kelik-kelik

Jumaat, 7 November 2008

Pondok

pak mat menyedut asap dari rokok kegemarannya, dia tahu ia racun tapi siapa peduli..

dalam ketenangan pagi pak mat mengambil masa menikmati pemandangan kampung..sudah berapa tahun tinggal disini bersama-sama dengan penduduk yang lain. Boleh dikatakan mereka semua punyai ikatan persaudaraan antara satu sama lain. pak mat merenung jauh, mengenang kembali waktu dahulu ketika dia bersama-sama meneroka kawasan hutan ini dan mereka membina sebuah kampung. Tapi itu dulu, sekarang zaman sudah berubah..kampung yang dulu permai kini mula digugat..digugat atas nama kemajuan dan wang.

Berkali-kali pemaju cuba memujuk dia untuk menjual rumahnya untuk dijual agar laluan lebuhraya baru merentasi semenanjung bumi emas..bagi pak mat tiada sebab dia perlu menjual rumah ini, apa lagi yang perlu dikejar dalam hidup. Setelah pemergian Mak Temah, dia merasakan dia sendirian dan tidak merancang untuk mencari pengganti. Anaknya, Kamarul telah lama menetap di kota mencari penghidupan disana. Kamarul telah lama tidak bertanya tentang bapanya.

Sesekali, pak mat teringat kembali akan pembinaan rumah ini..walaupun ia bertaraf pondok di pemikiran pegawai tinggi syarikat, ia merupakan satu rumah yang dibina dengan usaha pak mat sendiri dan dihiasi dengan kasih sayang mereka sekeluarga dan disinari dengan cahaya iman. Bukan itu juga penyebabnya, pak mat membina rumah ini pada tahun merdeka. Ia dibina setelah puas pak mat merasa jerih perih dikerah oleh penjajah ketika bekerja di estet tuan william. Hasil gaji yang disimpan itulah pak mat mula membina rumah di sebidang tanah yang diteroka oleh saudara mara. 51 tahun rumah itu telah tegak berdiri, melindungi keluarga ini dari terik mentari dan hujan ribut. di rumah ini, kamarul dilahirkan, di rumah ini kamarul dibesarkan serta di rumah ini mak temah kembali bertemu pencipta Nya.

Rumah kecil beratap zink, bertiangkan meranti ini masih teguh berdiri. Ia dibina dengan semangat merdeka dan sebagaimana Malaysia terus teguh berdiri begitulah ia terus dibiarkan berdiri. Rumah ini istimewa, sewaktu awal pembinaanya Pak Mat menghadapi kesempitan lantas sahabatnya tauke wong memberi pertolongan. memberi pak mat mengambil dahulu kayu dan atap tanpa bayaran. Pada waktu itu, tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan pak mat. rumah itu telah menjadi saksi yang perkauman tidak dapat menembusi dinding rumah ini apabila pak mat telah membantu tauke wong untuk berlindung dari amukan kaum.

Sekarang, rumah itu dikatakan menjadi penghalang kepada kemajuan..pak mat berasa rungsing, mampukah dia mempertahankan apa yang telah dia bina selama ini? sambil menghembus asap rokok kretek tanpa cukai itu, dia berlalu pergi..


4 ulasan:

SangKunang berkata...

abis tu pakmat jual x pondok buruk tu.
pak mat ni pun satu.
x payah laa teringat kisah2 lama tu.
pnadang kedepan.
dengan duit yg diberi pemaju tu pakmat boleh kaya.
untuk menghilangkan kebosanan hidupnya pakmat boleh pindah KL.
beli kondominium.
kalo bosan gi lepak bangsar banyak kelab malam, bosan jugak bawak mana2 awek balik umah kondo dia tu. daripada kosong tanpa penghuni..
huhuhu

kudabesi berkata...

hehe kalau dikatakan bahasa itu indah, ia melambangkan penuturnya

kalau dikatakan rumah itu indah ia melambangkan penghuninya..

aku sebenarnya nak wat citer tersirat

tp terbuat cerpen kanak2 lak

rumah itu sebagai simbolisme kepada kontrak sosial..dpandang usang dek kerana arus liberalisasi dibawa pembangunan..

rumah itu dibina bersama-sama, menjadi pelindung bersama..bukan pada pak mat sekeluarga saja..

pak mat = boleh jadi sesiapa saja, aku, kau tp lebih kpd org terdahulu..

kamarul= generasi baru yg lupa akar umbi

sekarang aku cam pak mat la..boleh membiarkan saja perkara ni berlalu smbil menghembus keluar karbon monoksida..

Suhaimi Abd Wahid berkata...

warghh semua org wat cepren nie huhuh mcm best jek huh herm dah lama tak menulis karya kreatif nie huhu rindu zaman2 berkarya nie huhu BM aku dah karat dah~~~~~~ tolong!!!!

kudabesi berkata...

haha aku saja je buat..nengok orang lain buat..dari dulu nak buat tp x jadi2

dulu2 masa sekolah aku lebih pada puisi la..haha biasa la jadi ahli persatuan bm..5 taun duk belaja menda tu jer

lain la ahli ELS ada mcm2 game time koko