kelik-kelik

Ahad, 30 November 2008

Filem Martial Art Pertama Malaysia?

kinta 1881

produser dia claim sebagai the first martial movie in malaysia..filem mengenai kisah di Kinta, Perak pada tahun1881 dimana daerah itu bergolak akibat perang dua kongsi cina iaitu ghee hin dan haisan. Cite kung-fu ni beb..mungkin la cite ni betul-betul ada elemen martial art, sebab sebelum ni dalam filem-filem bahasa melayu, da ada banyak dimasukkan unsur-unsur silat yang bermacam jenis nih.

ni sinopsis:

Darah, air peluh dan air mata. Sebuah kisah mengenai persaingan dendam di antara adik-beradik dalam perjuangan hidup. Dua dunia berlaga dalam epik yang tidak mempunyai kasih sayang

Kumpulan He De yang diketuai oleh Zheng Hong, meluaskan penjajahannya di Laut Selatan, bersepakat dengan kumpulan kongsi gelap untuk mengambil alih kuasa di atas pelombong. Sekumpulan individu termasuk Tiger, Ace dan Blaze bersepadu di bawah pucuk pimpinan Dragon yang berkarisma serta Li Tian yang bijaksana untuk menghalang hasut mereka. Dalam perjuangan untuk keadilan, persaingan antara hero yang bakal menggegarkan dunia akan berlaku ...

air mata dan darah da cukup la nak menunjukkan keperitan..penggunaan perkataan air peluh agak janggal dalam penulisan berbentuk mcm nih..x gramatis, patut guna perkataan keringat. ni mesti translate dari english..blood, sweat and tears.

kepada produser filem, buat la weh cite-cite cam zaman 90 an tu..tp bajet kena tinggi baru nampak real..cite macam hati waja ke, semutar hitam ke, keris hitam bersepuh emas

6 ulasan:

Hilmi Zulfadli Shahrom berkata...

Ak telah berpindah ke
http://hilmizulfadli.blogspot.com

Harap maklum..

anjut berkata...

vote for keris hitam bersepuh emas!!!!mmg aku minat giler cerita tu!pastu lg satu, pendekar kundur!

The Corrupted berkata...

otai..pg ar tgk antoo fighter..best doh,,nak review tgk blog ak..

~mademoiselle hana~ berkata...

ahaha.saya tak tahu pun ada cerita ni.trima kasih pada kamu.ngee..=p

thenone berkata...

filem martial art pertama di malaysia???!! WTFFFF!!!! satu kenyataan yang mengelirukan.. kalo first malaysian chinese martial arts movie munasabah laa jugak...

filem2 seni beladiri malaysia dah lama ada terutama yg paling mempengaruhi aku mengenai sini beladiri melayu adalah lakonan eman manan..

dulu katanya nak buat filem epik mat kilau.. dan kabar angin katanya salah seorang pelakon tu guru silat(pelakon amatur) utk melakonkan watak mat kilau, kemudian aku ade terbaca disalah satu blog katanya pula shaharudin tamby jadi mat kilau.. perghh mmg x best kalo die jadi mat kilau...

bagi aku takde yg layak jadi mat kilau kecuali eman manan.. dan sampai sekarang bagi aku tak sekorrr pon pelakon yg mampu menandingi eman manan sebagai hero silat buat masa nie.. shaharudin tamby jadi mat kilau mmg hancur laaa...

SeiraSoffy berkata...

artikel2 yang ditulis memang ada nilai komersial..Best, & banyak ilmu...Great..