kelik-kelik

Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mei 2012

Misteri : Bersih



28 April 2012, dah dekat dengan sebulan berlalu dah...tapi 'wanita' yang dikatakan dilanggar oleh kereta polis jenis Waja CPS tu masih belum lagi membuat laporan polis mahupun laporan kepada MalaysiaKini atau mana2 agensi berita..

jadi persoalan yang timbul adalah...

1) Wujudkah wanita itu? atau cuma kekeliruan yang berlaku akibat kelam-kabut dan 'hear say' atau cakap orang sahaja

2) adakah wanita itu warga asing tanpa permit yang datang membeli-belah atau mungkin juga memberi sokongan kepada agenda Bersih 3.0? lantas tidak berani tampil ke hadapan dan menjelaskan bahawa tindakan menterbalikan kereta polis berkenaan bagi menyelamatkan nyawanya?

3) adakah wanita itu takut?

Misteri betol la...


saya serahkan kepada Brad Meltzer untuk decoded....lol


Sabtu, 19 Mei 2012

Politik membenarkan segalanya?

aku dah kata dalam dunia politik nih bersederhana lah....

dan kalau takut dikutuk, dicaci, diperli dunia politik (sekurang-kurangnya Malaysia) memang patut kita jauhi

dan terbaru aku dengar ada pihak tuntut agar pihak yang mengutuk Nik Aziz dgn dakwaan tertentu supaya mohon maaf

walaupun aku nih pro gomen tp hal kutuk2 dan benda2 yg bertentangan dgn agama dan nilai moral patut kita jauhi..lagipun Nik Aziz wajar dihormati sebagai ulama, org tua dan MB tu kita kena hormat. jadi perbuatan photoshop gambar2 Nik Aziz dan letak dgn gambar haiwan contohnya tak elok la macam tu..walaupun benda nih dikatakan counter offensive kepada serangan pembangkang yg photoshop gambar PM dan letak mcm2.

cuma aku nak panjangkan lagi cerita nih supaya yang mengutuk Tun Dr Mahathir dlu pun sama-sama mintak maaf, tu belum lagi kira akhbar Harakah sekitar taun 2000 menyiarkan kartun yang menggambarkan Hishamuddin sebagai pondan kerana isu debat antara ketua pemuda

entah politik ape yang dipermainkan la..sebelah pihak boleh kutuk sebelah pihak, macam budak2..aku boleh kutuk bapak kau, kau tak boleh kutuk bapak aku

BESEDERHANA SUDAH

Hinaan kepada PDRM atas nama seni dan satira


TLDM pulak



Isnin, 30 Januari 2012

Berserdehana

disebabkan musim pilihanraya dah dekat, aku memilih utk bercerita politik dekat blog dan bukannya facebook

malas sial nak bergaduh bab politik kat fb. padahal king dan panglima panglima politik bn dan pr semua bertempur kat twitter skang

bercerita politik kat fb tak lain tak bukan nak amik undi atas pagar la tu..

puii politik..puii

baru baru ini aku tengok ada link suh mintak maaf sapa yang menghina pemimpin PR dengan nama yg tak molek ( tak payah la aku nak taip) nak guling juga aku baca

ingat ingat balik, geng yg sama jgk panggil mahafiraun, badawi malaysia pnjaga bxxi, hisam xxxxx

even kartun zunar yg kutuk hisam tu aku baca sejak aku sekolah menengah dalam harakah..ye aku baca 2 belah pihak sejak muda lagi..

dalam berpolitik, cubalah bersederhana...kuat sangat ngutuk pun..besok jemput kenduri orang bawahan ni jgk dijemput. baik anwar ke najib ke payah la nak datang. itu tak kira lagi nak nguruskan perjalanan ke sebelah sana.



Sabtu, 28 Januari 2012

Bersetuju untuk tidak bersetuju




Dalam hal pertahanan, seharusnya unsur politicking yang melampau perlu diketepikan. Terdapat segelintir rakyat Negara ini yang begitu skeptis dan meragui setiap keputusan yang diambil demi keselamatan Negara antaranya ialah tidak bersetuju dan menentang pembelian aset yang dapat mampu memberi kuasa tentang yang lebih ampuh kepada ATM.

Sehingga kini, walaupun Malaysia telah Berjaya mendapatkan kemerdekaan dan menghapuskan ancaman pengganas komunis tidak bermakna bahawa keamanan dan kesejahteraan ini akan berkekalan.
Sebagai pembayar cukai dan pengundi, sudah pasti rakyat sedar dan mahukan yang terbaik buat Negara yang mereka cintai. 

Namun, sikap menetang pembelian aset seperti kapal selam, misil, pesawat pejuang, helicopter utiliti melihatkan perangai mereka sebenar.Kita perlu sedar bahawa pembelian aset ini, adalah bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa. Malah jika kita rajin mengikuti berita mengenai pertahanan Negara, kita sedar bahawa apa yang diperuntukkan itu adalah sebahagian sahaja daripada yang sebenarnya diperlukan. 

Sebagai contoh, satu skuadron kapal selam biasanya terdiri daripada 6 buah kapal selam yang sedia beroperasi. Tapi disebabkan kekangan kewangan, maka cuma 2 buah kapal selam diperolehi setakat ini.
Sentimen membangkang setiap masa dan mempersoalkan fungsi aset-aset ini perlu di campak jauh. 

Tambah memilukan apabila terdapat sesetengah cerdik pandai di dewan rakyat turut sama menyemarakkan lagi pemikiran begini. Mereka yang sepatutnya mewakili rakyat, dilihat tidak lebih bijak daripada rakyat biasa. Ada ahli parlimen secara terang-terang mempersoalkan keperluan kapal selam kepada tldm.

Bagi mereka sebegini, fikirlah bahawa kebanyakkan mereka yang berkerja sekarang memiliki insurans/takaful/kad perubatan yang mereka bayar sehingga 10% daripada pendapatan mereka. Malah ramai yang membayar lebih daripada 10%.  Adakah selama beberapa tahun membayar premium tersebut mereka dapat menggunakan perlindungan insurans tersebut?

Sedangkan dalam masa yang sama, negara Cuma memperuntukkan berapaa peratus daripada hasil Negara untuk bajet pertahanan? Bajet pertahanan ini adalah insurans dan polisi jaminan bagi masa depan Malaysia.  Atau kita perlu menunggu sehingga negara lain sudah mengibar panji perang atau parang di leher barulah kita boleh menambah aset.

Kalau begitu, mengapa tidak sahaja membeli premium insurans selepas didiagnos dengan kanser contohnya?
Saya berpendapat bahawa kita boleh tidak bersetuju dalam banyak hal, tetapi kita perlu bersetuju mengenai hal ehwal pertahanan. 

Apa yang boleh tidak dipersetujui adalah mengenai harga, cara pembelian, jenis dsb. Tetapi bukan mempertikai atau menolak secara total. Atau lebih teruk menyebarkan fitnah seperti PT91M terima dahulu, kereta kebal “recond”. 

Sama-samalah kita menjadi lebih cerdik. Baik menyokong, baik membangkang. 

Ahad, 10 Julai 2011

Takdir & Waktu



1. Al-Fatihah, aku sedekahkan kepada seorang lelaki yang meninggal dunia semalam semasa demonstrasi BERSIH 2.0

2. Baru beberapa jam tadi, Ketua Polis KL telah mengeluarkan press release mengenai perkara ini. KP KL berkata, mangsa meninggal dunia akibat komplikasi jantung. (byk benda boleh 'trigger' benda nih)

3. Seperti dapat dibaca dalam Mkini, dakwaan bahawa mangsa telah meninggal kerana sesak nafas akibat gas pemedih mata.

4. Pada aku, dakwaan seperti ini tidak lain tidak bukan semata-mata untuk memburukkan nama PDRM. Supaya kebencian terhadap pasukan beruniform ini dapat disemarakkan lagi dalam diri puak-puak tertentu. (ingat lagi? gelaran anjing kerajaan, babi, Siput Babi (gelaran untuk Special Branch)

5. Keadaan telah memaksa untuk dilepaskan gas pemedih mata. sebab, walaupun selepas tangkapan, sekatan jalan dan kempen di media..perhimpunan oleh Bersih dan Patriot tetap berjalan dalam jumlah yang agak besar. Kalau tidak disekat, nescaya memang akan berlaku pertempuran ala Bangkok, walaupun sekadar saling membaling batu.

6. Hak berhimpun anda sebagai rakyat telah pun terlaksana, baca Sinar Harian pada hari nih. Dimana ada masa sampai 40 minit, dan Dr Dzulkifly dari PAS sempat berucap kepada penyokong barulah dilepaskan tembakan pemedih mata dan water cannon.

7. Masih zalim lagi kah? polis biasanya akan memberikan masa dan amaran sekurang-kurangnya 3 kali untuk bersurai. sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, barulah ditembak gas pemedih mata dan air kimia.

8. Aku pernah melihat demo kecil-kecil di masjid UM. pemimpin pelajar tersebut yg mahu AUKU dihapuskan telah diberi peluang utk berucap juga beberapa minit sebelum disuruh turun daripada kerusi dan penyokong diarahkan bersurai.

9. Aku percaya imej dipukul, ditendang akan berlaku apabila suspek bertindak agresif dan cuba melawan dari ditahan. bagaimanapun, kalau betol ada 'police brutality' iaitu tindakan melanggar SOP. dakwa aje la..peguam kan ramai.

10.Kenapa ini berlaku? mengikutkan pengalaman lepas..dalam demo Anti ISA, penganjur sudah menyediakan arahan bertulis yg disebarkan di blog kepada penyokong apa yg perlu dilakukan sekiranya ditahan. Biasanya Bar Council, dan peguam pro pembangkang memang sudah bersedia di balai polis sekitar KL untuk memberi bantuan guaman.

11. Tindak balas agresif ini tidak lain tidak bukan berpunca daripada rasa benci meluap-luap terhadap pihak berkuasa. Imej ditendang polis, hospital disembur, tear gas, masjid jame' jadi kubu sambil para demonstran bertakbir dengan polis bersedia dengan cota diluar adalah satu gambar yang cukup ideal bagi media yang ingin menunjukkan imej buruk negara.

12. kedua-dua pihak telah mendapat peluang untuk berhimpun dan menunjukkan diri sebagai hero di jalanan.

13. satu pesanan, kpd penganjur demo seperti ini..tolong lah berpesan agar yg sakit, budak, orang mengandung tak sertai lah. nih yg naik kerusi roda pun nak join..adoiyai.

Ahad, 28 November 2010

rage

wat the fish nak bina muzium Sun Yat Sen kat Penang?

guna duit kerajaan pulak tu, apa dah tak cukup tokoh nak buat muzium agaknya

yang aku tau Dr Sun Yat Sen tak ada pun berjuang di Tanah Melayu nih jauh sekali untuk jadi tokoh signifikan dalam sejarah Malaysia.

dia pejuang tetapi di China, tetapi tidak bagi kita.

apa yang dibuat di Penang melainkan untuk mengumpul dana dan sokongan bagi revolusi di China sahaja..tiada perkaitan pun

aku paham bahawa kita tidak boleh melarang kalau NGO yang nak buat, tapi kalau guna duit kerajaan tu sudah nampak tak betul..

banyak lagi tokoh yang kita lupakan, usahkan nak buat muzium..letak segmen dalam muzium pun belum tentu

Mat Kilau, Kanang contohnya, atau tokoh kaum Cina seperti CC Too (orang kuat psy war/SB)

Jumaat, 29 Oktober 2010

BANTAHAN! PERTAMBAHAN KELAB


ada live band!

setelah membuat pertimbangan rapi, aku tak bersetuju dengan rancangan bagi menambah jumlah kelab malam baru, melanjutkan masa perniagaan kelab malam dan melonggarkan syarat persembahan artis luar negara.

pertimbangan aku berdasarkan kepada dokumen yang dikeluarkan oleh PEMANDU sendiri, bukan berdasarkan sumber lain. aku download sendiri dari website dorang. dan bukanlah atas dasar anti-establishment, sebab tu aku tak ada masalah dengan Menara Warisan, selagi struktur asal 2 Stadium tu dipelihara.


ramai rupanye patutlah nak tambah lg, ni time public holiday

aku faham bahawa atas kertas, benda nih boleh menjana pendapatan negara, kita boleh kutip cover charge, cukai hiburan, cukai alkohol dll. tu tak masuk lagi peluang perkerjaan bouncer, bartender, waitress..5614 peluang pekerjaan menjelang 2020, kata PEMANDU.

TAPI, tu atas kertas..diluar kertas, kita duk meraung katanya kelunturan masalah sosial, kebobrokan, dadah dsb. dengan jumlah sedia ada, kita masih belum boleh kawal lagi dengan kebanjiran china dolls, uzbek dolls, indon dolls..yg kalau kita tengok 999, hampir tiap episod D7 buat serbuan, imigresen buat rush. tu tak kira lagi, rush dari Narkotik, JAWI, JAIS.

jumlah pusat hiburan/ kelab/ bar untuk para clubbers dari dalam dan luar negara di Lembah Klang sebenarnya lebih dari cukup. boleh bilang sendiri dari BB, Jln Sultan Ismail, Jln Ampang, Bangsar, sampai ke Sunway. rujuk sini. tu tak kira club haram+karoke+spa.

imej apa lagi kita cuba lukis pada KL? cuba lihat ibu kota negara membangun, adakah mereka mempunyai night life yg sangat awesome? kalau di Bangkok mungkin

kalau terlaksana, cuma akan menambahkan liabiliti berbanding untung yg diperoleh. tu belum kira political damage

THINK TWICE YOU SHOULD.

namun, aku bersetuju mengenai bangunan kelab nih harus kalis bunyi (soundproof). cuma jarak dari kawasan perumahan dan keagamaan perlu ditambah lagi, 100 m mana cukup!. speaker tu punya la kuat, tak kira jam lg, orang mabuk lg. 1 KM paling kurang.

Jumaat, 8 Oktober 2010

For Your Eye's Only




What is politcs? apa itu politik?

soalan yang akan menimbulkan perdebatan selama berdekad-dekad lamanya, kalau kita melayan

dari Plato ke Machiavelli kepada K.Ratmanathan dan tak lupa Prof MQA sumer akan ada definisi tersendiri yg berbunyi seakan berbeza tetapi pengisianya lebih kurang sama.

tapi bapak aku punya definisi yang paling relevan zaman ini, politik ialah apa benda yang kerajaan buat ialah semua salah bagi pembangkang dan apa pembangkang buat semua salah bagi kerajaan.

dan sekarang sila isi contoh isu semasa berkaitan politik. Contoh kalau Parti Kerajaan yg bawak non muslim bagi sumbangan dan ucapan dalam tempat sembahyang, apa yang Parti sebelah akan kata?

Dan kalau Parti sebelah bagi duit kepada rakyat, apa yang parti kerajaan akan kata?

ini semua realiti..mungkin ramai yg tidak bersetuju. peduli apa aku.

sekarang saya lebih faham mengenai politik, dari pandangan bapa saya yang sekadar sekolah Melayu. bekas pekerja am, sukarelawan Palang Merah Malaysia (Banjir 1970), sukarelawan Pasukan Pertahanan Tempatan/ Local Defence Corp (Rejimen Askar Wataniah). yang dah melihat parti dari UMNO lama, parti Buruh, Parti Rakyat Kepala Kerbau, S46, PAS dan UMNO baru.

"Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, hasil bersalaman dan bercakaran"-Malique

Jumaat, 23 April 2010

Siri Entri Berat

yeah u right, capitalism make more people homeless

Memahami Sosialisme : Siri Entri Berat

Sosialisme merupakan satu falsafah politik bagi menggambarkan satu fahaman bahawa kekayaan dan syarikat merupakan milik pekerja. maka dalam konteks pemerintahan negara, kekayaan dan harta adalah milik rakyat.

secara dasarnya pemikiran atau falsafah diatas kertas merupakan satu idea yang okey sangat..haha. pemikiran macam nih bersifat utopia. tulis idea melangit, pelaksanaan ke laut.

ini berdasarkan ketidak berhasilan negara-negara yang mengamalkan sistem sosialisme ini. dapat dilihat bahawa mereka mempunyai sistem yang telah runtuh sama sekali disebabkan oleh korupsi peringkat atasan serta tidak sealiran dengan global player di dunia.

walaupun perjuangan sosialisme dalam abad ini telah dikuburkan dengan kerakusan kapitalis iaitu sistem ekonomi berasaskan dollar and cent. kapitalis nih pulak satu sistem ekonomi berkonsepkan pasaran bebas dan sebebasnya sampai nak makan riba' banyak mana pun boleh.

