kelik-kelik

Khamis, 2 April 2009

Terima Kasih Pak Lah

Hari nih, Pak Lah akan menghadap YDP Agong bagi menyampaikan hasrat meletak jawatan sebagai PM dan mencadangkan Timbalan Perdana Menteri sebagai Perdana Menteri yang baru.

Diharapkan peralihan kuasa ini berjalan lancar serta Perdana Menteri yang baru dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau dengan efektif dalam kemelut politik dan ekonomi ini.

Kepada Pak Lah, walaupun tidak begitu 'glamour' dan perletakan jawatan ini tidak begitu dirasai dalam kalangan rakyat biasa. Ucapan terima kasih harus dikalungkan kerana telah menerajui pentadbiran negara sejak 2003. Gelombang dan kemelut silih berganti membuktikan bahawa cabaran-cabaran yang bakal dihadapi negara memerlukan kepimpinan yang lebih efektif serta dapat memenuhi kehendak semua pihak.

Cabaran ini lah yang bakal dipikul oleh Dato' Seri Najib selaku bakal teraju kepimpinan negara. Dan selaku Presiden UMNO juga BN, PM baru perlu memulihkan sokongan rakyat kembali kepada BN. Rakyat sekarang tidak lagi takut untuk mengubah undi mereka kepada calon yang dapat memenangi isu di hati mereka. Dato' Seri juga perlu menyelesaikan beberapa isu serta masalah yang timbul mutakhir ini seperti agama, hak orang Melayu, bahasa, dan kegawatan ekonomi global ini. Pengalaman luas Dato' Seri dalam kerajaan seharusnya membantu dalam hal ini. Tidak kurang juga yang mungkin akan membandingkan Dato' Seri dengan Ayahanda beliau iaitu Tun Razak.

Akhir kata, selamat bersara Pak Lah dan selamat berkerja Dato' Seri Najib.

2 ulasan:

SangKunang berkata...

tima kasih Tun Lah

kudabesi berkata...

terima kasih TPL dan TJ