Sabtu, 15 September 2012
Tentera Jepun masuk Komunis
aku baru baca artikel The Sunday Times Singapore pasal penyerahan jepun kepada british dulu, tapi apa yang menarik hati aku...
bila dalam satu perenggan tu menyatakan apabila Jepun menyerah diri kepada British, ada askar jepun yang tak dapat menerima kenyataan. Ada yang membunuh diri dan sebagainya, tapi dalam The Sunday ni melaporkan bahawa terdapat askar Jepun yang telah menyertai Komunis di hutan untuk memerangi British.
Dilaporkan mengikut The Sunday Times tu, pada tahun 1989..ada 2 orang bekas askar jepun yang telah menyerah diri bersama-sama dengan Chin Peng. Walawey..adakah mereka itu berbangsa Jepun, atau mungkin penduduk nusantara ini yang menyertai tentera Imperial?
nanti kalau jumpa aku kaji lagi...dah macam plot cerita perang korea "my way"
Isnin, 26 September 2011
201 : Petualang Pejuang part 2
Selasa, 6 September 2011
201 : Petualang Pejuang

Ahad, 29 Mei 2011
Resurface

About 2 -3 years ago, i wrote about him in this blog. Yes, indeed many of my frens didn't know much about these incident as we were born in the 87 and later. It attract attention and blog traffic thus increase my nuffnang income (not my objective, when writing the article).
But later in 2009 or 2010, people started to google this thing (as its claim to be related with someone high up..that just passed away at that time). I would like to say that my blog writing didn't mention or worse 'fitnah' that person.
my writing is based on the statement of Prebet Adam lawyer, Syafie Abdullah (a very well known lawyer now, often you find his name in political blog). He clearly stated that the VVIP did not related in the incident. He claim that Adam rage is because of bullying inside the camp and Adam had history with some mental illness. it is all in the star, 27 Sept 2009. you read it by yourself.
the public on the other hand, choose to believe the other side of story. the well-known story. and one fella, at one stage accused me same as aduka taruna. i'm not like him, dude..i'm not wearing a t-shirt with big Nik Aziz nor Dr M face. yes i'm not apolitical..but at the same time, i'm not a political zombie. and yes, i respect the King, and the Malay Sultanate. i am a scout dude,what kind of scouts, doesn't respect the king? bad scouts maybe.
why i'm writing that article? it is because of my passion towards our history. especially related to our security agencies.
p/s: mind the grammar, i'm not PPSMI generation or the english medium school. and in my time no native speakers in school maa..but i think Teacher Sapura, Teacher Wee, Teacher Aziah & teacher Jawahir taught me well..
Rabu, 26 Januari 2011
Melalut
Rabu, 12 Januari 2011
KES : Wishlist wa
Sabtu, 8 Januari 2011
The Banker Who Knew Too Much
2. Seorang Old Putera (OP) atau bekas penuntut Maktab Tentera Diraja. Beliau merupakan seorang akauntan.
3. Telah dibunuh dalam menyiasat skandal bank melibatkan nilai 1 billion USD. Skandal ini juga dikatakan mengaitkan orang politik tertentu.
4. Ditemui mati di Hong Kong pada tahun 1983, tanpa sebarang pengenalan diri. Cuma sekeping duit syiling Malaysia yang telah membuatkan Royal HK Police mengaitkan mayat itu dengan negara ini.
5. 'The Banker Who Knew Too Much' sebenarnya tajuk kepada dokumentari untuk CI Asia. CI Asia memang banyak menghasilkan dokumentari macam nih, tahun lepas pasal Al-Maunah.
Al-Fatihah.
Sabtu, 18 Disember 2010
Pohpaleh weh
Ahad, 22 Ogos 2010
Jumaat, 25 Jun 2010
Gurkha
Hamid Gurkha ke?
Sejarah
Gurkha sebenarnya merujuk kepada satu kaum yang tinggal di Nepal dan India Utara. Rupa orang gurkha nih ada rupa orang Cina pun ada, orang India pun ada.
Percaya atau tidak, antara pendapatan utama Nepal ialah hasil dari mengeksport rakyatnya menjadi tentera, polis, atau pak guard di seluruh dunia. Terutama sekali di bekas jajahan Queen.
