kelik-kelik

Isnin, 24 November 2008

Temerloh: Antara seni dan perjuangan

antara seni dan perjuangan...dua perkara yang nampak berbeza dalam kotak pemikiran aku.


wadah perjuangan telah lama bersemadi dalam diri anak-anak temerloh, perjuangan bagaikan telah menjadi darah daging mereka sejak zaman berzaman. daerah ini telah menyaksikan bagaimana kecundangnya sipahi-sipahi yang diimport jauh oleh british di tangan anak-anak tempatan. Siapa yang tidak pernah dengar cerita kepahlawanan Tok Gajah, Dato'Bahaman, Mat Kilau, Mat Kelubi. Semua mereka ini pernah berjuang mempertahankan hak dan kehormatan mereka dari dirampas oleh penjajah. Silat dan gerak langkah mereka ini memang tinggi dan mampu menumpaskan jiwa mereka yang angkuh dengan senapang. Namun, telah tersurat yang mereka perlu berundur untuk merangka strategi yang lebih mantap. Biarpun begitu, berundur bukan bermaksud mereka tewas dan menyerah. Mat Kilau telah mengisytiharkan dirinya pada tahun 1969 di sebuah masjid di Jerantut. Pahlawan ini telah disahkan oleh kerajaan negeri yang telah membuat siasatan.



semangat itu kemudian diwarisi pula oleh pemimpin-pemimpin yang lahir dari sini. semangat kepahlawanan tok gajah dan dato' bahaman menjadi inspirasi kepada mereka. di daerah ini la lahirnya pemimpin yang meniupkan semangat nasionalisme Ibrahim Hj Yaakob (Kesatuan Melayu Muda), Ishak Hj Mohammad dan beberapa lagi pemimpin besar Parti Kebangsaan Melayu Malaya iaitu parti melayu yang pertama sekali di Tanah Melayu ketika itu. malah apabila british telah mengisytiharkan darurat pada tahun 1948, telah mewujudkan satu keadaan dimana nasionalis kiri telah terhimpit dan mereka terus diperalatkan lantas menyertai Parti Komunis Malaya malah PKM telah memanipulasi keadaan ini dengan menubuhkan Rejimen Ke 10 PKM di Kerdau, Temerloh. Harapan PKM, ia akan dapat menarik sokongan dari orang melayu lain kepada perjuangan sia-sia mereka. Aku disini tidak mahu menjustifikasi tindakan rejimen ke 10, cuma bagi aku walaupun asalnya niat mereka untuk membebaskan negara dari penjajahan tetapi dari tindakan mereka selepas merdeka membuktikan mereka ingin berkuasa dan terus mendukung ideologi Karl Marx itu, malah Das Kapital dijadikan panduan dan pegangan mereka.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin dari daerah ini telah membuktikan kemampuan mereka di peringkat kebangsaan apabila telah dipilih untuk menjadi anggota kabinet antaranya ialah Abdul Rahman Talib iaitu bekas menteri pelajaran yang telah mengeluarkan laporan Rahman Talib berkenaan sistem pendidikan negara pada waktu itu. Ia kemudian diteruskan dengan lapisan pemimpin baru seperti Sabarudin Chik yang turut menjadi anggota kabinet. Sekarang ia telah disambung oleh Timbalan Menteri Kem Keushawanan dan Kooperasi, Datuk Sharifudin.

Seni, Kesenian dan Orang Seni

Seni boleh terdiri dari pelbagai cabang dan bentuk kerana seni itu bersifat artistik dan universal. Manusia boleh mentafsirkan seni sebagai perkara yang halus, rumit dan sukar untuk difahami tetapi itu lah seni. Pak Sako atau nama sebenarnya Ishak Haji Muhammad merupakan salah seorang dari tokoh sastera negara ini. Walaupun mendapat pendidikan Inggeris, Pak Sako telah meniupkan semangat merdeka melalui penulisan lama sebelum negara ini mencapai kemerdekaan. Penulisan beliau sentiasa menyeru kepada perubahan sikap orang melayu agar bangkit menentang kolonialisme. Sampai sekarang, novel Putera Gunung Tahan menjadi bacaan pelajar-pelajar di sekolah menengah.Mana kala, novel Anak Mat Lela Gila masih relevan walaupun di era ini. Bagi pelajar sastera, Pak Sako merupakan salah seorang dari tokoh yang telah menggerakan dunia sastera di Malaysia. Itu dalam penulisan, dalam bidang seni suara pula nama seperti Sudirman dan Siti Nurhaliza merupakan antara bintang besar yang telah lahir di daerah ini. Pencapaian kedua artis ini memang tidak dapat disangkal lagi. Sudirman sendiri merupakan pelakon dalam filem KAMI (bukan kami yang indie tu). Filem yang sedikit sebanyak menceritakan mengenainya. Dalam filem ini boleh didapati bagaimana dua watak dari filem ini seorang dari temerloh dan seorang lagi dari chenor telah pergi ke kuala lumpur kerana melarikan diri dari keluarga dan masalah yang menimpa mereka disini. Hubungan persahabatan pantas terjalin apabila mereka sama-sama menghadapi realiti hidup di kota.

Antara seni dan perjuangan adakah ia saling berkait?

-sampai disini dulu-ada masa-ada kelapangan minda aku sambung lagi-

nama-nama lain:
Tan Sri Yahya Mohd. Seh - Bekas Menteri Besar Pahang
Dato' Abu Samah
Dato' Awang Ngah
Dato Bahaman - Pejuang Menentang Penjajah Inggeris
Dato' S. Roomainor - Seniman
Abd. Rahman Talib - Bekas Menteri Pelajaran Malaysia
Kamaruzaman Teh - Nasionalis
Che Puan Ramlah Bt. Dahalan - Nasionalis
Satar Hj. Dahan - Nasionalis
sumbangan wiki

3 ulasan:

anjut berkata...

kira kenapa ko tak letak nama ko sekali?ke produk gagal temerloh?hahaha!

orkedhana berkata...

moyang saya berasal dari sana ;)

kudabesi berkata...

aku baru lagik la anjut..

tak berjasa pada negara lagik

cik hana,
oh asal sini ek..nasib anak cucu tau lagi tmpat asal moyang