Sabtu, 15 September 2012
Tentera Jepun masuk Komunis
aku baru baca artikel The Sunday Times Singapore pasal penyerahan jepun kepada british dulu, tapi apa yang menarik hati aku...
bila dalam satu perenggan tu menyatakan apabila Jepun menyerah diri kepada British, ada askar jepun yang tak dapat menerima kenyataan. Ada yang membunuh diri dan sebagainya, tapi dalam The Sunday ni melaporkan bahawa terdapat askar Jepun yang telah menyertai Komunis di hutan untuk memerangi British.
Dilaporkan mengikut The Sunday Times tu, pada tahun 1989..ada 2 orang bekas askar jepun yang telah menyerah diri bersama-sama dengan Chin Peng. Walawey..adakah mereka itu berbangsa Jepun, atau mungkin penduduk nusantara ini yang menyertai tentera Imperial?
nanti kalau jumpa aku kaji lagi...dah macam plot cerita perang korea "my way"
Sabtu, 14 Julai 2012
Bravo 5 berjaya diselamatkan?
tahun 2012 dikhabarkan bahawa filem Bravo 5 bakal diterbitkan dan ada gambar-gambar pelakon remy ishak dan beto khusyairi menjalani latihan menembak..
dikatakan filem nih olahan daripada kisah benar sewaktu zaman Insurgensi (63-89)
utusan online
p/s: go support blog baru aku : www.cerlog.blogspot.com
Selasa, 29 Mei 2012
Demonstrasi Unit Lawan Keganasan di HBN 2012
power..power nampak gagah vamtac bila digunakan oleh Gerup Gerak Khas...
ULK dikatakan dah wujud sejak 80'an lagi, namun kewujudan dirahsiakan dan mendapat latihan daripada SAS. Sesuai dengan keadaaan sekarang, kewujudan ULK diberi pendedahan agar menimbulkan elemen gerun "cegah rintang" bagi pihak yang bercadang membuat onar di tanah tumpah daang rah kita ini.
Ini dibuktikan apabila berlaku 911 di NY...kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan mempunyai aset yang cukup untuk menghadapi pengganas..
Sabtu, 28 Januari 2012
Bersetuju untuk tidak bersetuju
Isnin, 28 November 2011
Mereka Yang Tertewas
aku dulu tak minat navy-navy nih, lepas spm baru turn over huhu
Isnin, 26 September 2011
201 : Petualang Pejuang part 2
Selasa, 6 September 2011
201 : Petualang Pejuang

Rabu, 15 Jun 2011
Panduan Kecemasan Masa Darurat
Ini antara artikel terawal aku baca di MilitaryofMalaysia.net, walaupun tak dapat lagi bertemu muka dengan ShahPaskal tapi ini antara artikel yang aku cukup berkenan dan ingat. Jadi hari nih, aku copy n paste artikel. Kredit kepada ShahPaskal sekali lagi.
Kita tidak tahu jika saat-saat bahaya menanti kita, sama ada perang, darurat atau bencana alam. Saya sendiri pernah membuat tindakan yang membahayakan nyawa, di mana semasa satu tugasan di Iran, saya membawa khemah dari Malaysia.
Cuaca ketika itu sangat sejuk, khemah yang saya bawa hanya sesuai untuk waktu malam tropika yang mempunyai kebolehan untuk melindungi saya dari serangan nyamuk tetapi bukan untuk menghangatkan saya dari cuaca dingin seperti di gurun Iran. Saya hampir beku di dalam khemah, ketika ini saya terpaksa memakai 3 lapis baju, dua lapis stokin dan sarung tangan. Terus terang, saya rasa nak menangis dan mengucap dua kalimah syaadah beberapa kali kerana saya terfikir akan mati akibat kesejukan.
Kesemua percubaan saya untuk memanaskan badan gagal, akhir sekali saya terpaksa menyalakan lilin askar (sejenis lilin untuk memasak) dan membakar lilin itu di dalam Mestin (sejenis dapur kecil yang dibuat dari alumunium). Memang berbaloi, haba yang dikeluarkan menyebabkan saya tidur nyenyak.
Tiba-tiba saya terasa peha saya sakit seperti digigit serangga, apabila sedar, rupa-rupanya api sudah menyala dan membakar seluar saya malah hampir membakar khemah. Semua tindakan cepat diambil,lega,kalau tidak saya rentung pada pagi itu di satu bumi yang amat asing sekali.
Berikut merupakan panduan saya sebagai orang awam dalam perang (boleh juga digunakan untuk senario lain. Anggap sahajalah ini merupakan panduan ala Macgyver).
1. Jangan memakai pakaian yang menggambarkan anda ini seorang tentera atau mempunyai lambang tentera. Saya pernah hampir dapat masalah di negara orang kerana menyangka saya ini tentera disebabkan saya pakai topi PASKAL (my lucky hat) dan jaket hijau ala rain coat Vietnam War yang dibeli dekat Padang Besar oleh aruah nenek saya.