Pihak Inggeris yang mula-mula sekali mengupah orang Gurkha nih menjadi askar upahan mereka.
Mungkin bentuk muka bumi yang tidak sesuai, menyebabkan ramai orang Gurkha memilih untuk menjadi askar. Maklum saja lah, Nepal nih terletak di 'Bumbung Dunia' iaitu di kaki Gunung Everest. Sudah pasti keadaanya tidak sesuai untuk pertanian sawit dan getah, apetah lagi nak melombong timah.
British telah menubuhkan Briged Gurkha bagi menempatkan beberapa puluh regimen dan unit Gurkha. Latihan bagi tentera Gurkha, boleh tahan toughnya. antaranya ujian untuk berlari mendaki bukit curam dengan jarak 4.2 KM dan bebanan 75 pound batu dalam beg. Ini semua buat dekat Nepal, jadi dah lulus semua latihan baru boleh deploy ke UK.
Unit Gurkha nih antara 'highly decorated' unit dalam British Army. Dari WWI sampai ke Perang Iraq, dorang nih terlibat. Dan kebanyakkan action dorang ialah untuk menjadi antara barisan hadapan kepada British Army. Maklumlah, dorang nih masih lagi dianggap bukan warganegara Brits sepenuhnya.
Gurkha di Malaya
Unit ini juga terlibat dalam Battle of Malaya, Battle of Singapore dan ramai juga askar Gurkha ini telah terkorban bersama-sama unit lain dalam British Army. Namun, sejarah membuktikan bahawa Jepun lebih bersiap sedia. Walaupun Gurkha Regiment battle harden namun, masih belum cukup menandingi kehebatan Jepun.
Briged Gurkha juga turut digunakan bagi memerangi PKM dalam Darurat. Dalam perang lain pula, mcm perang Iraq..mereka digunakan untuk 'buka jalan' supaya unit2 lain senang menyerang.
Gurkha- Sekarang
Briged ini masih lagi berkhidmat dengan setianya kepada British. Dan masih ramai anak-anak muda Nepal yang memilih untuk berkhidmat dalam British Army bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.
Selain di Britain, terdapat juga sejumlah askar Gurkha yang diletakkan sebagai 'reserve' di Brunei. Sementara, di Singapura orang Gurkha digunakan sebagai anggota Field Police (yang bersamaan dengan Pasukan Gerakan Am Malaysia)
Nasib Gurkha
Ibarat sang askar upahan, nasib mereka belum benar-benar terbela waima di tanah Queen. Nasib ex-serviceman gurkha kebanyakkanya berakhir dgn memilih untuk menjadi pengawal keselamatan. DI M'sia, HANYA pengawal gurkha yg mempunyai rekod perkhidmatan tentera dgn British @ Nepal yg layak diupah selain daripada warganegara.
Penutup
kalau aku rajin, aku tulis pasal Legioniere pulak..
Khamis, 6 Mei 2010
Pudu Jail
Dalam tahun nih, negara kita telah berjaya memusnahkan sebuah lagi mercu tanda yang dibina oleh penjajah.Tahniah-tahniah.
Mercu tanda tersebut ialah pudu jail, atau penjara pudu. Sememangnya kalau dibandingkan dengan bangunan Sultan Abdul Samad, pudu jail merupakan bangunan yang tidak segemilang bangunan tersebut. Lantas, atas nama kemajuan..dikorbankan warisan tersebut.
But, don't worry, we have a tonne of picture and urban myth surrounding this old building. more than enough for a picture in history book.
Member gua pun ada wat dokumentari pasal penjara pudu bersempena dengan tugasan beliau sebagai pelajar jurusan perfileman (gila la, ketua pengawas jadi director filem skang).
Senarai ini dikeluarkan oleh KLUE..sebuah majalah urban KL.
1) Mona Fendy
Mona Fendy atau nama sebenarnya Maznah Ismail, telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Temerloh atas pembunuhan seorang ADUN Pahang. Pembunuhan ini dikaitkan dengan unsur-unsur pembomohan dan mistik pada tahun 1993. Mangsa dibunuh dan dikerat 18 serta ditanam dan akan bangkit semula. Mona sempat 'menginap' di sini sebelum ke Penjara Wanita Kajang.