dan di malaysia sendiri sosialisme tidak berjaya, parti-parti berfahaman sosialis ini telah melingkup jauh apabila berhadapan dengan parti beraliran nasionalis, kaum dan agama. apatah lagi fahaman sosialisme yang begitu asing dan sering dikaitkan dengan komunisme. terkongkong dalam idea sempit, serta melabelkan diri sebagai rebel sejati adalah contoh yang tidak begitu mantap kepada pengundi.

namun di seberang tambak, parti sosialis merupakan parti yang sedang memerintah negara itu sekarang. cuma, parti itu boleh dilabelkan sebagai parti sosialis yang paling melingkup dari idea sosialismenya. manakan tidak, sungguh mahal dan sungguh banyak bayaran yang dikenakan kepada rakyat. mengalahkan kerajaan kapitalis sejati. golongan pembangkang pula akan di tekan cukup-cukup. tak sosialis langsung haha.

jadi setahun dua tiga kali, pemimpin parti tersebut akan meninggalkan kerusi empuk dan sut berjenama dari Itali mereka. mereka akan menyarungkan kembali pakaian golongan proletariat (pekerja) yang menjadi nadi kepada sosialisme. pakaian mereka ialah baju putih dan berseluar hitam.

apahal aku wat tulisan pasal sosialisme? saja jer..fahami sosialisme dan banyak kita akan faham pasal komunisme, working class people (proletariat)

Jumaat, 11 Disember 2009

isu semasa dah nak basi

Serius lama tak menulis pasal politik, siasah dan sewaktu. kepada yang kurang senang dan ragu jangan risau ini cuma sementara. aku lebih suka tulis pasal sejarah, tentera dan hal ehwal cikgu sebenarnya.

isu BTN, dah berpuluh-puluh blog, web politik, surat khabar, dan media yang membicarakan yang mengulas sama ada menyokong atau menentang secara total akan pelaksanaan kursus anjuran Biro Tatanegara ini.

bagaimanaupun, aku cuma berminat nak menulis pasal BTN selepas bunkboque the skuter puteh guy (skuter dia puteh, bukan dia haha). dari ulasan dan coretan beliau telah menunjukkan jati diri seorang loyalist umno yang tegar. harap beliau dapat daftar mengundi dengan segera, takut tak dapat ngundi sebab tak daftar je haha. kalau ade sepuluh pemuda seperti beliau maka bertaburan la lari pembangkang dari wilayah. (bodek nih boque)

saya (agak skema, tulis politik kan) juga pernah bersama-sama mengikuti kursus BTN anjuran BTN wilayah dengan kebenaran pihak HEP pada tahun 2007. antara yang terlibat dari kelas aku ialah sapixx the sangkunang, dan thoiyibbah of hambatan minda. yang lain pun ada gak tapi letih lah nak link satu-satu.

kursus itu dijalankan di sebuah pusat latihan di Langkawi. kalau dengar nama memang best, langkawi mesti bayang kursus tepi laut sambil minum air kelapa dan melayan ombak menghempas ditambah pulak bershopping coklat dan rokok berperisa stoberi. tapi tempat tu nun jauh di tengah pulau, dikelilingi oleh hutan dan ladang getah. memang tak boleh lari punya, kecuali ada skill dan fitness macam anjing.

Peserta
peserta yang terlibat majoriti berbangsa Melayu beragama Islam. ada seorang berbangsa India beragama Hindu. seorang lagi dari kumpulan etnik Melanau beragama Islam. jadi majoriti ialah warga malaysia yang bergelar bumiputera. berbeza dengan yang aku baca entri dekat blog lain, mereka kebanyakkan terpaksa ikut atas sebab nak belajar luar negara dengan tajaan kerajaan ataupun kursus sebab lantikan dalam perkhidmatan awam. kami yang pergi merupakan golongan yang me'rela'kan diri untuk ikut kursus nih.

peserta juga berbagai-bagai ada yang kpli, tesl tahun akhir, pra ijazah dan pelajar ijazah tahun 1. ada yang dah pernah ikut kursus nih lebih dari sekali, terutama sekali dari grup kpli. ada yang dah layak nak jadi fasilitator BTN kot.

aktiviti yang dijalankan terbahagi kepada dua:

yang indoor bagi ceramah dan latihan dalam kumpulan akan dikendalikan oleh 'ejen' atau fasilitator.

yang outdoor akan dikendalikan oleh jurulatih yang majoriti bekas askar. ramai komando woo.

Doktrinisasi BN

sebelum pergi, macam biasa lah aku cari sket maklumat pasal BTN. tak kan nak pegi bodoh cam tu jer, lagipun aku pegi lepas cuti abis exam. dan stigma yang ada ialah nih memang kursus nak basuh kepala hotak sokong kerajaan/BN seratus persen tanpa kompromi haha.

bagi grup LDK, dia dah campur semua skali. so dalam satu grup, ada berbagai tahap. bagus la tu, baru kenal ngan budak kpli, ngan junior ngan senior. fasilitator grup aku, merupakan engineer lulusan jepun. dia kerja ngan satu agensi wilayah nih. dalam LDK macam biasa la, ice breaking..game sket2. lepas tu bagi soklan putar alam, apa jawapan ko bagi pun tak mesti betul lagi. soklan putar alam tu sebenarnya, untuk mengajar kita menilai sesuatu perkara dari pelbagai sisi. perkara nih penting dalam hidup sebagai orang dewasa, sebagai penyokong parti, dan sebagai pemimpin.

aku punya fasi mendakwa dia sangat terbuka, dan boleh menerima pandangan ahli kumpulan sama ada nak hentam kerajaan ke nak puji melambung ke. janji dilakukan cara betul dan dalam bilik tu la. buat kat luar kang, bahaya..orang tak tau ape2 boleh naik melenting.

