan pok jat jr berganding bahu nak kutip kredit kat cari tu. tapi cam ne pun, komen2 aku lagi best sbb tu moderator slalu bagi kredit lebih wakaka.

Nak cite pasal dunia guru lak, parlimen da meluluskan institut pendidikan guru ini dan layak mengijazahkan pelajar-pelajarnya yang layak...kenaikan pangkat yang lebih banyak untuk pensyarah IPG juga telah diluluskan. Ni semua antara jasa bekas timbalan menteri pelajaran iaitu allahyarham dato’razali yang semasa berkhidmat di bpg turut merangka ipg dan semasa menjadi timbalan menteri telah membentangkan perkara in. Dalam tahun ni juga terpampang beberapa cite buruk mengenai pelajar ipg antaranya tragedi minyak hitam dan yg terbaru kes khalwat beberapa hari lepas. Pasal kes minyak hitam tu sedikit sebanyak memberi impak (positif & negatif) pada kita smua, dharapkan pembayaran elaun yg lebih licin utk taun depan dan PR yg lebih baik antara pentadbiran-hep-pelajar. Bab khalwat tu plak, aku rasa budak2 tu da kena basuh kaw-kaw dengan orang jabatan agama..balik maktab pun kena cuci lagi bagi bersih dan suci. Status sbagai pelajar institut pendidikan guru ni berat juga sebab selaku bakal guru, orang ramai mengharapkan perilaku terbaik ditunjukkan oleh kita. Sebab tu time aku dipaksa lepak-lepak kat bilik gerakan IPD, aku tak bagitau aku budak maktab..kalau bagi tau, aku rasa lama gak kena dengar ceramah detektif tu.

Cite pasal aku lak, yep tahun 2008 maknanya aku da 21 tahun. Tapi aku tak layak pegi mengundi taun nih, jadi jangan salahkan aku atas ape yang terjadi pada keputusan pilihanraya haha. Taun ni gak aku melangkah ke tahun 2 PISMP, yang da jadi ijazah sarjana muda perguruan lak. Taun ni gak course aku main tukar-tukar nama jadi PPRPET lak..suka tul main tuka-tuka nama. Mungkin orang atasan ikut petua orang dulu-dulu, kalau banyak masalah dgn bayi tu tukar je nama..sebab nama asal tak sesuai.
Taun ni gak aku berjaya wat mak aku belikan aku sebuah kuda besi yang berwarna biru menawan haha. Dan setelah sekian lama aku menyarung uniform pengakap sebab masa kecik-kecik tak jadi pengakap, da tua baru nak jadi pengakap. Aku rasanya macam dulu lagi, kalau aku marah-marah pun sebab aku manusia. Dan manusia tak sempurna, dan aku lelaki..lelaki memang ada ego, maruah, integriti, bersih, cekap, amanah smua la. Maafkan aku atas salah silap sepanjang 2008. teruskan berusaha untuk taun yang lebih baik di 2009.

Yang benar..artikel poyo no 0002

Selamat tinggal 2008, selamat datang 2009..
Selamat tinggal 2008 yang penuh dengan macam-macam
Selamat datang 2009, semoga dipenuhi dengan kebahagian, kemakmuran dan kesyukuran.
Selamat menyambut 1430 H.


p/s: disaat kita seronok disini, gaza sedang bermandi darah, dikepung dan dibedil dengan teruk..Al-Fatihah utk pejuang Islam disana. Kepada Israel, nantikan kehancuran..mungkin 1430h akan membawa suatu turning point.

Isnin, 15 Disember 2008

Planet Hitam

Cicakman 2: Planet Hitam merupakan sekuel kepada filem cicakman sebelum ini. Dalam Cicakman 2 ini watak Profesor Klon masih menjadi seteru utama bagi cicakman. Bezanya kali ini profesor klon lebih bernafsu besar iaitu ingin menjadi Presiden bagi metrofulus. Dia telah berjaya untuk mewujudkan keadaan tidak stabil di metrofulus melalui pencemaran sumber air yang bertukar menjadi hitam. Keadaan ini telah berjaya menekan kehidupan rakyat dan dengan manipulasi profesor klon, rakyat telah bangkit dan menuntut agar kerajaan sedia ada digulingkan. Sekarang nih, sebab minyak orang boleh berperang, kerajaan boleh tumbang tapi dalam masa tak lama lagi sebab air bersih akan huru harakan dunia.

Manakala, musuh baru cicakman ialah Rrama iaitu seorang wanita super yang ada kekuatan, cantik menarik dll. Cuma yang tak best ialah watak Rrama ni tak tau muncul dari mana, siapa sebenarnya dia iaitu selaku pembunuh upahan profesor klon ataupun lebih kepada rakan kongsi profesor klon. Motifnya mengikut arahan profesor klon juga tidak jelas. Walaupun dia digambarkan sebagai pembunuh yang psiko dengan menganggap pembunuhan yang dilakukan sebagai karya seni. Watak Miss Chee iaitu seorang penilik nasib dalam cite kali ni mungkin akan memainkan peranan besar kalau cicakman 3 berjaya difilemkan. Mungkin dia macam Oracle dalam the matrix, yang mula-mula nampak baik lepas tu baru tau niat sebenar (kalau tak salah aku la) Bagi aku yang tak belaja seni, filem dll filem kali nih boleh la dikatakan menarik walaupun dari banyak segi, tak boleh nak lawan cite superhero lain. Cicakman kali nih lebih menumpukan aksi dan memang padat dengan adegan tumbuk-menumbuk. Dari segi CGI memang tak boleh dinafikan memang lawa diaorang buat. Yusri berjaya menukarkan gua tempurung menjadi satu markas rahsia profesor klon. Haha aku tak pernah pikir lak masa pg gua tempurung buat kajian luar dulu ada orang nak buat filem dalam gua tu. Dari persoalan lain, seperti biasa seorang superhero tak boleh ada orang yang disayangi kalau ada..nahas la orang tu. Jadi sape-sape yang ada boyfriend ke adik beradik dengan superhero nih cepat-cepat la larikan diri haha.

mencuba lagi

dan semangatnya masih membara..menawarkan pilihan dalam kekusutan, memberi inspirasi kepada mereka yang masih jauh tenggelam dalam mimpi

dulu dia pernah berjuang sekali, terkandas dan dia ditertawa

sekarang dia bangkit!! lagi sekali..bangkit untuk terus berlari dan menawar diri menjadi calon pilihanraya kecil ini. Dia lah nenek Maimun, huhu nek maimun nak bertanding lagi dalam pilihanraya kecil nih walaupun percubaan yang lepas dia telah hilang wang pertaruhan.

cuma aku ragu-ragu dengan manifesto dia dulu antaranya nak menambahkan bilangan sekolah Inggeris di Kuala Terengganu, sedangkan aliran Inggeris da lama diserapkan dalam sistem persekolahan kebangsaan dan sekolah Inggeris da menjadi sekolah kebangsaan. huhu adios.


Khamis, 11 Disember 2008

amigos

Perjumpaan semula pada hari raya kedua Aidiladha telah berjaya dijalankan. Pertemuan kembali selepas 8 tahun meninggalkan baju putih seluar biru huhuhu sebab lepas tu pakai uniform lain lak baju putih seluar hijau..lepas tu aku upgrade baju pink seluar hijau haha metrosexual ke bangla tak tau la..

Kehadiran untuk bekas murid memuaskan walaupun ada yang tidak dapat meluangkan masa kerana terdapat urusan lain yang lebih penting. Bagaimanapun, diharapkan untuk aktiviti di masa depan lebih ramai akan tampil untuk turut serta dan menyumbang tenaga. Ahli jawatankuasa juga telah dipilih untuk merangka aktiviti yang bermanafaat dan boleh menjayakan aktiviti yang memenuhi aspirasi negara ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.

adios amigos..till we meet again..


aku ngan nuar, kawan dari pra sekolah



Selasa, 2 Disember 2008

SKBB 94-99

Tuan & Puan,

Adalah dengan ini saya mewakili encik penganjur iaitu Najmi ingin menjemput tuan puan ke majlis pertemuan kembali 'reunion'.

Tarikh: 9 Disember 2008
Masa : 9 pagi
Tempat: SKBB,Chenor,28100, Maran
Pakaian: Pakaian tradisi Melayu, Baju Melayu lengkap utk lelaki (ni pengajur suruh bukan aku)

sekian..
fadzli osman a.k.a lipak a.k.a batman

*sebarang pertanyaan, Najmi 012-9872565*

marilah bdk2 bukit bota upsr 99..tak kira dimana anda berada..terutama yang ada dalam malaysia dan kawasan sekitar temerloh-maran-chenor..yg keja tu, cuba la klu boleh datang.

Ahad, 30 November 2008

Filem Martial Art Pertama Malaysia?

kinta 1881

produser dia claim sebagai the first martial movie in malaysia..filem mengenai kisah di Kinta, Perak pada tahun1881 dimana daerah itu bergolak akibat perang dua kongsi cina iaitu ghee hin dan haisan. Cite kung-fu ni beb..mungkin la cite ni betul-betul ada elemen martial art, sebab sebelum ni dalam filem-filem bahasa melayu, da ada banyak dimasukkan unsur-unsur silat yang bermacam jenis nih.

ni sinopsis:

Darah, air peluh dan air mata. Sebuah kisah mengenai persaingan dendam di antara adik-beradik dalam perjuangan hidup. Dua dunia berlaga dalam epik yang tidak mempunyai kasih sayang

Kumpulan He De yang diketuai oleh Zheng Hong, meluaskan penjajahannya di Laut Selatan, bersepakat dengan kumpulan kongsi gelap untuk mengambil alih kuasa di atas pelombong. Sekumpulan individu termasuk Tiger, Ace dan Blaze bersepadu di bawah pucuk pimpinan Dragon yang berkarisma serta Li Tian yang bijaksana untuk menghalang hasut mereka. Dalam perjuangan untuk keadilan, persaingan antara hero yang bakal menggegarkan dunia akan berlaku ...

air mata dan darah da cukup la nak menunjukkan keperitan..penggunaan perkataan air peluh agak janggal dalam penulisan berbentuk mcm nih..x gramatis, patut guna perkataan keringat. ni mesti translate dari english..blood, sweat and tears.

kepada produser filem, buat la weh cite-cite cam zaman 90 an tu..tp bajet kena tinggi baru nampak real..cite macam hati waja ke, semutar hitam ke, keris hitam bersepuh emas

Isnin, 24 November 2008

Temerloh: Antara seni dan perjuangan

antara seni dan perjuangan...dua perkara yang nampak berbeza dalam kotak pemikiran aku.