2) Botak Chin
Penjenayah 'legend' kerana dikatakan bersifat Robin Hood. pernah cuba untuk membunuh seorang pegawai polis yang selalu memburunya. ditembak enam kali, tetapi masih hidup. ditahan dibawah ISA. dihukum gantung pada tahun 1981.
p/s: Botak Chin = Boh (tiada) Tak (kerja) Chin (cina) = cina tak ada kerja..dalam Hokkien
3) Barlow & Chambers
Pengedar dadah warganegara Australia, yang cuba menyeledup 141.9 gram heroin di lapangan terbang. kerajaan Australia cuba masuk campur bagi menghalang hukuman gantung dikenakan kepada mereka, namun Dr Mahathir tak bagi. menghadapi maut di tali gantung pada tahun 1986.
p/s: insiden ini sebagai petunjuk @ panduan @ precedence kepada gomen Malaysia agar tidak masuk campur dalam hal 'keldai dadah' yang banyak berlaku sekarang di negara luar. especially yg melibatkan orang yg diketahui terlibat secara langsung.
4) Jimmy Chua
Penjenayah dari Singapura, dijatuhkan hukuman atas kesalahan membunuh konstabel polis. glamer kerana memulakan 'Pudu Jail Siege' pada tahun 1985 apabila telah menahan doktor yang bertugas di pudu jail. UTK telah bertindak tanpa menumpahkan darah apabila menggunakan rotan sebagai senjata (walaupun, jimmy and the gang ada pistol yang dirampas dari guard penjara). aku agak memang kena rotan kaw-kaw la jimmy nih ngan UTK.
5) Hindraf
Bila geng hindraf mengamuk di serata KL, beberapa orang yang ditahan telah diletakkan di sini kerana pudu jail pasca tahun 1999 berfungsi sebagai tempat tahanan polis. agak-agak Vasantarao duk sini tak?
Sabtu, 1 Mei 2010
Khamis, 11 Mac 2010
jenalik
Jarum jam merangkak menghampiri awal pagi, 2 Julai 2000. Guard post 304 RAW (Ifantri) dikejutkan dengan lampu pajero yang berkelip-kelip. Satu signal biasa yg digunakan oleh army.
Guard on duty, kaget..dia tak bersedia nampaknya. sudah berkain pelikat. Bukan colereng seperti mana standard biasa. Dalam samar, sekumpulan pegawai kanan TD sudah bersedia. Sempat pegawai ini memarahi guard kerana melanggar hukum tentera. Seorang dari mereka berkata ‘kalau bandit datang, macam nih?’
Misi ‘pegawai’ tersebut ialah untuk membuat pemeriksaan mengejut terhadap stor senjata kem. Bagi memastikan semua siap siaga. Walaupun insurgensi telah tamat lebih 9 tahun dulu. TD perlu sentiasa siaga.
Dibuka stor senjata, diperiksa senjata oleh pegawai-pegawai tersebut. Selesai memeriksa, kumpulan tersebut ingin pula membawa sejumlah senjata, peluru dan alat komunikasi bersama mereka. Ini bukan standard biasa, bisik hati anggota. Namun arahan pegawai tersebut, tetap dipatuhi. M-16, M-203, GPMG, Steyr AUG, LMG, bom tangan dan peluru dipunggah ke dalam perut pajero hijau dengan plet bermula “Z”. Huruf terkanan dalam alphabet, simbolik kekananan ATM dalam perkhidmatan kepada kerajaan SPB YDPA.
Kemudian, semuanya sejarah. Anggota 304 RAW sedar bahawa yang datang semalam bukan pegawai TD, sebaliknya bandit. Tipah tertipu-tertipu tipah bak kate lagu Ruffedge, tapi ini bukan mainan. Bukan cobaan tapi betul-betul.
Misi ATM dan Polis ialah untuk mengesan dan merampas kembali senjata tersebut. Itu misi mereka.
Top brass ATM dan PDRM sedang merancang strategi…pada masa yang sama, berita telah tersebar ke media. Wartawan berpusu ke Gerik bagi membuat liputan ekslusif. Dalam Sembang Petang, tv3 pada masa itu melaporkan bahawa identiti perompak senjata masih tidak dikenali. Mungkin penjenayah, mungkin pejuang pemisah negara jiran.
Lokasi perompak senjata berjaya dikenal pasti. Di sebuah dusun durian di kawasan Bukit Jenalik. Anggota SB polis sudah mula melakukan risikan selepas penduduk kawasan sekitar mendakwa mendengar bunyi tembakan dari kawasan itu. Komando tidak terkecuali melakukan recon, namun nasib SB dan komando tersebut malang. Mereka berjaya dikesan oleh bandit tadi. Situasi kian meruncing.
Di suatu sudut di semenanjung,
'tok-tok-tok' bergegar pintu diketuk, beralun dengan suara si pemberi salam. Seorang ibu terkocoh-kocoh meninggalkan dapur, mahu menyambut tetamu yang tak dikenali itu.
Pintu dibuka..
………………………gua sambung lain kali………………………..busy la. Wat marksheet keh2
janji dari tahun lepas lagi nih..antara yang tertunggak. bila nak sambung, tak pasti
Isnin, 11 Mei 2009
Satu Kisah Lampau

credit to: Lt.Kol (B) Robert Rizal, Pingat Gagah Berani
pgbwarrior.blogspot.com
Ahad, 10 Mei 2009
Enrique

Enrique yang diceritakan merupakan satu individu Melayu yang telah menjadi krew dalam pelayaran Magellan mengelingi dunia pada satu masa nan silam (cewah). Terjumpa dengan nama nih masa jalan-jalan secara maya di cari.com biasalah lepak-lepak di PLH mesti ada cerita-cerita legend macam nih. Kemudian dapat pulak link ke blog nizam zakaria dan telah menyedut cerita Awang Vampiro disana.
Enrique The Malacca, Henry The Black merupakan nama yang telah diberi oleh mat saleh merujuk kepada Panglima Awang. Ada juga yang panggil dia Henrich, Henry la juga tu cuma dalam sebutan atau lidah penutur bukan Inggeris.
Panglima Awang dikatakan merupakan berusia sekitar 17-18 tahun semasa ketamadunan Melaka diserang oleh Portugis. Akibat sengketa dan leka, Melaka telah berjaya ditawan oleh Portugis walaupun tetap dilawan oleh pendekar-pendekar serta rakyat yang masih setia. Antara yang turut sama berjuang mempertahankan Melaka ialah Panglima Awang. Malang bagi beliau kerana telah ditawan bersama-sama rakan lain oleh Portugis walaupun mereka bukan calang-calang pemuda. Silat dan isinya merupakan latihan harian mereka, namun segalanya sudah tersurat Melaka berjaya juga ditawan.
Nasib pemuda-pemuda ini kebanyakkanya dijadikan hamba atau tawanan perang oleh Portugis. Selepas beberapa lama, mereka dibawa balik ke Eropah bersama-sama angkatan perang. Tawanan-tawanan ini ada antaranya kemudianya dijual di perhentian-perhentian kapal ini seperti di Gao, India. Bagaimanapun, Awang tidak dijual kerana mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan tawanan lain. Dikatakan Awang kelihatan lebih gagah dan sasa dari pemuda Melaka lain. Selain itu, Awang ialah orang yang bijak dengan mudah dia cepat belajar bahasa asing dan dapat menguasai bahasa itu dengan baik. Dan dikatakan kemungkinan Awang ini orang laut, jadi asam garam di laut sudah menjadi resmi hidupnya. Sudah pastilah ini membezakan dia dan orang lain.
Kapten Kapal, Ferdinand Maggellan telah memberikan sedikit keistimewaan kepada Awang dan dibenarkan dibuka rantai serta berkerja sebagai kuli di kapal. Maggellan telah menukarkan nama Awang kepada Enrique iaitu nama Portugis. Ada juga versi mengatakan bahawa Awang telah ditukarkan agamanya. Bagaimanapun, perkara ini tidak dapatlah dipastikan kerana mungkin berlaku penambahan cerita oleh barat atau mungkin juga Awang berasal dari suku yg masih belum memeluk Islam.