so dlm LDK kumpulan aku, tak de doktrin BN. dia cuma ajar, nilai dari semua sisi. jangan jadi totok dan jangan jadi kodok. jadi totok macam lembu, jadi kodok asik telompat-lompat.

kalau ada doktrin pun, satu masa kat ceramah kendalian seorang lelaki. dia kerja ape aku tak tau. mungkin cikgu kot. dalam slot ceramah dia menceritakan mengenai isu-isu keselamatan negara. kemudian dia masuk bab 13 mei, cerita bab pilihan raya pulak. lepas tu cerita pasal keseimbangan politik, jasa dan pengorbanan dll. dia cerita cepat-cepat jer, mungkin sebab dia nak cepat la tu haha. tiba slot Q&A dia ditanya sikit jer soalan, antara yang menarik ialah mengapa kerajaan masa itu (pak lah) telah membatalkan pembinaan jambatan bengkok/ indah bagi menggantikan tambak johor. jawapan paling best dia bagi, itu dasar kerajaan. huhu ape punya jawapan dah. tugas ko selaku 'ejen' BTN zaman berzaman menerangkan dasar kerajaan yang sedang memerintah kepada golongan sasar. aku syak dia nih mesti mahathir punye loyalist. mesti dia pun tak suka pak lah batal projek jambatan tu. sepatutnya, time tu dia konar jawapan..bagi la alasan seperti timbal balik yg diminta pihak S'pore membahayakan negara cth: tentera udara singapura mintak laluan seluruh semenanjung, sambil membenarkan kereta kebal S'pore wat amphibious assault kat PULAREK. buat la cerita sket bagi bunyi gempak, orang yg minat bab militari mesti kagum..pergh encik ni simpan rahsia negara nih! (nada kagum).

yg kedua ialah dalam satu sesi, selepas bagi soklan putar alam. penceramah menekankan perpaduan antara orang melayu/ Islam. dia bagi idea kerajaan campuran/ perpaduan. masa tu 2007, belum pilihan raya lagi. belum lagi umno tersentak dan pakatan rakyat tak tubuh lagi. kemudian dia ajar pasal perkongsian kuasa, well either BN or PR semua nih kongsi kuasa.

aktviti outdoor pula mengajar sikap kerjasama, patuh pada arahan dll. kat sini tak de politik langsung. kat sini gak, kalau pandai borak..boleh dengar pak jurulatih nih cerita sikit2 pasal pengalaman dia dalam askar esp komando. ada la dia borak ngan aku ngan ejat..pasal recoil m-16, steyr dll. haha. AK pun dia kate dia ada pakai..tapi RAHSIA.

yang lain aku rasa tak de bab menabur kebencian kepada mana-mana kaum. kalau dikatakan berfokus kepada insan yang berbangsa melayu pun lebih kepada meminta untuk orang melayu di malaysia nih sedar diri sikit. betapa sikit jer perubahan yang kita catat dari segi pendidikan apatah lagi ekonomi. sebab itu yang dikursuskan antaranya ialah pelajar tajaan supaya dapat jana perubahan pada masyarakat. lagu Warisan patut tak jadi hal, lagu pasal kita terleka dan akhirnya harta peninggalan nenek moyang kita jual, kita gadai. memang betul pun, nak marah pasal terasa la tu. lagu tu dah diganti dengan Mercu Bangsa masa aku pergi dulu.

tapi orang dah nak rombak. rombak lah..

tak bagi rombak kang..kate aku racist lak haha.

Isnin, 13 April 2009

Seputar

aku pun tak tau maksud entri nih..maksud dia macam berputar-putar la kot

setelah beberapa lama tak menulis secara serius disini, terpancar pula nafsu untuk jari jemari ini menari diatas papan kekunci.

sepanjang minggu lepas, perhatian Malaysia telah bertumpu kepada pembentukan kabinet baru Dato' Seri Najib. tapi tak de keja aku nak ulas-ulas pasal kabinet nih, sendiri cari la kat internet.

yang menarik perhatian ialah beberapa kejadian minggu lepas :

1) Dato' Seri Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan mahukan kesemua parlimen di Malaysia menubuhkan sekurang-kurangnya 1 batalion Rejimen Askar Wataniah untuk mengukuhkan pertahanan negara. Beliau juga mengatakan bahawa pasukan kadet tentera disekolah akan ditambah lagi, agar pelajar sekolah diberi peluang dan pendedahan kepada dunia ketenteraan.

hehe dato', dasar dato' ni bagus da selaras dengan HANRUH yang memang da lama ada. bagaimanapun diharapkan agar pasukan wataniah ini tidak semata-mata diwujudkan begitu sahaja dan kemudian dibiarkan begitu sahaja. tempoh latihan juga perlu dikaji semula, di zaman begini mungkin sukar untuk pekerja mengambil cuti untuk tempoh yang lama bagi mengikut latihan perajurit asas serta khemah tahunan. walaupun pekerja kerajaan diberi kelonggaraan namun, susah untuk menerima cuti nih..syarikat mana nak rugi. kalau keja cikgu pun, masa pegi khemah tahunan tu buatnya sekolah nak exam..mesti tak boleh punya.

