kelik-kelik

Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Julai 2012

Bravo 5 berjaya diselamatkan?

sekitar tahun 2010 dulu ada projek filem mengenai komando, dan pelakon dah ikut latihan di kem komando bagi menyelami watak seorang komando...dikhabarkan juga bahawa set penggambaran juga telah siap sedia..tapi tak jadi sampai la tahun 2012.

tahun 2012 dikhabarkan bahawa filem Bravo 5 bakal diterbitkan dan ada gambar-gambar pelakon remy ishak dan beto khusyairi menjalani latihan menembak..

dikatakan filem nih olahan daripada kisah benar sewaktu zaman Insurgensi (63-89)

 hensem betol pakai loreng 70's dan siap beret hijau

dah macam apai..beto nih

credit: abg yastro :http://www.yastro.net/2012/05/bravo-5-filem-komando-pertama-di.html
          utusan online

p/s: go support blog baru aku : www.cerlog.blogspot.com

Ahad, 10 April 2011

Drama Platun Harimau

Risik Gempur


bila drama Platun Harimau nih nak tayang? nih dah masuk bulan 4 dah nih

rasanya siap dah lama dah, tak kan tragedi Insurgensi berulang kembali?

RTM..tolong tayangkan cepat drama Platun Harimaau, simpan lama-lama boleh lemau la

disaat kita bising tentang patriotisme remaja, momokan khurafat dan tahyul di kaca tv, drama tanpa jati diri..hasil karya yg baik terbiar sepi

yg benar,

peminat platun harimau (aku ada novel PH versi otograf lg haha)

Sabtu, 1 Januari 2011

Shinjiku Incident



baru selesai menonton shinjuku incident kat astro tadi. dvd aku beli tapi tak tengok sebab gambar wayang, tak memenuhi standard.

shinjiku incident sebuah filem 'gelap' Jackie Chan, pelakon tua kelahiran china ini bukanlah selalu berlakon dalam filem yang memerlukan dia membunuh atau menjadi watak jahat. dia telah berjaya membina satu perwatakan yg mesra dengan kanak-kanak dalam filem ataupun kartun. btw, bapak jackie dulu spy China yg kerja di kedutaan sebagai tukang masak

Jackie Chan melakonkan watak sebagai seorang imigran yang berhijrah ke Jepun, sebab apa dia berhijrah itu wa tak tau. tak tengok start tadi. pendatang China di Jepun dengan mudah menjadi mangsa pemerasan oleh Yakuza. sebabnya mudah, mereka lemah dan takut untuk mendapatkan perlindungan polis kerana mereka pendatang haram.

atas sebab survival bangsa China di Jepun (racist? siapa kata melayu je racist?), Jackie Chan berjaya mengumpulkan sokongan dan tenaga bagi menentang kumpulan Yakuza itu. dan kisah pun bermula.

"persaudaraan" antara imigran terbabit telah mewujudkan satu kongsi gelap di bumi Sakura. pendatang terbabit bukan lagi "giajin" yg mudah tunduk. mereka ialah kuasa baru dalam dunia kelam mereka sendiri. namun, cuma Jackie Chan seorang yang merupakan ahli kongsi gelap yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsip mulia(?) seperti tidak mengedar dadah dan tidak membuli orang lain.

anggota lain, telah hanyut dan melupakan asas perjuangan demi memenuhi kehidupan mereka. inilah realiti dalam perjuangan. selepas peroleh kuasa dan harta, berapa ramai yg masih berpegang pada sumpah dan janji.

ada masa aku tulis lagi pasal kongsi gelap nih.

Sabtu, 4 April 2009

filem pahlawan

Pahlawan Mat Kilau

Tadi, Mat Jack ngan Pert bercerita tentang Queen of Langkasuka. Satu epik dari negara gajah putih yang bakal menyerang panggung tanah air kita dalam masa terdekat. Yang nak cerita dalam entri malam minggu ini mengenai penghasilan sebuah filem mengenai kebangkitan pejuang bangsa menentang British dan sipahi-sipahi mereka. Sejarah telah merekod satu kebangkitan (uprising) di satu tempat bernama Temerloh. Tak perlu nak dicerita kot tentang Datuk Bahaman, Dato' Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi dan rakan-rakan.

Nak disampaikan perkhabaran, bahawa menurut surat khabar yang khabarnya sebuah filem dengan belanjawan RM 10 juta dalam proses pembikinan. Pelakon yang bakal memegang watak Mat Kilau katanya seorang pelakon amatur dan merupakan seorang guru silat dalam perguruan silat yang masyhur di Malaysia. Pemilih beliau berdasarkan kebolehan bersilat serta dikatakan memiliki bentuk tubuh yang menyamai dengan Mat Kilau. Pemilihan guru silat amat bagus, bagaimanapun bagi mengimbangi nilai seni dan komersial maka wajar dimasukkan gerak silat dari perguruan silat yang dikatakan diwarisi dari Mat Kilau. Silat ini ada diajar di Kuantan oleh cucu cicit pejuang ini. Dalam memenuhi kehendak komersial pula, gerak silat perlu dilakukan dengan menarik selagi ia tidak mencemar silat itu sendiri.

Dalam hal skrip pula, oleh sebab ini merupakan filem epik wajarlah loghat daerah di Pahang digunakan bagi menambahkan lagi keaslian filem sebegini. Loghat daerah juga tidak terlalu sukar serta tidak jauh berbeza dengan bahasa Melayu sekarang.

