kelik-kelik

Rabu, 13 April 2011

Patin Oh Patin


google is your friend


Pohpaleh weh..RM 13,000 boleh buat bayaran muka Honda City. Tapi tu la bayaran makanan satu kumpulan nih yang makan ikan patin di Temerloh.

Sebelum ini dikhabarkan yg makan tu seramai 50 orang, tapi ari nih kuar pulak berita yg makan tu seramai 350 orang dan menu selain dari ikan patin sungai masak tempoyak ada pulak udang galah dan ikan krai.

Aku sebelum nih jenis tak ambik pot sangat, tapi hasil google waktu free tadi, aku tengok abih serata alam dah taruk sama bubuh kaw-kaw pada Temerloh Bandar Titik Tengah Semenanjung (gelaran baru).

Yang menghentam dalam komen, dalam blog termasuk la blog-blog ustaz. Ironis disitu sebelum nih, jenis yang tak percaya pada berita Malaysia pun baca berita Malaysia haha. Mungkin sebab temerloh tu dalam Pahang, bawah BN pulak tu. sedap sikit nak hentam.

Aku bukanlah nak defend pada towkey restoran, nelayan sungai, YDP MPT, MP Temerloh (BN) mahupun ADUN Kuala Semantan (PAS). Seingat aku, tak pernah lagi aku makan ikan patin nih kat kedai temerloh nih. Jauh lagi nak makan ikan patin sungai (asli kununya).

Realiti :

1) Seketul ikan patin (sangkar/bela di sungai Pahang) masak tempoyak berharga RM 7.00, kol orang temerloh ke...orang Alor Star ke, nih la harga dia bagi. Tiada diskaun atas sebab ko boleh menguasai dialek daerah mahupun sub dialek (chenor punye line). Melainkan tu kedai bapak sedara ko.

1.1) Tak caya pergi makan kat Restoran Ikan Sungai milik bapak liyana jasmay tu di KL.

2) Harga bagi sekilo ikan patin sangkar lebih kurang RM 13.00, boleh lebih. boleh kurang.

3) Ada yg bandingkan harga makanan Temerloh dengan negeri di Utara yg jauh lebih murah. Ya, hasil pemerhatian dan uji kaji memang harga sesetengah makanan dimasak, harga makanan di bazar Ramadhan di Temerloh lebih mahal dari di Bangsar. (dah layak mintak COLA RM 300?).

3.1) Napa harga patin di jual di KL lg murah? yg dijual di KL tu kami panggil spesis Patin Perak. Badan dia berwarna perak berbanding pating sangkar kat sini. Murah kerana diternak didalam kolam, dalam jumlah yg banyak. Kurang terdedah kepada risiko banjir, pencemaran bahan kimia dari kilang, kecurian, sangkar hanyut. Kalau aku makan patin nih, boleh terasa/ terbau rumput dan lumpur walaupun dah dimasak.

4) Ikan Patin Buah, Patin Muncong dll adalah spesis rare. liar. Kata orang, arus sungai yg sederhana di Temerloh, dan makanan terdiri daripada buah-buahan hutan menjadikan ia lebih sedap. Pendapat aku, tak tau la. tak pernah try, tak mampu. Orang luar tak payah la try, takut tak tau beza pun antara patin sangkar dan liar.

5) Memang terdapat trenda (trend) harga naik kalau ada event-event contohnya Pilihanraya Kecil. Trend nih boleh diperhatikan pada PRK Sanggang 2000, PRK Kerdau tak pasti pulak. Siap kuar Mastika haha.

Masalah:

1) Reputasi buruk kepada industri makanan dan akuakultur temerloh

2) Nama orang Temerloh dah buruk...org kat blog kata tamak.


Dengan ini saya mengusulkan,

Penyelesaian :

1) MPT, Majlis Pelancongan N. Pahang yg pernah mempromosikan Temerloh sbgai Bandar Ikan Patin perlu wujudkan pemantauan terhadap harga dan ketulenan ikan patin sungai. Wujudkan logo jaminan bahawa ikan patin yg dimasak di kedai itu adalah patin asli. letak kan dokumentasi yg sesuai, gambar & maklumat nelayan sungai tersebut.

2) Tanda harga perlu dipamerkan dengan jelas. Ada disclaimer lagi bagus. Kalau tak ada patin sungai, naik kan papan tanda "Arini patin bese je weh, Pok Din tak nebor jala..sibuk berkempen" contohnya.

3) Lagi jimat pergi pekan sari Temerloh, beli patin barang sekor..masak sendiri. resipi banyok, google jer. keh2.

