kelik-kelik

Jumaat, 23 Julai 2010

Lubuk

nih bukan gambar dari filem 28 Day's Later

salam,

izinkan aku menulis jap..mencari kesempatan yang masih tersisa nih. keh-keh, baru internship tapi bilik dah macam kena langgar todak.

Lubuk Yu, Kuala Sentol, Maran, Pahang D.M, merupakan antara tempat yang dalam bulan nih telah menghiasi muka depan surat khabar arus perdana. Bukan sebarangan cerita dapat masuk frontpage nih sebenarnya, yang ada daya penarik, daya penaik baru lah boleh dipilih.

Malangnya, kisah Lubuk Yu bukanlah tentang perkara yg manis lagi menarik seperti telah dipilih menjadi pusat pelancongan bertaraf 5 bintang. Tetapi kisah pahit, lagi perit. Kisah separa misteri mungkin. Seramai 6 orang penduduk kampung telah meninggal dunia akibat penyakit bawaan bakteria dalam air. Mangsa pulak merupakan sebahagian daripada pasukan mencari orang lemas di kawasan itu bulan lepas.

Aku harap keadaan nih dapat dipulihkan segera. Dan semoga pesakit lain dapat sembuh. Cite misteri memang la tak habis, tapi apa boleh buat.

Lubuk Yu nih bukan glamer sangat pun, dulunya..sama taraf je ngan Lubuk Jed. Tempat lepak-lepak mandi manda yang ada (air terjun Teladas, leh tahan keruh). Tambah pulak lubuk, air terjun kat Pahang nih memang kena masuk dalam..jalan pulak banyak yang tak berturap. Zaman sekolah dulu, nih la tempat bebudak ni konvoi memonteng. pegi pagi, balik petang haha.

Aku nak cite lebih pun poyo jer haha..masuk Berkelah pun semput. Member aku punye thrill ajak pegi, memang 4WD je layak. Naik bukit turun bukit, tak jumpe lagi. Ape punye member bawak tempat Wataniah( siyes, and kadang2 Reserve Air Force dari Polisas pun ada) wat fasa hutan. Tu belum kira Jerangkang, main kat Sunway Lagoon la lg senang.

p/s: banyak giler link. bukti ulang kaji, sebelum tulis.
p/p/s: gud luck, kompom kita kena audit akreditasi. all is well.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mekahis..

SangKunang berkata...

mana cite misterinya bro...

cite laa sikit.
aku nak part misteri tu..

adakah lubok yu berpuaka

kudabesi berkata...

citer misteri tak de la..malas nak citer haha

SangKunang berkata...

sorang lagi meninggal bro...

terbaru