2. Belajar untuk “mengsterilkan” air, kecuali jika anda tinggal di tepi sungai seperti belakang Zoo Negara (sungai Kemensah) atau Bukit Belacan, banyak stok air bersih tetapi itu pun sukar kerana dalam keadaan seperti ini, sangat bahaya untuk keluar mencari air. Didihkan air sekurang-kurangnya 15 minit untuk membunuh bakteria. Di Baghdad misalnya selepas enam bulan penaklukan Amerika Syarikat, bekalan air bersih masih gagal dicari. Anda boleh hidup selama 3 hari tanpa air dan 5 hari atau lebih tanpa makanan.
3. Pastikan anda mempunyai simpanan minyak tanah dan minyak masak yang mencukupi. Selain untuk bahanapi dan memasak, minyak masak misalnya boleh digunakan sebagai minyak pelincir. Minyak masak juga boleh menggantikan minyak hitam dalam enjin kereta anda. (Saya sendiri menggunakan minyak masak Cap Buruh untuk enjin kereta saya jenis Proton Saga. PERINGATAN!!!! GUNA HANYA MINYAK MASAK BERASASKAN KELAPA SAWIT SAHAJA.Minyak tanah/kerosene selain untuk bahanapi (memasak), ada teori ia boleh digunakan untuk mengerakkan kereta anda dengan syarat, anda perlu menapisnya terlebih dahulu dari serpihan kulit ayam atau campuran air(INGAT SEMASA PERANG…BEKALAN PETROL AMAT-AMAT SUSAH UNTUK DICARI). Anda juga boleh belajar untuk membuat sendiri bahanapi bagi kenderaan anda pada alamat : http://www.bio-power.co.uk/makeit.htm. Di Seremban, salah seorang sahabat saya berjaya mencipta “Spark Plug” yang boleh digunakan dari anda sehinggalah ke anak cucu dan saya gunakan spark plug ciptaan beliau pada kereta saya.
4. Laburkan sedikit duit untuk menyimpan basikal. Pada masa aman, ia boleh dijadikan kenderaan riadah dan semasa kecemasan, ia boleh membantu mengerakkan anda sejauh berpuluh kilometer di mana pada saat itu adalah terlalu berisiko untuk membawa keluar kereta. Simpanlah minyak anda untuk saat-saat kecemasan sahaja.
4. Ketahui lokasi rumah anda. Semasa peristiwa 13 Mei, apabila jalanraya menjadi kurang selamat, mereka yang terselamat ketika hari pertama 13 Mei, memilih jalan sungai untuk balik ke rumah. Sungai yang saya maksudkan ialah Sungai Gombak dan Kelang.
5. Radio FM/AM. Sangat penting untuk mendengar makluman penting.
6. Jika anda dalam satu komuniti, saya sarankan anda menyimpan Microphone Kondenser (dahulu saya membeli mic jenis ini dengan harga RM9.90 sen sahaja, saya tak pasti jika mic jenis ini masih dijual lagi). Lilit wayar pada arial radio anda. Cari frekuensi FM yang sesuai. Anda boleh membuat pengumuman penting sejauh lebih kurang 1.5 ke 2 kilometer jika berada di atas bukit. Suara anda akan keluar pada setiap radio yang “tune” pada frekuensi tersebut.
6. Walkie Talkie. Dalam perang, telefon anda tidak berfungsi. Belajar untuk menggunakan sistem perhubungan radio dua hala. Saya memiliki radio walkie talkie VHF/UHF yang dibeli dengan harga RM1,000, walkie talkie saya juga boleh mengesan sebarang frekuensi lain dan mendengar perbualan radio orang lain.Untuk orang biasa yang tidak mempunyai pengalaman dengan radio amatur, saya menyarankan anda membeli Walkie talkie Talkabout (biasa diguna oleh penjual DVD haram anda) dari kompeni Motorola beharga lebih kurang RM300-500 untuk dua set, amat berguna bagi menghubungkan anda dengan keluarga di rumah. Walkie talkie Motorola ini mempunyai capaian sejauh lebih kurang 3 kilometer. Kuasa bateri agak lemah, jadi, berbual untuk perkara penting sahaja.
7. Elakkan dari berada di bangunan-bangunan yang mungkin menjadi sasaran meriam atau bom, misalnya KLCC, menara KL, pengkalan tentera, menara telekomunikasi, jambatan, bangunan kerajaan dan etc.
8. Bawang-penting sebagai jalan terakhir jika berlaku serangan kimia. Makan dan kunyah bawang-bawang itu jika anda terperangkap dalam situasi berkenaan (Saya tidak pasti jika ini benar tetapi maklumat ini saya dapat dari rakan saya yang merupakan bekas kapten pasukan GGK). Kalau anda rasa dengan menahan nafas, anda boleh terselamat dari serangan gas beracun atau kimia, anda sebenarnya salah. Saya sendiri pernah diuji dengan gas beracun (tidak ingat namanya) dan bertahan hanya selama 5 saat sahaja sebelum ditendang keluar dari bilik gas. Sebelum itu saya yakin, dengan menahan nafas saya pasti lulus ujian ini tetapi teori saya silap, untuk pengetahuan pembaca, saya mampu menahan nafas selama 60 saat (Oklah kot untuk orang awam).Untuk pengetahuan anda, gas yang diuji ke atas saya itu menyebabkan kerongkong rasa terbakar, leher macam kena cekik, mata berair dan susah hendak bernafas atau menyebut “HELP!HELP”. (lihat gambar di atas kalau korang tak percaya)
9. Bekalan makanan kering dan tahan lama seperti beras 30 kilogram, ikan masin, kicap, makanan dalam tin (dalam keadaan biasa, jika anda mencatu makanan, bekalan ini cukup untuk menampung anda minimun 6 bulan jika anda hidup seorang). Bab ini anda fikirlah sendiri, setiap orang mempunyai keperluan berbeza, saya misalnya…rokok lebih penting dari nasi. Sebenarnya makanan-makanan kering ini banyak membantu saya menghadapi saat-saat sukar di luar negara.
