kelik-kelik

Memaparkan catatan dengan label iklan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iklan. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Mac 2010

motor


amik kau..gambor FZ16 kui2. dijangka bakal kuar kat Malaysia dalam masa terdekat.

adik beradik dengan Fz150i jaki jipang. bukan model baru, dah dipasarkan di India, Indonesia dan kawasan serantau. lambat masuk sebab pengedar playsafe (kot). pengeluaran lambat juga memastikan bahawa pengguna malaysia mendapat yang terbaik kui2. memudahkan upgrade dan pembelian alat ganti cokia dari negara jiran. ada faham?. juga yang penting, ia harus mematuhi syarat-syarat yang diletakkan oleh JPJ, JKJR, JKKK demi keselamatan pengguna.

setiap motor yang dibawa masuk akan diuji ketahanan dan kesesuaiannya pada cuaca dan iklim, bentuk muka bumi serta struktur jalan.

motor nih jenis naked bike (motor togel?) iaitu motor yang tanpa fairing (kulit @ cover)

tapi tak boleh lawan Kawasaki 660R N..(N) untuk naked, F untuk fairing. motor kawa gambar kat bawah. harga bersamaan sebijik myvi

Spesifikasi Yamaha FZ16

Dimensi:

Panjang keseluruhan : 1,975mm

Lebar keseluruhan : 770 mm

Tinggi keseluruhan : 1.045 mm

Tapak Roda : 1.335 mm

Kelegaan Bumi : 160 mm

Berat Bersih : 126 kg

Tinggi Pelana : 790 mm

Enjin:

Jenis : 4 Lejang, SOHC, 2-Valve

Sistem Sejukan : Sejukan udara

Jumlah silinder : 1 (satu)

Gerek x Lejang : 58.0mm × 57.9mm

Isipadu : 153.0cm3

Nisbah Mampatan : 9.5:1

Kuasa Maksimum : 14PS / 7500 rpm

Tork Maksimum : 14 N.m / 6000 rpm

Karburator : BS26

Penghidup : Elektrik

Nyalaan : CDI

Jenis Clutch : Plat Berbilang Jenis Basah

Transmisi : 5 Kelajuan

Rangka : Bentuk Berlian

Suspensi depan : Teleskopik

Suspensi belakang : Monocross

Brek Depan : Cakera

Brek belakang : Drum

Saiz Tayar Depan : 100/80-17

Saiz Tayar Belakang : 140/60-17

kepujian diberikan kepada krew : www.duniamoto.com



kawa 660RN motor best nih

Khamis, 11 Mac 2010

Saya ingin ke Gatsby Deodorant Street Fair

cool tak tajuk di atas..dah pandai dah aku join aktiviti jalanan zaman sekarang nih. baru lah mahasiswa namanya. kui2.

Nuffnang iaitu syarikat pengiklanan blog asia tenggara telah menawarkan tempat untuk tuan blog ini menghadiri Gatsby Deodorant Street Fair pada 17 April ini. sebagai syarat, saya perlu menulis entri ini.

Street fair tersebut bakal berlangsung di Berjaya Times Square. Dengarnya ada freebies, dan barang gatsby memang best. maklum la barang dari nippon..kui2. feeling bawak honda integra la kalau pakai gatsby

Isnin, 22 Jun 2009

Kempen..



1. Sekadar berkongsi informasi, syarikat telekomunikasi DiGi melancarkan satu kempen untuk memberikan sumbangan kepada NGO-NGO yang telah ditetapkan oleh mereka dari bidang sosial, kesihatan dan alam sekitar.

2. Orang ramai boleh menyumbang dengan mengklik pada http://www.lovetosave.com.my/ atau pada banner kempen ini di blog saya.

3. Apabila telah diklik, pengguna diminta untuk menyertakan alamat emel dan umur mereka.

4. Selepas itu, satu emel akan dihantar kepada pengguna untuk mengesahkan bahawa emel telah diterima. Klik sahaja pada emel ini dan ia akan membawa anda kembali ke laman http://www.lovetosave.com.my

5. Setelah emel disahkan, barulah RM 5.00 akan didermakan kepada NGO yang telah dipilih.

6. Di blog ini, NGO yang dipilih ialah NASCOM iaitu National Council of Senior Citizens Organisations Malaysia.

7. Saya telah vote untuk MAKNA, tapi tadi saya dapati NASCOM yang paling kurang dapat sumbangan. Prinsipnya mudah, banyak vote..banyak sumbangan.

8. Kempen ini untuk 30 hari sahaja dengan DiGi berharap untuk menyumbang RM 150,000

9. Scam? entah saya tak rasa ini scam kerana tiada transaksi dari pengguna pun kecuali memberikan alamat emel sahaja. Kalau rasa tak selamat, jangan guna primary email..guna alternative. Di laman rasmi digi juga ada link ke web ini. Rasanya, NGO-NGO nih yang tak menjalankan aktiviti subversif yg langsung mengacam negara.

10. Sekian, menolong orang setiap masa..hehe tak kan tak tau persetiaan kot

Rabu, 6 Mei 2009

PETRA 2009


Pernah terfikir apa yang orang dulu main sebelum Sega, Nintedo, Playstation, Digimon, GameBoy dah menguasai zaman kanak-kanak dan remaja pada generasi x dan y?

Rungkaikan persoalan dan alami keseronokan serta kenali sebahagian dari kebudayaan dan warisan budaya kita di Karnival Permainan Tradisional (Petra) 2009 di IPGM KBA pada 11 Mei 2009 bertempat di Gimnasium IPGM KBA.

Sebuah projek kendalian pelajar Semester 5, PISMP IPGM Pengajian Sosial bagi tugasan Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani.