kelik-kelik

Rabu, 14 Disember 2011

Kongsi Gelap : Serba Sedikit



Sijil Merangkap Bukti Keahlian Kongsi Gelap Ghee Hin (Malaysia)

setelah lama dijanjikan, sebuah entri tentang kongsi gelap dizahirkan.

1. Kongsi gelap/ triad berasal daripada tanah besar China. Secara literalnya, apabila berbicara tentang Kongsi memang tak dapat lari daripada menyebut China.

2. Kongsi gelap bermula sebagai satu kumpulan yang ingin menentang maharaja jahat di China. Teknikalnya, mereka adalah pemberontak.

3. Mereka telah bersumpah di hadapan patung dewa dan di dalam tokong dengan upacara ritual yang di ikuti sehingga sekarang.

4. Lama-kelamaan perkumpulan orang ini telah menjadi kuat dan berkuasa. Matlamat mereka bukan lagi untuk menumbangkan maharaja, tetapi berkuasa dari segala aspek. Jahat mereka lebih kurang maharaja jahat juga. (cuba tengok cerita Jackie Chan "Harajuku Incident")

5. Di Malaysia, Kongsi gelap telah wujud sejak mula lagi sebaik sahaja orang cina mula menetap di Malaya beramai-ramai. Matlamat mereka baik, untuk melindungi kepentingan orang cina dari ancaman. Mungkin mereka tak tau orang melayu memang cukup baik.

6. Bila bermulanya tarikh sebenar tidak diketahui, tetapi Perang Larut telah membuktikan akan kewujudan kongsi gelap di Malaya. Ghee Hin dan Hai San nama dua kongsi tersebut, yang masing-masing memiliki sokongan dari orang-orang besar Perak ketika itu.

7. Munsyi Abdullah ada menulis secara terperinci mengenai acara angkat sumpah kumpulan kongsi gelap di Singapura. Dia dipercayai satu-satunya orang Melayu/ Islam yang dapat menonton acara sulit tersebut pada ketika itu.

8. Seperti Mafia dan Yakuza..Kongsi gelap juga merupakan golongan yang percaya kepada agama tetapi banyak melakukan perkara yang dilarang agama. Upacara angkat sumpah dilakukan dengan menggunakan patung dewa dewi dan upacara agama.

9. Orang Melayu juga ada berpersatuan seperti ini, mengikut buku Kongsi Gelap Melayu di Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada satu ketika dahulu wujud dua kumpulan kongsi melayu yang kuat.

10. Kumpulan tersebut ialah Bendera Putih dan Bendera Merah. Kumpulan ini banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan. Dan ini bukan tahun 1999, tetapi tahun 1830 an.

11. Dan pada satu ketika, mereka bertikam lidah melalui 'boria'. yer boria..boria digunakan sebagai medium kumpulan ini berpantun seloka sambil memuji kumpulan masing-masing.



abang long dil, peberet nih

P/S: Menjadi ahli kongsi gelap adalah satu kesalahan jenayah. Sekiranya anda didapati membahayakan ketenteraman awam, anda boleh dikenakan tahanan di bawah Ordinan Darurat. 

Isnin, 28 November 2011

Mereka Yang Tertewas

Dalam Bahasa Inggeris, kapal akan dirujuk sebagai 'Her' dan 'She' ini berkaitan dengan amalan lama di mana kapal kerap kali dinamakan dengan nama wanita. Selain itu, kapal juga merupakan bini, teman wanita, soulmate kepada kelasi dan seafarer yang majoritinya lelaki...

aku dulu tak minat navy-navy nih, lepas spm baru turn over huhu

KD Inderapura


Selepas Kebakaran, Lucut Tauliah



 KD Sri Perak

Sebelum tenggelam di Laut China Selatan akibat ribut


1984, KD Sri Perak, KD Sri Terengganu & KD Hang Tuah 
dalam satu latihan membawa Pegawai Kadet TLDM. 3 terkorban rasanya.


KD Pari

 Tak tau la boleh repair ke tak


 Karam Selepas Kejar Kapal Tentera Laut China
di Terumbu Layang-Layang

And she sink, as ocean take away....the memory remains


Jumaat, 25 November 2011

Menjawab Tomahan Indonesia : 1



Pasca Sea Games 2011, sebelum ini dah malas nak menjawab tuduhan macam nih. tapi demi warga malaysia yang masih mentah...mungkin juga boleh terpengaruh, terutamanya yang pergi tak pergi kursus BTN lagi (lol)

1. Jalur Gemilang ciplak

puii..Sang Merah Putih apa kurangnya, bendera tu asalnya bendera Belanda iaitu Merah, Putih dan Biru. Bila terjadi perang Indon-Belanda, terjadilah satu peristiwa dimana gerila Indon ini telah menyerbu sebuah rumah Belanda dan mengoyakkan warna biru belanda tersebut lalu mengibar-ngibarkanya.

fakta sejarah mengenai bendera merah dan putih seperti sekarang yang digunakan sejak zaman Patih Gajah Mada adalah kurang aku percayai. aku pun boleh kata zaman Melaka dulu pakai bendera keris bersilang macam bendera UMNO. dokumentasi tiada, bukan dari sumber premier.

2. Negaraku Ciplak lagu tradisional Indon




ini pun susah jugak nak jawab, asalnya lagu Negaraku daripada lagu Terang Bulan (lagu negeri Perak)..asalanya lagu Terang Bulan pulak daripada lagu Mammula Moon, yang sultan perak dengar masa dalam buangan di Seycheles kerana peristiwa JWW Birch. kalau berkait dengan Indon mungkin berkaitan dengan lirik kot? don't know..tanya Prof Agus la..

3. Batik...

dah terang2, tulis batik malaysia..rekaan Nor Arfa Batik tak sama dengan batik kodi jawa..kalau nak bantah pun agak2 la..alangkan ada paten pun tempoh masa dia boleh tamat. kalau macam tu sume orang kena bayar thomas alva edison la pasal cipta mentol. jadi penjawat kerajaan, pakailah batik malaysia dan bukanya batik jawa yang korang pegi beli masa melancong. ada jugak jenis bebal pegi pakai...nak tunjuk hero agaknya

4. Reog

nate gapo nih? kakaka orang malaysia pun tak kenal...orang jawa malaysia kenal la kot, aku tak kenal..dalam buku Sivik pun tak ada

5. Ambalat

ini pasal stand off antara TLDM dengan TNI AL, sayangnya media malaysia tak laporkan. sebaliknya media indonesia memperbesarkan. selain Ambalat, banyak jugak isu lain antaranya penguatkuasa Indon senang2 masuk dan tangkap nelayan malaysia walaupun GPS menunjukkan mereka masih dalam perairan Malaysia atau dalam kawasan perairan antarabangsa..