wadah perjuangan telah lama bersemadi dalam diri anak-anak temerloh, perjuangan bagaikan telah menjadi darah daging mereka sejak zaman berzaman. daerah ini telah menyaksikan bagaimana kecundangnya sipahi-sipahi yang diimport jauh oleh british di tangan anak-anak tempatan. Siapa yang tidak pernah dengar cerita kepahlawanan Tok Gajah, Dato'Bahaman, Mat Kilau, Mat Kelubi. Semua mereka ini pernah berjuang mempertahankan hak dan kehormatan mereka dari dirampas oleh penjajah. Silat dan gerak langkah mereka ini memang tinggi dan mampu menumpaskan jiwa mereka yang angkuh dengan senapang. Namun, telah tersurat yang mereka perlu berundur untuk merangka strategi yang lebih mantap. Biarpun begitu, berundur bukan bermaksud mereka tewas dan menyerah. Mat Kilau telah mengisytiharkan dirinya pada tahun 1969 di sebuah masjid di Jerantut. Pahlawan ini telah disahkan oleh kerajaan negeri yang telah membuat siasatan.



semangat itu kemudian diwarisi pula oleh pemimpin-pemimpin yang lahir dari sini. semangat kepahlawanan tok gajah dan dato' bahaman menjadi inspirasi kepada mereka. di daerah ini la lahirnya pemimpin yang meniupkan semangat nasionalisme Ibrahim Hj Yaakob (Kesatuan Melayu Muda), Ishak Hj Mohammad dan beberapa lagi pemimpin besar Parti Kebangsaan Melayu Malaya iaitu parti melayu yang pertama sekali di Tanah Melayu ketika itu. malah apabila british telah mengisytiharkan darurat pada tahun 1948, telah mewujudkan satu keadaan dimana nasionalis kiri telah terhimpit dan mereka terus diperalatkan lantas menyertai Parti Komunis Malaya malah PKM telah memanipulasi keadaan ini dengan menubuhkan Rejimen Ke 10 PKM di Kerdau, Temerloh. Harapan PKM, ia akan dapat menarik sokongan dari orang melayu lain kepada perjuangan sia-sia mereka. Aku disini tidak mahu menjustifikasi tindakan rejimen ke 10, cuma bagi aku walaupun asalnya niat mereka untuk membebaskan negara dari penjajahan tetapi dari tindakan mereka selepas merdeka membuktikan mereka ingin berkuasa dan terus mendukung ideologi Karl Marx itu, malah Das Kapital dijadikan panduan dan pegangan mereka.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin dari daerah ini telah membuktikan kemampuan mereka di peringkat kebangsaan apabila telah dipilih untuk menjadi anggota kabinet antaranya ialah Abdul Rahman Talib iaitu bekas menteri pelajaran yang telah mengeluarkan laporan Rahman Talib berkenaan sistem pendidikan negara pada waktu itu. Ia kemudian diteruskan dengan lapisan pemimpin baru seperti Sabarudin Chik yang turut menjadi anggota kabinet. Sekarang ia telah disambung oleh Timbalan Menteri Kem Keushawanan dan Kooperasi, Datuk Sharifudin.

Seni, Kesenian dan Orang Seni

Seni boleh terdiri dari pelbagai cabang dan bentuk kerana seni itu bersifat artistik dan universal. Manusia boleh mentafsirkan seni sebagai perkara yang halus, rumit dan sukar untuk difahami tetapi itu lah seni. Pak Sako atau nama sebenarnya Ishak Haji Muhammad merupakan salah seorang dari tokoh sastera negara ini. Walaupun mendapat pendidikan Inggeris, Pak Sako telah meniupkan semangat merdeka melalui penulisan lama sebelum negara ini mencapai kemerdekaan. Penulisan beliau sentiasa menyeru kepada perubahan sikap orang melayu agar bangkit menentang kolonialisme. Sampai sekarang, novel Putera Gunung Tahan menjadi bacaan pelajar-pelajar di sekolah menengah.Mana kala, novel Anak Mat Lela Gila masih relevan walaupun di era ini. Bagi pelajar sastera, Pak Sako merupakan salah seorang dari tokoh yang telah menggerakan dunia sastera di Malaysia. Itu dalam penulisan, dalam bidang seni suara pula nama seperti Sudirman dan Siti Nurhaliza merupakan antara bintang besar yang telah lahir di daerah ini. Pencapaian kedua artis ini memang tidak dapat disangkal lagi. Sudirman sendiri merupakan pelakon dalam filem KAMI (bukan kami yang indie tu). Filem yang sedikit sebanyak menceritakan mengenainya. Dalam filem ini boleh didapati bagaimana dua watak dari filem ini seorang dari temerloh dan seorang lagi dari chenor telah pergi ke kuala lumpur kerana melarikan diri dari keluarga dan masalah yang menimpa mereka disini. Hubungan persahabatan pantas terjalin apabila mereka sama-sama menghadapi realiti hidup di kota.

Antara seni dan perjuangan adakah ia saling berkait?

-sampai disini dulu-ada masa-ada kelapangan minda aku sambung lagi-

nama-nama lain:
Tan Sri Yahya Mohd. Seh - Bekas Menteri Besar Pahang
Dato' Abu Samah
Dato' Awang Ngah
Dato Bahaman - Pejuang Menentang Penjajah Inggeris
Dato' S. Roomainor - Seniman
Abd. Rahman Talib - Bekas Menteri Pelajaran Malaysia
Kamaruzaman Teh - Nasionalis
Che Puan Ramlah Bt. Dahalan - Nasionalis
Satar Hj. Dahan - Nasionalis
sumbangan wiki

Temerloh Suatu Pengenalan

Temerloh, ada apa dengan daerah nih...haha mc d pun x da..starbuck pun x da..takat secret apa barang [getus hati sang pemuda kay ell] bukan aku ek..sekadar fiksyen je nih

Mengikut satu versi , nama temerloh asalnya dari perkataan mereloh yang bermaksud tidor. Dalam satu penggembaraan (ala-ala LOTR) seorang pengembara Bugis telah ternampak seorang sakai @ orang asli @ rakyat panggilan orang pahang telah tertidur di bawah sepohon pokok dan di tepi sungai Pahang. Maka orang bugis itu bertanya kat orang asli tu apa yang dia buat, dia pun cakap la dia termereloh (tertidor). Dari situ la datangnya nama temerloh. Cerita ni tak dapat dipastikan kebenaran, ada sikit persamaan dengan cerita nama Sydney iaitu melibatkan penggembara dan orang asli.

Daerah ini terletak di tengah-tengah negeri Pahang the great yang aman makmur =) dikatakan terletak kira-kira 163 kaki dari paras laut. Selalu ditenggelami banjir pada musim tengkujuh. Berkedudukan 3°27'U dan 102°26'T diatas peta. Memiliki sebuah bandar iaitu bandar Temerloh sendiri serta beberapa lagi buah pekan. Dikenali sebagai Bandar Ikan Patin oleh Majlis Perbandaran Temerloh.

Ahad, 23 November 2008

survey

musim cuti sekolah nih hilang pulok survey-survey kat bulletin board friendster ek..
budak-budak yang post survey ni tengah melancong ke atau tengah amik spm?
aku tak nak cakap banyak, tapi bila ilang survey-survey nih bulletin board tu boleh la berfungsi sebagaimana ia sepatutnya. Tak perlu lagi nak host kan benda-benda yang bersifat spam, surat berantai tu. Kenapa aku cakap surat berantai? sebabnya ada ke patut suruh orang yang baca tu jawab survey..sudahnya ada bermacam-macam survey..
Bagus-bagus...kalau nak diikutkan, survey-survey tu memang bersifat peribadi dan perlu la dipost kan kat blog masing-masing..bukan ke frenster ada bagi blog suruh buat. Nak jawab banyak mana pun jawab la kat situ. Kat situ barulah betul, sebab orang yang berminat je boleh baca. korang boleh la bagitau bila korang makan, apa korang makan dll..baru la cam artis =)
satu lagi aku tak suka penggunaan tajuk yg mengelirukan i've married la..hiv la..dengan tajuk mengelirukan..ia menarik orang nak baca. (nettique weh..) ya la kawan kan, mesti la nak amik tau kalau kawan lama dorang kena hiv ke haha
aku bukan nak marah pun, frenster bukan aku punya tp pikir la..orang lain guna bulletin board tu utk inform perkara penting cam result exam da kuar ke, pasal handphone hilang ke, pasal jemputan kahwin ke..sekali benda nih kena duk bawah sebab ada orang rajin jawab survey sampai berkali-kali satu hari. kalau nak ikut kan, FRIENDSTER Team yang paling layak nak post bulletin berkali-kali nih, sebab memang dorang keja dengan friendster. tapi tak de pulak dorang nak post sesuka hati.
akhir kata, kekal kan prestasi macam nih haha..selamat bercuti

Isnin, 17 November 2008

tagged kini disambung kembali =)

Rules:1. the rules of the game get posted at the beginning
2. each player answers the questions about themselves
3. at the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog.

koi da di tag oleh suhaimi..demi mengisi masa senggang nih koi jawab la ek..

starting time: ikut jam aku 1533, ikut jam pc cc ni 2145 haha..pilih ikut sesuai ek

name
mohd nor fadzli bin osman @ abd rahman..kudabesi tu bukan nama sebenar

sisters
norlailie osman

brothers
mohd firdaus osman

shoe size
x yah tau la =)

height
cukup la klu nak masuk jd pramugara haha

where do u live?
chenor bukan chernobyl..somewhere in pahang..in the deep jungle haha
kadang2 jd pemuastatin kat ipba..lembah pantai darul izzah hehe

have u been on plane?
what plane? haha saya suka jalan kaki jer..alam selamat..jantung sihat..ekonomi jimat
alasan jer tu

swam in the ocean?
x leh terapung tanpa PFD..tp biasa la gi outdoor kat langkawi, pangkor..huhu capsized kan kayak kira swam la tu dak?

fallen asleep in school?
haha susah nak tdo kat sekolah ni tak kondusif la..patut kusi tu lembut sket

broken someone's heart?
entah..sapa nak bagi tau..

fell off your chair?
biasa la.

sat by the phone and waited all night for someone to call?
haha sapa nak call aku..malam2..tdo aku bermakna sangat

saved emails?
yup ada beribu emel dalam inbox..aku suka join yahoo group

what is your room like?
biasa jer..kat umah bersih la..kat ostel lagi bersih haha

what's right beside you?
deretan pc

what was the last thing you ate?
nasi lemak mak buat

ever had chicken pox?
nope...

like picnics?suka2

who was/were the last person you dance with?
menari nope?

who do you last yelled at?
aritu aku ngamuk haha

today did you talk to someone you like
adik aku..

kissed anyone?kiss..band glam rock satu masa dulu..lelaki kucing sume nih
get sick?yup

talk to an ex?yup..ex classmate, school mate, roommate
missed someone?ya

who do you really hate?
entah lah..
do you like your handwriting?
haha perlu diperbaiki lg..

are your toenails painted?
tak de keja

whose bed other than yours would you rather sleep in?
x tau..x suke tdo2 tmpat org nih

what colour shirt are you wearing now?putih..baju levis suhaimi bg

are you a friendly person?saya introvert..