Maggellan telah membeli Awang dari Alfonso de Albuquerqe kerana merasakan Awang sebagai seorang rakan bukan lagi layak menjadi hamba. Awang telah berkerja dengan Maggelan di Portugal. Mungkin beliau antara anak Melayu terawal yang menetap di Eropah. Maggelan pula telah melarikan diri ke Sepanyol dan meminta untuk raja Sepanyol menaja ekspedisinya untuk keliling dunia dan mencari jajahan baru untuk Sepanyol. Atas reputasi, maka Maggelan diterima walaupun dia orang Portugal.
Melalui perjalanan dari barat mereka telah membuktikan dunia ini bulat kerana telah menemui bahagian timur iaitu di Filipina. Tiba di Filipina, rombongan kemudiannya telah diserang orang tempatan. Maka tamatlah riwayat Maggellan dan puluhan anak kapal lain. Pelayaran telah diteruskan oleh Panglima Awang yang mengemudi kapal balik ke Sepanyol. Bagaimanapun, pengiktirafan diberikan kepada Maggelan kerana Awang bukan orang eropah.
Tiada yang tahu sebetulnya cerita selepas ini, ada yang kata dia kemudian balik ke Melaka, Nusantara. Ada yang kata dia tinggal di eropah. banyak versi
---------------------------TAMMAT-------------------------
cerita ini bukan semata-mata fiksi tetapi sebuah peristiwa yang telah luluh dan reput dalam sejarah kita. catatan jurnal pelayaran Maggelan oleh Antonio Pigafetta turut menyenaraikan nama Enrique.
Henry the black juga memang ada dalam sejarah kelautan barat, yang tidak ada ialah peranan sebenar dan sumbangan serta nama Awang itu akibat permainan mereka yang mahu menyembunyikan kekuatan dan kemasyhuran ini.
Nama Panglima Awang ini dikatakan sekadar ciptaan Harun Aminurrashid, seorang guru MPSI pada tahun 1957 dalam novel 'Panglima Awang'. Kemudian Dr HM Tuah dengan novel beliau 'Enrique' terbitan Utusan kerana menang HKSU taun berapa entah.
Tun Dr Mahathir pada satu masa pernah meminta pihak-pihak berwajib menjalankan kajian mengenai Panglima Awang ini. Jangan sampai kita terlupa bahawa kita juga bangsa yang gagah meredah samudera mencipta kejayaan tetapi bukan penjajahan.
"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap Menjadi pedagang dan peniaga Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung Samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?"
TDM- Perjuangan Belum Selesai
Isnin, 24 November 2008
Temerloh: Antara seni dan perjuangan
wadah perjuangan telah lama bersemadi dalam diri anak-anak temerloh, perjuangan bagaikan telah menjadi darah daging mereka sejak zaman berzaman. daerah ini telah menyaksikan bagaimana kecundangnya sipahi-sipahi yang diimport jauh oleh british di tangan anak-anak tempatan. Siapa yang tidak pernah dengar cerita kepahlawanan Tok Gajah, Dato'Bahaman, Mat Kilau, Mat Kelubi. Semua mereka ini pernah berjuang mempertahankan hak dan kehormatan mereka dari dirampas oleh penjajah. Silat dan gerak langkah mereka ini memang tinggi dan mampu menumpaskan jiwa mereka yang angkuh dengan senapang. Namun, telah tersurat yang mereka perlu berundur untuk merangka strategi yang lebih mantap. Biarpun begitu, berundur bukan bermaksud mereka tewas dan menyerah. Mat Kilau telah mengisytiharkan dirinya pada tahun 1969 di sebuah masjid di Jerantut. Pahlawan ini telah disahkan oleh kerajaan negeri yang telah membuat siasatan.
