kelik-kelik

Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan

Selasa, 5 Januari 2010

Tarik rambut dalam tepung

Isu hangat lagi, berkenaan dengan penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan akhbar agama Kristian. Mahkamah tinggi dah membenarkan akhbar tersebut untuk mengunakan kalimah tersebut walaupun ia mengundang satu perasaan yang kurang senang bagi umat Islam negara ini.

Aku tak nak mempersoalkan keputusan mahkamah tu, biarlah pihak yang berwajib akan mengadakan tindakan yang sesuai. Keluhuran undang-undang katanya.

Dan dalam kalangan umat Islam Malaysia pun bagi aku terdapat dua-tiga golongan yang berbeza. Ada yang menentang habis-habisan, ada yang menyokong tindakan mahkamah ini dengan alasan dan justifikasi mereka sendiri, serta golongan terakhir yang tak amik tau atau atas pagar.

Bagi aku mudah jer, isu ini perlu di'tackle' dengan cukup halus umpama menarik rambut dari tepung. Siapa yang mengetahui sejarah, pasti kenal dan gerun dengan mendengar tragedi berdarah di Maluku. Pertembungan antara umat Islam dan Kristian di sana. Apa penyebabnya, lu pikir la sendiri.

Dan pendirian peribadi aku ialah menyokong bantahan penggunaan kalimah Allah selain bermaksud bagi agama Islam. Ini terutamanya di Malaysia, bagi mereka yang nak membentangkan hujah penggunaan kalimah ini oleh masyarakat bukan Islam di Indonesia, Mesir dll..itu bukan persoalannya. Atau pun korang sangat memahami akan teologi agama Kristian ker. Itu bukan persoalan juga. Persoalanya ialah tahap relevan dalam sosio budaya masyarakat Malaysia. Sila ambil paper Hubungan Etnik sekali lagi, kalau tak paham.

Dalam hal nih dan hal Chin Peng aku sokong kenyataan YB Zul dari Kulim walaupun dia PKR. Parti-parti tak guna time nih..

Keamanan dan kestabilan negara perlu dipertahankan. Jadi aku tak berapa setuju dengan Perkasa nak buat demo seluruh negara. (aku mmg tak suka demo pun). Kita cuba guna saluran lain lagi.

Jadi kita sign petisyen online oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia dulu.

Suara Bantahan dan Penjelasan :

Faisal Tehrani , penulis, aktivis, bekas APIUM, bekas KIK

Mahaguru58 , Presiden Muslim Bloggers Alliance

Haron Din , orang PAS

DR Novandri , orang umno

A Kadir Jasin, orang paper

bunkboque, Orang Orang..merangkap inche' ketua kelas

yang menyokong pun ada gak, tapi malas nak link

Isnin, 2 November 2009

Bertindak sebelum melarat


credit pic to: atai @ CI cari.com
youtube dah jadi tempat luahan perasaan ek?

dulu zaman Namewee, dah balik dah mamat tu kat Tanah Melayu nih..selamat lagi muastatin kat Muar. dah jadi star pun kat Malaysia. baik orang Tanah Melayu nih kan, dah kutuk-kutuk national anthem..kutuk kaum majoriti punya amalan pun selamat lagi.

dan sekarang tahun 2009, muncul pulak geng tak berapa cukup akal nih menghina atau mempermainkan solat dan azan, dalam gereja lak tu.

adeh..apa nak jadi?

apa tunggu lagi..jenayah yang sama, pelaku yang berbeza..AG yg patut lebih arif kot

mana pergi yang mengutuk habis-habisan kumpulan hari tu?

oh sebab dia orang nih, budak sekolah..tak pe, tak de kepentingan parti

BULL SHIT!


ini jenayah, diatas juga jenayah

Sabtu, 8 November 2008

Sudah Sampai Waktunya Kita Bersatu!


credit picture to: cari.com, iluvislam.com

Seperti mana yang kita tahu, baru-baru ni Majlis Fatwa telah mengeluarkan fatwa mengharamkan aktiviti pengkid @ tomboi @ lesbian @ lesbo dan seangkatan denganya. Hukum menjadi pengkid bagi umat islam ni memang da diketahui oleh umat Islam yang belajar Pendidikan Islam paling kurang kat sekolah menengah biasa, tak pegi sekolah berasrama penuh agama pun kita memang diajar yang perbuatan perempuan menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai perempuan ini haram.