10.Jika di hutan, makan daun atau buah-buahan yang dimakan oleh binatang sahaja, selain dari itu ia mungkin beracun. Ular sawa, katak dan ulat (sumber protein) boleh dimakan. Saya sendiri pernah menikmati daging ular, katak dan ulat dalam satu lawatan ke kem temtera, terus terang, saya surrender dan dari situ saya mula faham bertapa peritnya kehidupan seorang anggota tentera di dalam hutan.
11. Apabila keadaan tidak mengizinkan, tanggalkan bateri kereta anda dari membiarkan bateri berada dalam kereta. Bateri kereta itu mungkin berguna untuk tujuan lain. Bateri juga akan menjadi lemah jika diam dalam kereta untuk beberapa hari.
12.Charger bateri untuk bateri kereta atau motor mungkin sangat berguna (Guna untuk caj bateri yang lemah kerana dalam saat-saat ini, anda bukan boleh sewenang-wenangnya membawa kereta ke hulu dan ke hilir). Saya buat masa ini mempunyai charger 6-12 wattt yang saya beli untuk bateri motorsikal Blade 250cc saya dengan harga lebih kurang RM60. Ia juga berguna untuk caj peralatan-peralatan lain tetapi anda kena “Hardwire” lah sikit.
13.Anda pernah dengar perkataan gajet yang diberi nama “Inverter”, ini merupakan gajet yang sangat berbaloi untuk anda beli. Sambung pada soket “lighter” kereta dan “Inverter” ini boleh digunakan untuk menukar arus elektrik kereta bagi memasak nasi, caj telefon, nyalakan lampu, masak air. Ia boleh dibeli dengan harga lebih kurang RM200 untuk 500 watt. Mungkin ramai yang tidak faham, OK saya bagi satu contoh…anda mempunyai telefon bimbit dan biasanya dalam kereta kita beli alat caj telefon bimbit yang khusus untuk dalam kereta. Inverter pula mempunyai soket elektrik yang sama dengan rumah dan anda boleh caj telefon bimbit dalam kereta menggunakan “Charger” biasa telefon anda. Selain sambungan pada soket “lighter” di dalam kereta, ia mempunyai sambungan wayar negatif dan positif untuk di klip pada bateri kereta untuk kegunaan barang elektronik di rumah dalam keadaan bekalan elektrik terputus. Sangat berguna untuk saat-saat kecemasan. Model untuk 1,000 watt juga dijual dengan harga RM500.
14.Jika anda bernasib baik, bekalan elektrik mungkin masih ada. Pengalaman di Iraq menunjukkan, pasukan tentera yang menyerang tidak mahu menyerang stesyen janakuasa elektrik atas dasar perikemanusiaan.
15.Jika nasib anda buruk, generator elektrik yang berharga di antara RM1,000 ke RM1,500 amat berguna. INGAT PANDUAN SAYA YANG KE 3-MINYAK MASAL DENGAN SEDIKIT CAMPUR KEROSENE BOLEH DIJADIKAN BEKALAN BAHAN API.
16.Belajar untuk mengenali struktur rumah anda. Rumah anda boleh menjadi kubu dan kubur anda. Susun ruang perlindungan anda dengan perabot yang ada (wujudkan comfort zone, zon kedap hentaman dengan menggunakan sofa/tilam dan elakkan dari barang-barang yang mungkin menyebabkan anda cedera. Biasanya kecederaan disebabkan benda tajam seperti kaca, bucuan keras dll.
17.Parang/Kapak.Penting untuk perlindungan, memberi bantuan, mendapatkan bekalan kayu api.
18.Alat bantuan mendapat makanan seperti joran, anda juga disaran belajar menanam.
19.Coklat. Coklat Cadbury, minuman Milo atau Koko. Penting untuk bekalan tenaga. Ingat anda kekurangan zat dan protein semasa perang. Anda juga terpaksa bekerja lebih semasa perang, dan minuman atau makanan ini membekalkan tenaga.
Ini merupakan senario basic berdasarkan pengalaman saya sendiri yang terpaksa memasuki zon bencana alam, zon peperangan dan situasi-situasi yang benar-benar menyusahkan. Untuk belajar menjadi seorang survival, anda boleh download manual-manual berguna termasuk situasi menghadapi serangan kimia dan nuklear pada alamat http://www.survivenuclearwar.com/literature.htm.
20.Jika musuh menakluki Kuala Lumpur, dan anda konon-kononnya pejuang “underground” macam Hezbollah. Sistem telefon GSM 019,016,014,012,017/Satelit membolehkan kedudukan anda dikesan dengan tepat. Gunakan sistem Atur 010 atau 011 (mana ada lagi ye takkk).
21.Sentiasa bergerak tundukkan kepala. Belajar untuk mengenal bunyi tembakan dan belajar untuk mengenalpasti bunyi peluru meriam 155mm (bunyi enjin pesawat pengebom biasanya dekat pada telinga terutama B-52, meriam 155mm bunyinya memekik kuat dan nyaring. Ini pengalaman saya sendiri yang naif, ketika B52 datang, semua orang berlari mancari perlindungan tetapi saya dan geng-geng terpacak mendongak ke langit untuk melihat B52 tersebut, macam kat pameran LIMA pulak).
22.Anda tidak akan mati jika ditembak kecuali pada zon-zon maut pada badan. Anda akan mati akibat kehilangan darah. Jadi cari jalan untuk hentikan pendarahan.
23.Apa-apa sahaja peluru melebihi saiz 7.62mm akan berjaya menembusi tempat perlindungan anda misalnya di sebalik kereta. Peluru Ak47 (raifel ini menggunakan peluru 7.62mmx39mm) mampu menembusi pintu sebelah pemandu dan keluar ke pintu sebelah tempat duduk pemandu. Senjata ini tepat sehingga ke jarak di antara 100 ke 200 meter, lebih dari itu, anda masih boleh menyelamatkan diri dengan berlari zig zag. M-16 tepat sehingga 200-400 meter, ia bagaimanapun mempunyai kuasa robekan yang tidak berapa kuat dengan peluru bersaiz 5.56mm.
24. Pistol-sangat tidak tepat dan saya pernah menyaksikan video di mana seorang anggota polis menembak penjenayah pada jarak kurang dari 50 meter tetapi satu pun tak kena walaupun tembakan yang dilepaskan melebihi 12 das. Ingat! Sasaran bergerak sangat sukat ditembak.
25.Belajarlah menembak untuk perlindungan dan mendapatkan makanan. Saya mempunyai sedikit pengalaman menggunakan raifel tempur dan pistol, untuk peserta PLKN sekarang, untung dapat belajar menembak.
26.Semasa aman ini, simpanlah sedikit duit untuk membeli manual. Saya mempunyai dua buku manual menarik yang berjudul “SAS Guide to Survive” dan “1001 Manual to do everything”.
27.Kalau sakit!!!!.A.Batuk kering–Minuman Koko (Serbuk Van Houten dalam Tin) dibancuh boleh menghilangkan batuk
B.Diabetes–boleh gunakan kapsul Gymnema&Fenugreek (dalam perang mana ada masa nak pi hospital cucuk insulin atau potong kaki yang kena gangren)
C.Kanser–gunakan daun durian belanda, keringkan dalam microwave oven, tumbuk jadi serbuk teh dan bancuh serta minum, daun ini mampu membunuh sel-sel kanser (dalam perang mana ada masa nak buat rawatan kimoterapi)
D.Sakit Jantung–Sebenarnya jantung kita ini kuat, bayangkan dia mampu pam darah dan menghasilkan tenaga elektrik. Seorang doktor yang pernah membuat autopsi ke atas 2,000 mayat yang saspek sakit jantung memberitahu bahawa dari ribuan kes itu, hanya empat orang sahaja yang sah jantung gagal berfungsi. 1996 mayat pula mati disebabkan kegagalan pembuluh darah.Jadi jadikan QUAKER OAT segera sebagai makanan ruji anda dan belajarlah mengenalpasti ubat-ubat yang boleh membantu melancarkan perjalanan darah kerana ini merupakan basic kepada kesihatan sebenar.
28.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan membantu anda tetapi percayalah cakap saya, mereka hanya akan membekalkan anda sebotol ubat biru yang digunakan sebagai ubat luka dan Panadol sahaja untuk kesemua keperluan sakit anda (Ini saya saksikan sendiri) sedangkan ketika itu sakit yang paling popular semasa perang adalah ceret beret akibat kekurangan zat.
29.OK PBB mungkin dikuasai oleh Yahudi, sekali lagi percayalah cakap saya…mana-mana kumpulan perubatan atau NGO yang masuk, mereka ini hanya mampu membekalkan anda ubat-ubat yang sudah expired tarikhnya (Ini juga saya periksa sendiri). Jadi sebenarnya tidak ada sesiapa yang ikhlas membantu anda, semua menjalankan kerja untuk mendapat nama dan untung.
30.Masyarat dunia memahami anda. Percaya atau tidak, dunia akan membantu anda dengan membekalkan tepung untuk anda membuat roti canai kerana mereka menyangka kita sama seperti mereka yang menikmati “bread and butter”. Ini pengalaman saya sendiri apabila ada orang dari Malaysia yang membekalkan bertan-tan beras, Maggie dan ubat nyamuk untuk pelarian perang di Afghanistan. Mereka nak masak beras pun tak ghetiiiii…Tengok Maggie pun tak pernah, akhirnya ramai yang makan Maggie umpama kita makan snek ranggup MAMEE. nyamuk???? ada nyamuk ke kat Afhganistan HAHAHA.