do you have any pets?digimon aku la

do you sleep with the tv on?
membazir

what are you doing right now?jwb benda nih

can you handle the truth?depends. (sama cam semi)

are you closer to your mother or father?
mak ayah

do you eat healthy?
ya..minum coke setiap minggu

do you still have pictures of you and your ex?
amenda la..gambo ngan ex schoolmate dlm majalah skola ada la

if u're having a bad day, who would you most likely go to?
Pegawai Meteorologi, Jabatan Kaji Cuaca haha

are you loud or quiet most of the time?
ye..kadang2 loud gak kdg2 quiet

are you confident?
saya yakin!!!! haha

5 things i did 10 years ago:
1. tgk SUKOM 98 kat tv hehe
2. tgk team pilihan aku, brazil kalah world cup
3. aku pg rombongan teakhir sbagai plajar skola ke KLIA, Bkt Jalil, KLCC..lepas tu aku x join da rombongan skola nih.
4. pustakawan skbb
5. ahli PBSM yg berjaya huhu

5 things i would do if i am a billionaire:
1. bukak deadclown group of company secepat mungkin
2. masuk kelab billlionair melayu..wat yayasan pendidikan utk wat skola elit haha
3. bayar zakat, pg haji, derma
4. aku beli superbike, keta sport ngan leisure, bot..
5. beli collected item cam pistol, keris lama, lukisan baru cam orang kaya

5 of my bad habits:
1. minum byk sgt air gas
2. pemalas
3. jarang rajin
4. lazy
5. panas baran haha

5 places i used to live in:
1. Kg Bukit Lada
2. Jengka 25 time cuti skola dulu2..lepak2 kat gunung senyum
3. asrama pantai puri
aku duk x banyak tempat huhu..sayang nak tinggal2 umah nih

Right. Now i tag:
1.sesapa yg nak jawab

Sabtu, 15 November 2008

Sajak Kematian -edit

huhu cite nih da agak lama da..suhaimi da tulis pasal cite nih, kat forum IPGMC pun ada thread pasal nih..kat cari pun ada..tp dulu masa exam, ada seorang kawan tanya pendapat aku pasal isu nih..yang tanya pun macam kita jugak iaitu bakal guru yang bezanya dia amik kat UTM & tak dapat amik biasiswa KPM (KH tak ditawarkan biasiswa) aku pun masa tu sibuk kan...nak exam hehe jadi aku kata aku reply kat blog je la bila da habis exam nanti.dalam banyak-banyak cerita, cerita pasal cikgu, sekolah, murid dan alam belajar jugak lah boleh menarik hits kat media massa.

Dalam isu nih, kebanyakan ibu-bapa memang setuju dengan penayangan video nih disekolah. Sebabnya ia baik dan boleh memberi manafaat la di waktu senggang sekolah selepas tamat peperiksaan akhir taun.

Mengikut Jean Piaget, umur kanak-kanak dari 7-11 tahun termasuk dibawah tahap operasi konkrit. Dalam tahap ini kanak-kanak sudah boleh berfikir mana yang baik mana yang buruk (mumaiyiz kan?) pada tahap ini juga kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Mereka nak tahu macam mana laut berwarna biru, macam mana KLCC orang buat, macam-macam la. Dan ditahap ini mereka belum lagi boleh memahami atau menaakul konsep-konsep bersifat abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Jadi kalau kita kait balik dengan video nih, ustaz, ustazah atau cikgu nih cuba untuk menunjukkan bagaimana seksa kubur kepada murid-murid dalam bentuk video. Ya, mengikut piaget mereka tak faham mengenai konsep keagamaan ini tapi itu dalam bentuk abstrak.. mengikut pemahaman aku la, video ini sendiri da boleh menyedarkan akan beratnya seksaan dalam kubur berbanding dengan sekadar penceritaan atau sekadar membaca.

Selain itu, bak kata suhaimi dan kebanyakan forummers mereka memilih untuk menyokong tindakan ini berdasarkan keadaan semasa sekarang. Sekarang ni ada pelbagai jenis drama bersiri hantu, filem, animasi, games dll. Kanak-kanak da memang terdedah kepada benda-benda yang lebih menyeramkan. Memang diakui seseorang itu berbeza-beza tahapdan yang terakhir ialah mengikut keterangan sorang forummer, video ni bukan ditayangkan secara terus menurus kepada murid sebaliknya ada penerangan berperingkat-peringkat. Video ni dimainkan kemudian jeda dan cikgu terangkan, kemudian main balik n cikgu terang lagi. Kalau betul apa yg forumer ni cakap, ia bukannya seperti yang aku sangka iaitu cikgu pasang, budak tengok dan kemudian balik. Sebaliknya video nih digunakan dalam sesi interaksi la walaupun bukan secara formal.yang jadi masalah mungkin budak tu betul-betul lemah semangat kot, terbawa-bawa sampai ke rumah & ibu bapa dia mungkin tak bleh nak handle dan terangkan.

Lagi pun, ibu bapa zaman sekarang sangat pandai bab2 psikologi, undang-undang salah skit je abislah dibambu cikgu.okeh itu je la..nak balik nih..nak kemas..aku pun selalu leka dan lalai gak..kalau salah tolong betulkan, saya memang budak baru belajar..apa yang saya tulis dari apa saya rasa, dari apa yang saya baca..

aku edit..da taip penuh tapi masa post dia kuar separuh jer..maksud tak sampai..

Jumaat, 14 November 2008

surat untuk obama

Dear Mr President to be;

Please allow me to use my mother tongue in writing this letter, after all my mother tongue is a beautiful language, once a
lingua franca in this archipelago and the most important is you are the president of the united states of america..surely you can afford to hire a malay linguist or atleast an interpreter for the Bahasa Melayu..sorry for grammartical errror, i still found it hard to write in english.

Tuan Presiden,

tahniah atas kejayaan tuan dalam pilihanraya presiden amerika yang lalu, kejayaan tuan bukan lah mengejutkan sangat kerana sudah diramalkan yang tuan akan menang kerana calon republikan tu nampak sangat tak de idea. semata-mata nak menyambung legasi bush saja.. dia juga dilihat sudah tua berbanding dengan tuan.

tujuan saya tulis nih bukan nak puji-puji tuan, tak de masa saya nak puji-puji orang nih..(baik puji-puji pensyarah, dapat markah sahsiah tinggi) dalam masa kempen tuan untuk ke white house, tuan telah berkempen kepada perubahan..(perubahan; satu terma yang boleh mengubah perjalanan politik dari utara ke selatan)

ya, perubahan..sebagai seorang presiden dan komander kepada angkatan bersenjata yang moden lagi gagah (ceh) diharapkan tuan boleh membawa perubahan kepada dunia. Yang dipinta ialah perubahan ke arah positif bukan ke arah kehancuran. Tak perlu lagi pencerobohan kepada negara lain. Israel pula patut dikekang, atau mungkin sekali dibubarkan dan mewujudkan kembali negara Palestin di bumi kelahiran Nabi Isa itu. Ya, sebab tuan berbeza warna kulit dengan presiden sebelum ini maka tuan akan dilihat melaksanakan dasar yang berbeza.

Tuan Presiden;

saya menulis surat ini bukan lah untuk campur tangan dalam urus tadbir negara orang (saya banyak lagi kerja lain nak buat) tapi saya menulis ini selepas melihat yang ramai kawan-kawan saya pada awalnya percaya yang Obama akan membawa perubahan terutama terhadap dasar negara amerika dengan israel. Israel yang ditaja oleh pihak tuan telah melakukan jenayah perang bertahun-tahun lamanya. Perdana Menteri mereka serta panglima perang mereka adalah setaraf atau lebih kejam lagi dari Radovan Karadjic dan Saddam Hussian serta Ali Kimia.
Saya juga percaya yang tuan tak perlu risau pasal pengaruh Yahudi tu, atau pun geng samseng klu klax klan sebab geng nigger mesti nak back up punya. geng Blood ada geng Crips ada..macam2 ada..kalau perlu, tuan bleh jadi sworn brothers mereka.

Saya juga percaya, walaupun tuan da lantik yahudi jadi chief of staff sbagai membuktikan yg tuan nih pro yahudi..masih ramai lagi kawan-kawan saya yang leh anggap tuan boleh membawa perubahan. Hehe walaupun saya da berjaya pengaruh dorang skit-skit.

Akhir kata, tuan pikir la sendiri..jangan nak masuk campur urusan malaysia lak. Kami tak suka orang nak masuk campur nih..kami pun pandai berfikir, kalau tak pandai, tak de la yang lulus dari OXBRIDGE dengan Ivy Leauge.

saya yang pandai;
kudabesi87
chenor-maran-temerloh
Darjah KebeSaran: upsr,pmr,spm,ppismp,papret sem 1-2, pismp 3-4

Sabtu, 8 November 2008

Sudah Sampai Waktunya Kita Bersatu!


credit picture to: cari.com, iluvislam.com

Seperti mana yang kita tahu, baru-baru ni Majlis Fatwa telah mengeluarkan fatwa mengharamkan aktiviti pengkid @ tomboi @ lesbian @ lesbo dan seangkatan denganya. Hukum menjadi pengkid bagi umat islam ni memang da diketahui oleh umat Islam yang belajar Pendidikan Islam paling kurang kat sekolah menengah biasa, tak pegi sekolah berasrama penuh agama pun kita memang diajar yang perbuatan perempuan menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai perempuan ini haram.

yang aku nak cerita sekarang bukanlah mengenai fatwa tuh, siapalah aku nak berdebat pasal fatwa sedangkan diri masih jahil dan kurang ilmu agama nih. lainlah lulusan sekolah pondok ke al-azhar ke...atau paling kurang nuqaba la hehe..

yang aku nak cerita, ialah mengenai protes oleh NGO (entah layak ke tak panggil diri NGO sebab mungkin tak berdaftar bawah Registrar of Society) yang membantah fatwa ini. semalam di KLCC mereka telah buat protes atau demonstrasi. Haha apebenda la tarikan KLCC ni ek..Hindraf wat kat situ, demonstrasi yang nih pun buat kat situ. Demonstrasi ini mengikut laporan akhbar di dalangi oleh kumpulan Katagender yang kononnya mempromosikan sensitiviti gender dan sebuah lagi ialah Food Not Bomb..yang kumpulan nih aku biasa dengar sebab masa perang Iraq dulu diaorang aktif wat gig n aktiviti lain kumpul dana nak dihantar ke Iraq sebagai bantuan kemanusiaan.

