kelik-kelik

Sabtu, 22 Ogos 2009

sekadar entri kosong

Salam Ramadhan, datang kembali bulan ramadhan tahun ini. Selamat berpuasa dan selamat beramal..

Tak de idea aku nak menulis sekarang, da tak pandai menulis kot. Atau da sampai masa aku pencen dari jadi blogger nih, sekaligus mencapai hasrat mengurangkan kebergantungan kepada internet..(cewah). nih azam

Dan kira-kira jam 12.35 tengah hari Jumaat tadi, dah punch out dari pejabat sekolah. Praktikum 2 kiranya da tamat la..harap-harap semuanya bejalan lancar. Tak perlu ganti dll, terima kasih untuk pensyarah, pihak pentadbiran skolah, pihak guru, murid-murid yang sudi membantu walaupun gua ngajar tak mantap lagi haha..roger n out..besok balik kg, moh la

Sabtu, 15 Ogos 2009

HUT GPMS 61

14-15 Ogos 1948, hasil konvensyen pelajar Melayu seluruh Semenanjung telah bersetuju untuk menubuhkan Gagasan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Jadi pada hari ini genap usia 61 tahun GPMS. Ditubuhkan atas hasil usaha Aminuddin Baki iaitu seorang yang sangat terkenal dalam lapangan pendidikan tanah air. Aminuddin Baki merupakan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang paling muda dan banyak melakar perubahan pendidikan. Jadi GPMS pada hari ini mestilah terus memperjuangkan pembangunan pendidikan orang Melayu sebagaimana yang ditegaskan dalam prinsip 4Sedar, hasil konvensyen pada 1948.

SEDAR
atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah Melayu

SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan

SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa

SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami

selamat ulang tahun...belajar terus belajar