yang aku nak cerita sekarang bukanlah mengenai fatwa tuh, siapalah aku nak berdebat pasal fatwa sedangkan diri masih jahil dan kurang ilmu agama nih. lainlah lulusan sekolah pondok ke al-azhar ke...atau paling kurang nuqaba la hehe..

yang aku nak cerita, ialah mengenai protes oleh NGO (entah layak ke tak panggil diri NGO sebab mungkin tak berdaftar bawah Registrar of Society) yang membantah fatwa ini. semalam di KLCC mereka telah buat protes atau demonstrasi. Haha apebenda la tarikan KLCC ni ek..Hindraf wat kat situ, demonstrasi yang nih pun buat kat situ. Demonstrasi ini mengikut laporan akhbar di dalangi oleh kumpulan Katagender yang kononnya mempromosikan sensitiviti gender dan sebuah lagi ialah Food Not Bomb..yang kumpulan nih aku biasa dengar sebab masa perang Iraq dulu diaorang aktif wat gig n aktiviti lain kumpul dana nak dihantar ke Iraq sebagai bantuan kemanusiaan.

Siapa mereka nak mempersoalkan majlis fatwa? majlis fatwa ini bukan dianggotai oleh mereka yang tak reti berfikir. Mereka ini ahli agama, ilmuwan dan setiap keputusan yang dibuat berdasarkan nas dan dalil. Apa yang lebih menyakitkan hati jurucakap bagi kumpulan ini terangan bukan islam.

yang aku nampak sekarang, mereka da lakukan kesalahan melanggar undang-undang negara..

pertama, terlibat dalam kumpulan yang meragukan (mungkin haram, kalau tak daftar bawah ROS)

kedua, berkumpul lebih 3 orang tanpa permit ( tak tau la, kalau dibenarkan pulak oleh pihak berkuasa)

ketiga, mengeluarkan kenyataan yang boleh memecahbelahkan negara


Golongan-golongan ini mengikut bahasa sosiologi digelar deviant budaya, kerana apa yang mereka percaya bertentangan dengan norma-norma yang dipegang oleh masyarakat, kalau tak salah la..da lama tinggalkan sosiologi nih. Kalau dulu mereka menyembunyikan diri, menyorok identiti..sekarang mereka sudah berani..menongkah arus dan menuduh bilangan masyarakat lain sebagai bodoh, totok, kampung dan sebagainya. Kalau semalam mereka berani berdemonstrasi di KLCC, tak mustahil satu masa nanti mereka mintak supaya kontinjen mereka dibenarkan membuat perarakan waktu Merdeka. pada waktu itu, apa lagi yang kita nak cakap? nak boo? atau bertepuk-tangan tanda kita sudah Merdeka jiwa dan raga..aku akan cakap "butoh" beberapa kali (ah, aku sudah mencemarkan page nih), setahu aku tak de agama yang benarkan homoseksual nih..Ah Ning yang bertafaf paderi tu pun kutok perbuatan ini

akhir kata,
saya cintakan malaysia

Ahad, 7 September 2008

Petua Imam Shafie

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Dari Asma' Binti Abu Bakar ra, katanya dia datang kepada Rasulullah saw lantas baginda bersabda, "Janganlah engkau menahan-nahan (harta),maka Allah akan menahannya pula darimu. Kerana itu keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu."
Sahih Bukhari II, Kitab Zakat.


* Kalau rajin... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. InsyaAllah...

diambil dari inbox gmail aku..

Rabu, 26 Disember 2007

Cuai atau Takdir?

