kelik-kelik

Rabu, 26 Januari 2011

Melalut

1. Baca blog akak aku bulan lepas, mengatakan bahawa arwah wek (nenek) merupakan sepupu kepada Pak Sako a.k.a Ishak Hj Muhammad. Nih mak aku yang cerita, kalau harap aku memang tak tau haha.

2. Sebagai orang ada bau-bau bacang kena la mengambil tau serba sedikit. Barulah dinamakan peminat sejarah.

3. Aku dah lama tau yg Pak Sako nih berasal dari Temerloh. Ada juga senaraikan dia sebagai salah seorang figure yg berasal dari tanah revolusi nih. Yeah, Tanah Revolusi bunyi lebih rebelious berbanding Bandar Ikan Patin.

4. Percaya atau tidak, orang Temerloh telah terlibat dengan kebanyakkan perang yang ada di Tanah Melayu. Perang Klang, Perang Saudara Pahang, Perang Menentang British, Perang Dunia ke 2, Darurat & Insurgensi. Sebab tu ada satu dua orang yg mewarisi semangat nih kalau merempit cukup kamikaze.

4. Seorang lagi tokoh terkenal pra-Merdeka tentunya Ibrahim Hj Yaacob. Orang Tanjung Kertau tu. Perjuangannya dengan KMM dan berakhir di Jakarta bagi merealisasikan Indonesia Raya. Salah seorang Pahlawan Negara Indonesia, walaupun lahirnya di Malaya.

5. Dah jauh melalut, baik aku sambung baca pasal Pak Sako lagi. Nih penangan espresso la.


1 ulasan:

Laili Rahman berkata...

hahah...ku setuju dengan penggunaan Tanah Revolusi berbanding Bandar Ikan Patin..bukan sbb ikan patin x sedap tapi along rasa byk potensi Temerloh tidak dieksploitasi dan di"explore" dengan sempurna. sejarah menunjukkan tanah keramat ini melahirkan ramai pejuang dan pahlawan tapi ikan patin tu jugak yg dijadikan ikon..huh!
p/s: rindu ikan patin goreng bonda ;-)