cabaran kedua yang aku nampak masa jalan-jalan kat cari.com ialah dorang kata ini sebagai instrumen untuk BN dapatkan undi pos. yela satu batalion tu ramai, tambah lak buat kat parlimen..lagi la dorang suspek ingat benda bukan-bukan. apa dorang ingat wataniah ni regular ke, boleh ngundi pos. kad pengenalan dorang ngan tetap pun ada beza. relak jer ayah member aku ngundi kat sekolah dulu, wataniah gak..boleh je nak support parti apa. pasukan simpanan, lebih kurang dengan JPA3, rela dll. jadi kesimpulanya, yg cakap macam ni cakap guna kepale lutut..tak tau pasal askar nak cite askar. haha (ak pun sama la)

selain itu gak, dato' zahid ada cakap pasal kadet tentera di sekolah. sebenarnya tak de kadet tentera di sekolah. yang ada nama dia Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, sebab apa nama dia kadet bersatu fikir la sendiri hehe. mungkin ada kaitan ngan UK punya kurikulum kat sana ada Combine Cadet Corps (Army, Royal Navy, RAF). PKBM ni bukan sekolah tak nak buat tapi banyak yang kena tolak sebab jauh dari kem. jadi jurulatih payah la nak datang, sebab tu ada KRS, krs cikgu je yang latih..(sekolah yg rajin sket, amik ex army @ rela) tp sukatan krs tak de la sampai nak belajar pasal strategi perang. jd dato' kalau tak mampu nak tubuhkan PKBM lebih banyak..hantar2 la bantuan kepada krs nih. dapat M-16 untuk latihan menembak, kawad senjata jadi la..haha

sebagai Menteri Pertahanan gak, dato' kena pikir cam na nak ganti nuri tu..tp orang paham kot ekonomi teruk skang. cuma kesian la kat pilot dan crew..serta kuarga mereka

sekian..

p/s: apesal aku x tulis pasal menteri pelajaran ek..haha

Khamis, 2 April 2009

Terima Kasih Pak Lah

Hari nih, Pak Lah akan menghadap YDP Agong bagi menyampaikan hasrat meletak jawatan sebagai PM dan mencadangkan Timbalan Perdana Menteri sebagai Perdana Menteri yang baru.

Diharapkan peralihan kuasa ini berjalan lancar serta Perdana Menteri yang baru dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau dengan efektif dalam kemelut politik dan ekonomi ini.

Kepada Pak Lah, walaupun tidak begitu 'glamour' dan perletakan jawatan ini tidak begitu dirasai dalam kalangan rakyat biasa. Ucapan terima kasih harus dikalungkan kerana telah menerajui pentadbiran negara sejak 2003. Gelombang dan kemelut silih berganti membuktikan bahawa cabaran-cabaran yang bakal dihadapi negara memerlukan kepimpinan yang lebih efektif serta dapat memenuhi kehendak semua pihak.

Cabaran ini lah yang bakal dipikul oleh Dato' Seri Najib selaku bakal teraju kepimpinan negara. Dan selaku Presiden UMNO juga BN, PM baru perlu memulihkan sokongan rakyat kembali kepada BN. Rakyat sekarang tidak lagi takut untuk mengubah undi mereka kepada calon yang dapat memenangi isu di hati mereka. Dato' Seri juga perlu menyelesaikan beberapa isu serta masalah yang timbul mutakhir ini seperti agama, hak orang Melayu, bahasa, dan kegawatan ekonomi global ini. Pengalaman luas Dato' Seri dalam kerajaan seharusnya membantu dalam hal ini. Tidak kurang juga yang mungkin akan membandingkan Dato' Seri dengan Ayahanda beliau iaitu Tun Razak.

Akhir kata, selamat bersara Pak Lah dan selamat berkerja Dato' Seri Najib.

Jumaat, 6 Februari 2009

fanatik tak bertempat

politik yang da semakin serabut,

akibat kegilaan terhadap terhadap kuasa,

ramai pulak orang bawahan yang da jadi gila,

dulu bagi mereka tak boleh menghina institusi beraja (rujuk kes terengganu)

sekarang pun keadaan yang sama berlaku,

yang berbeza cuma watak ,

ape da nak jadi nih,

Titah Di Raja

KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.


YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM
Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Rabu, 14 Januari 2009

sang balaci yang setia

Si bos telefon si balaci..

bos cakap resolusi kena tentang..

si balaci jawab.."tapi bos, kalau lulus pun bukan ade ape"

"woi sape bos?"

"ko nak slamat hidup, dengar cakap aku" kate bos dengan riak

balaci pun jawab baik bos..

cibai tol sekarang nih..angkuh, riak, zalim lagi lahanat

padanlah jadi bangsa tak bernegara berkurun-kurun

muka depan , yg ni gak

Ahad, 11 Januari 2009

Antara boikot dan demonstrasi..

siapa yang boleh menyangkal bahawa kita tidak ambil prihatin terhadap saudara-saudara kita yang sedang menderita akibat di belasah habis-habisan oleh kempen IDF (israel defence force) untuk melakukan holocaust bertopengkan misi menghapuskan pelancaran roket al-Qassam dari briged-briged Hamas. Apa yang berlaku sekarang tidak berbeza malah lebih kejam dari yang dilakukan oleh SS kepada yahudi-yahudi di eropah dalam perang dunia ke dua.

tindakan israel yang mengebom rumah perlindungan,menembak ambulan Palang Merah, membunuh kakitangan bantuan PBB juga jelas telah melanggar mana-mana protokol dan undang-undang yang dipegang oleh angkatan bersenjata seluruh dunia. sudah jelas yang israel sekarang ini berada dalam satu pemikiran yang mereka sudah 'above the law'. PBB juga dilihat tidak boleh melakukan tindakan kerana dihalang oleh kuasa veto Amerika Syarikat.