29.Untuk mendapatkan pandangan ala “Night Vision”, bila menjelang waktu Maghrib, fokus mata pada satu-satu benda untuk membolehkan anak mata anda memperbaiki bukaan kanta atau iris (ya ke iris??? fail sikit bab biologi ini). Ini akan membolehkan anda bergerak dengan pantas di hutan walaupun keadaan amat gelap gelita.
SEKIAN SAHAJA, KITA BERKONGSI ILMU…ADA IDEA LAIN, MEH LAH KITA BINCANG KAT KOMEN
Ahad, 29 Mei 2011
Resurface

About 2 -3 years ago, i wrote about him in this blog. Yes, indeed many of my frens didn't know much about these incident as we were born in the 87 and later. It attract attention and blog traffic thus increase my nuffnang income (not my objective, when writing the article).
But later in 2009 or 2010, people started to google this thing (as its claim to be related with someone high up..that just passed away at that time). I would like to say that my blog writing didn't mention or worse 'fitnah' that person.
my writing is based on the statement of Prebet Adam lawyer, Syafie Abdullah (a very well known lawyer now, often you find his name in political blog). He clearly stated that the VVIP did not related in the incident. He claim that Adam rage is because of bullying inside the camp and Adam had history with some mental illness. it is all in the star, 27 Sept 2009. you read it by yourself.
the public on the other hand, choose to believe the other side of story. the well-known story. and one fella, at one stage accused me same as aduka taruna. i'm not like him, dude..i'm not wearing a t-shirt with big Nik Aziz nor Dr M face. yes i'm not apolitical..but at the same time, i'm not a political zombie. and yes, i respect the King, and the Malay Sultanate. i am a scout dude,what kind of scouts, doesn't respect the king? bad scouts maybe.
why i'm writing that article? it is because of my passion towards our history. especially related to our security agencies.
p/s: mind the grammar, i'm not PPSMI generation or the english medium school. and in my time no native speakers in school maa..but i think Teacher Sapura, Teacher Wee, Teacher Aziah & teacher Jawahir taught me well..
Khamis, 19 Mei 2011
Orientasi US Naval Academy 2011
Ahad, 10 April 2011
Drama Platun Harimau
bila drama Platun Harimau nih nak tayang? nih dah masuk bulan 4 dah nih
rasanya siap dah lama dah, tak kan tragedi Insurgensi berulang kembali?
RTM..tolong tayangkan cepat drama Platun Harimaau, simpan lama-lama boleh lemau la
disaat kita bising tentang patriotisme remaja, momokan khurafat dan tahyul di kaca tv, drama tanpa jati diri..hasil karya yg baik terbiar sepi
yg benar,
peminat platun harimau (aku ada novel PH versi otograf lg haha)
Sabtu, 22 Januari 2011
Cerita Bergambar

Jumaat, 1 Oktober 2010
Kolonel Jihad: Preview

" Bahawa kamu,...............telah bersubahat membawa masuk secara berperingkat seramai lebih 10 anggota Al-Qaeda terdiri dari warganegara Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan dengan tujuan untuk meneruskan perjuangan perang jihad .....
dan “.............telah mengendalikan latihan ala ketenteraan secara sulit kepada 6 ketua kem tentera Arakan Rohingya National Organisation berasal dari Myanmar bagi menyemai dan menanam semangat jihad....”
dan “............telah mengadakan satu perjumpaan sulit untuk memberi latihan ketenteraan kepada sebuah negara militan dari negara jiran yang ada hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda ......”
dan “.............bersama-sama dengan seorang rakyat Indonesia yangdikenali telah mengadakan latihan ketenteraan secara sulit kepada 18 militan Indonesia ......”
dan “.............telah Menjadi Penasihat kepada sebuah organisasi hadapan (Front Organisation) Jemaah Islamiah dalam cara-cara mengurus dan menjana dana kumpulan tersebut ....”
Jumaat, 25 Jun 2010
Gurkha
Hamid Gurkha ke?
Sejarah
Gurkha sebenarnya merujuk kepada satu kaum yang tinggal di Nepal dan India Utara. Rupa orang gurkha nih ada rupa orang Cina pun ada, orang India pun ada.
Percaya atau tidak, antara pendapatan utama Nepal ialah hasil dari mengeksport rakyatnya menjadi tentera, polis, atau pak guard di seluruh dunia. Terutama sekali di bekas jajahan Queen.
Pihak Inggeris yang mula-mula sekali mengupah orang Gurkha nih menjadi askar upahan mereka.
Mungkin bentuk muka bumi yang tidak sesuai, menyebabkan ramai orang Gurkha memilih untuk menjadi askar. Maklum saja lah, Nepal nih terletak di 'Bumbung Dunia' iaitu di kaki Gunung Everest. Sudah pasti keadaanya tidak sesuai untuk pertanian sawit dan getah, apetah lagi nak melombong timah.
British telah menubuhkan Briged Gurkha bagi menempatkan beberapa puluh regimen dan unit Gurkha. Latihan bagi tentera Gurkha, boleh tahan toughnya. antaranya ujian untuk berlari mendaki bukit curam dengan jarak 4.2 KM dan bebanan 75 pound batu dalam beg. Ini semua buat dekat Nepal, jadi dah lulus semua latihan baru boleh deploy ke UK.
