kelik-kelik

Sabtu, 4 April 2009

filem pahlawan

Pahlawan Mat Kilau

Tadi, Mat Jack ngan Pert bercerita tentang Queen of Langkasuka. Satu epik dari negara gajah putih yang bakal menyerang panggung tanah air kita dalam masa terdekat. Yang nak cerita dalam entri malam minggu ini mengenai penghasilan sebuah filem mengenai kebangkitan pejuang bangsa menentang British dan sipahi-sipahi mereka. Sejarah telah merekod satu kebangkitan (uprising) di satu tempat bernama Temerloh. Tak perlu nak dicerita kot tentang Datuk Bahaman, Dato' Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi dan rakan-rakan.

Nak disampaikan perkhabaran, bahawa menurut surat khabar yang khabarnya sebuah filem dengan belanjawan RM 10 juta dalam proses pembikinan. Pelakon yang bakal memegang watak Mat Kilau katanya seorang pelakon amatur dan merupakan seorang guru silat dalam perguruan silat yang masyhur di Malaysia. Pemilih beliau berdasarkan kebolehan bersilat serta dikatakan memiliki bentuk tubuh yang menyamai dengan Mat Kilau. Pemilihan guru silat amat bagus, bagaimanapun bagi mengimbangi nilai seni dan komersial maka wajar dimasukkan gerak silat dari perguruan silat yang dikatakan diwarisi dari Mat Kilau. Silat ini ada diajar di Kuantan oleh cucu cicit pejuang ini. Dalam memenuhi kehendak komersial pula, gerak silat perlu dilakukan dengan menarik selagi ia tidak mencemar silat itu sendiri.

Dalam hal skrip pula, oleh sebab ini merupakan filem epik wajarlah loghat daerah di Pahang digunakan bagi menambahkan lagi keaslian filem sebegini. Loghat daerah juga tidak terlalu sukar serta tidak jauh berbeza dengan bahasa Melayu sekarang.

Seterusnya, dengan belanjawan RM 10 juta sudah pastinya penonton meletakan harapan yang tinggi agar filem ini berkualiti dan pada masa yang sama padan dengan harga tiket yang dikeluarkan dari dompet kulit yang semakin menipis. Dan setakat ini, filem sebegini yang dihasilkan di Malaysia kurang mendapat sambutan berbanding filem-filem ringan bersiri anak mami yang menjanjikan pulangan berlipat ganda. Lihat saja nasib 1957: Hati Malaya bandingkan dengan pulangan filem anak mami kembali.

Dan apa yang penting? hehe..yang penting ialah filem ini berkualiti dan seterusnya kesedaran yang tinggi dalam kalangan penonton. Masalah belanja dan teknologi yang mengekang kita untuk menyokong filem epik tempatan berbanding antarabangsa juga sebab yang perlu diatasi, selain daripada mentaliti dan pemikiran yang memang tidak mahu tahu tentang sejarah negara sendiri. Ye mungkin, ini tidak sebaik Forrest Gump, tidak secemerlang Saving Private Ryan, tidak seperti Valkryie tapi diakhir semuanya filem Pahlawan Mat Kilau, filem tentang kita. Orang kita. Tokoh kita.

Apa yang diharapkan filem yang berkualiti..sebab ia membawa nama besar. Malu kalau tak menjadi.

13 ulasan:

SangKunang berkata...

HIDUP MAT KILAU
HIDUP QUEEN OF LANGKASUKA

pasni aku nak syorkan pilem
QUEEN OF PASIR MAS
KING OF PASIR TUMBUH
THE LEGEND OF GUNONG RENG

kudabesi berkata...

haha penah dgr Danau Tok Uban?

leh wat cite ala2 Merlin kalau guna cite tu..

tp bajet x da la..

wiegreat a.k.a. zeq berkata...

salam...

mmg patut dari dulu kesenian n ilmu persilatan ni dipelihara... suatu yg murni jika filem nie dpt membri kesedaran kat anak2 muda supaya mereka jgn trus terpesong ngan budaya2 luar...

yg penting, phg masih lagi penuh ngan persatuan2 persilatan dan masih utuh walaupn ditelan zaman...

merlin tu pakai sihir... mane pandai lawan daa... ape kata korang buat filem nak jadi pesilat masyur supaya dapat ikut jejak pahlawan2 lama kita ke.. yg pntig jgn le masukkan cintan cintun nie... borin...

kudabesi berkata...

cintan-cintun la bang...

sungguh sedap dgn perisa terbaru

baru la laris..

org msia ni x tgk movie action negara sendiri

cite sembilu je dorg tgk

haha

pokjak berkata...

sdak la klo die wk citer gtu, xsabar ak nk tgk gak,

tai danau tok Uban tu Pasir Mas dalam kawasan Chetok aka dkat ngan kg ak.
situ ader Masjid Sultan Brunei ala2
masjid trapung d terenganu..
..
uiks congrat ore demo jd PM da loni :)

kudabesi berkata...

haha Tok Uban tu legend gak rasanya

kalau pg bod history,myth lgend ada la cite dia..

n cite nape ada masjid sultan brunei kat sane

pokjak berkata...

bukan tu jer tai, bukit Panau pn tersohor gk sbab org2 dlu2 ckp situ la tmpat first puteri Saadong bawa diri lpas tikam Sultan Abdullah.. kt atas bukit tu org ckp still ader lg kerusi batu ala2 singgahsana la.. :)
tp ak raser Pahang lg banyakkn citer2 epik gni,
kelantan y tsohor pn tok janggut la tu mmg ore debe kawe la, respect arwah, Al fatihah buat para pejuang agama dan bangsa kiter....

kudabesi berkata...

memang banyak...

tp yang difilemkan ada bape je...

pokjak berkata...

tu la byk sgt bajet kt cicakman 2 hahaha..

ak tgk thailand nyer epic filem lg hebat, grand la ala2 dragon ball pun ader. Cth tdekat the queen of langkasuka..

kudabesi berkata...

haha tu la..

byk sbb la tak leh buat

dari segi penulisan..lakon layar..kesan khas

x mantap lg..

pokjak berkata...

Btl tu lg pn bajet filem kiter slalunyer ciput, filem negara jiran kite tu bajet gedabak, n then diorg target pasaran luar negara gak,Jalan citer die pn adventurous n tak borin cm PGL huhuhu. ak raser PGL kna redo la wk y ader byk action sket,krang kan cintan cintun tuh.

kudabesi berkata...

haha cintan cintun tu la mudah nak wat

x payah nak pakai stunt..pakai eye mo pun ckup..

pokjak berkata...

heh2 nk lagi best pakai jer bawang merah tu, sure berkesan hahaha