kelik-kelik

Memaparkan catatan dengan label youtube. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label youtube. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Mei 2010

Isi atau Kulit



ada orang cakap jangan nilai buku dari kulitnya, don't judge a book by its cover kata mat saleh.

tapi itu lah yang terjadi kadangkala, yang dinilai bukan isi tapi kulit. mungkin pernah terjadi dekat siapa-siapa.

contoh seperti kalau ada mamat yang pakai selebet, ramai masyarakat akan ada stigma yang dia nih sampah masyarakat jer. peragut, perompak.

bila dilihat lelaki berpakaian kemas menarik, bertali leher, berkasut mahal terus ada pandangan yang positif. sedangkan belum diketahui lagi yang laki tadi ialah ejen skim cepat kaya, kaki kencing, sembang kencang haha.

begitulah yang berlaku dalam masyarakat (termasuk aku), dalam menilai sesuatu kita selalu dipengaruhi dengan pandangan dan stigma kita juga. dalam mengajar sesuatu kelas kadangkala dipengaruhi juga dengan perasaan macam nih, contoh yang pengawas semua pandai. walaupun ada juga yang sengal. yang biasa buat masalah, kalau dia diam pun..mesti aku cari juga salah dia.

pernah gak ada cerita yang ada pembimbing yang tak percaya dengan hasil rph yang dibuat oleh pelatih seliaanya. sedangkan hasil yang dibuat lepas ikut saranan dan perbincangan dengan rakan. keh-keh, mesti mau panas hati penat-penat buat yang authentic punya. skali kena tuduh main C&P. aku rasa nih mesti tahap emo masa praktikum nih, boleh tahan la..biasa nak observe tido memang dekat pukul 0400, bangun balik pukul 0630. nih aku la, sebab naik motor..tak jam sangat.

ini semua bagai membuktikan yang manusia sering kali tertipu dengan kulit. isi hanya yang pakar dapat menilainya. jadi pesan saya, tak salah kata pujangga..tapi kita manusia yang salah menilainya.

p/s: patutnya aku pegi double trouble..tapi tak cukup korum rockers pulak.

Rabu, 4 November 2009

Peronda Helang Lebuhraya

sungguh bergaya..tanpa decals

sang helang dengan logo Integreti besar gedebak.
Sheriff Lobo wannabe
yeah langgar dia..langgar dia
kenari melanggar helang haha..
malang tak berbau ye adik2, polis pun leh accident hehe





tengok video nih, bagaimana mamat yang memandu Honda Integra DC5 kelihatan memperolok-olok dan merendahkan kemampuan Evo 10 ini.

sekali kena ayam la..haha. spec dia sama je ngan evo 10 lain kat Malaysia. apa yang beza ialah kerajaan beli tanpa cukai, jadi murah la sket.

memandu kereta polis adalah antara perkara terbaik boleh berlaku kat diri sesetengah orang. dengan minyak baucer petronas , anda tidak perlu risau untuk memecut. dengan memiliki jata PDRM dipintu, anda akan mendapat pengecualian tol. dengan lampu kelip-kelip anda layak mendapat keutamaan di jalan. tiada had laju. kereta peronda polis juga dilengkapi dengan komputer riba, kalau tak silap ada internet. so, anda boleh layan facebook juga semasa bertugas (salah nih haha..)

partner anda akan dilengkapi dengan Mp5 berserta klip peluru tambahan. manakala pemandu mungkin bawak revolver atau glock (steyr, sig sauer, dll). confirm tak de road bully, kalau tak nak perut tu kena peluru mp5

risiko, tak ada sangat. untuk pandu kenderaan PDRM kena amik lesen dulu dari polis sendiri. get ready kena ragging. untuk sesetengah tugas, mcm bawak evo nih atau jadi pengiring kena pegi kursus lanjutan. extensive driving. kalau cuai seperti lupa nak letak air kat radiator, kena siasat ngan Nazir (tatatertib), kalau salah hukuman seperti amaran, tahan kenaikan gaji, pangkat dan mungkin dibuang kerja

Hidup PDRM! ke arah pemodenan polis. tanpa rasuah. integriti teras perkhidmatan.

(maklumat tak saheh..haha)