Unit Gurkha nih antara 'highly decorated' unit dalam British Army. Dari WWI sampai ke Perang Iraq, dorang nih terlibat. Dan kebanyakkan action dorang ialah untuk menjadi antara barisan hadapan kepada British Army. Maklumlah, dorang nih masih lagi dianggap bukan warganegara Brits sepenuhnya.
Gurkha di Malaya
Unit ini juga terlibat dalam Battle of Malaya, Battle of Singapore dan ramai juga askar Gurkha ini telah terkorban bersama-sama unit lain dalam British Army. Namun, sejarah membuktikan bahawa Jepun lebih bersiap sedia. Walaupun Gurkha Regiment battle harden namun, masih belum cukup menandingi kehebatan Jepun.
Briged Gurkha juga turut digunakan bagi memerangi PKM dalam Darurat. Dalam perang lain pula, mcm perang Iraq..mereka digunakan untuk 'buka jalan' supaya unit2 lain senang menyerang.
Gurkha- Sekarang
Briged ini masih lagi berkhidmat dengan setianya kepada British. Dan masih ramai anak-anak muda Nepal yang memilih untuk berkhidmat dalam British Army bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.
Selain di Britain, terdapat juga sejumlah askar Gurkha yang diletakkan sebagai 'reserve' di Brunei. Sementara, di Singapura orang Gurkha digunakan sebagai anggota Field Police (yang bersamaan dengan Pasukan Gerakan Am Malaysia)
Nasib Gurkha
Ibarat sang askar upahan, nasib mereka belum benar-benar terbela waima di tanah Queen. Nasib ex-serviceman gurkha kebanyakkanya berakhir dgn memilih untuk menjadi pengawal keselamatan. DI M'sia, HANYA pengawal gurkha yg mempunyai rekod perkhidmatan tentera dgn British @ Nepal yg layak diupah selain daripada warganegara.
Penutup
kalau aku rajin, aku tulis pasal Legioniere pulak..
Isnin, 21 Disember 2009
Cerita Tiga Harimau
kembali ke dunia serius, macam dulu-dulu (sedikit skema, setaraf dgn taraf guru pelatih ;-)
Tiga harimau, cerita berbeza, nasib juga berbeza.
Eksibit 1:
Harimau Malaya
Dalam tiga ekor harimau dalam entri ini, nampaknya cuma harimau ini yang tersengih ibarat keranggg (majalah rock mat saleh, btol eja?). Buruan Harimau Malaya untuk meratah emas Laos berhasil nampaknya, walaupun pemburuan kali ini di iring dengan kata skeptis lagi pesimis tambah pulak petanda bakal kalah seperti lewat naik charlie. Namun menang tetap menang. Tak boleh tahan nampak gambar kapten mesia di sisi bini tercinta dan anak pegang medal. Perjalanan masih jauh, dah berapa kali skuad bola terlepas ke kejohanan besar seperti olimpik walaupun team projek olimpik ditubuhkan. Mungkin logo harimau melompat bola pada logo persatuan bola boleh diubah kepada harimau memijak bola, harimau menanduk bola atau harimau mengigit bola. Harimau lompat bola seperti tanda loose control, kerana bola harus disepak, dileret, ditendang, atau ditanduk. Bola yang perlu dilompat ialah gym ball, iaitu kegunaan gimnas.
Eksibit 2 :
F-5E Tiger yang hilang enjin
Nih kira harimau tua, dah tua tapi masih bertaring. Zaman kegemilangan pesawat juang ini ialah sekitar 80 an di Malaysia. Kalau budak2 80's mesti pernah menonton cerita 'Wira Angkasa' hero dia sorang tu Yussof Haslam, dan pesawat nih la yang jadi star dalam cerita tu. Dari minit-minit awal sampai ke babak di mana F-5E TUDM ditembak oleh pesawat juang Oren Land kalau tak silap. Malah lagu satria mega dari Bloodshed pun ada nama F-5E nih.
Kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, F-5E mati meninggalkan enjin. Walaupun pesawat nih dah ditamatkan khidmat dalam 90's kerana negara dah peroleh Uncle Mig n Cik Horn tetapi pesawat nih tak dilupus. Ia disimpan dah diselenggara serta boleh diaktifkan sekiranya diperlukan. Malah dua pesawat F-5E dilengkapkan dengan kamera bagi tujuan tinjauan medan (pepandai aku wat term melayu). Dan seperti laporan akhbar, ia masih lagi digunakan di beberapa negara termasuk Singapore.
Peristiwa penjualan enjin a.k.a rompakan itu merupakan satu petunjuk akan loopholes yang terdapat dalam pertahanan kita. Rakyat berasa amat kecewa, sementelah bagi golongan patriot macam geng Home of The Brave. Sebenarnya, yang merumitkan keadaan ialah apabila terdapat beberapa laporan mengatakan yang Malaysia telah memindahkan teknologi ketenteraan Uncle Sam kepada Iran. Dan laporan sebegini berserta peristiwa yang berlaku boleh meranapkan keamanan negara. Jadi sapa-sapa yang jual tu fikir kan lah, duit habis sekejap jer..negara tak dibina sepantas itu. Cakap banyak pun tak guna, gua orang AWAM, tak setaraf dengan yg berbintang-bintang. Tapi negara nih kita punya.