Siapa mereka nak mempersoalkan majlis fatwa? majlis fatwa ini bukan dianggotai oleh mereka yang tak reti berfikir. Mereka ini ahli agama, ilmuwan dan setiap keputusan yang dibuat berdasarkan nas dan dalil. Apa yang lebih menyakitkan hati jurucakap bagi kumpulan ini terangan bukan islam.

yang aku nampak sekarang, mereka da lakukan kesalahan melanggar undang-undang negara..

pertama, terlibat dalam kumpulan yang meragukan (mungkin haram, kalau tak daftar bawah ROS)

kedua, berkumpul lebih 3 orang tanpa permit ( tak tau la, kalau dibenarkan pulak oleh pihak berkuasa)

ketiga, mengeluarkan kenyataan yang boleh memecahbelahkan negara


Golongan-golongan ini mengikut bahasa sosiologi digelar deviant budaya, kerana apa yang mereka percaya bertentangan dengan norma-norma yang dipegang oleh masyarakat, kalau tak salah la..da lama tinggalkan sosiologi nih. Kalau dulu mereka menyembunyikan diri, menyorok identiti..sekarang mereka sudah berani..menongkah arus dan menuduh bilangan masyarakat lain sebagai bodoh, totok, kampung dan sebagainya. Kalau semalam mereka berani berdemonstrasi di KLCC, tak mustahil satu masa nanti mereka mintak supaya kontinjen mereka dibenarkan membuat perarakan waktu Merdeka. pada waktu itu, apa lagi yang kita nak cakap? nak boo? atau bertepuk-tangan tanda kita sudah Merdeka jiwa dan raga..aku akan cakap "butoh" beberapa kali (ah, aku sudah mencemarkan page nih), setahu aku tak de agama yang benarkan homoseksual nih..Ah Ning yang bertafaf paderi tu pun kutok perbuatan ini

akhir kata,
saya cintakan malaysia

Jumaat, 7 November 2008

Pondok

pak mat menyedut asap dari rokok kegemarannya, dia tahu ia racun tapi siapa peduli..

dalam ketenangan pagi pak mat mengambil masa menikmati pemandangan kampung..sudah berapa tahun tinggal disini bersama-sama dengan penduduk yang lain. Boleh dikatakan mereka semua punyai ikatan persaudaraan antara satu sama lain. pak mat merenung jauh, mengenang kembali waktu dahulu ketika dia bersama-sama meneroka kawasan hutan ini dan mereka membina sebuah kampung. Tapi itu dulu, sekarang zaman sudah berubah..kampung yang dulu permai kini mula digugat..digugat atas nama kemajuan dan wang.

Berkali-kali pemaju cuba memujuk dia untuk menjual rumahnya untuk dijual agar laluan lebuhraya baru merentasi semenanjung bumi emas..bagi pak mat tiada sebab dia perlu menjual rumah ini, apa lagi yang perlu dikejar dalam hidup. Setelah pemergian Mak Temah, dia merasakan dia sendirian dan tidak merancang untuk mencari pengganti. Anaknya, Kamarul telah lama menetap di kota mencari penghidupan disana. Kamarul telah lama tidak bertanya tentang bapanya.

Sesekali, pak mat teringat kembali akan pembinaan rumah ini..walaupun ia bertaraf pondok di pemikiran pegawai tinggi syarikat, ia merupakan satu rumah yang dibina dengan usaha pak mat sendiri dan dihiasi dengan kasih sayang mereka sekeluarga dan disinari dengan cahaya iman. Bukan itu juga penyebabnya, pak mat membina rumah ini pada tahun merdeka. Ia dibina setelah puas pak mat merasa jerih perih dikerah oleh penjajah ketika bekerja di estet tuan william. Hasil gaji yang disimpan itulah pak mat mula membina rumah di sebidang tanah yang diteroka oleh saudara mara. 51 tahun rumah itu telah tegak berdiri, melindungi keluarga ini dari terik mentari dan hujan ribut. di rumah ini, kamarul dilahirkan, di rumah ini kamarul dibesarkan serta di rumah ini mak temah kembali bertemu pencipta Nya.

Rumah kecil beratap zink, bertiangkan meranti ini masih teguh berdiri. Ia dibina dengan semangat merdeka dan sebagaimana Malaysia terus teguh berdiri begitulah ia terus dibiarkan berdiri. Rumah ini istimewa, sewaktu awal pembinaanya Pak Mat menghadapi kesempitan lantas sahabatnya tauke wong memberi pertolongan. memberi pak mat mengambil dahulu kayu dan atap tanpa bayaran. Pada waktu itu, tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan pak mat. rumah itu telah menjadi saksi yang perkauman tidak dapat menembusi dinding rumah ini apabila pak mat telah membantu tauke wong untuk berlindung dari amukan kaum.

Sekarang, rumah itu dikatakan menjadi penghalang kepada kemajuan..pak mat berasa rungsing, mampukah dia mempertahankan apa yang telah dia bina selama ini? sambil menghembus asap rokok kretek tanpa cukai itu, dia berlalu pergi..


Akhirnya

hari ini aku exam seni dalam pendidikan...

bagi aku ia merupakan satu exam yang mana aku rasa aku pasrah, pasrah atau malas? itu jangan kau persoalkan

dengan kekurangan persediaan, dengan mata yang stim-stim ubi aku melangkah ke dewan

langkahan penuh bergaya, dimana pengharapan aku ia akan berakhir dengan segera dan segalanya lancar

dalam hati ini ia sudah menjadi gelodak..

mampus la kalau keluar pasal seni muzik..aku bukan hapal pun togeh-togeh tu (gitaris power kat malaysia pun x reti baca)

dalam keributan jiwa, sedar-sedar soklan da sampai di meja

seperti biasa, pensyarah seni bermain kata-kata ; semuanya mudah-mudah belaka

tapi bagi aku, amenda la nih..

huhu lalu aku menjawab sesuka hati..

dengan mata mengantuk aku membuat rph..

tapi pada pandangan aku..rph pj aku tu agak bosan

nak wat cam na pikiran slow sket waktu tu

habih exam, pegi makan, balik makan smua tertidur kepenatan

malam pula diraikan dengan BBQ farewell tajaan encik paih

itu la cerita aku hari nih..

ari nih aku sesuka hati nak buat cerita pasal diri, sesuatu yang mmg aku sukar nak buat

post ni pun da bertaraf gedik dah..tp kapsyen di atas tu menjawab semua..blog aku suka ati aku

lepas ni aku sambung balik blog ni jadi serius balik..da lama rasanya tak bercerita tentang dunia ketenteraan

sekarang banyak cerita kat malaysia nih, cerita pasal ketuanan melayu, cerita pasal abby abadi haha semua ni gangguan terhadap pembelajaran

Rabu, 5 November 2008

Obama Menang...

Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden
kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John
McCain mengucap tahniah kepada Obama.

Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan
297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.

Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.

Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan
pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang
paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.

Obama, 47, akan memegang jawatan presiden Amerika ke-44 pada pada 20
Januari depan, dan bakal berdepan dengan krisis kewangan yang terburuk
sejak 1930-an, perang di Afghanistan dan Iraq serta pertelingkahan
dengan Iran mengenai senjata nukleara.

Rangkaian stesen television meramalkan kemenangan Obama selepas
beliau memperkukuhkan sokongannya di kubu kuat Demokrat serta berjaya
menarik sokongan di kubu republik.

Pada jam 12.20 tengahari waktu tempatan, McCain mengaku kalah dan
mengucap tahniah kepada presiden baru Amerika itu.

Tidak seorang pun calon preside selepas John F Kennedy pada tahun
1960-an yang menang jawatan presiden tanpa mencapai kemenangan di
Ohio, Pennsylvania dan Florida.

Obama juga menang di New Mexico, sebuah lagi kerusi parti Republik
yang diperlukan oleh McCain untuk menambah peluangnya untuk menang
jawatan presiden.

Obama turut mencatat kemenangan di Washingtonm Oregon, California,
Massachusetts, Connecticut, Illinois, New Jersey, Maine, New
Hampshire, Washington DC, Delaware, Michigan, Wisconsin, Rhode Island,
dan Minnesota.

McCain pula antaranya mencatat kemenangan di Kentucky, Tennessee, West
Virginia, South Carolina and Oklahoma, Alabama, Arkansas, Wyoming,
Louisiana, Kansas dan Texas.

Seperti yang diramalkan, McCain menang di Kentucky dan West Virginia
manakala Obama menang di Vermont.

Selasa, 28 Oktober 2008

tag?

Top 2 things found in your wallet as always:
mykad..
lesen memandu malaysia

Top 2 things to do when i'm sad:
tdo
nangis la apalagi haha

Top 2 songs you can listen again and again:
lagu ipba by our peberet lecturer
lagu a.c.a.b street of uptown (scorned by many, understood by few..)


Top 2 reasons to watch television:
bosan
sbb program best

Top 2 places I'd want to visit 10 years from now:
mana-mana pun boleh asal free..

Top 2 current obsessions:
book (not boob), internet, forum

Top 2 favorite nickname:
abang, abang ngah, lipax, otai, lee dll = fadzli osman

Top 2 favorite food:
nasi mak saya masak
mee kari mak saya haha

Top 2 favorite snacks:
kuaci yg kawan saya suka beli
pringles yg dikongsi bersama

Top 2 favorite website:
cari.com
utusan.com.my / malaysia today

Top 2 goals you want to accomplish:
habiskan degree ini dengan berjaya,
cari duit dulu then settle down

Top 2 favorite to do:
main tenet
tdo berlebihan

Top 2 favorite places:
rumah aku
pantai teluk chempedak pasal byk mat salleh haha

Top 2 things I can't wait to happen:
degree ni tamat,
kawen dengan sape aku nih haha tp x pikir pun

Top 2 places where I love to shop:
dimana-mana yg mudah..
baju raya beli kat sogo la..baru prestij sket

Top 2 person to tag:
TDM
Sang Kunang haha

okeh tu jer la, sebarang kesilapan harap dimaafkan..

malas sangat nak wat tag2 nih..tp kawan2 pye pasal x pe la

skali tgk mcm survey kat frenster tu..yg melambak kat bulletin board tu

Jumaat, 24 Oktober 2008

Satu Pandangan

Aku da mengepos (di blog) surat dari Presiden Ahmadinejad kepada Presiden Bush. Surat yang panjang itu asalnya ditulis dalam bahasa Parsi, kemudian diterjemah kepada bahasa Inggeris, seterusnya beredar ke alam siber dalam pelbagai bahasa. Untuk versi bahasa Melayu ia terbahagi kepada dua lak iaitu bahasa Indonesia & bahasa Melayu (Malaysia).
Tu pun memang berat lagi .

Sebenarnya surat ini tidak mengubah apa-apa kerana Presiden Bush mmg hati batu, hati kering tambah pulak presiden2 US of A ni memang dasar-dasarnya berorientasikan fahaman Zionisime, kerana pelobi-pelobi dari pelbagai pertubuhan yahudi melabur dalam setiap kali pilihanraya presiden, kongress dll. Tak kira parti Republikan @ Demokrat..dua2 disokong..