Periksa diri, bukan salahkan AllahTAKDIR! Memang manusia sering menyebut perkataan itu, tetapi sejauh mana kita memahaminya? Kita selalu mengucapkannya apabila dilanda musibah sama ada bencana alam, kebakaran, kemalangan, kematian atau kemiskinan.
Bagi sesetengah pihak, mereka lebih meletakkan takdir apabila berlaku sesuatu tanpa mahu memikirkan sama ada diri sendiri patut dipersalahkan kerana kegagalan atau kelemahan diri sendiri mencorakkan kehidupan.Apakah kemalangan kerana memandu terlalu laju dan cuai, terbabit dengan penagihan dadah, hidup melarat kerana tidak mahu berusaha malah hidup bergelumang dengan maksiat kerana nafsu juga mahu dikatakan takdir? Dalam Ops Sikap XIII baru-baru ini, statisik menunjukkan jumlah kemalangan 15,911 kes, berbanding 15,716 kemalangan dalam Ops Sikap XI musim perayaan tahun sebelum ini.Begitu juga laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, 8,269 penagih dadah dikesan, adakah ini juga mahu menyalahkan takdir?Taburan penagih dadah di seluruh negara mendapati majoritinya adalah Melayu dan beragama Islam. Apakah takdir orang Melayu dan beragama Islam memang menagih dadah? Fenomena ini sungguh merugikan bangsa, malah mengaibkan Islam justeru, mengapa mahu meletakkan kesalahan kepada takdir tanpa melihat kelemahan diri sendiri?Begitu juga, perangkaan menunjukkan umat Islam yang mewakili kira-kira 60 peratus penduduk negara ini hanya menguasai 20 peratus pembahagian ekonomi.Kemiskinan, pengangguran dan kualiti hidup di sesetengah tempat masih pada tahap kurang memuaskan. Apakah semua ini kerana suratan takdir yang langsung tidak boleh diubah? Mengapa bangsa lain boleh ke depan dan apakah takdir mereka lebih baik?Memang, kita tidak boleh mempertikaikan Allah pencipta seluruh alam, selaku pentadbir yang menentukan hukum, perundangan dan peraturan bagi segala keadaan makhluk seluruhnya, sama ada yang baik atau buruk. Susunan dan penentuan adanya baik dan buruk itu ialah ketentuan Tuhan yang azali, malah menjadi satu daripada Rukun Iman yang wajib bagi umat Islam. Begitu pun manusia diberikan kesempatan untuk berusaha mendapatkan yang terbaik.“Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya; itulah kurniaan Allah; diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki; dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (al-Hadiid: 21)Penceramah bebas, Muhamad Fauzi Husin, berkata umat Islam sepatutnya memahami istilah takdir terlebih dulu sebelum menyandarkannya dengan sewenang-wenangnya apabila berlaku sesuatu.“Jika berlaku sesuatu musibah seperti kemalangan disebabkan diri cuai atau tahu risiko jika meredah banjir yang mengakibatkan tenggelam, mengapa mahu menyalahkan takdir.“Dalam situasi ini, kita tidak boleh menyalahkan takdir atau Allah kerana ia berpunca kelalaian diri sendiri. Sikap ini menggambarkan akhlak kita dengan Allah,” katanya.Menurutnya, jika seseorang berusaha, seperti memandu dengan berhemah tetapi masih mengalami kemalangan, malah sudah bekerja dengan gigih tetapi kehidupan masih miskin, itu keadaan.“Kejadian di luar batasan kita, seperti karam di lautan, memandu dengan berhati-hati tetapi masih juga berlaku kemalangan dan bencana alam seperti tsunami, itu semua tidak boleh hendak dikatakan lagi dan Allah Maha Mengetahui.“Tetapi jika berlaku sesuatu kerana kelemahan dan kelalaian kita, takkan mahu menyalahkan takdir. Takkan orang yang pergi ke tempat maksiat mahu dikatakan itu juga takdir?” katanya yang juga tenaga pengajar dan Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Alor Star, Kedah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Akan datang suatu masa kepada umatku, jika mereka melakukan dosa dan kemungkaran lalu untuk membenarkan segala penyelewengan mereka, maka mereka berkata, sudah ditentukan oleh qada’ dan qadarnya. Katakanlah kepada mereka, bahawa mereka bukan termasuk umatku.” Muhamad Fauzi berkata, dalam urusan takdir masih ada peluang untuk mengelak daripada ketentuan yang tidak diingini, khususnya melalui doa.“Doa adalah ibadat, Allah s.w.t berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan untuk kalian.” (Hadis riwayat Abu Daud)

dipetik dari http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20071026101122/Article/indexv_html