Harimau ini mungkin menangis jika dibahasasterakan. "habis madu,sepah dibuang".
Eksibit 3 :
Tiger Woods
Tiger Woods, antara ahli sukan terkaya dunia. meraih kejayaan dan pendapatan yang tidak dapat diukur pada skala aku. Rakyat Thai pernah berbangga dengan dia kerana ibunya berbangsa Siam (well, bini Vijay Singh org mesia). Dia tersungkur dek skandal seks. Women, Wine, War tiga benda yang meruntuhkan empayar roman kini meruntuhkan empayar TW. Benar pesan orang tua-tua, tiga 'ta' yang buat lelaki lemah iaitu harta, tahkta, wanita.
Harimau ini cuma terluka, mungkin mengaum jika diubat
woykeh, adios amigos.nak menyusuri banjaran titiwangsa menghala kota raya dengan berkuda, balik nanti berkancil.
link:
Malaysian Order of Battle
Ahad, 22 November 2009
Chin Peng : sorry no cure

permohonan maaf Chin Peng tidak wajar diterima sekiranya ia sekadar menambah perit di hati bekas perwira negara.
setelah 20 tahun 'Hatyai Peace Accord' berlangsung baru ini lah ketua komunis malaya ini memohon maaf. ia lambang ego yang terlalu tinggi.
bukan nak menafikan akan peranan anggota PKM dalam berjuang bersama-sama Force 136 dan Wataniah dalam membebaskan Tanah Melayu tetapi kejahatan dan kesan yang ditanggung negara melebihi pengorbanan. buat baik sehari belum tentu dapat menimbus zalim bertahun.
malah perjuangan PKM pasca 1957 juga menunjukkan bahawa mereka percaya akan revolusi rakyat pasti berlaku dan komunisme menjadi ideologi utama di sini. jika Chin Peng berkata askar mati dan komunis sama mati..jadi ia suatu yang adil.
baiklah, tapi bagaimana dengan pembunuhan besar-besaran hasil 'kangaroo court' di seluruh negara. bagaimana, kematian orang awam hasil sabotaj PKM? go to hell dengan taktik gerilla bakar umah rakyat, bom kereta api. gerilla should be supporting the people, not killing them.
perjuangan proletariat mana yang disanjung oleh PKM pun aku tak tau. kalau proletariat sudah pasti nyawa dan kebajikan rakyat marhaen sangat diutamakan.
aku tau nanti ada la puak-puak tertentu yang kata, malaysian ni poyo. jepun boleh maafkan, brits kita lupakan, portugal kita sanjung sebab ada ronaldo, belanda pun sama. ini lah yang boleh dikatakan, sengketa sesama sendiri memang amat pedih. perang saudara susah nak elok.
p/s: bak kate pensyarah aku "sorry no cure"
Isnin, 9 November 2009
Scorpene di pitnah oleh politikus?
link tak mintak izin hehe..tak per, boleh glemer sket
kapal selam tak boleh menyelam?
pitnah lagi ke..pitnah..pitnah ke skandal
hehe, dato' laksamana ada komen?
komen aku: diam jer, tak tau lagi. bagaimanapun, pasal ada kapal pengiring tu biasa la. tak kan tak biasa tengok gambar kapal selam dengan kapal destroyer, korvet. dan pasal dia tak boleh menyelam di beberapa tempat, tak pasti gak. mungkin kawasan tu, lebih dalam ke. tu kena tanye hidrografi tldm.
p/s: mengikut majalah terbitan Jabatan Penerangan Malaysia, Scorpene versi Malaysia berkebolehan menyelam sehingga 300m dalam.
coming up next, (kalau aku rajin)
1) prebet adam: revisiting history..cewah tajuk gempak
2) al-maunah: the sauk tragedy
Khamis, 22 Oktober 2009
Spesifikasi Sukhoi
Krew: 2 iaitu 1 pilot & 1 Weapon Sensor Officer (WSO)
Kuasa tujahan : 2 AL -31FP BYPASS TURBOJET ENGINE DENGAN KEBOLEHAN TVC. (2 enjin)
Jenis : Pesawat pejuang pelbagai fungsi. Multirole Combat Aircraft (MRCA)
Dimensi: wing span: 48.2 kaki (14.7m)
Panjang: 71.8 kaki (21.9m)
Tinggi: 20.9 kaki (6.4m)
Bahan api: normal: 5090 kg
Maksimum: 9400 kg
Jarak operasi: normal :3000km
Max: 5200km
Kaedah ferry: 69000km
Prestasi: kelajuan maks: Mach 2.0 (melebihi 2 kali ganda kelajuan bunyi)
Purata mendaki: 230MS
Had Siling: 17000 m
Sensor: NO11M ESA RADAR, SAP518M Jammer, L-150 Radar Warning Receiver, Damacoles Targeting Pod, MAWS 300, LWS 350, FLIR, UV-30MK CDMS.