Okeh dalam surat ini, presiden Ahmadinejad selaku presiden terbaru Republik Islam Iran mempersoalkan dasar-dasar bush yang nyata bertentangan dengan ajaran oleh Nabi Isa. Bush mengaku dia seorang yg taat pada agamanya, a reborn Christian katanya. Tapi segala dasarnya langsung tidak bertepatan dengan nilai-nilai asas moral yang sejagat apatah lagi dengan ajaran agama yang dianut Bush.

Sememangnya amerika sentiasa memomokan negara asing yang tidak mengikut acuan mereka..negara-negara ini dikatakan sebagai zalim, tidak bertamadun (barbarian @ orang gasar), fanatik dan lain-lain. Dalam era pentadbiran Bush, negara-negara ini telah dijenamakan semula sebagai “Paksi Kejahatan” atau lebih lancar disebut sebagai Axis of Evil. Dan selepas berjaya menundukkan Afganishtan serta Iraq melalui perang, hanya tinggal beberapa lagi negara yang mengaggotai “Paksi” ini kononnya. Tinggal Korea Utara dan Iran.

Demi melunaskan nafsu yang dirangsang oleh puak2 yahudi zionis, Bush tergamak untuk melancarkan perang terhadap negara-negara ini. Pada pandangan Ahmadinejad, Amerika merupakan penjenayah perang yang paling besar sekali. Beribu-ribu anak muda dikerah untuk menumpahkan darah di bumi asing. Selain itu, kesan yang dirasai oleh negara yang dijajah ini tidak tergambar oleh kata-kata. Bush mengatakan presiden saddam sebagai zalim, diktator tetapi perilaku bush sendiri saling tak tumpah dengan saddam.

Malah sebenarnya Amerika yang bertanggungjawab membekalkan saddam dengan senjata agar dapat melemahkan pengaruh revolusi islam yang berlaku di Iran. Jadi kita dapat fikir siapakah sebenarnya yang jahat, membenarkan pembantaian palestin oleh Israel, mengunakan veto menghalang resolusi mengecam israel...


Aku tidak anti kepada amerika tetapi dasar luar amerika, amat menakutkan dan menjengkelkan hati aku. Ada orang baik di amerika tetapi dasar presiden mereka mmg patut ditentang pu. Itulah ape yg aku faham daripada pembacaan terhadap surat ini. Mungkinkah obama membawa perubahan terhadap Amerika?? Tunggu dan lihat.

Berita

Berita sedih : dua orang penghuni asrama anak yatim & fakir miskin di Sungai Penchala telah meninggal dunia akibat kebakaran yang berlaku. Mayat kedua mereka dijumpai rentung oleh Bomba. (kredit to RTM)

Al-Fatihah..

Khamis, 23 Oktober 2008

Dari Presiden kepada Presiden


Terjemahan Surat Presiden Iran Kepada Presiden Bush

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Mr George Bush,

Presiden Amerika Syarikat



Sejak sekian lama saya memikirkan, bagaimana untuk menjustifikasikan kontradiksi yang tidak boleh dinafikan yang wujud di dalam arena antarabangsa -- yang sedang hangat diperdebatkan, terutamanya dalam forum politik dan di kalangan pelajar universiti. Banyak persoalan yang masih tidak terjawab. Oleh itu, ia telah menarik minat saya untuk membincangkan kontradiksi dan persoalan tersebut, dengan harapan ia akan memberi peluang untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

Bolehkah seseorang yang menjadi pengikut Nabi Isa AS, Utusan Allah yang teragung, merasa terpaksa untuk menghormati hak asasi manusia, Mengemukakan liberalisme sebagai model ketamaddunan, Mengumumkan bantahan kepada pembangunan senjata nuklear dan senjata pemusnah, Menjadikan 'Memerangi Keganasan' sebagai slogannya, Dan akhirnya, berkerja ke ara mewujudkan kesatuan masyarakat antarabangsa - satu masyarakat yang suatu hari akan diperintah oleh Nabi Isa dan mereka yang suci, Tetapi pada masa yang sama, Menyerang sesebuah negara; Kehidupan, memusnahkan reputasi dan harta benda manusia dan kerana sedikit kemungkinan berlaku jenayah dalam sebuah kampung, bandar, atau negeri sebagai contoh maka seluruh kampung, bandar atau negeri tersebut dibakar.

Atau kerana kemungkinan wujud senjata pemusnah dalam sesebuah negara, maka ia dijajah, di mana ratusan ribu rakyatnya dibunuh, sumber airnya, pertaniannya dan industrinya di musnah, hampir 180,000 tentera asing dihantar, kesucian rumah-rumah penduduk tempatan diceroboh, dan negara tersebut dimusnahkan. Apakah harganya? Ratusan billion dollars dibelanjarkan dari perbendaharaan sesebuah negara dan pastinya negara-negara lain juga dan puluhan ribu pemuda-pemuda lelaki dan wanita - dikerah menjadi tentera penjajah - mereka dipisahkan dari keluarga mereka dan mereka yang tersayang, tangan mereka dikotori darah mereka yang tidak berdosa, dan menjadi mangsa kepada tekanan saikologi sehingga setiap hari beberapa orang daripada mereka membunuh diri dan mereka yang kembali ke tanah air mereka mengalami tekanan, cedera manakala sebahagian lagi telah terbunuh dan mayat-mayat mereka dikembalikan kepada ahli keluarga mereka.

Di atas alasan wujudnya senjata pemusnah, tragedi yang hebat ini telah melanda negara yang dijajah dan negara yang menjajah. Kemudian, terbukti tidak wujud sebarang senjata pemusnah.

Sememangnya Saddam adalah seorang diktator pembunuh. Tetapi peperangan bukan dilancarkan untuk mengguling beliau, matlamat yang diumumkan tentang peperangan tersebut adalah untuk mencari dan memusnahkan senjata pemusnah. Beliau telah jatuh bersama dengan matlamat yang lain, walaupun rakyat di rantau tersebut amat gembira mengenainya. Saya merujuk kepada peperangan � ke atas Iran di mana Saddam telah disokong oleh Barat.

Tuan Presiden,

Anda mungkin tahu bahawa saya seorang guru. Pelajar saya telah menyoal saya bagaimana tindakan tersebut boleh diselaraskan dengan nilai yang digariskan pada permulaan surat ini dan bertanggungjawab kepada tradisi Nabi Isa AS, Rasul yang gemarkan keamanan dan penuh kemaafan.

Terdapat penjara di Guantanamo Bay yang tidak dibicarakan, tiada pembelaan yang sah, di mana keluarga mereka tidak boleh melawat mereka dan mereka dikurung di bumi asing di luar negara mereka sendiri. Tiada pengawasan terhadap keadaan dan nasib nereka oleh badan antarabangsa. Tiada seorangpun yang mengetahui samada mereka itu seorang tahanan, tawanan perang dituduh atau penjenayah.

Penyiasat Eropah telah mengesahkan kewujudan penjara rahsia di Eropah juga. Saya tidak boleh menerima penculikan seseorang, dan mereka ditahan dipenjara rahsia, tanpa pengawasan mana-mana sistem perundangan. Untuk itu, saya tidak faham bagaimana tindakan tersebut hendak dikaitkan dengan nilai yang digariskan pada awal surat ini, iaitu ajaran Nabi Isa AS, niai hak asasi manusia dan nilai lberal.

Para pemuda, penuntut universiti dan orang awam mempunyai beberapa soalan mengenai fenomena Israel. Saya pasti anda mengetahui mengenainya.

Disepanjang sejarah beberapa buah negara yang telah dijajah, saya rasa pembentukan sebuah negara baru dengan rakyat baru, adalah merupakan fenomena yang ekslusif pada zaman kita.

Para penuntut berkata bahawa enam puluh tahun yang lalu negara tersebut tidak wujud. Dokumen dan globe lama yang ditunjukkan, kita tidak akan dapat menemui negara yang dinamakan Israel.

Saya memberitahu kepada mereka untuk mempelajari sejarah perang dunia pertama dan kedua. Salah seorang dari penuntut saya memberitahu kepada saya bahawa semasa perang dunia kedua, di mana lebih dari sepuluh juta orang telah terbunuh, berita mengenai perang tersebut telah disebar dengan cepat oleh pihak yang berperang. Setiap orang mendakwa kemenangan mereka dan kekalahan pihak musuh di garisan hadapan. Selepas perang, mereka mendakwa lebih dari enam juta orang-orang Yahudi telah terbunuh. Enam juta orang pastinya dikaitkan dengan dua juta keluarga.

Sekali lagi mari kita andaikan bahawa peristiwa tersebut adalah benar. Tidakkah secara logiknya ia diterjemahkan kepada kewujudan negara Israel di Timur Tenga atau menyokong kewujudannya? Bagaimanakah fenomena ini diperjelaskan?

Tuan President,

Saya pasti anda tahu bagaimana - dan apakah harganya - untuk mewujudkan negara Israel?

- Berjuta-juta telah terbunuh dalam proses tersebut.

- Berjuta-juta rakyat telah menjadi pelarian.

- Ratusan ribu hektar tanah ladang, tanaman zaitun, bandar dan kampung dimusnahkan.

Tragedi ini bukan dikhususkan pada masa kewujudan sahaja; malangnya ia telah berterusan selama lebih enam puluh tahun sekarang.

Regim yang diwujudkan tidak menunjukkan belas kasihan walaupun kepada kanak-kanak, memusnahkan kediaman bersama-sama dengan penghuninya sekali, membuat pengumuman awal senarai dan rancangan untuk membunuh rakyat Palestin dan menahan beribu-ribu rakyat Palestin di penjara. Fenomena tersebut amat unik - atau tidak pernah dilakukan sebelum ini - menurut apa yang kita ingati.

Satu lagi persoalan yang besar yang ditanya oleh orang ramai ialah kenapa regim tersebut disokong? Adakah menyokong regim tersebut sehaluan dengan ajaran Nabi Isa AS atau Nabi Musa AS atau mana-mana nilai liberal?

Atau adakah kita cuba memahami bahawa membenarkan habitat asal bumi tersebut - di dalam dan di luar Palestin - samada mereka itu Kristian, Muslim atau Yahudi, untuk menentukan nasib mereka, melaksanakan prinsip-prinsip demokrasi, hak asasi manusia dan ajaran para Rasul? Jika tidak, kenapakah terlalu banyak bantahan kepada referendum?

Pentadbitan Palestin yang baru dipilih baru saja mengambil alih pemerintahan. Kesemua pemerhati bebas telah mengesahkan bahawa kerajaan tersebut mewakili rakyat yang memilih mereka. amat tidak dipercayai, mereka telah meletakkan kerajaan yang dibawah tekanan dan telah menasihati mereka untuk mengiktiraf regim Israel, menghentikan perjuangan mereka dan menurut program kerajaan sebelumnya.