4) Kalau kita tempoh makanan banyak2, mesti lah kita mintak quotation harga dari pembekal (kedai) walaupun tanpa invois, LOI dll. kecuali la kita baru dapat 1 hektar lombong emas. boleh la redah je.

Sekian saya mengusulkan.

AnakChenordiRantauanCewwaH

9 ulasan:

Jejaka Desa berkata...

Ande betul ke cerite RM13000 ni atau ande yang sensasi kan je...

kudabesi berkata...

betol tp utk 350 org bang, campur nasi, lauk ikan krai lg, lauk udang galah

lg pun ada ke kedai temerloh boleh muat 350 org?

ni menunjukkan dia buat katering/tempahan utk majlis nih

cicikwani berkata...

mmg harga patin kat temeloh mahal sket... baru2 nih balik temeloh, g pekan sari, survey harga sekilo patin sangkar RM14.00... dua tiga peniaga gak kome tanya.... kat tepi2 jln yg kat tepi sungai tu pun, tu la harganya... kalau dh sekilo rm14.00, tentunya seketul patin dlm rm7.00 - rm10.00... itu cite patin sangkar... patin liar tak penah makan g sbb mahal... kalau org yg biasa makan patin sangkar yang di ternak dlm sungai pahang, mungkin dpt beza kalau makan patin kat kl nih yg di ternak dlm kolam... seriyessss.... kome penah try makan patin tempoyak kat kl nih... rasa lumpur mcm bau air bah baru nak surut tu... orang lain tak tau la tapi tu la yg kome rasa.... jadi, pikir2 lah sendiri...

kudabesi berkata...

cicikwani,

jadi tak salah la kome cakap patin kat kl tu bau lumpur..memang kome bau betul wpon dari kuah yg kome ambik tu

sebab tu boleh jual dalam rm 2-3 seketul

Puan nOLie berkata...

Salam. memang sejak berita patin 13k neih semer orang sibuk tanya betul ker? tak mungkin kalau 50 orang makan sampai 13k ..tapi kalau campur Krai, udang galah dan patin buah dan makan 350 orang tak mustahil 13k. Udang galah sekarang RM55/kg, Ikan Krai 50/kg, Patin Buah RM38/kg (sangkar) kalau liar boleh cecah RM85/kg. Buat orang KL yang teringin nak makan Patin Sangkar Sg. Pahang boleh jer cari kat Pasar Tani Setiawangsa setiap sabtu ader jual.

Tanpa Nama berkata...

orang2 yang membicangkan harga ikan patin bela dengan ikan patin liar ni mmg tak ada knowledge sangat. Ulasan ikut ilham, dengar berita bute dari akhbar. Come on man, pegi pekan sehari temerloh, tanya patin liar sungai yang depa jual. Setakat kita minta 50rm/kg tu dia orrang buat bodoh berok ajer. sebab??... harga ikan mentah tu tak dapat punya bawah rm100 sekilo. yg murah tu bela, makan perut ayam, tahi ayam, apa saja bahan buangan. Yang sungai tu makan buah2 ara, juga tahi maniusia yang berak kat sungai. Pegi mengail kat mana-mana, kot2 senang dapat ikan bebas liar tu ...tuuih! kalu kat sungai pahang pakai telan air liur saja.

so, kalu tak pandai menilai, toksoh nak beri komen-komen tak bernas. Patut ni tajuk ikan patin sangkat 13k, haaa baru nampak pintar nya komen2. Yang faham, tahniahlah sbb anda ada ilmu dan logik berfikir yang tinggi

Tanpa Nama berkata...

Saje Cari post pasal patin kat pahang. Terjumpa pos lame ni. Kalau orang temerloh, kitorang x beli ikan patin yg masak kat kedai tepi sungai. Mahal. Beli kat kedai kawasan perumahan. Dlm rm3 je seketul. Ade tempat2 nye yg murah. Saye org temerloh yg balik temerloh tiap2 bulan - jenguk mak ayah :)

sengli kiu berkata...

Greetings admin I like your topic, after reading your article very helpful at all and can be a source of reference I will wait for your next article updates Thank you, for sharing

sex shop
sex shop semarang
obat memperbesar alat vital
obat pembesar penis
vimax asli
sex toys vagina senter
obat penggemuk badan semarang
obat kuat cialis

sengli kiu berkata...

Greetings admin I like your topic, after reading your article very helpful at all and can be a source of reference I will wait for your next article updates Thank you, for sharing

sex shop
sex shop semarang
sex toys semarang
alat pembesar penis
vimax asli
obat kuat semarang
boneka sex full body
obat perangsang wanita semarang