Senjata: Air to Air
RVV-AE – misil aktif
R 73E- misil ifra merah (IR)
R 27R1- misil semi aktif
Air to Surface/ Ground Guided Weapon
Kh 29T-TV Seeker
Kh 29TE- TV Seeker/ Warhead Penetrator
Kh 29L-Laser Seeker
Kh 31 A- High Velocity Anti Ship Missile
Kh 31 P- High Velocity Anti Radar Missile
Kh 59 ME – Long Range Missile/ TV guided
KAB 500KR-TV correlated
KAB 1500KR-TV correlated
Air to Ground
OFAB 100-200
OFAB 250-270
FAB 500 (nih bukan jenama sabun basuh tu ek..)
Gun
GsH 30-1 (30 mm cannon)
nota penyepak (e taling) :
aritu aku check nuffnang, orang search pasal benda nih dalam blog aku. sebenarnya aku tak de pun. nih baru taip balik. ok. kalau tak faham, tanya la sesapa yang faham.
pada dasarnya, model sukhoi tudm berasakan kepada model su-30 MKI milik India. tapi dari segi sistem avionik terdapat perbezaan kerana Malaysia guna yang barat punya. India dikatakan pakai sistem buatan Israel.
Rabu, 7 Oktober 2009
Lepak dulu
nih bloodshed, gitaris dia pak cik kepada ja'are.
nih lak video bro standupper..orang yang sangat dikenali dalam arena forum pertahanan. Nih punye misil kalau kena tongkang tak tau la.
nih namanya Astross..bukan piring Astro yang kita bayar bulan-bulan tu. Nih kalau askar rasa boring nak mercun, dorang tembak-tembak kat Asahan. (jgn percaya cakap aku haha)
nih lak pasal 11skn dan burung mereka iaitu cik su. Dalam nih la ada muka GYRO yang perfom masa airshow minggu lepas untuk sukhoi TUDM.
OuT
Sabtu, 3 Oktober 2009
Thunderbirds bukan ahli wonderpets!!
Subang- Persembahan udara oleh pasukan Thunderbird dari Tentera Udara Amerika Syarikat telah berjaya menarik puluhan juta lemon dan sampah. Pasukan ini yang menggunakan pesawat F-16 telah berjaya menghiburkan penonton yang sabar menunggu dengan hati yang gundah, bimbang jika persembahan dibatalkan kerana hujan dan kemungkinan ribut akan berlaku. Sebelum persembahan utama, penonton telah dihiburkan dengan lawak jenaka oleh pegawai TUDM yang bertugas sebagai juruacara. Juruacara ini menunjukkan kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Kelantan dan bahasa Russia. Walaupun lawaknya disambut hambar oleh pengunjung, namun kegigihan dan kesungguhan dalam menyampaikan fakta serta arahan haruslah dipuji.
Kemudian, acara disambung lagi dengan persembahan yang sungguh mantap dari Lt.Kol (U) Nor Azlan "GYRO" disusuli tepukan tahniah dan pujian yang melambung dari segenap masyarakat termasuk lah kelompok general-general tak bertauliah atau 'arm chair general. Keampuhan sistem dan kejituan enjin Su-30 MKM tidak memberi makna seandainya ia dikendalikan oleh mereka yang tidak mahir. Dengan kelajuan melebihi bunyi @ 'speed of sound' iaitu Mach 1 dan Mach 2 ia sudah cukup untuk membuatkan manusia biasa untuk pitam secara tiba-tiba. Anda boleh mempunyai beribu-ribu jam penerbangan di hadapan PC atau simulator tetapi perkara seperti G-Force dan suntikan adrenalin yang menjitu adalah perkara yang sukar untuk dihadapi oleh fizikal dan mental manusia. Jadi hargailah jasa dan pengorbanan mereka ini, yang sedia berkorban demi keamanan negara.
Persembahan dari Thunderbirds tetap berjalan seperti dirancang walaupun pada permulaanya gerimis telah mendinginkan kawasan penerbangan. Kesemua burung-burung ini berjaya melakukan formasi dan akrobatik yang telah dirancang. Dengan iringan muzik serta komentar dari Thunderbird no 8 iaitu Major Anthony Mulhare selaku narator ternyata ia cukup berkesan dalam persembahan ini. Sebagai sebuah pasukan akrobatik profesional, Thunderbirds mempunyai narator mereka sendiri yang memiliki ciri-ciri seperti seorang dj radio tetapi juga seorang pilot Thunderbirds. Ia lebih berkesan kerana narator sendiri memahami manuver dan memiliki pengalaman dalam persembahan. Thunderbirds berjaya mengalihkan perhatian penonton kepada formasi diamond yang dibentuk di udara, dan sebuah thunderbird solo dari arah kiri telah membuat penerbangan rendah secara tiba-tiba lantas menjadikan pengunjung terpaku akibat bunyi bising pesawat. Manuver ini dikatakan sebagai salah satu dari element of suprise dalam serangan udara USAF.
Secara keseluruhan, persembahan ini dilihat berjaya dari segi pengunjung dan juga penganjurannya. Cakap-cakap mengenai perbandingan antara Thunderbirds vs Red Arrows tidak dapat disahkan oleh penulis kerana belum menonton secara live persembahan Red Arrows. Mungkin ada kebenarannya, jika dinilai dari sudut formasi dan manuver yang dilakukan. Terima kasih TUDM, USAF dan semua krew.
Tok_Rimau87 of MPSA @ kudabesi87 @ lipax