Jika kerajaan Palestin sekarang bergerak di atas platform di atas, tidakkah rakyat Palestin mengundi mereka? Sekali lagi, bolehkah kedudukan tersebut diambil dalam menentang kerajaan Palestin diselaraskan dengan nilai yang digariskan sebelum ini? Orang ramai juga berkata "kenapa kesemua resolusi Majlis Keselamatan PBBdalam mengutuk Israel di veto?"

Tuan President,

Sebagaimana yang anda ketahui, saya hidup ditengah-tengah rakyat dan saya sering berhubungan dengan mereka -- ramai juga mereka dari sekitar Timur Tengah yang boleh berhubung dengan saya. Mereka juga tidak percaya polisi yang meragukan itu. Terdapat bukti bahawa penduduk di rantau tersebut menjadi bertambah marah terhadap polisi tersebut.

Bukanlah niat saya untuk mengemukakan begitu banyak soalan, tetapi saya juga perlu merujuk kepada perkara yang lain.

Kenapakah sebarang kejayaan dari segi teknologi dan saintifik yang sampai ke Timur Tengah diterjemahkan sebagai ancaman kepada regim Zionis? Tidakkah penyelidikan dan pembangunan saintifik merupakan hak asas kepada sesebuah negara?

Anda amat biasa dengan sejarah. Selain dari Timur Tengah, dari sudut namakah dalam sejarah di mana kejayaan saintifik dan teknikal menjadi satu jenayah? Bolehkah kejayaan saintifik digunakan untuk tujuan ketenteraan dijadikan alasan untuk menentang sain dan teknologi sama sekali? Jika benarlah tafsiran tersebut, maka kesemua disiplin saintifik, termasuk fisik, kimia, mathematik, perubatan, kejuruteraan dan seterusnya dihentikan.

Pembohongan telah dilaporkan dalam perkara Iraq. Apakah hasilnya? Saya tidak merasa sangsi bahawa menyatakan pembohongan adalah bertentangan dengan mana-mana adat, dan anda sendiri tidak suka dibohongi.

Tuan Presiden,

Tidakkah rakyat Amerika Latin mempunyai hak untuk bertanya, kenapa kerajaan yang mereka pilih ditentang dan pemimpin yang merampas kuasa disokong? Atau, kenapakah mereka sering diugut dan hidup dalam ketakutan?

Rakyat Afrika adalah golongan yang berkerja keras, kreatif dan berkebolehan. Mereka boleh memainkan yang penting dalam menyediakan hak kemanusiaan dan menyumbang untuk kemajuan material dan spiritualnya. Kemiskinan dan kesusahan di sebahagian besar Afrika telah menghalang kesemua itu dari berlaku. Tidakkah mereka mempunyai hak untuk menyoal kenapa kekayaan banyak - termasuk mineral - dirompak, walaupun pada hakikatnya mereka memerlukannya lebih dari yang lain di dunia ini?

Sekali lagi, adakah tindakan tersebut selari dengan ajaran Nabi Isa dan bersesuaian dengan hak assi manusia?

Rakyat Iran yang berani dan beriman juga mempunyai banyak soalan dan tidak berpuashati, termasuk: 'coup d'etat of 1953' dan berterusan menggugurkan kerajaan yang sah, menentang revolusi Islam, menukarkan bangunan kedutaan kepada ibu pejabat yang menyokong aktiviti menentang Republik Islam (beribu-ribu muka surat dokumen ditemui bagi membuktikan tuduhan ini), menyokong Saddam dalam melancarkan perang terhadap Iran, menembak jatuh pesawat penumpang Iran, membekukan aset Iran, meningkatkan ugutan, marah dan menentang kemajuan program nukear Iran.

Tuan Presiden,

11 September adalah peristiwa yang memilukan. Pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa adalah menyedkan dan mengejutkan di seluruh dunia. Kerajaan kami dengan serta merta mengisytiharkan kutukan dan menyampaikan takiah dan simpati.

Semua kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk untuk melindungi kehidupan, kemiskinan dan hal ehwal rakyat masing-masing. Dilaporkan bahawa kerajaan anda telah memasang sistem keselamatan, perlindungan dan perisikan yang terbaik - sehinggakan mampu memburu musuh yang berada di negara lain. 11 September bukanlah operasi yang mudah. Adakah ia dirancang dan dilaksanakan tanpa koordinasi dengan perkhidmatan keselamatan dan perisikan - atau penyerapan extensif mereka? Tentunya ini hanya satu tekaan yang bijak. Kenapakah beberapa aspek serangan tersebut dirahsiakan? Kenapa kita tidak diberitahu siapa yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna? Dan, kenapa mereka yang bertanggungjawab dan bersalah tidak dapat dikenalpasti dan dibicarakan?

Semua kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan keselamatan dan ketenangan jiwa seluruh rakyatnya. Selama beberapa tahun, rakyat negara anda dan jiran-jiran tidak mendapat ketenangan. Selepas 911, selain dari kecederaan emosi yang dialami oleh mereka yang terselamat dan rakyat Amerika dapat disembuhkan - yang mendapat trauma akibat dari serangan tersebut - beberapa media Barat hanya menyebarkan ketakutan dan keadaan yang tidak selamat - ada yang dengan sengaja bercakap mengenai serangan baru pengganas dan menakut-nakutkan rakyat. Adakah itu perkhidmatan kepada rakyat Amerika? Adakah mungkin untuk mengira kemusnahan yang dialami akibat dari ketakutan dan panik?

Warga Amerika hidup dalam ketakutan akan berlakunya serangan baru yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa dan tempat. Mereka merasa tidak selamat dijalan-jalan, di tempat kerja dan di rumah masing-masing. Siapa yang akan bergembira dengan sitasi tersebut? Kenapa pihak media, membangkitkan rasa tidak selamat dan tidak berusaha untuk menjamin keselamatan dan ketenangan jiwa?

Ada yang percaya bahawa peristiwa tersebut tiada kena mengena dengan serangan ke atas Afghanistan. Dan sekali lagi saya perlu merujuk kepada peranan media.

Dalam charter media, penyebaran maklumat yang betul dan laporan berita yang jujur merupakan satu prinsip. Saya menyampaikan kekecewaan mengenai penyelewengan prinsip yang ditunjukkan oleh media Barat. Preteks utama mengenai serangan ke atas Iraq ialah wujudnya senjata pemusnah. Dan ia diulangi berkali-kali - kepada umum, sehingga akhirnya mereka percaya dan usaha dilakukan untuk menyerang Iraq.

Apakah kebenaran akan dapat dihilangkan dalam tipu helah dan pedaya? Sekali lagi , jika kebenaran dibenarkan hilang, bagaimana ia boleh diselaraskan dengan nilai yang disebut sebelum ini?

Adakah kebenaran yang diketahui oleh yang Maha Berkuasa juga akan hilang?

Tuan Presiden,

Dalam negara di seluruh dunia, rakyat menyediakan perbelanjaan untuk kerajaan agar kerajaan mereka juga mampu memberi khidmat kepada mereka.

Persoalan di sini ialah "apakah yang mampu dihasilkan kepada rakyat ratusan billion dollars yang dibelanjakan untuk kempen Iraq?"

Sebagaimana yang tuan ketahui, di beberapa buah negeri dalam negara anda, ramai rakyat yang masih hidup dalam kemiskinan. Beribu-ribu lagi yang tidak mempunyai rumah dan penggangguran masih menjadi satu masalah yang besar. Sudah tentu masalah ini juga wujud di negara lain. Dengan masalah tersebut masih berkisar difikiran, bolehkah perbelanjaan yang besar untuk kempen tersebut - yang di bayar oleh perbendaharaan rakyat dijelaskan dan diselaraskan dengan prinsip yang disebut sebelum ini?

Apa yang telah dikatakan, adalah ketidakpuasan hati rakyat di seluruh dunia, samada di rantau kami atau di negara anda. Tetapi perselisihan utama kami - yang saya harap anda akan bersetuju dengan sebahagian daripadanya ialah:

Mereka yang berkuasa mempunyai masa tertentu di pejabat dan mereka tidak akan memerintah untuk selama-lamanya, tetapi nama mereka akan direkodkan dalam sejarah dan akan sentiasa dihakimi samada sekarang atau di masa akan datang.

Rakyat akan memerhati pemerintahan kita.

Adakah kita mampu membawa keamanan, keselamatan dan kedamaian untuk rakyat atau mereka yang tidak mendapat perlindungan dan pengganggur?

Adakah kita berusaha untuk mewujudkan keadlan, atau hanya menyokong kumpulan tertentu dan dengan cara memaksa orang ramai untuk hidup dalam kemiskinan dan kesusahan, menjadikan beberapa orang kaya raya dan berkuasa - sehingga mengadai kehendak rakyat dan yang Maha Berkuasa dengan mereka?

Adakah kita mempertahankan hak mereka yang tidak mndapat keistimewaan atau mengabaikan mereka?

Adakah kita mempertahankan hak rakyat seluruh dunia atau melancarkan perang ke atas mereka, mencampuri urusan mereka secara haram, mewujudkan penjara seumpama neraka dan memenjarakan mereka?

Adakah kita membawa keamanan dunia dan keselamatan atau meningkatkan ugutan dan ancaman?

Adakah kita menyatakan kebenaran kepada negara kita dan lain-lain negara di seluruh dunia atau mengemukakan berita palsu kepada mereka?

Adakah kita menyebelahi rakyat atau penjajah atau penindas?

Adakah pihak pentadbir kita menetapkan untuk mempromosikan tingkah laku yang rasional, logik, beretika, aman, memmenuhi janji, keadilan, perkhidmatan kepada rakyat, kesejahteraan, progress dan mnghormati kemuliaan manusia atau paksaan dihujung senjata, ugutan, huru hara, tidak menghormati manusia, melengah-lengahkan progress dan kecemerlangan bangsa lain dan memijak hak manusia?

Dan akhirnya, mereka akan menghakimi kita samda kita kekal jujur di atas sumpah jawatan kita - berkhidmat untuk rakyat, yang merupakan kerja utama kita, dan tradisi Nabi - atau tidak?

Tuan Presiden,

Berapa lama lagikah dunia ini boleh bertoleransi dengan situasi ini?

Ke arah manakah trend ini akan membawa dunia ini?

Berapa lamakah penduduk dunia ini terpaksa membayar akibat dari keputusan salah kita?