6. Tenaga Kerja Indonesia (TKI), Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

majikan rakyat malaysia lebih suka mengambil buruh dari indonesia dalam segenap hal, dari pembantu rumah sampai ke pembantu kedai. kebolehan berbahasa melayu dan budaya yang tak jauh berbeza menyebabkan majikan ambik orang indon selain kadar upah yang rendah berbanding rakyat tempatan.

tiada isu sangat, kecuali PATI...PATI adalah sejenis golongan yang pada hukum manusia telah melanggar undang-undang negara iaitu masuk ke negara tanpa passport, visa yang sah..ataupun masuk dan kemudian tinggal lebih masa. ini peraturan standard, jika kita masuk ke Indonesia pun kalau tidak punya passport yang sah kita boleh ditangkap sama..jadi apa masalahnya? masuk dan kerja lah mengikut undang-undang.

kalau anda pernah menonton, Border Patrol..Amerika juga mengalami masalah yang sama. tetapi disana lebih power, sekiranya warga Mexico didapati cuba menghampiri sempadan Amerika, mereka akan dihalau di tengah-tengah gurun tersebut, ini boleh mengakibatkan orang Mexico ini mati kerana kehabisan makanan, air atau kesejukan di malam hari. tapi kalau sudah melintas sempadan, pendatang mexico akan ditangkap dan di usir keluar.

jadi saya bertanya, ada tak ada kita dengar yang kapal indon bawak indon cuba lintas sempadan kemudian karam?

jawapan ada, atas dasar kemanusiaan..APMM, TLDM, Polis Marin membantu..walaupun mereka ini dalam cubaan melanggar undang-undang negara. kat US, sapa yang membantu Mexican nih melintas sempadan walaupun atas nama kemanusiaan (contohnya, jumpa mexican sesat..air da habis, makanan habis) orang yang membantu tadi yang akan masuk jail.

bersambung

Khamis, 10 November 2011

Seksualiti Merdeka sangat..puii



Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan #SeksualitiMerdeka yang khabarnya nak membahaskan nasib LGBT/PLU di Malaysia. Dibawah ini sedikit cadangan daripada saya:

#RokokMerdeka - hak kesamarataan perokok tegar tanpa diskriminasi .

dengar kata orang kerja kesihatan kalau hisap rokok payah naik pangkat, nih pun diskriminasi. dia beli, dia paham lah risiko puii.

#SenjataMerdeka - hak untuk memohon, memiliki, menggunakan, membawa senjata api/ senjata besi secara bebas dan merdeka bersesuaian dengan semangat demokrasi. 

baru minggu lepas budak kena tangkap, sebab bawak pisau di tempat awam..wat de fakk, sebagai warisan perwira..membawa parang/golok/kapak kecik/kerambit merupakan satu tradisi Melayu, dan bagi keadaan tertentu..janggal bersamping dan tengkolok tanpa keris berluk tujuh di pinggang..hukuman macam nih seperti zaman kebangkitan Meiji dimana golongan Samurai nak dihapuskan daripada masyarakat dengan memaksa mereka meninggalkan katana mereka di rumah. Bukan lelaki kalau tak berpedang, kata samurai..lantas mereka pupus. Anak cucu dibiarkan bermain kendo - pedang kayu. Macam aku la, satu jenis keris pun tak ada haha. Orang dulu kurang2 simpan tombak,lembing.

#CerminGelapMerdeka- hak untuk pembayar cukai jalan, menggunakan cermin gelap tanpa ragu-ragu lagi. tiada lagi keistimewaan kepada mereka yang bergelar dan mampu membeli Alphard dan Skyline.

self explained title..no need further explanation. panas dow tak tinted!!!

#SekolahMerdeka - hak untuk memilih tidak bersekolah.

ini budak-budak suka nih, ramai yang nak tiru Steve Jobs. tak payah blaja tinggi katanya..puiii

#SamanTrafikMerdeka - hak untuk tidak disaman atas apa kesalahan trafik pun.

itulah realiti tuntutan yang perlu anda terima sekiranya tanpa malu anda menerima #SeksualitiMerdeka, tak semua kebebasan itu indah. LGBT's bertentangan dengan semua konsep moral, dan tak semua perkara harus dihujahkan dengan dalil aqli.

bagi BAR Council, sila pertimbangkan tuntutan-tuntutan ini, sekiranya benar anda memperjuangkan nasib yang di diskriminasi..buat yang melayu..malu lah sikit kalau tampal logo BAR Council di kereta tapi tak memahami isi perjuangan BAR council itu sendiri



 

Khamis, 27 Oktober 2011

entri bertaraf diari : episod bernombor 202

haram jadah banyak benda dalam kepala..tapi penat nak tulis, tambah satu hal..jenis tak merangka karangan

no 1

anak murid tak datang sekolah, dah cukup sebulan dah. kalau anak taukey lombong emas Penjom tak apa la jugak. kesian tu kesian, tapi cam ne nak buat..dah la ada saringan 6 LINUS, kalau tak ambik macam mane nak lulus? secara tak langsung menggangu KPI & NKRA TPM tu..

pujuk, pujuk dah..pukul pun mak dia dah pukul. tapi sebagai seorang kanak-kanak yang terlindung dibawah Konvensyen Hak Kanak-Kanak PBB (ya, sebab tu ada Hari Kanak-Kanak) kanak2 tidak boleh di 'abuse'. di bawah Akta Pendidikan 1996 juga kata suruh daftar anak ke sekolah jer. tak suruh menghadiri setiap hari persekolahan.

buang? jadah nak buang budak tahun 2? nak menjawab dengan pihak atasan pasal tak guna budi bicara?

nih masa belajar dulu, dah boleh jadi kajian kes..aku rasa dia tak hadir sebab kekurangan motivasi intrisik ditambah masalah luaran seperti malas bangun dan kerja sekolah tak siap. bila berlanjutan, hati pun da keras..apa lagi syok la tak datang. biasalah budak LINUS, untuk Math dan Bahasa Melayu je ada pemulihan, untuk subjek lain..dorang masuk belajar macam biasa. tak boleh nak ikut arus perdana, jadi tak siap la kerja.

no 2

aku baru balik dari Borneo, menghadiri konvo..seronok jugak la, sementelah tengah bercuti sekarang nih.Scence Sarawak sambut konvo memang besar-besaran, siap dengan fun fair haha.

no 3

tahniah Tranung dan N9 atas kejayaan ke final Piala Malaysia. bola-bola nih jenis tak ikut sangat, tp Piala Malaysia memang ikut sejak kecik lagi. Dari zaman final di Stadium Shah Alam patah balik ke Shah Alam nampaknya.

tiket memang jenis cekik darah, alasan tak munasabah..patut orang yg bagi sewa (OYBS) yang perlu menyediakan padang yang terbaik tanpa pertambahan kos..bukannya orang yang menyewa (OYMY) yang kena bayar untuk repair padang. serupa sewa rumah, lepas tu pasang mozek kat rumah sewa..lepas tu sewa tak kurang pun, cukup 2 bulan pindah rumah lain.

bila FAM kata pertambahan untuk keselamatan amatlah geli hati. keselamatan tahap apa, kalau boleh lagi seludup mercun..sampai buta2. nak kata FAM upah BlackWater USA tak tau la pulak.

semoga berjaya, pasukan terbaik akan menang.

no 4

nampaknya 'karma' kerajaan yang naik dengan menggulingkan orang lain, akan digulingkan sekali lagi berlaku. cuma kali ini, Gadafi yang dibunuh. al-fatihah untuk beliau, di Asia Tenggara..gadafi sebenarnya dipandang tinggi khasnya di Selatan Filipina kerana banyak membantu perjuangan bangsa Moro yang menuntut autonomi.

aku mendoakan dari jauh untuk melihat 'keamanan', kemakmuran yang diidamkan oleh rakyat libya.

 no 5



loghat temerloh, bukan senang nak dengar..

Sabtu, 8 Oktober 2011

undead

hehe mesej taun 97, relevan lagi nih

Isnin, 26 September 2011

201 : Petualang Pejuang part 2

why should we called them freedom fighters, when they act as oppressor?


malas siot nak tulis pasal bab komunis nih, tak puas hati..korang baca la buku berlambak jual kat MPH

kalau tokoh PKM ada banyak, kalau tokoh Pasukan Keselamatan (PK) ada la sikit..antaranya Nation Before Self - Dato' Yuen Yuet Long..buku Kol Robert Rizal Abdullah PGB, dan buku bergambar bertajuk The Malayan Emergency

kemudian, sambung tengok Paloh, ye cerita yang tak laku tu..cerita di zaman mana zombi zombi politikus nih tak minat nak tengok. tapi bila Mat Sabu (MS) kuarkan cerita PKM, kelam kabut zomba zomba nak bercerita pasal sejarah.

dalam part terakhir Paloh ada satu persoalan : " nape XXX yang beragama boleh terjebak dengan komunis?"

XXX tu pasal aku lupa nama..

dah rasa best..dah faham, baru kita boleh cerita. baru syiokkkk. ini, kaki ponteng kelas sejarah pun jadi keyboard warrior..ape keheei..