semangat itu kemudian diwarisi pula oleh pemimpin-pemimpin yang lahir dari sini. semangat kepahlawanan tok gajah dan dato' bahaman menjadi inspirasi kepada mereka. di daerah ini la lahirnya pemimpin yang meniupkan semangat nasionalisme Ibrahim Hj Yaakob (Kesatuan Melayu Muda), Ishak Hj Mohammad dan beberapa lagi pemimpin besar Parti Kebangsaan Melayu Malaya iaitu parti melayu yang pertama sekali di Tanah Melayu ketika itu. malah apabila british telah mengisytiharkan darurat pada tahun 1948, telah mewujudkan satu keadaan dimana nasionalis kiri telah terhimpit dan mereka terus diperalatkan lantas menyertai Parti Komunis Malaya malah PKM telah memanipulasi keadaan ini dengan menubuhkan Rejimen Ke 10 PKM di Kerdau, Temerloh. Harapan PKM, ia akan dapat menarik sokongan dari orang melayu lain kepada perjuangan sia-sia mereka. Aku disini tidak mahu menjustifikasi tindakan rejimen ke 10, cuma bagi aku walaupun asalnya niat mereka untuk membebaskan negara dari penjajahan tetapi dari tindakan mereka selepas merdeka membuktikan mereka ingin berkuasa dan terus mendukung ideologi Karl Marx itu, malah Das Kapital dijadikan panduan dan pegangan mereka.
Dalam pada itu, beberapa pemimpin dari daerah ini telah membuktikan kemampuan mereka di peringkat kebangsaan apabila telah dipilih untuk menjadi anggota kabinet antaranya ialah Abdul Rahman Talib iaitu bekas menteri pelajaran yang telah mengeluarkan laporan Rahman Talib berkenaan sistem pendidikan negara pada waktu itu. Ia kemudian diteruskan dengan lapisan pemimpin baru seperti Sabarudin Chik yang turut menjadi anggota kabinet. Sekarang ia telah disambung oleh Timbalan Menteri Kem Keushawanan dan Kooperasi, Datuk Sharifudin.
Seni, Kesenian dan Orang Seni
Seni boleh terdiri dari pelbagai cabang dan bentuk kerana seni itu bersifat artistik dan universal. Manusia boleh mentafsirkan seni sebagai perkara yang halus, rumit dan sukar untuk difahami tetapi itu lah seni. Pak Sako atau nama sebenarnya Ishak Haji Muhammad merupakan salah seorang dari tokoh sastera negara ini. Walaupun mendapat pendidikan Inggeris, Pak Sako telah meniupkan semangat merdeka melalui penulisan lama sebelum negara ini mencapai kemerdekaan. Penulisan beliau sentiasa menyeru kepada perubahan sikap orang melayu agar bangkit menentang kolonialisme. Sampai sekarang, novel Putera Gunung Tahan menjadi bacaan pelajar-pelajar di sekolah menengah.Mana kala, novel Anak Mat Lela Gila masih relevan walaupun di era ini. Bagi pelajar sastera, Pak Sako merupakan salah seorang dari tokoh yang telah menggerakan dunia sastera di Malaysia. Itu dalam penulisan, dalam bidang seni suara pula nama seperti Sudirman dan Siti Nurhaliza merupakan antara bintang besar yang telah lahir di daerah ini. Pencapaian kedua artis ini memang tidak dapat disangkal lagi. Sudirman sendiri merupakan pelakon dalam filem KAMI (bukan kami yang indie tu). Filem yang sedikit sebanyak menceritakan mengenainya. Dalam filem ini boleh didapati bagaimana dua watak dari filem ini seorang dari temerloh dan seorang lagi dari chenor telah pergi ke kuala lumpur kerana melarikan diri dari keluarga dan masalah yang menimpa mereka disini. Hubungan persahabatan pantas terjalin apabila mereka sama-sama menghadapi realiti hidup di kota.
Antara seni dan perjuangan adakah ia saling berkait?
-sampai disini dulu-ada masa-ada kelapangan minda aku sambung lagi-
nama-nama lain:
Tan Sri Yahya Mohd. Seh - Bekas Menteri Besar Pahang
Dato' Abu Samah
Dato' Awang Ngah
Dato Bahaman - Pejuang Menentang Penjajah Inggeris
Dato' S. Roomainor - Seniman
Abd. Rahman Talib - Bekas Menteri Pelajaran Malaysia
Kamaruzaman Teh - Nasionalis
Che Puan Ramlah Bt. Dahalan - Nasionalis
Satar Hj. Dahan - Nasionalis
sumbangan wiki
Temerloh Suatu Pengenalan
Mengikut satu versi , nama temerloh asalnya dari perkataan mereloh yang bermaksud tidor. Dalam satu penggembaraan (ala-ala LOTR) seorang pengembara Bugis telah ternampak seorang sakai @ orang asli @ rakyat panggilan orang pahang telah tertidur di bawah sepohon pokok dan di tepi sungai Pahang. Maka orang bugis itu bertanya kat orang asli tu apa yang dia buat, dia pun cakap la dia termereloh (tertidor). Dari situ la datangnya nama temerloh. Cerita ni tak dapat dipastikan kebenaran, ada sikit persamaan dengan cerita nama Sydney iaitu melibatkan penggembara dan orang asli.