"Berapa lamakah penduduk dunia ini terpaksa membayar akibat dari keputusan salah kita? "

Bacalah wahai pemimpin dunia...fikirlah..nak urus kampung kat Travian pun susah

Selasa, 21 Oktober 2008

Maharani



HAK MILIK TERPELIHARA (C) PERSATUAN PEMINAT BUTTERFINGERS

VERSE 1
Mereka kata ku gila
Lagilah aku suka
Otakku geliga
Fikiran luar biasa

VERSE 2
Mereka kata ku samseng
Tapi ku tak ambil pusing
Pedulikan semua
Fikir apa yang penting

CHORUS 1
Jangan percaya kata mereka
Sudah ku kenal pasti
Kau pujaan hati
Cinta sejati memang boleh dibeli
Tapi tak mungkin ditukar ganti
Akan ku taati Maharani

VERSE 3
Mereka kata ku tipu
Tapi ku tak meniru
Mereka semua pemburu
Pemburu yang cemburu

CHORUS 2
Semua tuduhan fitnah belaka
Ada yang suka juga ada yang benci
Biar peluru menembus kulitku
Suatu yang pasti
kekal abadi
Akan ku taati Maharani

VERSE 4
Mereka kata kau sama
Tiada apa yang berbeza
Aku tau kau tak serupa
Tak silau lihat harta

Repeat CHORUS 1

Khamis, 16 Oktober 2008

Tak Bernama

Merdeka..
Lafaz keramat bagi semua yang punya hati untuk mengerti..
Tanah ini terbebas bukan dengan sendiri..
Bukan kerna baik hati si lintah darat..

Tanah ini bebas kerana sifat berani dan bijaksana,
Sifat yang kita warisi zaman berzaman,
Sudah beribu yang pergi..bersama air mata dan darah,
Menjadi bukti perjuangan untuk nusa dan bangsa


Adakah kita cukup sedia?
Atau terus terlena dan terleka..
Juga cukup bebal untuk berfikir dan berusaha,
Dan menjadi sebahagian dari bangsa yang mudah lupa,
Lantas mengadai maruah negara..

^11 ramadhan 1429 H^

Rabu, 15 Oktober 2008

Bahasa & Bangsa

masa bulan ramadhan yg lepas..blogger Anjut telah mengulas mengenai pos oleh Tun Dr Mahatir berkaitan dengan perlaksanaan PPSMI di sekolah..dan aku dengan ilmu tak seberapa cuba memberi pendapat :

ade pro's n con la..

dulu aku pun antara penyokong etems nih..aku siap bentang hujah masa interview bpg lagi hehe

tp bila diberi peluang buat pismp..aku belajar pasal BM..dari asas sampai la ke buku2 mcm tatabahasa dewan, kenai dgn nik safiah karim dll

lepas tu lak dihantar wat SBE..

masa aku belajar bm dulu, aku diajar yg bahasa ni berkembang dia tak statik.walaupun kita kadang2 tak suka perkataan Inggeris di BM kan tp itu adalah satu proses pengayaan bahasa itu sendiri.

bila kita guna BI utk Sains Mate secara tak langsung terma2 @ perkataan BM spt tambah, campur, darab, kemandirian spesis akan luput sbb orang tak pakai dah.

kalau dari segi pelaksanaan lak, yg aku tgk kt skolah ialah cikgu ajar pakai skrip..x pun guna BM/BI masa ajar..

selain tu, ramai pelajar yg ketinggalan :
1) sbb x paham topik matapelajaran (dulu pn ada)

2)x paham dgn bahasa

dari satu segi lak, ramai yg lihat bahawa mslh skang ialah penguasaan bi tu sendiri..jd yg perlu dibaiki ialah p&p bi, cikgu bi, mktb bi, degree bi dll

bagaimanapun, bukan smua yg setuju nk hapus etems secepat mungkin. ada yg yakin ini akan berjaya pd satu masa nanti.

lagipun kerajaan da banyak melabur. cikgu tesl, math, sc dpt elaun sbjek kritikal ye..

notebook, lcd, eltc itu sendiri bg melengkapi etems

dari segi politik lak, klu hapus skg bermakna kjaan skang cuba hapuskan usaha pm yg lepas..satu tindakan yg akan dimanipulate pelbagai pihak..

bagi aku lak, kita tunggu dn lihat..(biarpun ada yg mungkin menderita)

skian...selamat beraya


huhu bukan nak menafikan jasa TDM tapi sekadar melayangkan pendapat aku yang tak seberapa..

Selasa, 14 Oktober 2008

RAHMAN...

Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan
melengkapkan "teori Rahman" yang dianggap satu kaedah menjelaskan
usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk
mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa
tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap A pada
"teori" yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul
Rahman Putra Alhaj melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk
pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak jelas sejak bila teori ini
mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga
berjaya menangkap khayalan peminat tegar politik negara ini.

Malaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan
tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh
dianggap satu-satunya "teori" yang paling tepat untuk menjadi nujum
politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor
satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat
mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju
ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat
Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun mereka sepakat hanya satu nama dalam urutan teori itu, yang
asalnya diramal jatuh kepada Anwar, tidak menjadi kenyataan.

Ketua pengarang mingguan Siasah, Mohd Sayuti Omar percaya teori Rahman
mula-mula dikemukakan oleh penulis politik Ikhwan Nasir dalam tabloid
Mingguan Tanah Air pada pertengahan dekad itu.

"Boleh jadi juga beliau (Ikhwan) yang memulakannya. Beliau memang suka
menggunakan akronim seperti 'jubir' bagi jurubicara rakyat dan 'kadun'
bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya, yang pernah menulis
untuk tabloid itu.

Ikhwan, juga bekas ahli parlimen Pontian dan juga bekas setiausaha
politik Tun Musa Hitam, pemilik akhbar politik yang diterbitkan oleh
syarikatnya SIR Sdn Bhd.

Teori itu, menurut Mohd Sayuti yang mengenali secara peribadi Ikhwan,
sangat berpengaruh pada waktu itu sehingga ada tokoh politik terkenal
mempercayainya.

"(Bekas menteri besar Kedah) Tan Sri Sanusi Junid pernah memberitahu
saya, nama beliau sebenarnya bermula dengan Mohamad," katanya merujuk
kepada huruf M pada nama Rahman.

Terdapat juga buku politik karya Abd Bashid Harun mengupas teori itu
pada pertengahan 1990-an, jelas Mohd Sayuti.

Melalui blognya, Abd Bashid mendakwa beliau pertama kali menulis
tentang "teori Rahman" di Mingguan Tanah Air sewaktu Umno sedang
bergolak antara kumpulan pro-Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa
melawan DR Mahathir menjelang pemilihan parti itu 24 April 1987.

"Dalam kesibukan berkempen dan melobi dalam perhimpunan agung Umno itu
timbullah suara-suara di kalangan perwakilan bahawa baik Tengku
Razaleigh ataupun Musa, mereka tidak akan menjadi perdana menteri.

"(Tanggapan) ini semacam satu takdir yang ditetapkan untuk mereka
berdua. Sebahagiannya pula menganggap pertandingan melawan Dr Mahathir
itu sia-sia sahaja.

"Alasan mereka ialah nama Razaleigh dan Musa tidak termasuk dalam
susunan nama Rahman itu.

"Maka bermula dari situlah bermulanya teori Rahman," tulisnya pada 10
Oktober lalu, dua hari selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi mengumumkan untuk bersara pada Mac tahun depan.

Menurut Abd Bashid - seorang guru di Simpang, Taiping - tulisannya
menghuraikan secara terperinci maksud "teori Rahman", termasuk
"mengupas agak mendalam tentang kedudukan Abdullah dan Anwar sebagai
bakal perdana menteri."

anwar and pak lah 190908Artikelnya itu, kata Abd Bashid, kemudian
diulas oleh lidah pengarang akhbar tersebut yang memetiknya sebagai
"penulis dari Semanggol (Perak)" memaklumkan bahawa "hanya ada
seorang sahaja dari Pulau Pinang yang akan berjaya menjadi perdana
menteri. Orang itu ialah Pak Lah."

Penulis kolum veteran Subky Latiff pula berkata, teori itu mula-mula
dikemukakan oleh ahli parlimen Kepala Batas sebelum Abdullah, Saupi
Ibrahim.

"Seingat saya, Saupi yang mula-mula tulis. Lebih kurang 20 tahun
dulu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tulisan yang dihasilkan oleh bekas duta itu dalam umur persaraannya,
kata pemimpin PAS dan penulis kolum Harakah itu, diterbitkan di sebuah
akhbar harian dengan gaya popular.

Ditanya kenapa idea itu mendapat perhatian rakyat Malaysia, beliau
berkata: "Ia menarik. Sedap (dijadikan) hujah."

Sementara penulis buku-buku politik terkenal Syed Hussein Alattas
mendakwa teori ini muncul pada awal 1990-an.

Beliau bagaimanapun tidak pasti siapakah yang memulakannya.

Menurutnya, teori itu rancak diperkatakan pada 1990-an apabila Anwar,
yang timbalan perdana menteri, dijangkakan menjadi menggantikan Dr
Mahathir.

"Tetapi akhirnya A itu untuk Abdullah," katanya.

Ketiga-tiga mereka percaya teori Rahman "terjadi secara kebetulan"
sahaja dan tiada asas ketekalan untuk diyakini bulat-bulat.

Namun ia berjaya mempengaruhi orang Melayu termasuk pemimpin politik
yang "kuat percaya kepada mitos," kata Mohd Sayuti.

"Ia memberikan kesan psikologi, mempengaruhi 20-30 peratus
perkembangan politik negara. Kalau selalu diulang-ulang, jadi (kenyataan).

"Tetapi kita tidak boleh percaya seratus peratus."

Syed Hussein, juga popular dipanggil Pak Habib, berkata "teori ini
tidak logik."

Seperti banyak pihak lain, Subky pula mempertikaikan asas penyusunan
huruf pertama pada nama-nama pemimpin yang dikatakan memenuhi urutan
Rahman.

Katanya, bagi perdana menteri pertama, "teori" ini membuang nama awal
Abdul untuk menjadikannya sebagai Rahman sahaja, sedangkan tokoh
seterusnya menggunakan nama Abdul.

"Secara popular, perdana menteri pertama disebut penuh sebagai Tunku
Abdul Rahman, sedangkan perdana menteri kedua lebih dikenali Tun Razak
(tanpa Abdul)," katanya, seorang wartawan berpengalaman sebelum
menyertai PAS.

Bakal perdana menteri yang menduduki huruf keenam dalam "teori Rahman"
bermula dengan nama "Mohd Najib" tetapi nama awalnya tidak diambil
kira dalam teori popular itu.

nih..amik dari yahoo group
untuk mereka yang nak tahu mengenai teori rahman...
bagaimanapun, manusia cuma mampu merancang Tuhan yang menentukan..

Isnin, 13 Oktober 2008

Shell, Dutch Lady & Coke

salam pembuka bicara,

amenda la aku nak tulis nih..

aku pun tak tau nak tulis ape..

scribe..scribe..n scribbing lagi sampai jumpa isi..

orang kate anak muda penuh aspirasi, kaye dengan inspirasi, percaya kepada ideologi

sebab tu la orang kate pemuda harapan bangsa, tunggak negara..

dulu-dulu orang muda perjuangkan demokrasi, beri bantuan untuk lawan kemiskinan, inflasi, korupsi

asas pada kekukuhan negara di masa depan bergantung kepada barisan anak-anak muda sekarang. kebejatan gejala sosial yang berlaku sekarang menakutkan generasi terdahulu, mereka bimbang yang keamanan dan perpaduan sekarang akan tergugat kerana diwarisi generasi yang tidak tahu bersyukur dan bergelumang dengan hedonisme.

sebab itu la, kita sering kali di'ulang dengar' tentang kisah 13 mei bakal berulang supaya kita tidak leka dan alpa.

sekian..

