kelik-kelik

Ahad, 1 Ogos 2010

Mencari Kekayaan Mudah

Sita je encik, wat keta Undercover syok nih

Dah dikabor, dah diasuh..

Mungkin kita kena buat subjek Kepengunaan & Keusahawanan kat sekolah. Asal ada masalah, semua kita tolak kat sekolah. Budak kurang ajar, kita ajar sivik. Banyak bayi dibuang, kita nak tambah subjek Pendidikan Seks pulak. Namewee hina Negaraku, kita buat Kelab Rukun Negara. Entah apa dah jadi dengan Kelab Setia? Matlamat hampir sama.

Minggu lepas, satu lagi skim cepat kaya yang dah berkembang pesat telah berjaya diserbu oleh JSJ Komersial, BA & Selangor. Kena serbu pulak masa tengah buat ceramah pulak tu. Kena ambush dengan polis berpakaian preman, kereta sport dorang tersadai kat parking Bukit Perdana.

Aku perasaan pasal skim nih, baru lagi..awal tahun nih. Tengok gambar kat FB dorang buat masquerade party kat Genting. Siap ada sambutan untuk keta-keta besar (big boss) la tu. Yang macai-macai ni, tunggu la kat tepi sambil jerit-jerit syok tengok fairlady, skyline berarak. Sekali skala pegi sewa GSC, tengok wayang reramai. kakaka..bayar memahal, tapi aktiviti macam tu sendiri pun boleh buat.

Jadi, sempena tahun depan yang dengan Izin-Nya dapat la kita pegang duit. Jaga la duit elok-elok, penat keja. ASB pun tak dapat jamin pulangan tinggi, inikan pulak skim yang tak ada beza ngan skim Ponzi, skim Pak Man Telo. Sama-sama la berpesan-pesan, takut aku pun sama.

pasal tips nak kenal scam nih, ada aku tulis dulu: Makan Laba Member

nak lebih lagi:

MLM Scams

Thread Usahawan di Cari.com.my

pakarHowTo


Utusan

2 ulasan:

Seri berkata...

duit tak turun dari langit. sendiri kena berusaha. semua skim tu mana boleh percaya

ayisy berkata...

Orang kita bila sebut cepat dapat duit, cepat kaya mmg laju jek. Kerja nak senang, duit nak banyak. Mana ada... Kalau ada kat dunia mcm tu komfem takder org miskin kat dunia ni. Huuhu...