Selasa, 6 September 2011

201 : Petualang Pejuang

Chin Peng (bukan nama sebenar)


Agak lama tak mengetuk keyboard, menaip dalam blog yang dah bersawang dengan semacam spammer bot.

blog yang agak berusia, bermula pada 2007 dan telah mencatat 200 entri. blog yang bermula dengan niat mencari-cari diri sendiri. sebab tu nama nya, siapa aku? siapa aku? siapa aku dalam dunia ini? skinhead kah, melayu kah? redneck kah? biasa di umur 20 tahun..tapi semuanya hamba Allah s.w.t dalam perjalanan ke alam abadi.

blog yang carca marba dengan bahasa dan pemikiran yang tak seberapa. tapi itu lah aku, peduli apa aku. lagi pun, aku tak cari makan di sini. duit nuffnang, buat membayar bil astrok. hidup sebagai proletariat, tak kan terlepas dari kapitalis kan? hehe.

aku kembali menari-nari atas pelbagai misi, jarang sekali aku menulis kerana kebosanan. mungkin boleh belajar selepas ini, dengan blogger lain.

kembali ke misi

di saat akhir ramadhan, dan di ambang merdeka kita dikhabarkan dengan berita bahawa Allahyarham Mat Indera adalah wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong. memang mengejutkan kerana kenyataan di keluarkan seorang pemimpin kanan parti Islam.

tambahan pula, dulu dikhabarkan bahawa "nasionalis, sosialis sama dengan komunis"

sebenarnya, setelah lebih 20 tahun..PKM menerima perjanjian damai, telah timbul pula satu gerakan/sindrom yang cuba 'memutihkan' PKM, dimulai dengan penerbitan memoir yang lebih bahaya dari peluru kerana memoir tokoh terbabit tak ubah seperti manifesto PKM itu sendiri. tak dipotretkan penyesalan atas jenayah yang dilakukan pada masa lampau.

kenyataan politikus tersebut tak payah la nak dipertikaikan lagi..sudah jelas lagi bersuluh, memang agak kurang hajar. dan malangnya, ramai dari kita bukan lah 'peminat' jauh sekali 'pengkaji' sejarah tapi lebih ramai yang menjadi zombi politik. mengikut sahaja, dan mempertahankan tokoh kesayangan.

sejarah tetap sejarah, dan serangan komunis ke Rumah Pasung Bukit Kepong adalah benar. siapa petualang, dan siapa wira sebenarnya sudah jelas, namun demi kepentingan tertentu (dan usaha memutihkan sejarah PKM) rakyat pula bertelagah.

sebenarnya, ramai yang terkeliru antara perjuangan haluan kiri dan perjuangan komunis (ya, komunis adalah pejuang juga! pejuang ideologi mereka)

satu perkara yang orang ramai terlupa nak ambik kisah, selepas tamat perang dunia ke 2 terdapat persefahaman bahawa golongan kiri pada masa itu supaya Merdeka diumumkan serta merta sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, dan pihak gerila pada waktu itu akan mengambil alih keselamatan dan mungkin bertempur dengan British sebaik mereka sampai (sama modelnya dengan Indonesia, Merdeka dengan Darah!)

tapi apa yang dah jadi? PKM tak nak terlibat, kerana yang diperjuangkan adalah kemerdekaan dan ideologi yg dipegang KMM adalah semangat kebangsaan (nasionalis) dan terkontang-kantinglah golongan kiri Melayu ketika itu..Ibrahim Yaakub melarikan diri ke indonesia, bagi mengelakkan ditangkap british dan mungkin juga PKM?

apa yang PKM buat? tak lain tak bukan sibuk dengan Kanggaroo Court..menghukum sesuka hati seumpama Jepun benda nih juga lah menyebabkan tertubuhnya Tentera Selempang Merah di Johor dan Perang Sabil di Sg Manik, Perak..

bila British datang, kemain seronok lagi pergi berarak di bandar dan terima pingat dari penguasa British..kemudian sampai ke London bagi mesyuarat Comitern
bersambung...

Selasa, 2 Ogos 2011

rage : justice for ahmad jazimin




for those 'monkey like human' that did this to the gentlemen, you'll pay for it.. whether it now or hereafter.

in the blessing of ramadhan, let us pray..so that he can fully recover

in the 70's-80's, our parents read about men become blind after stepped on bobby trap. in the 90's we read this sort of news about kids losing his/her eye after playing crackers.

but now, this guy maybe losing his eyesight because of somebody else foolishness. playing mercun insight well packed stadium. he is not the first person to be the victim, before this kids also become victim. should he be the last

credit :

sangkunang
utusanonline

Jumaat, 22 Julai 2011

hampeh

dah berapa lama janji nak buat entri pasal Kongsi Gelap di Msia tp sampai sekarang tak buat lagi..

perangai dah macam yb dah =)

kalau buat sekarang, kang poyo lak..mentang-mentang la KL Gangster tengah hot

Catatan Kaki : Penulis merupakan seorang guru berkhidmat di sebuah sekolah yang sama umur dengan Liverpool FC sekian.

Ahad, 17 Julai 2011

UTK

"peeping tom" he is not
1 Peluru, 1 Musuh!!
storm the front!!!
Hostage rescued!

In the event that happens, just 2-3 days before 9 July rally (Bersih & Patriot saying that their act will save the country) the real hero are the men in blue (well, the UTK prefer the black suit lol).

Sadly, 2-3 day later..the police has been called with "anjing" by the people that is not satisfy with them enforcing the law on 709 rally. The video & photos are now all over the net, and true that some of the officer act beyond of SOP (maybe they are angry because of..tired..stress and being provoked, booing and so..) and i hope, the IGP can take the necessary action to those officer.

but, at one part of the video..i didn't agree. about the negotiation with the leader of the rally. what to negotiate? the rally itself is illegal..and the leader could take time, to talk and announce their vision to the crowd. but they choose to 'berarak' and when FRU block their way, they did not move.

Terima Kasih, tok

Ahad, 10 Julai 2011

Takdir & Waktu



1. Al-Fatihah, aku sedekahkan kepada seorang lelaki yang meninggal dunia semalam semasa demonstrasi BERSIH 2.0

2. Baru beberapa jam tadi, Ketua Polis KL telah mengeluarkan press release mengenai perkara ini. KP KL berkata, mangsa meninggal dunia akibat komplikasi jantung. (byk benda boleh 'trigger' benda nih)

3. Seperti dapat dibaca dalam Mkini, dakwaan bahawa mangsa telah meninggal kerana sesak nafas akibat gas pemedih mata.

4. Pada aku, dakwaan seperti ini tidak lain tidak bukan semata-mata untuk memburukkan nama PDRM. Supaya kebencian terhadap pasukan beruniform ini dapat disemarakkan lagi dalam diri puak-puak tertentu. (ingat lagi? gelaran anjing kerajaan, babi, Siput Babi (gelaran untuk Special Branch)

5. Keadaan telah memaksa untuk dilepaskan gas pemedih mata. sebab, walaupun selepas tangkapan, sekatan jalan dan kempen di media..perhimpunan oleh Bersih dan Patriot tetap berjalan dalam jumlah yang agak besar. Kalau tidak disekat, nescaya memang akan berlaku pertempuran ala Bangkok, walaupun sekadar saling membaling batu.

6. Hak berhimpun anda sebagai rakyat telah pun terlaksana, baca Sinar Harian pada hari nih. Dimana ada masa sampai 40 minit, dan Dr Dzulkifly dari PAS sempat berucap kepada penyokong barulah dilepaskan tembakan pemedih mata dan water cannon.

7. Masih zalim lagi kah? polis biasanya akan memberikan masa dan amaran sekurang-kurangnya 3 kali untuk bersurai. sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, barulah ditembak gas pemedih mata dan air kimia.