-------------------------------------------------------------------------
ni deklarasi syawal

Selasa, 23 September 2008

Saya Orang Saiya (S.O.S)

aku ingin ke planet named..

pergi jauh dari realiti (cewahh..)

pergi hidup bersama-sama mimpi dan fantasi

pergi jauh dan tak perlu menghadapi kelas-kelas yang seperti tidak berhenti

arrgh ape semua ini..



--bunyi cam loser jer..-----------

sebenarnya kalau kita fikir kita susah..ada lagi orang yang susah pesan bonda kepada diriku

ujung-ujung sem ni rasa malas lak nak pergi kelas..bajet pandai kan haha..padahal pointer tak seberapa pun

dulu masa aku kecik..aku pernah tengok org buat jalan di bawah terik di bulan ramadhan..haus giler aku rasa dorang tu..

banyangan kesusahan kerja tu da di manipulate oleh mak aku supaya aku rajin-rajin belajar paling dan kalau boleh jadi cikgu. (kerjaya yang mendapat tempat tinggi di mata mak aku)

tapi bila da sampai sini, aku rasa aku perlu dimotivate balik..mungkin sebab da 7 sem kat sini aku rasa da burn out
kononlah.

sekarang aku kena carik kontraktor buat waqaf kat ipba nih..mungkin dorang boleh menyemarakan semangat ini..

ALANGKAH INDAHNYA DUNIA TANPA KEHADIRAN WAJIB, TANPA TUGASAN.. haha

Ahad, 21 September 2008

Selamat Hari Raya

More AIDILFITRI graphics

selamat hari raya aidilfitri 1429 H..

hoho jom balik kampung..

wat kawan-kawan kat England, Perancis, Jerman, Australia & New Zealand

selamat hari raya gak haha rasai la nikmat beraya di rantauan

dan ampun maaf atas terkasar bahasa tersalah bicara..adios amigos

Ahad, 7 September 2008

Petua Imam Shafie

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Dari Asma' Binti Abu Bakar ra, katanya dia datang kepada Rasulullah saw lantas baginda bersabda, "Janganlah engkau menahan-nahan (harta),maka Allah akan menahannya pula darimu. Kerana itu keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu."
Sahih Bukhari II, Kitab Zakat.


* Kalau rajin... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. InsyaAllah...

diambil dari inbox gmail aku..

Jumaat, 22 Ogos 2008

Harry Potter and The Prisoner of Azkaban (haha )

salam..

sebenarnya banyak benda nak tulis tapi sebab kekangan masa sebab tu dah lama tak menulis kat sini.

sebelum cuti aritu agak sibuk sikit pergi big walk kpm (aktviti tahunan nih), pegi rumah anak yatim dan anak fakir miskin utk projek kewarganegaraan, pegi program b-i-g kat gua musang..ni modul masyarakat, kena jadi anak angkat lak dan lepas tu lak pegi sbe kat kampung sendiri cewah..aku duk kg lain, skolah kg lain. reason aku pilih skolah ni sbab ni skolah aku, adik aku, akak aku, ayah aku skali. kat sini gak aku habiskan masa-masa berharga sebagai kanak2 beberapa jam sehari untuk 7 tahun iaitu 93-99. (stahun buat pra sekolah dulu)

hoho pegi sbe nih untuk english lak, macam2 jenis keja da ada..tambah lak ngan micro teaching bola baling huhu..

seram sejuk gak sebenarnya kali nih sebab sampai je skolah, cikgu besar bagi tau skolah minggu nih exam...haha aku da bajet nak mintak sign je borang kehadiran & lepas tu cabut balik lagi best
tp si guru besar ni berusaha la nak masukkan gak aku dalam kelas darjah 6 supaya boleh aku observe teacher nani mengajor..kejutan gak sebab skrang ni kat skbb da ade streaming kelas, dulu tak de smua nih..kami dulu diajar sama rata dalam satu kelas..smua geng..pandai..super pandai..yg tak pandai baca (huhu ni konsep pendemokrasian dlm pendidikan kot) . cam mana pun, ni smua utk peningkatan akademik gak sbb dalam beberapa tahun ni pencapaian skbb dalam daerah adalah no 1.

cuma cikgu2 komen sket sebab bila ada setereaming klas nih, ada negatif effect pada murid n guru. pada murid pandai mungkin ada yang kerek sket duk kelas no 1 (ada 2 kelas je pun). pada guru lak, bila ada nak masuk kelas lemah nih lemah betul semangat nak masuk haha.

bagaimanapun, pencapaian sekolah rendah tidaklah harus dijadikan indikasi terhadap pencapaian seseorang dalam akademik apetah lagi hidup. Cikgu Fazlilah (cikgu kelas aku masa darjah 1) yg cakap 'fadzli ngan amirul (kawan aku, jadi ustaz ganti) ni masa sekolah dulu biasa je, tapi mereka boleh jugak berjaya cam orang lain'. haha kami bukan top of the cream, masa upsr result 2A's je . amirul skang bertaraf ustaz, ngaja kafa & lepasan diploma kolej islam. zaim lak, baru balik dari new zealand, keja kapal misc. yg top of the cream skbb ada yg wat medic, engineering kat utp, zul lepasan AFAT skrang dalam Army. ramai lagi.

kesimpulan citer, sebab citer ni da bersimpul-simpul, bersimpang-siur..lu pikir la sendiri..tapi setiap insan punya jalan tersendiri dan cerita tersendiri.

Jumaat, 8 Ogos 2008

dunia seorang lelaki...


lelaki dan cheerleading tak dapat dipisahkan haha bunyi cam pervert jer

(ni sebelum ramadhan ek..)

Isnin, 21 Julai 2008

Mencari Sinar di Hujung Kelam


Stadium Temerloh
Satu Gambar Memberi Seribu Makna

Saje je letak gambar nih, teringat balik masa post gambar ni kat ipgmc..


Sabtu, 5 Julai 2008

Born In the 4th Of July

semalam 4 july 2008..dan kami menyambut perayaan tahun ke 3 berada di maktab nih.. kebetulan semalam gak independence day kat U.S

kalau nak ikut ambilan julai 2005 ni cuma tinggal 20 orang yang tinggal, yg lain tu bukan kena buang tapi da melanjutkan pelajaran ke luar negara dah..

jadi kami je la yg sambut kat sini..

tapi yang penting bukan jumlah taun sebenarnya tapi macam mana tempoh 3 taun tu boleh ubah kita orang dari budak-budak lepasan sekolah jadi kumpulan guru yang terlatih dalam tahun 2011.
tu yang penting, kalau nak ukur tahap kertas fotostat tu da tebal da tapi kalau nak ambil kira tu sebagai bench mark ilmu tak tahu la brape banyak je yg terpateri di minda nih.

mengenang kembali saat penutup minggu pengurusan pelajar baru taun 2005 dulu, dibagitau bahawa kumpulan pismp akan menjadi kumpulan yang verstail sebab tu la agaknya kita orang kena blaja macam-macam. tapi tak pe la redha je.. elaun da dapat kan ;)

ngomelan aku

Yeaah I’m back ;)

Aku baru-baru nih sempat pegi ke Petaling Street the home of counterfeit product haha..

Best wo, da lama tak pegi membeli-belah sambil mengabiskan duit kat china town Malaysia ni. Last pegi pun da tak ingat dah, taun lepas tak pernah pegi pun. Maklum la PS ni. Sendiri paham la.

Aku pegi bersama-sama member-member aku la ari rabu malam khamis. Kitaorang naik tren je sebagai menyahut seruan menggunakan kenderaan awam ;)

Turun je tren di pasar seni tu ternampak satu grafiti yang menampilkan satu statement yang bagi aku layak dipertikaikan. Grafiti tu tertulis lebih kurang macam ni la ’kami tak mahu kapal selam, kami tak mahu jet pejuang, kami mahu gaji lebih’. Mesej ni ditujukan khas kepada Pak Lah selaku PM dan Najib selaku TPM merangkap menteri pertahanan. Yang menujukan mesej ni pula ialah ’rakyat malaysia’. Rakyat malaysia yang mana aku tak tau la pulak. Mesej lain pula ialah kami mahu ’spray-can’bukan senjata.

Aku selaku rakyat malaysia dan anak pesara kerajaan memang suka kalau kerajaan nak naikan gaji dan pencen. Sebab sekarang ni, kos sara hidup memang tinggi..kalau yang duduk di kampung merasai bahang, yang duduk di bandar pasti da nak terbakar da nih..(terbakar ati la). Harga minyak di pasaran dunia sekarang ni naik bukan sikit tapi naik macam ada spring...keja naik tak reti nak turun pun.

Tapi,dari satu segi tak kan lah kita nak tengok askar -askar kita pakai single load rifle waktu orang lain da sampai kepada tahap cyber war dimana penggunaan AWACS, ECW, rifle yang boleh lipat,ada kamera, setiap askar ada night vision, ada nuclear powered submarine, ada supersonic interceptor .

walaupun dasar pertahanan negara ni bukan la jenis nak menakluk mana-mana negara tapi kita la mesti setanding dengan mana-mana negara terutamanya negara-negara jiran untuk mengimbangi dari pelbagai segi termasuk la dari segi politik.

cuma yang boleh dipersoalkan ialah harga tender-tender tu supaya tak melampau mahal, sebab malaysia ni bukan berfokuskan kepada pembinaan pertahanan sangat.

kalau da banyak duit dibelanjakan beli alatan pertahanan nanti tak de duit lak nak buat sekolah, nak cetak buku, nak bayar cikgu hehe ;)

Ahad, 29 Jun 2008

Vamtac



ni gambar-gambar Vamtac iaitu dikatakan kenderaan utiliti yang telah dibeli oleh Malaysia semasa pameran pertahanan di DSA KL yang berlangsung di PWTC tak lama dahulu. Kalau tengok dari rupa Vamtac tak jauh berbeza dari kenderaan utiliti yang dikeluarkan oleh US iaitu Humvee. Mengikut forumers di board MPSA kat cari.com, kemungkinan kenderaan ini digunakan oleh unit PARA.

kenderaan ini boleh dijadikan platform untuk melancarkan anti-tank




pandangan dari sisi macam Humvee




ni saja je letak..kat belakang tu Hummer iaitu versi awam untuk Humvee
kat Malaysia tak de banyak Hummer ni




kredit to mpsa..
segala maklumat adalah tanggungjawab anda sendiri nak pecaya ke tak (disclaimer ni)