sekarang ini diharapkan pimpinan OIC dari terus bermesyuarat dan mengeluarkan resolusi mengecam Israel sebaliknya bertindak untuk mengatasi masalah ini dengan memberikan bantuan dari segi perubatan dan dana serta menghantar tentera ke wilayah bergolak itu. tak perlu lagi menunggu ketetapan atau kebenaran dari PBB kerana ia hanya menambahkan lagi derita. buat masa ini, tak lagi dilihat sebarang usaha untuk menggerakan tentera di bawah panji-panji OIC ataupun liga arab. Yang kedengaran ialah usaha untuk menghantar sukarelawan di bawah NGO Islam. Mungkin negara-negara Islam sekarang, masih memikirkan risiko dituduh negara pengganas apabila menyokong perjuangan Palestin. Pergolakan politik dalaman negara-negara OIC juga menyukarkan tindakan ini. Ketegangan antara negara-negara Arab bukan lagi rahsia. Malah di Palestin sendiri konflik kuasa terang-terangan berlaku antara Fatah dan Hamas walaupun keduanya orang Palestin.

dan sehingga sekarang, pilihan yang ada ialah untuk memboikot dan berdemonstrasi walaupun kesanya dilihat lebih kurang efektif berbanding menghantar tentera untuk mempertahankan rakyat Palestin dan Gaza. ini lah nasib kita semua sekarang, walaupun ramai tapi masih dibuli. berbeza dengan yahudi yang menguasai ekonomi dan politik. pengaruh mereka begitu besar sehinggakan Putera Harry yang dilihat memakai lilitan lengan Nazi di Sandhurst terpaksa meminta maaf kepada komuniti ini. ia berbeza dengan reaksi yang diterima apabila umat islam meminta akhbar negara eropah kerana menghina nabi. sekali lagi pilihan kita, boikot dan demonstrasi sebagai usaha menyedarkan semua pihak termasuk pemimpin dunia Islam.

p/s: setakat nih memang tak leh nak hapuskan Hamas, selagi mereka di jalan yang benar. perjuangan nih tak tamat..syahid seorang, beribu lagi sedia. sebab perjuangan ni berdasarkan prinsip menang atau mati berjuang

Isnin, 15 Disember 2008

mencuba lagi

dan semangatnya masih membara..menawarkan pilihan dalam kekusutan, memberi inspirasi kepada mereka yang masih jauh tenggelam dalam mimpi

dulu dia pernah berjuang sekali, terkandas dan dia ditertawa

sekarang dia bangkit!! lagi sekali..bangkit untuk terus berlari dan menawar diri menjadi calon pilihanraya kecil ini. Dia lah nenek Maimun, huhu nek maimun nak bertanding lagi dalam pilihanraya kecil nih walaupun percubaan yang lepas dia telah hilang wang pertaruhan.

cuma aku ragu-ragu dengan manifesto dia dulu antaranya nak menambahkan bilangan sekolah Inggeris di Kuala Terengganu, sedangkan aliran Inggeris da lama diserapkan dalam sistem persekolahan kebangsaan dan sekolah Inggeris da menjadi sekolah kebangsaan. huhu adios.


Jumaat, 14 November 2008

surat untuk obama

Dear Mr President to be;

Please allow me to use my mother tongue in writing this letter, after all my mother tongue is a beautiful language, once a
lingua franca in this archipelago and the most important is you are the president of the united states of america..surely you can afford to hire a malay linguist or atleast an interpreter for the Bahasa Melayu..sorry for grammartical errror, i still found it hard to write in english.

Tuan Presiden,

tahniah atas kejayaan tuan dalam pilihanraya presiden amerika yang lalu, kejayaan tuan bukan lah mengejutkan sangat kerana sudah diramalkan yang tuan akan menang kerana calon republikan tu nampak sangat tak de idea. semata-mata nak menyambung legasi bush saja.. dia juga dilihat sudah tua berbanding dengan tuan.

tujuan saya tulis nih bukan nak puji-puji tuan, tak de masa saya nak puji-puji orang nih..(baik puji-puji pensyarah, dapat markah sahsiah tinggi) dalam masa kempen tuan untuk ke white house, tuan telah berkempen kepada perubahan..(perubahan; satu terma yang boleh mengubah perjalanan politik dari utara ke selatan)

ya, perubahan..sebagai seorang presiden dan komander kepada angkatan bersenjata yang moden lagi gagah (ceh) diharapkan tuan boleh membawa perubahan kepada dunia. Yang dipinta ialah perubahan ke arah positif bukan ke arah kehancuran. Tak perlu lagi pencerobohan kepada negara lain. Israel pula patut dikekang, atau mungkin sekali dibubarkan dan mewujudkan kembali negara Palestin di bumi kelahiran Nabi Isa itu. Ya, sebab tuan berbeza warna kulit dengan presiden sebelum ini maka tuan akan dilihat melaksanakan dasar yang berbeza.

Tuan Presiden;

saya menulis surat ini bukan lah untuk campur tangan dalam urus tadbir negara orang (saya banyak lagi kerja lain nak buat) tapi saya menulis ini selepas melihat yang ramai kawan-kawan saya pada awalnya percaya yang Obama akan membawa perubahan terutama terhadap dasar negara amerika dengan israel. Israel yang ditaja oleh pihak tuan telah melakukan jenayah perang bertahun-tahun lamanya. Perdana Menteri mereka serta panglima perang mereka adalah setaraf atau lebih kejam lagi dari Radovan Karadjic dan Saddam Hussian serta Ali Kimia.
Saya juga percaya yang tuan tak perlu risau pasal pengaruh Yahudi tu, atau pun geng samseng klu klax klan sebab geng nigger mesti nak back up punya. geng Blood ada geng Crips ada..macam2 ada..kalau perlu, tuan bleh jadi sworn brothers mereka.

Saya juga percaya, walaupun tuan da lantik yahudi jadi chief of staff sbagai membuktikan yg tuan nih pro yahudi..masih ramai lagi kawan-kawan saya yang leh anggap tuan boleh membawa perubahan. Hehe walaupun saya da berjaya pengaruh dorang skit-skit.