8. Aku pernah melihat demo kecil-kecil di masjid UM. pemimpin pelajar tersebut yg mahu AUKU dihapuskan telah diberi peluang utk berucap juga beberapa minit sebelum disuruh turun daripada kerusi dan penyokong diarahkan bersurai.

9. Aku percaya imej dipukul, ditendang akan berlaku apabila suspek bertindak agresif dan cuba melawan dari ditahan. bagaimanapun, kalau betol ada 'police brutality' iaitu tindakan melanggar SOP. dakwa aje la..peguam kan ramai.

10.Kenapa ini berlaku? mengikutkan pengalaman lepas..dalam demo Anti ISA, penganjur sudah menyediakan arahan bertulis yg disebarkan di blog kepada penyokong apa yg perlu dilakukan sekiranya ditahan. Biasanya Bar Council, dan peguam pro pembangkang memang sudah bersedia di balai polis sekitar KL untuk memberi bantuan guaman.

11. Tindak balas agresif ini tidak lain tidak bukan berpunca daripada rasa benci meluap-luap terhadap pihak berkuasa. Imej ditendang polis, hospital disembur, tear gas, masjid jame' jadi kubu sambil para demonstran bertakbir dengan polis bersedia dengan cota diluar adalah satu gambar yang cukup ideal bagi media yang ingin menunjukkan imej buruk negara.

12. kedua-dua pihak telah mendapat peluang untuk berhimpun dan menunjukkan diri sebagai hero di jalanan.

13. satu pesanan, kpd penganjur demo seperti ini..tolong lah berpesan agar yg sakit, budak, orang mengandung tak sertai lah. nih yg naik kerusi roda pun nak join..adoiyai.

Rabu, 15 Jun 2011

Panduan Kecemasan Masa Darurat

Ini antara artikel terawal aku baca di MilitaryofMalaysia.net, walaupun tak dapat lagi bertemu muka dengan ShahPaskal tapi ini antara artikel yang aku cukup berkenan dan ingat. Jadi hari nih, aku copy n paste artikel. Kredit kepada ShahPaskal sekali lagi.

Kita tidak tahu jika saat-saat bahaya menanti kita, sama ada perang, darurat atau bencana alam. Saya sendiri pernah membuat tindakan yang membahayakan nyawa, di mana semasa satu tugasan di Iran, saya membawa khemah dari Malaysia.

Cuaca ketika itu sangat sejuk, khemah yang saya bawa hanya sesuai untuk waktu malam tropika yang mempunyai kebolehan untuk melindungi saya dari serangan nyamuk tetapi bukan untuk menghangatkan saya dari cuaca dingin seperti di gurun Iran. Saya hampir beku di dalam khemah, ketika ini saya terpaksa memakai 3 lapis baju, dua lapis stokin dan sarung tangan. Terus terang, saya rasa nak menangis dan mengucap dua kalimah syaadah beberapa kali kerana saya terfikir akan mati akibat kesejukan.

Kesemua percubaan saya untuk memanaskan badan gagal, akhir sekali saya terpaksa menyalakan lilin askar (sejenis lilin untuk memasak) dan membakar lilin itu di dalam Mestin (sejenis dapur kecil yang dibuat dari alumunium). Memang berbaloi, haba yang dikeluarkan menyebabkan saya tidur nyenyak.

Tiba-tiba saya terasa peha saya sakit seperti digigit serangga, apabila sedar, rupa-rupanya api sudah menyala dan membakar seluar saya malah hampir membakar khemah. Semua tindakan cepat diambil,lega,kalau tidak saya rentung pada pagi itu di satu bumi yang amat asing sekali.

Berikut merupakan panduan saya sebagai orang awam dalam perang (boleh juga digunakan untuk senario lain. Anggap sahajalah ini merupakan panduan ala Macgyver).

1. Jangan memakai pakaian yang menggambarkan anda ini seorang tentera atau mempunyai lambang tentera. Saya pernah hampir dapat masalah di negara orang kerana menyangka saya ini tentera disebabkan saya pakai topi PASKAL (my lucky hat) dan jaket hijau ala rain coat Vietnam War yang dibeli dekat Padang Besar oleh aruah nenek saya.

2. Belajar untuk “mengsterilkan” air, kecuali jika anda tinggal di tepi sungai seperti belakang Zoo Negara (sungai Kemensah) atau Bukit Belacan, banyak stok air bersih tetapi itu pun sukar kerana dalam keadaan seperti ini, sangat bahaya untuk keluar mencari air. Didihkan air sekurang-kurangnya 15 minit untuk membunuh bakteria. Di Baghdad misalnya selepas enam bulan penaklukan Amerika Syarikat, bekalan air bersih masih gagal dicari. Anda boleh hidup selama 3 hari tanpa air dan 5 hari atau lebih tanpa makanan.

3. Pastikan anda mempunyai simpanan minyak tanah dan minyak masak yang mencukupi. Selain untuk bahanapi dan memasak, minyak masak misalnya boleh digunakan sebagai minyak pelincir. Minyak masak juga boleh menggantikan minyak hitam dalam enjin kereta anda. (Saya sendiri menggunakan minyak masak Cap Buruh untuk enjin kereta saya jenis Proton Saga. PERINGATAN!!!! GUNA HANYA MINYAK MASAK BERASASKAN KELAPA SAWIT SAHAJA.

Minyak tanah/kerosene selain untuk bahanapi (memasak), ada teori ia boleh digunakan untuk mengerakkan kereta anda dengan syarat, anda perlu menapisnya terlebih dahulu dari serpihan kulit ayam atau campuran air(INGAT SEMASA PERANG…BEKALAN PETROL AMAT-AMAT SUSAH UNTUK DICARI). Anda juga boleh belajar untuk membuat sendiri bahanapi bagi kenderaan anda pada alamat : http://www.bio-power.co.uk/makeit.htm. Di Seremban, salah seorang sahabat saya berjaya mencipta “Spark Plug” yang boleh digunakan dari anda sehinggalah ke anak cucu dan saya gunakan spark plug ciptaan beliau pada kereta saya.

4. Laburkan sedikit duit untuk menyimpan basikal. Pada masa aman, ia boleh dijadikan kenderaan riadah dan semasa kecemasan, ia boleh membantu mengerakkan anda sejauh berpuluh kilometer di mana pada saat itu adalah terlalu berisiko untuk membawa keluar kereta. Simpanlah minyak anda untuk saat-saat kecemasan sahaja.

4. Ketahui lokasi rumah anda. Semasa peristiwa 13 Mei, apabila jalanraya menjadi kurang selamat, mereka yang terselamat ketika hari pertama 13 Mei, memilih jalan sungai untuk balik ke rumah. Sungai yang saya maksudkan ialah Sungai Gombak dan Kelang.

5. Radio FM/AM. Sangat penting untuk mendengar makluman penting.

6. Jika anda dalam satu komuniti, saya sarankan anda menyimpan Microphone Kondenser (dahulu saya membeli mic jenis ini dengan harga RM9.90 sen sahaja, saya tak pasti jika mic jenis ini masih dijual lagi). Lilit wayar pada arial radio anda. Cari frekuensi FM yang sesuai. Anda boleh membuat pengumuman penting sejauh lebih kurang 1.5 ke 2 kilometer jika berada di atas bukit. Suara anda akan keluar pada setiap radio yang “tune” pada frekuensi tersebut.

6. Walkie Talkie. Dalam perang, telefon anda tidak berfungsi. Belajar untuk menggunakan sistem perhubungan radio dua hala. Saya memiliki radio walkie talkie VHF/UHF yang dibeli dengan harga RM1,000, walkie talkie saya juga boleh mengesan sebarang frekuensi lain dan mendengar perbualan radio orang lain.