Seterusnya, dengan belanjawan RM 10 juta sudah pastinya penonton meletakan harapan yang tinggi agar filem ini berkualiti dan pada masa yang sama padan dengan harga tiket yang dikeluarkan dari dompet kulit yang semakin menipis. Dan setakat ini, filem sebegini yang dihasilkan di Malaysia kurang mendapat sambutan berbanding filem-filem ringan bersiri anak mami yang menjanjikan pulangan berlipat ganda. Lihat saja nasib 1957: Hati Malaya bandingkan dengan pulangan filem anak mami kembali.

Dan apa yang penting? hehe..yang penting ialah filem ini berkualiti dan seterusnya kesedaran yang tinggi dalam kalangan penonton. Masalah belanja dan teknologi yang mengekang kita untuk menyokong filem epik tempatan berbanding antarabangsa juga sebab yang perlu diatasi, selain daripada mentaliti dan pemikiran yang memang tidak mahu tahu tentang sejarah negara sendiri. Ye mungkin, ini tidak sebaik Forrest Gump, tidak secemerlang Saving Private Ryan, tidak seperti Valkryie tapi diakhir semuanya filem Pahlawan Mat Kilau, filem tentang kita. Orang kita. Tokoh kita.

Apa yang diharapkan filem yang berkualiti..sebab ia membawa nama besar. Malu kalau tak menjadi.

Isnin, 15 Disember 2008

Planet Hitam

Cicakman 2: Planet Hitam merupakan sekuel kepada filem cicakman sebelum ini. Dalam Cicakman 2 ini watak Profesor Klon masih menjadi seteru utama bagi cicakman. Bezanya kali ini profesor klon lebih bernafsu besar iaitu ingin menjadi Presiden bagi metrofulus. Dia telah berjaya untuk mewujudkan keadaan tidak stabil di metrofulus melalui pencemaran sumber air yang bertukar menjadi hitam. Keadaan ini telah berjaya menekan kehidupan rakyat dan dengan manipulasi profesor klon, rakyat telah bangkit dan menuntut agar kerajaan sedia ada digulingkan. Sekarang nih, sebab minyak orang boleh berperang, kerajaan boleh tumbang tapi dalam masa tak lama lagi sebab air bersih akan huru harakan dunia.

Manakala, musuh baru cicakman ialah Rrama iaitu seorang wanita super yang ada kekuatan, cantik menarik dll. Cuma yang tak best ialah watak Rrama ni tak tau muncul dari mana, siapa sebenarnya dia iaitu selaku pembunuh upahan profesor klon ataupun lebih kepada rakan kongsi profesor klon. Motifnya mengikut arahan profesor klon juga tidak jelas. Walaupun dia digambarkan sebagai pembunuh yang psiko dengan menganggap pembunuhan yang dilakukan sebagai karya seni. Watak Miss Chee iaitu seorang penilik nasib dalam cite kali ni mungkin akan memainkan peranan besar kalau cicakman 3 berjaya difilemkan. Mungkin dia macam Oracle dalam the matrix, yang mula-mula nampak baik lepas tu baru tau niat sebenar (kalau tak salah aku la) Bagi aku yang tak belaja seni, filem dll filem kali nih boleh la dikatakan menarik walaupun dari banyak segi, tak boleh nak lawan cite superhero lain. Cicakman kali nih lebih menumpukan aksi dan memang padat dengan adegan tumbuk-menumbuk. Dari segi CGI memang tak boleh dinafikan memang lawa diaorang buat. Yusri berjaya menukarkan gua tempurung menjadi satu markas rahsia profesor klon. Haha aku tak pernah pikir lak masa pg gua tempurung buat kajian luar dulu ada orang nak buat filem dalam gua tu. Dari persoalan lain, seperti biasa seorang superhero tak boleh ada orang yang disayangi kalau ada..nahas la orang tu. Jadi sape-sape yang ada boyfriend ke adik beradik dengan superhero nih cepat-cepat la larikan diri haha.

Ahad, 30 November 2008

Filem Martial Art Pertama Malaysia?

kinta 1881

produser dia claim sebagai the first martial movie in malaysia..filem mengenai kisah di Kinta, Perak pada tahun1881 dimana daerah itu bergolak akibat perang dua kongsi cina iaitu ghee hin dan haisan. Cite kung-fu ni beb..mungkin la cite ni betul-betul ada elemen martial art, sebab sebelum ni dalam filem-filem bahasa melayu, da ada banyak dimasukkan unsur-unsur silat yang bermacam jenis nih.

ni sinopsis:

Darah, air peluh dan air mata. Sebuah kisah mengenai persaingan dendam di antara adik-beradik dalam perjuangan hidup. Dua dunia berlaga dalam epik yang tidak mempunyai kasih sayang

Kumpulan He De yang diketuai oleh Zheng Hong, meluaskan penjajahannya di Laut Selatan, bersepakat dengan kumpulan kongsi gelap untuk mengambil alih kuasa di atas pelombong. Sekumpulan individu termasuk Tiger, Ace dan Blaze bersepadu di bawah pucuk pimpinan Dragon yang berkarisma serta Li Tian yang bijaksana untuk menghalang hasut mereka. Dalam perjuangan untuk keadilan, persaingan antara hero yang bakal menggegarkan dunia akan berlaku ...

air mata dan darah da cukup la nak menunjukkan keperitan..penggunaan perkataan air peluh agak janggal dalam penulisan berbentuk mcm nih..x gramatis, patut guna perkataan keringat. ni mesti translate dari english..blood, sweat and tears.

kepada produser filem, buat la weh cite-cite cam zaman 90 an tu..tp bajet kena tinggi baru nampak real..cite macam hati waja ke, semutar hitam ke, keris hitam bersepuh emas