Akhir kata, tuan pikir la sendiri..jangan nak masuk campur urusan malaysia lak. Kami tak suka orang nak masuk campur nih..kami pun pandai berfikir, kalau tak pandai, tak de la yang lulus dari OXBRIDGE dengan Ivy Leauge.

saya yang pandai;
kudabesi87
chenor-maran-temerloh
Darjah KebeSaran: upsr,pmr,spm,ppismp,papret sem 1-2, pismp 3-4

Rabu, 5 November 2008

Obama Menang...

Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden
kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John
McCain mengucap tahniah kepada Obama.

Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan
297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.

Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.

Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan
pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang
paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.

Obama, 47, akan memegang jawatan presiden Amerika ke-44 pada pada 20
Januari depan, dan bakal berdepan dengan krisis kewangan yang terburuk
sejak 1930-an, perang di Afghanistan dan Iraq serta pertelingkahan
dengan Iran mengenai senjata nukleara.

Rangkaian stesen television meramalkan kemenangan Obama selepas
beliau memperkukuhkan sokongannya di kubu kuat Demokrat serta berjaya
menarik sokongan di kubu republik.

Pada jam 12.20 tengahari waktu tempatan, McCain mengaku kalah dan
mengucap tahniah kepada presiden baru Amerika itu.

Tidak seorang pun calon preside selepas John F Kennedy pada tahun
1960-an yang menang jawatan presiden tanpa mencapai kemenangan di
Ohio, Pennsylvania dan Florida.

Obama juga menang di New Mexico, sebuah lagi kerusi parti Republik
yang diperlukan oleh McCain untuk menambah peluangnya untuk menang
jawatan presiden.

Obama turut mencatat kemenangan di Washingtonm Oregon, California,
Massachusetts, Connecticut, Illinois, New Jersey, Maine, New
Hampshire, Washington DC, Delaware, Michigan, Wisconsin, Rhode Island,
dan Minnesota.

McCain pula antaranya mencatat kemenangan di Kentucky, Tennessee, West
Virginia, South Carolina and Oklahoma, Alabama, Arkansas, Wyoming,
Louisiana, Kansas dan Texas.

Seperti yang diramalkan, McCain menang di Kentucky dan West Virginia
manakala Obama menang di Vermont.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Satu Pandangan

Aku da mengepos (di blog) surat dari Presiden Ahmadinejad kepada Presiden Bush. Surat yang panjang itu asalnya ditulis dalam bahasa Parsi, kemudian diterjemah kepada bahasa Inggeris, seterusnya beredar ke alam siber dalam pelbagai bahasa. Untuk versi bahasa Melayu ia terbahagi kepada dua lak iaitu bahasa Indonesia & bahasa Melayu (Malaysia).
Tu pun memang berat lagi .

Sebenarnya surat ini tidak mengubah apa-apa kerana Presiden Bush mmg hati batu, hati kering tambah pulak presiden2 US of A ni memang dasar-dasarnya berorientasikan fahaman Zionisime, kerana pelobi-pelobi dari pelbagai pertubuhan yahudi melabur dalam setiap kali pilihanraya presiden, kongress dll. Tak kira parti Republikan @ Demokrat..dua2 disokong..

Okeh dalam surat ini, presiden Ahmadinejad selaku presiden terbaru Republik Islam Iran mempersoalkan dasar-dasar bush yang nyata bertentangan dengan ajaran oleh Nabi Isa. Bush mengaku dia seorang yg taat pada agamanya, a reborn Christian katanya. Tapi segala dasarnya langsung tidak bertepatan dengan nilai-nilai asas moral yang sejagat apatah lagi dengan ajaran agama yang dianut Bush.

Sememangnya amerika sentiasa memomokan negara asing yang tidak mengikut acuan mereka..negara-negara ini dikatakan sebagai zalim, tidak bertamadun (barbarian @ orang gasar), fanatik dan lain-lain. Dalam era pentadbiran Bush, negara-negara ini telah dijenamakan semula sebagai “Paksi Kejahatan” atau lebih lancar disebut sebagai Axis of Evil. Dan selepas berjaya menundukkan Afganishtan serta Iraq melalui perang, hanya tinggal beberapa lagi negara yang mengaggotai “Paksi” ini kononnya. Tinggal Korea Utara dan Iran.

Demi melunaskan nafsu yang dirangsang oleh puak2 yahudi zionis, Bush tergamak untuk melancarkan perang terhadap negara-negara ini. Pada pandangan Ahmadinejad, Amerika merupakan penjenayah perang yang paling besar sekali. Beribu-ribu anak muda dikerah untuk menumpahkan darah di bumi asing. Selain itu, kesan yang dirasai oleh negara yang dijajah ini tidak tergambar oleh kata-kata. Bush mengatakan presiden saddam sebagai zalim, diktator tetapi perilaku bush sendiri saling tak tumpah dengan saddam.

Malah sebenarnya Amerika yang bertanggungjawab membekalkan saddam dengan senjata agar dapat melemahkan pengaruh revolusi islam yang berlaku di Iran. Jadi kita dapat fikir siapakah sebenarnya yang jahat, membenarkan pembantaian palestin oleh Israel, mengunakan veto menghalang resolusi mengecam israel...


Aku tidak anti kepada amerika tetapi dasar luar amerika, amat menakutkan dan menjengkelkan hati aku. Ada orang baik di amerika tetapi dasar presiden mereka mmg patut ditentang pu. Itulah ape yg aku faham daripada pembacaan terhadap surat ini. Mungkinkah obama membawa perubahan terhadap Amerika?? Tunggu dan lihat.