Untuk orang biasa yang tidak mempunyai pengalaman dengan radio amatur, saya menyarankan anda membeli Walkie talkie Talkabout (biasa diguna oleh penjual DVD haram anda) dari kompeni Motorola beharga lebih kurang RM300-500 untuk dua set, amat berguna bagi menghubungkan anda dengan keluarga di rumah. Walkie talkie Motorola ini mempunyai capaian sejauh lebih kurang 3 kilometer. Kuasa bateri agak lemah, jadi, berbual untuk perkara penting sahaja.

7. Elakkan dari berada di bangunan-bangunan yang mungkin menjadi sasaran meriam atau bom, misalnya KLCC, menara KL, pengkalan tentera, menara telekomunikasi, jambatan, bangunan kerajaan dan etc.

8. Bawang-penting sebagai jalan terakhir jika berlaku serangan kimia. Makan dan kunyah bawang-bawang itu jika anda terperangkap dalam situasi berkenaan (Saya tidak pasti jika ini benar tetapi maklumat ini saya dapat dari rakan saya yang merupakan bekas kapten pasukan GGK). Kalau anda rasa dengan menahan nafas, anda boleh terselamat dari serangan gas beracun atau kimia, anda sebenarnya salah. Saya sendiri pernah diuji dengan gas beracun (tidak ingat namanya) dan bertahan hanya selama 5 saat sahaja sebelum ditendang keluar dari bilik gas. Sebelum itu saya yakin, dengan menahan nafas saya pasti lulus ujian ini tetapi teori saya silap, untuk pengetahuan pembaca, saya mampu menahan nafas selama 60 saat (Oklah kot untuk orang awam).

Untuk pengetahuan anda, gas yang diuji ke atas saya itu menyebabkan kerongkong rasa terbakar, leher macam kena cekik, mata berair dan susah hendak bernafas atau menyebut “HELP!HELP”. (lihat gambar di atas kalau korang tak percaya)

9. Bekalan makanan kering dan tahan lama seperti beras 30 kilogram, ikan masin, kicap, makanan dalam tin (dalam keadaan biasa, jika anda mencatu makanan, bekalan ini cukup untuk menampung anda minimun 6 bulan jika anda hidup seorang). Bab ini anda fikirlah sendiri, setiap orang mempunyai keperluan berbeza, saya misalnya…rokok lebih penting dari nasi. Sebenarnya makanan-makanan kering ini banyak membantu saya menghadapi saat-saat sukar di luar negara.

10.Jika di hutan, makan daun atau buah-buahan yang dimakan oleh binatang sahaja, selain dari itu ia mungkin beracun. Ular sawa, katak dan ulat (sumber protein) boleh dimakan. Saya sendiri pernah menikmati daging ular, katak dan ulat dalam satu lawatan ke kem temtera, terus terang, saya surrender dan dari situ saya mula faham bertapa peritnya kehidupan seorang anggota tentera di dalam hutan.

11. Apabila keadaan tidak mengizinkan, tanggalkan bateri kereta anda dari membiarkan bateri berada dalam kereta. Bateri kereta itu mungkin berguna untuk tujuan lain. Bateri juga akan menjadi lemah jika diam dalam kereta untuk beberapa hari.

12.Charger bateri untuk bateri kereta atau motor mungkin sangat berguna (Guna untuk caj bateri yang lemah kerana dalam saat-saat ini, anda bukan boleh sewenang-wenangnya membawa kereta ke hulu dan ke hilir). Saya buat masa ini mempunyai charger 6-12 wattt yang saya beli untuk bateri motorsikal Blade 250cc saya dengan harga lebih kurang RM60. Ia juga berguna untuk caj peralatan-peralatan lain tetapi anda kena “Hardwire” lah sikit.

13.Anda pernah dengar perkataan gajet yang diberi nama “Inverter”, ini merupakan gajet yang sangat berbaloi untuk anda beli. Sambung pada soket “lighter” kereta dan “Inverter” ini boleh digunakan untuk menukar arus elektrik kereta bagi memasak nasi, caj telefon, nyalakan lampu, masak air. Ia boleh dibeli dengan harga lebih kurang RM200 untuk 500 watt. Mungkin ramai yang tidak faham, OK saya bagi satu contoh…anda mempunyai telefon bimbit dan biasanya dalam kereta kita beli alat caj telefon bimbit yang khusus untuk dalam kereta. Inverter pula mempunyai soket elektrik yang sama dengan rumah dan anda boleh caj telefon bimbit dalam kereta menggunakan “Charger” biasa telefon anda. Selain sambungan pada soket “lighter” di dalam kereta, ia mempunyai sambungan wayar negatif dan positif untuk di klip pada bateri kereta untuk kegunaan barang elektronik di rumah dalam keadaan bekalan elektrik terputus. Sangat berguna untuk saat-saat kecemasan. Model untuk 1,000 watt juga dijual dengan harga RM500.

14.Jika anda bernasib baik, bekalan elektrik mungkin masih ada. Pengalaman di Iraq menunjukkan, pasukan tentera yang menyerang tidak mahu menyerang stesyen janakuasa elektrik atas dasar perikemanusiaan.

15.Jika nasib anda buruk, generator elektrik yang berharga di antara RM1,000 ke RM1,500 amat berguna. INGAT PANDUAN SAYA YANG KE 3-MINYAK MASAL DENGAN SEDIKIT CAMPUR KEROSENE BOLEH DIJADIKAN BEKALAN BAHAN API.

16.Belajar untuk mengenali struktur rumah anda. Rumah anda boleh menjadi kubu dan kubur anda. Susun ruang perlindungan anda dengan perabot yang ada (wujudkan comfort zone, zon kedap hentaman dengan menggunakan sofa/tilam dan elakkan dari barang-barang yang mungkin menyebabkan anda cedera. Biasanya kecederaan disebabkan benda tajam seperti kaca, bucuan keras dll.

17.Parang/Kapak.Penting untuk perlindungan, memberi bantuan, mendapatkan bekalan kayu api.

18.Alat bantuan mendapat makanan seperti joran, anda juga disaran belajar menanam.

19.Coklat. Coklat Cadbury, minuman Milo atau Koko. Penting untuk bekalan tenaga. Ingat anda kekurangan zat dan protein semasa perang. Anda juga terpaksa bekerja lebih semasa perang, dan minuman atau makanan ini membekalkan tenaga.

Ini merupakan senario basic berdasarkan pengalaman saya sendiri yang terpaksa memasuki zon bencana alam, zon peperangan dan situasi-situasi yang benar-benar menyusahkan. Untuk belajar menjadi seorang survival, anda boleh download manual-manual berguna termasuk situasi menghadapi serangan kimia dan nuklear pada alamat http://www.survivenuclearwar.com/literature.htm.

20.Jika musuh menakluki Kuala Lumpur, dan anda konon-kononnya pejuang “underground” macam Hezbollah. Sistem telefon GSM 019,016,014,012,017/Satelit membolehkan kedudukan anda dikesan dengan tepat. Gunakan sistem Atur 010 atau 011 (mana ada lagi ye takkk).

21.Sentiasa bergerak tundukkan kepala. Belajar untuk mengenal bunyi tembakan dan belajar untuk mengenalpasti bunyi peluru meriam 155mm (bunyi enjin pesawat pengebom biasanya dekat pada telinga terutama B-52, meriam 155mm bunyinya memekik kuat dan nyaring. Ini pengalaman saya sendiri yang naif, ketika B52 datang, semua orang berlari mancari perlindungan tetapi saya dan geng-geng terpacak mendongak ke langit untuk melihat B52 tersebut, macam kat pameran LIMA pulak).

22.Anda tidak akan mati jika ditembak kecuali pada zon-zon maut pada badan. Anda akan mati akibat kehilangan darah. Jadi cari jalan untuk hentikan pendarahan.

23.Apa-apa sahaja peluru melebihi saiz 7.62mm akan berjaya menembusi tempat perlindungan anda misalnya di sebalik kereta. Peluru Ak47 (raifel ini menggunakan peluru 7.62mmx39mm) mampu menembusi pintu sebelah pemandu dan keluar ke pintu sebelah tempat duduk pemandu. Senjata ini tepat sehingga ke jarak di antara 100 ke 200 meter, lebih dari itu, anda masih boleh menyelamatkan diri dengan berlari zig zag. M-16 tepat sehingga 200-400 meter, ia bagaimanapun mempunyai kuasa robekan yang tidak berapa kuat dengan peluru bersaiz 5.56mm.

24. Pistol-sangat tidak tepat dan saya pernah menyaksikan video di mana seorang anggota polis menembak penjenayah pada jarak kurang dari 50 meter tetapi satu pun tak kena walaupun tembakan yang dilepaskan melebihi 12 das. Ingat! Sasaran bergerak sangat sukat ditembak.

25.Belajarlah menembak untuk perlindungan dan mendapatkan makanan. Saya mempunyai sedikit pengalaman menggunakan raifel tempur dan pistol, untuk peserta PLKN sekarang, untung dapat belajar menembak.

26.Semasa aman ini, simpanlah sedikit duit untuk membeli manual. Saya mempunyai dua buku manual menarik yang berjudul “SAS Guide to Survive” dan “1001 Manual to do everything”.

27.Kalau sakit!!!!.

A.Batuk kering–Minuman Koko (Serbuk Van Houten dalam Tin) dibancuh boleh menghilangkan batuk

B.Diabetes–boleh gunakan kapsul Gymnema&Fenugreek (dalam perang mana ada masa nak pi hospital cucuk insulin atau potong kaki yang kena gangren)

C.Kanser–gunakan daun durian belanda, keringkan dalam microwave oven, tumbuk jadi serbuk teh dan bancuh serta minum, daun ini mampu membunuh sel-sel kanser (dalam perang mana ada masa nak buat rawatan kimoterapi)

D.Sakit Jantung–Sebenarnya jantung kita ini kuat, bayangkan dia mampu pam darah dan menghasilkan tenaga elektrik. Seorang doktor yang pernah membuat autopsi ke atas 2,000 mayat yang saspek sakit jantung memberitahu bahawa dari ribuan kes itu, hanya empat orang sahaja yang sah jantung gagal berfungsi. 1996 mayat pula mati disebabkan kegagalan pembuluh darah.Jadi jadikan QUAKER OAT segera sebagai makanan ruji anda dan belajarlah mengenalpasti ubat-ubat yang boleh membantu melancarkan perjalanan darah kerana ini merupakan basic kepada kesihatan sebenar.

28.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan membantu anda tetapi percayalah cakap saya, mereka hanya akan membekalkan anda sebotol ubat biru yang digunakan sebagai ubat luka dan Panadol sahaja untuk kesemua keperluan sakit anda (Ini saya saksikan sendiri) sedangkan ketika itu sakit yang paling popular semasa perang adalah ceret beret akibat kekurangan zat.

29.OK PBB mungkin dikuasai oleh Yahudi, sekali lagi percayalah cakap saya…mana-mana kumpulan perubatan atau NGO yang masuk, mereka ini hanya mampu membekalkan anda ubat-ubat yang sudah expired tarikhnya (Ini juga saya periksa sendiri). Jadi sebenarnya tidak ada sesiapa yang ikhlas membantu anda, semua menjalankan kerja untuk mendapat nama dan untung.

30.Masyarat dunia memahami anda. Percaya atau tidak, dunia akan membantu anda dengan membekalkan tepung untuk anda membuat roti canai kerana mereka menyangka kita sama seperti mereka yang menikmati “bread and butter”. Ini pengalaman saya sendiri apabila ada orang dari Malaysia yang membekalkan bertan-tan beras, Maggie dan ubat nyamuk untuk pelarian perang di Afghanistan. Mereka nak masak beras pun tak ghetiiiii…Tengok Maggie pun tak pernah, akhirnya ramai yang makan Maggie umpama kita makan snek ranggup MAMEE. nyamuk???? ada nyamuk ke kat Afhganistan HAHAHA.

29.Untuk mendapatkan pandangan ala “Night Vision”, bila menjelang waktu Maghrib, fokus mata pada satu-satu benda untuk membolehkan anak mata anda memperbaiki bukaan kanta atau iris (ya ke iris??? fail sikit bab biologi ini). Ini akan membolehkan anda bergerak dengan pantas di hutan walaupun keadaan amat gelap gelita.

SEKIAN SAHAJA, KITA BERKONGSI ILMU…ADA IDEA LAIN, MEH LAH KITA BINCANG KAT KOMEN

Ahad, 29 Mei 2011

Resurface


Prebet Adam case, newspaper cuttings 24 years ago

About 2 -3 years ago, i wrote about him in this blog. Yes, indeed many of my frens didn't know much about these incident as we were born in the 87 and later. It attract attention and blog traffic thus increase my nuffnang income (not my objective, when writing the article).

But later in 2009 or 2010, people started to google this thing (as its claim to be related with someone high up..that just passed away at that time). I would like to say that my blog writing didn't mention or worse 'fitnah' that person.

my writing is based on the statement of Prebet Adam lawyer, Syafie Abdullah (a very well known lawyer now, often you find his name in political blog). He clearly stated that the VVIP did not related in the incident. He claim that Adam rage is because of bullying inside the camp and Adam had history with some mental illness. it is all in the star, 27 Sept 2009. you read it by yourself.

the public on the other hand, choose to believe the other side of story. the well-known story. and one fella, at one stage accused me same as aduka taruna. i'm not like him, dude..i'm not wearing a t-shirt with big Nik Aziz nor Dr M face. yes i'm not apolitical..but at the same time, i'm not a political zombie. and yes, i respect the King, and the Malay Sultanate. i am a scout dude,what kind of scouts, doesn't respect the king? bad scouts maybe.

why i'm writing that article? it is because of my passion towards our history. especially related to our security agencies.

p/s: mind the grammar, i'm not PPSMI generation or the english medium school. and in my time no native speakers in school maa..but i think Teacher Sapura, Teacher Wee, Teacher Aziah & teacher Jawahir taught me well..

Khamis, 19 Mei 2011

Orientasi US Naval Academy 2011


cabaran Wet and Sandy


paip pecah, menggambarkan suasana dalam kapal apabila berlaku kerosakan akibat serangan



Quote daripada filem Annapolis (2006) :
"Sir, I've been in the Navy all my bloomin' life, sir. My mother was a mermaid, my father was King Neptune. Every bone in my body is a spar. And when I spits, I spits tar. I's hard. I is, I am, I are."

Rabu, 13 April 2011

Patin Oh Patin


google is your friend


Pohpaleh weh..RM 13,000 boleh buat bayaran muka Honda City. Tapi tu la bayaran makanan satu kumpulan nih yang makan ikan patin di Temerloh.

Sebelum ini dikhabarkan yg makan tu seramai 50 orang, tapi ari nih kuar pulak berita yg makan tu seramai 350 orang dan menu selain dari ikan patin sungai masak tempoyak ada pulak udang galah dan ikan krai.

Aku sebelum nih jenis tak ambik pot sangat, tapi hasil google waktu free tadi, aku tengok abih serata alam dah taruk sama bubuh kaw-kaw pada Temerloh Bandar Titik Tengah Semenanjung (gelaran baru).

Yang menghentam dalam komen, dalam blog termasuk la blog-blog ustaz. Ironis disitu sebelum nih, jenis yang tak percaya pada berita Malaysia pun baca berita Malaysia haha. Mungkin sebab temerloh tu dalam Pahang, bawah BN pulak tu. sedap sikit nak hentam.

Aku bukanlah nak defend pada towkey restoran, nelayan sungai, YDP MPT, MP Temerloh (BN) mahupun ADUN Kuala Semantan (PAS). Seingat aku, tak pernah lagi aku makan ikan patin nih kat kedai temerloh nih. Jauh lagi nak makan ikan patin sungai (asli kununya).

