kelik-kelik

Sabtu, 18 April 2009

We Lead, Others Follow

okeh hari ini..minggu ini nak cerita pasal aku punya praktikum. sapa nak baca silakan, yang tak nak tekan Alt F4

kisah bermula dengan penempatan praktikum di sebuah sekolah lelaki sesi petang. haha bob dengan somboreno menuduh aku gay, kepala angguk dia haha. dia duk besut bleh la, mana ada sekolah laki. aku lak sebagai pelatih pendidikan guru ni mesti la menurut arahan dan perintah, mudah nak kata yes man..yes mam

sekolah yang aku pegi ni sebenarnya da pegi dulu untuk sesi SBE yang pertama...tp di sekolah la salle (1). kali ni lak la salle (2) sekolah yang sama tp berbeza pengurusan pagi dan petang. berbeza dengan sekolah (1) , sekolah (2) mempunyai bilangan murid kira-kira 150 orang sahaja. bilangan guru juga tidak ramai.

seperti biasa sekolah yang aku pegi mesti glamer punya haha..kalau sekolah (1) berbangga dengan Titus James Palani yang sekarang berada di perancis..sekolah (2) pula kehilangan seorang murid mereka bernama Asmawi (mawi) yang hilang di Mid Valley awal taun lepas. semoga mawi dapat dijumpai dan pulang ke pangkuan keluarga.

pentadbir sekolah semua relak jer, memahami yang kami nih masih baru serta bimbingan lagi. jadual waktu juga tidaklah padat sangat sebab kelas 4-5-6 sikit jer, kami disuruh membantu ari sukan serta menampalkan bod depan bilik guru tu. Topek boleh ajar budak darjah 1 seramai 6 orang jer tapi unruk PJ la. bukan senang nak control budak kecik nih

guru-guru pulak lagi sempoi haha..sekepala smuanya. slalu pulak belanja guru pelatih ni kalau minum, guru pembimbing pun relak jugak walaupun perempuan haha..mereka memberi sokongan yang cukup, back up kami kat lecturer lagi serta memberi markah yang berpatutan untuk pemerhatian mereka. sungguh terasa macam famili, minggu pertama je kami da dijemput pergi ke kenduri kat rumah cikgu fuad nih. kalau pegi sekolah lain, nama cikgu pun tak sempat nak ingat..sebab sebulan jer

murid-murid aku lak sebenarnya ok, tak de nakal pun. kelas yang bising pun 4A sebab tu kelas pelbagai kebolehan jadi susah sket nak control. tapi berbekal dengan keazaman dan hasil komen lecturer pada observe yg petama..boleh la gak. kelas 4A ni aku ajar KT n Sivik, disebabkan dorang bosan dengar ceramah perdana aku la yang dorang jd bising tu kot. nak wat cam mana, nama pun sivik..aku beceramah la haha..tp lepas tu buat la main peranan ke nyanyi ke, melukis ke. kelas 4A yang agak best ni sbb budak2 dia ni macam2 perangai, nak kata muka tak cukup garang tak tau la plak. rasa da macam taiko abis da, dorang boleh baca hati kot..haha. lagipun suara aku slow je time ngajo (aku kan romentik, mana cakap kuat2 haha) nak pukul kat sini tak boleh, mmg guru tak sentuh murid. tapi lama-lama dorang ok lak, bagi adiah lagi.

kelas kedua aku ajar lak 5A utk KT n PJ..ni mmg kelas ok. sebab darjah 5 ada dua kelas, 5A & 5B. kelas ni macam biasa pelbagai kaum..stended brickfields la. budak2 dia pun pandai, tapi setakat aku ngajo dorang..boleh lagi la jawab soalan dorang. kalau tak leh jawab, aku pusing2 je jawapan tu wakaka. dorang tanya kat Malaysia ada harimau putih ke tak? jawab la kat zoo ada haha. rimau belang albino ker..

observe yg petama tu x besedia sbnarnya, aku start ngaja minggu ke 2 sbb minggu petama tu mmg waktu aku sekolah wat sukaneka. minggu ke 2 tu, sehari slepas lawatan sosial aku da kena observe. jadi hasilnya di bawah par la. observe besama ok la sket kot. haha ape nak expect ngan aku..student biasa jer..

bab koku lak macam biasa la kena membantu guru2 ni handle..kecuali satu sesi kena handle sbb cikgu yg biasa handle tu pegi kursus. aku dapat persatuan BM ngan TKRS, kat pesatuan BM ni blur sket haha walaupun aku dulu ahli setia sbb nya dulu selalu wat pantun, puisi dan sajak tapi standard la sek menengah. ni sekolah rendah, dia punya tahap lain sket. TKRS lak aku handle sekali je sbb nya cikgu penasihat tu kursus, cikgu yang tinggal tu tak reti (macam la aku reti haha) dapat la budak2 ni sedikit ajaran sesat dari aku. ape aku ajar ape yang ingat je la, kawad kaki sket2, pangkat dan juga sejarah KRS.

semalam, ari last..ada sedikit jamuan perpisahan dari kami n cikgu pembimbing. guru besar memberi nasihat katanya yang baik jadikan tauladan, yang tak baik tinggal di gate haha.

sekian trimas..kat smua warga la salle tmasuk skola 1,2 & menengah

tu je la kot yg boleh tulis..wat pe nak panjang2..banyak maklumat diri di internet tak bagus utk keselamatan..nanti CIA amik..buat profile macam facebook tu

3 ulasan:

Pokjak a.k.a. Aizat berkata...

hahaha menarik pngalaman ko cikgu Otai..
So cmner, lepas abis praktikum ni bsmangat tak nk jd ckgu nih ?

Seri berkata...

yang ditunggu telah tiba
tq
semoga lebih bersemangat untuk sem depan & seterusnya
rugi pula rasanya merasa latihan mengajar @ praktikum sekali je
lagi best kalau dapat merasa mengajar sekolah rendah pula
haha. sesuatu yang mustahil

kudabesi berkata...

semangat..semangat hutan haha

thanx eberibedi