kelik-kelik

Rabu, 5 November 2008

Obama Menang...

Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden
kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John
McCain mengucap tahniah kepada Obama.

Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan
297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.

Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.

Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan
pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang
paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.

Obama, 47, akan memegang jawatan presiden Amerika ke-44 pada pada 20
Januari depan, dan bakal berdepan dengan krisis kewangan yang terburuk
sejak 1930-an, perang di Afghanistan dan Iraq serta pertelingkahan
dengan Iran mengenai senjata nukleara.

Rangkaian stesen television meramalkan kemenangan Obama selepas
beliau memperkukuhkan sokongannya di kubu kuat Demokrat serta berjaya
menarik sokongan di kubu republik.

Pada jam 12.20 tengahari waktu tempatan, McCain mengaku kalah dan
mengucap tahniah kepada presiden baru Amerika itu.

Tidak seorang pun calon preside selepas John F Kennedy pada tahun
1960-an yang menang jawatan presiden tanpa mencapai kemenangan di
Ohio, Pennsylvania dan Florida.

Obama juga menang di New Mexico, sebuah lagi kerusi parti Republik
yang diperlukan oleh McCain untuk menambah peluangnya untuk menang
jawatan presiden.

Obama turut mencatat kemenangan di Washingtonm Oregon, California,
Massachusetts, Connecticut, Illinois, New Jersey, Maine, New
Hampshire, Washington DC, Delaware, Michigan, Wisconsin, Rhode Island,
dan Minnesota.

McCain pula antaranya mencatat kemenangan di Kentucky, Tennessee, West
Virginia, South Carolina and Oklahoma, Alabama, Arkansas, Wyoming,
Louisiana, Kansas dan Texas.

Seperti yang diramalkan, McCain menang di Kentucky dan West Virginia
manakala Obama menang di Vermont.

2 ulasan:

SangKunang berkata...

idup amareka !!!

dop amareka r kalu dop sokong obama

Sang Ceritera berkata...

hm...
tak amareka....
hahahaha