Realiti :

1) Seketul ikan patin (sangkar/bela di sungai Pahang) masak tempoyak berharga RM 7.00, kol orang temerloh ke...orang Alor Star ke, nih la harga dia bagi. Tiada diskaun atas sebab ko boleh menguasai dialek daerah mahupun sub dialek (chenor punye line). Melainkan tu kedai bapak sedara ko.

1.1) Tak caya pergi makan kat Restoran Ikan Sungai milik bapak liyana jasmay tu di KL.

2) Harga bagi sekilo ikan patin sangkar lebih kurang RM 13.00, boleh lebih. boleh kurang.

3) Ada yg bandingkan harga makanan Temerloh dengan negeri di Utara yg jauh lebih murah. Ya, hasil pemerhatian dan uji kaji memang harga sesetengah makanan dimasak, harga makanan di bazar Ramadhan di Temerloh lebih mahal dari di Bangsar. (dah layak mintak COLA RM 300?).

3.1) Napa harga patin di jual di KL lg murah? yg dijual di KL tu kami panggil spesis Patin Perak. Badan dia berwarna perak berbanding pating sangkar kat sini. Murah kerana diternak didalam kolam, dalam jumlah yg banyak. Kurang terdedah kepada risiko banjir, pencemaran bahan kimia dari kilang, kecurian, sangkar hanyut. Kalau aku makan patin nih, boleh terasa/ terbau rumput dan lumpur walaupun dah dimasak.

4) Ikan Patin Buah, Patin Muncong dll adalah spesis rare. liar. Kata orang, arus sungai yg sederhana di Temerloh, dan makanan terdiri daripada buah-buahan hutan menjadikan ia lebih sedap. Pendapat aku, tak tau la. tak pernah try, tak mampu. Orang luar tak payah la try, takut tak tau beza pun antara patin sangkar dan liar.

5) Memang terdapat trenda (trend) harga naik kalau ada event-event contohnya Pilihanraya Kecil. Trend nih boleh diperhatikan pada PRK Sanggang 2000, PRK Kerdau tak pasti pulak. Siap kuar Mastika haha.

Masalah:

1) Reputasi buruk kepada industri makanan dan akuakultur temerloh

2) Nama orang Temerloh dah buruk...org kat blog kata tamak.


Dengan ini saya mengusulkan,

Penyelesaian :

1) MPT, Majlis Pelancongan N. Pahang yg pernah mempromosikan Temerloh sbgai Bandar Ikan Patin perlu wujudkan pemantauan terhadap harga dan ketulenan ikan patin sungai. Wujudkan logo jaminan bahawa ikan patin yg dimasak di kedai itu adalah patin asli. letak kan dokumentasi yg sesuai, gambar & maklumat nelayan sungai tersebut.

2) Tanda harga perlu dipamerkan dengan jelas. Ada disclaimer lagi bagus. Kalau tak ada patin sungai, naik kan papan tanda "Arini patin bese je weh, Pok Din tak nebor jala..sibuk berkempen" contohnya.

3) Lagi jimat pergi pekan sari Temerloh, beli patin barang sekor..masak sendiri. resipi banyok, google jer. keh2.

4) Kalau kita tempoh makanan banyak2, mesti lah kita mintak quotation harga dari pembekal (kedai) walaupun tanpa invois, LOI dll. kecuali la kita baru dapat 1 hektar lombong emas. boleh la redah je.

Sekian saya mengusulkan.

AnakChenordiRantauanCewwaH

Ahad, 10 April 2011

Drama Platun Harimau

Risik Gempur


bila drama Platun Harimau nih nak tayang? nih dah masuk bulan 4 dah nih

rasanya siap dah lama dah, tak kan tragedi Insurgensi berulang kembali?

RTM..tolong tayangkan cepat drama Platun Harimaau, simpan lama-lama boleh lemau la

disaat kita bising tentang patriotisme remaja, momokan khurafat dan tahyul di kaca tv, drama tanpa jati diri..hasil karya yg baik terbiar sepi

yg benar,

peminat platun harimau (aku ada novel PH versi otograf lg haha)

Ahad, 20 Mac 2011

kelembai kembali

kembali ke kemahang

smoga blog ini terus bergembira tanpa perlu diconteng, semoga towkey nuffnang terus kaya tanpa perlu berkongsi habuan




Jumaat, 4 Mac 2011

entri bertaraf diari da limit

dah hampir sebulan aku bernafas kat bumi bernama lipis nih keh2.

cip mykad rosak tak leh kuar duit tabung haji, clutch keta habis, asteruk tak pasang pasang lagi nak tunggu aku punya tv jadi sarang lelabah kot

tu semua rencah dalam kehidupan, biasa la tu. selain daripada itu, orait je. hidup di kampung, cikgu laki yg kepala ting tong, GB yg orait, budak ok. ada sedara mara yg boleh mintak tolong, bos merangkap jiran aku yg boleh mintak tolong gak.

kerja cam biasa la, sekolah kecik..sukan, linus, protim, P&P, fail panitia, kelas tambahan UPSR semua kena jalan. skolah di Bangsar buat, skolah kat lipis kena buat jugak. bezanya, di Bangsar murid ramai..PIBG kaya, cikgu 30-50 orang. sini lainnnnn

oh btw, aku memang ada jodoh ngan sekolah lama (old school)..dari SBE lagi sampai ke posting. sekolah aku adik player Selangor skang, tp adik tiri la.


Rabu, 26 Januari 2011

Melalut

1. Baca blog akak aku bulan lepas, mengatakan bahawa arwah wek (nenek) merupakan sepupu kepada Pak Sako a.k.a Ishak Hj Muhammad. Nih mak aku yang cerita, kalau harap aku memang tak tau haha.

2. Sebagai orang ada bau-bau bacang kena la mengambil tau serba sedikit. Barulah dinamakan peminat sejarah.

3. Aku dah lama tau yg Pak Sako nih berasal dari Temerloh. Ada juga senaraikan dia sebagai salah seorang figure yg berasal dari tanah revolusi nih. Yeah, Tanah Revolusi bunyi lebih rebelious berbanding Bandar Ikan Patin.

4. Percaya atau tidak, orang Temerloh telah terlibat dengan kebanyakkan perang yang ada di Tanah Melayu. Perang Klang, Perang Saudara Pahang, Perang Menentang British, Perang Dunia ke 2, Darurat & Insurgensi. Sebab tu ada satu dua orang yg mewarisi semangat nih kalau merempit cukup kamikaze.

4. Seorang lagi tokoh terkenal pra-Merdeka tentunya Ibrahim Hj Yaacob. Orang Tanjung Kertau tu. Perjuangannya dengan KMM dan berakhir di Jakarta bagi merealisasikan Indonesia Raya. Salah seorang Pahlawan Negara Indonesia, walaupun lahirnya di Malaya.

5. Dah jauh melalut, baik aku sambung baca pasal Pak Sako lagi. Nih penangan espresso la.


Sabtu, 22 Januari 2011

Cerita Bergambar

Cerita 1
Geng PASKAL & 11 RGK berjaya menumpaska
n lanun
Somalia neh.
(gambar cilok dari Dzirhan)

Lanun Somalia katanya mereka melanun kerana pendapatan mereka sebagai nelayan terjejas. Sebabnya mudah konflik berdarah yg melewati tempoh sedekad menyebabkan negara mereka dalam keadaan tidak stabil.

Bila tiada kerajaan yang benar-benar berkuasa, maka negara tersebut boleh dikatakan tiada fungsi. Lanun & rakyat Somalia menuduh kapal-kapal dari negara luar telah membuang minyak kotor mereka ke perairan negara tersebut. Maruah mereka di injak injak oleh kapitalis. Mereka tidak punya JAS untuk di adu, jauh sekali nak suruh Coast Guard menahan kapal yg bersikap cekik darah tu. Lantas, mereka bertindak sendirian dengan melakukan aktiviti melanun bagi menakutkan kapal asing dan menjana ekonomi mereka sendiri.