Daerah ini terletak di tengah-tengah negeri Pahang the great yang aman makmur =) dikatakan terletak kira-kira 163 kaki dari paras laut. Selalu ditenggelami banjir pada musim tengkujuh. Berkedudukan 3°27'U dan 102°26'T diatas peta. Memiliki sebuah bandar iaitu bandar Temerloh sendiri serta beberapa lagi buah pekan. Dikenali sebagai Bandar Ikan Patin oleh Majlis Perbandaran Temerloh.
Isnin, 23 Jun 2008
Abdullah Hukum
post ni aku nak cite sikit pasal Hj Abdullah Hukum, yang merupakan antara pelopor kemajuan KL nih..
berbeza dengan Yap Ah Loy, jasa Hj Abdullah Hukum ini semakin terpinggir dari pandangan masyarakat sekarang. aku pun sebenarnya sebelum ni tak mengetahui mengapa ada stesen LRT Abdullah Hukum dan dari mana datangnya nama Kerinchi tu.
kampung Abdullah Hukum pun boleh dikira da tak de da..yg ada sekarang tinggal beberapa buah rumah je dan rumah-rumah sebelum ini diganti dengan flet.
Abdullah Hukum ni berasal dari Kerinchi, Sumatera. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Rukun kemudian ditukar oleh beliau sendiri ketika beliau di padang Arafah. Dikatakan beliau telah datang berdagang ke Tanah Melayu seawal tahun 1850 lagi ketika itu berusia kira-kira 15 tahun.
Beliau kemudian berjalan kaki pula bersama-sama rakan untuk ke kuala lumpur dari melaka. perjalanan itu memakan masa beberapa hari (ye la dulu mana da hiway, keta laju2)
Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membuat tali air selama tiga tahun di Serambut (Batu Lima Gombak sekarang). Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.
Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut (Putera Raja Muhamad) kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di Pudu (di kawasan Bukit Bintang sekarang).
Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selama tujuh tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawa beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan guni beras.
Selepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk membuka kebun (nenas) di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).

rumah Abdullah Hukum kat Kg Abdullah Hukum, Bangsar
Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi). Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbau kerana beban tugas semakin bertambah.
Ketika beliau menjadi Penghulu inilah Abdullah Hukum cuba menyatukan tiga kaum utama di situ – Melayu, Cina dan India. Sebagai menghargai kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai ‘Jalan Bangsa’ sempena penyatuan ketiga-tiga kaum. ‘Bangsa’ kemudian bertukar menjadi ‘Bangsar’. (sejarah nama bangsar ni ada banyak versi gak, kat wikipedia tulis lain)
Apabila meletus peperangan Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad memanggil Abdullah Hukum untuk membantu melawan musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Dagang sebagai panglima perang.
Sebagai menghormati jasa dan bakti Datuk Dagang, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Datuk Dagang dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.
Datuk Dagang menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.
Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.
Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.
Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.
Kita tidak mahu nama Abdullah Hukum, seorang peneroka awal penempatan Kuala Lumpur tertindih dengan tumpuan terhadap Kapitan Yap Ah Loy sehingga nama Abdullah Hukum turut terpadam di dalam lipatan sejarah Kuala Lumpur.
Demikian iltizam Abdullah Hukum yang menjadi ikon warisan sejarah Kuala Lumpur sejak penerokaannya dalam era 1850-an sehingga ke hari ini. Sejarah 50 tahun Malaysia merdeka tahun ini biarlah dirayakan tanpa meluputkan nama pejuang dan perintis bangsa yang banyak meninggalkan jasa, seperti Abdullah Hukum.

Mempertahankan legasi : cucu Abdullah Hukum menunjukkan rumah warisan tokoh itu
penulis sebenar Abdul Rahman Hashim.
diambil dari board history, myth, legend forum cari.com
sesetengah perkataan da diedit oleh aku.