Seperti juga aktiviti haram lain, sekali buat..mesti nak lagi. Teluk Aden tak aman nampaknya. Silap haribulan mereka silap langkah, bertemu dengan ketumbukan tentera dari pelbagai negara yg berkawal di perairan tersebut. Semalam mereka berani hijack kapal negara. Jadi terima lah padahnya. Ada beberapa lanun cedera, aritu punya dokumentari Navy Seals snipe je 4 orang lanun yg menahan kapten kapal Maersk. 4 orang sniper untuk 4 orang target. Fuhhh.

SYABAS ATM, PASKAL, GGK, KD Rajawali, Crew BM5,

Cerita 2



aku baru terserempak dengan blog mamat nih. kalau aku tau awal mesti lagi best, aku rasa blog gf Apek tu dah terlebih promote. bagi aku, blog Anak Memberontak ini lah blog sebenar dengan penceritaan yg sempoi dan gambar yg tak overkill. aku tau pasal cerita dia yang selama harimau pergi kibar Jalur Gemilang di GBK. aku ingat dia nih student kat sana. rupenya bukan, dari Malaysia pergi ke Indonesia untuk menyokong.

dia sepatutnya bergabung dengan kelab penyokong lain dari Malaysia. tapi sampai di stadium tak jumpa pun dengan penyokong Malaysia lain . rupenya penyokong lain tengok di kedutaan je. sebab dah nekad tu yg dia kibar kan Jalur Gemilang bila Malaysia menjulang piala AFF. hasilnya, dapatlah makian dan balingan botol sebelum ditarik oleh pak polisi.

barua tak barua? orang dia datang sini tengok bola siap boleh tak pakai baju lagi. tak ada pulak kena tahan. POLRI gagal bagi jaminan keselamatan pulak tu. brengset, kabo antar Brimob la. panggil KOPASUS la cam tu.

SYABAS ANAK MEMBERONTAK, ujung taun nih wajar jugak aok ni dapat pingat dari Sultan Pahang. Dapat PJK pun worait.

Di Gelora Bung Karno

Rabu, 12 Januari 2011

KES : Wishlist wa

Siri KES dah abis ek? tak perasaan aku, maklum lah bulan 12 aritu sibuk tengok Suzuki Cup kat tv.
Dalam siri haritu, ada seorang penjenayah tu asal Mentakab. Sama tempat lahir ngan aku la tu. Campur episod Bentong Kali, boleh tahan gak 'crook' orang negeri koi haha.

Kalau bersambung lagi siri KES nih bagi musim akan datang, nih wish list aku untuk dicover oleh wartawan;

1) Pak Man Telo
budak-budak 90 an mau tak kenal ngan orang tua nih, dengar citer Akta BAFIA pun ada kaitan ngan dia nih haha. dia berjaya menghasilkan skim piramid mencecah RM 100 juta hujung 80 an. without MBA, Degree mahupun sijil insitut pertanian dia berjaya collect duit sebanyak tu. dia cuma bekas reporter part time. anak dia siap kena culik dengan pelabur, sebab pelabur tak puas hati.

2) Prebet Adam
nih aku ada tulis dulu, tapi kena delete. ada malaun tuduh aku lebih kurang menghasut adeh.

3) selongkar la kat Cari.com pasal 'pembunuhan yang tidak dilupakan' banyak kes menarik

Sabtu, 8 Januari 2011

The Banker Who Knew Too Much

It's All About Franklin




1. Jalil Ibrahim adalah satu-satunya orang awam yang telah dianugerahkan dengan pingat tertinggi negara (melebihi Tun) iaitu darjah Seri Pahlawan (S.P).


2. Seorang Old Putera (OP) atau bekas penuntut Maktab Tentera Diraja. Beliau merupakan seorang akauntan.


3. Telah dibunuh dalam menyiasat skandal bank melibatkan nilai 1 billion USD. Skandal ini juga dikatakan mengaitkan orang politik tertentu.


4. Ditemui mati di Hong Kong pada tahun 1983, tanpa sebarang pengenalan diri. Cuma sekeping duit syiling Malaysia yang telah membuatkan Royal HK Police mengaitkan mayat itu dengan negara ini.


5. 'The Banker Who Knew Too Much' sebenarnya tajuk kepada dokumentari untuk CI Asia. CI Asia memang banyak menghasilkan dokumentari macam nih, tahun lepas pasal Al-Maunah.


Al-Fatihah.

Isnin, 3 Januari 2011

3 Jan

1. 3 Januari, genap sekali lagi berumur 24 tahun (syukur). Sedang memulakan diri dalam satu fasa yang baru, iaitu sebagai graduan.

2. terima kasih atas segala ucapan yang diberikan.

3. 3 Jan, tahun ini tercatat sebagai hari pertama persekolahan bagi tahun ini. Selamat bertugas kepada guru-guru, selamat kembali kepada yang belajar.

4. Semalam bukak blog Lt. Kol Radzi, nampaknya pengambaran drama "Platun Harimau" telah berjalan. Drama 15 episod itu diadaptasi dari novel bertajuk sama karya Lt. Kol Radzi.

5. Platun Harimau mengisahkan pahit maung perjuangan Platun Harimau 2 RAMD (kemudian dikenali sebagai Unit Combat Intelligence Service/ UCIS) dalam peperangan Insurgensi. Pelakon Zulhuzaimi telah dipilih memegang watak sebagai Lt. Fauzi iaitu ketua Platun Harimau.

6. Satu pilihan yang tepat aku rasa, Zulhuzaimi boleh berlakon. Lihat sahaja mainan wataknya dalam Rempit sebagai Spark. Atau sebagai ketua gangster dalam Anak Halal. Dia juga ada ciri Lt Fauzi iaitu muka yang garang dan tegas. Maklum lah, ketua platun 'khas'.

7. Drama ni dijangka ditayangkan pada 1.3.2011 sempena HUT TD.

Sabtu, 1 Januari 2011

Shinjiku Incident



baru selesai menonton shinjuku incident kat astro tadi. dvd aku beli tapi tak tengok sebab gambar wayang, tak memenuhi standard.

shinjiku incident sebuah filem 'gelap' Jackie Chan, pelakon tua kelahiran china ini bukanlah selalu berlakon dalam filem yang memerlukan dia membunuh atau menjadi watak jahat. dia telah berjaya membina satu perwatakan yg mesra dengan kanak-kanak dalam filem ataupun kartun. btw, bapak jackie dulu spy China yg kerja di kedutaan sebagai tukang masak

Jackie Chan melakonkan watak sebagai seorang imigran yang berhijrah ke Jepun, sebab apa dia berhijrah itu wa tak tau. tak tengok start tadi. pendatang China di Jepun dengan mudah menjadi mangsa pemerasan oleh Yakuza. sebabnya mudah, mereka lemah dan takut untuk mendapatkan perlindungan polis kerana mereka pendatang haram.

atas sebab survival bangsa China di Jepun (racist? siapa kata melayu je racist?), Jackie Chan berjaya mengumpulkan sokongan dan tenaga bagi menentang kumpulan Yakuza itu. dan kisah pun bermula.

"persaudaraan" antara imigran terbabit telah mewujudkan satu kongsi gelap di bumi Sakura. pendatang terbabit bukan lagi "giajin" yg mudah tunduk. mereka ialah kuasa baru dalam dunia kelam mereka sendiri. namun, cuma Jackie Chan seorang yang merupakan ahli kongsi gelap yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsip mulia(?) seperti tidak mengedar dadah dan tidak membuli orang lain.

anggota lain, telah hanyut dan melupakan asas perjuangan demi memenuhi kehidupan mereka. inilah realiti dalam perjuangan. selepas peroleh kuasa dan harta, berapa ramai yg masih berpegang pada sumpah dan janji.

ada masa aku tulis lagi pasal kongsi gelap nih.