Jumaat, 20 April 2012
Pondok 2
Jumaat, 2 April 2010
entri bertaraf diari jilid 4 - buku
jadi secara lahiriah, aku seperti murid biasa..seperti kamu, mungkin?
pustakaan sekolah rendah aku merupakan bekas pustakaan yang terbaik kat dalam daerah. 'bekas' bermaksud ia tidak lagi terbaik..ruang fizikal yang semakin sempit, ruang yang gelap, di pentas bercerita menjadi habitat burung murai dan layang-layang (masa tu tak tau lagi, sarang dia mahal..kalau tau hehe)
namun koleksi buku kat sini memang terbaik juga. aku membesar dengan seleksi 80 an buku-buku perang keluaran DBP macam malam berapi di Kalabakan, Gubir dan sebagainya terdapat di sini. ada juga cerita kanak-kanak, tapi siri penyiasatan Enid Blyton aku rasa sekolah tak beli yang BM. sebab aku baca yang sepupu aku punya.
masuk sekolah menengah waktu rehat, banyak gak masa dihabiskan di library. ada astro library nih tapi jarang bukak. gajah putih sebetulnya. pilihan bacaan aku time tu Ensklopedia Pelajar terbitan syarikat ape ntah. bagus ensklopedia nih, banyak info aku dapat dari sains ke dunia muzik, ke dunia sukan ke perang dunia.
agak-agak bosan, aku bukak ensklopedia Malaysiana..nih pun bagus gak. baru aku tau, tanih kat kawasan rumah aku tu, jenis special. sesuai untuk getah dan buah-buahan. siap ada nama saintifik lagi. dalam tu gak aku mengenali the Super 25. iaitu 25 orang anak Melayu yang terpilih dalam projek percubaan Rejimen Askar Melayu oleh British. tak dilupakan gak, pilihan form 1-5 iaitu Berita Tentera Darat Malaysia. Masa taun 2000 dulu, format BTDM nih ialah bentuk akhbar tabloid, sebijik macam paper iluvislam skang. kemudian dia tukar jadi majalah. banyak citer best dalam tu termasuklah artikel pasal Insurgensi berserta gambar dari Risik.
cuma time tu tak de NILAM lagi..keh2. kalau tak sayur jer, aku pakai lencana tu. pergh nerd sial..aku seorang nerd+geek haha
so arini aku nak bagi seleksi buku-buku aku suka baca :
Politik / Autobiografi
1) Bukan Kerana Pangkat
mengisahkan biografi Tun Dr Ismail bekas Timbalan Perdana Menteri. buku yang sangat menarik dan jujur. memaparkan kisah hidup dan perjalanan TDI dari zaman remaja hingga ke puncak kuasa. buku nih pinjam kat library maktab, bok pinjam. aku baca
2) 13 Mei Sebelum Selepas
buku tulisan Tunku Abdul Rahman mengenai peristiwa berdarah negara. peristiwa 13 Mei sebenarnya adalah rentetan kepada peristiwa-peristiwa kecil sebelum itu hasil dari pergolakan politik dan unsur subversif. banyak la dalam tu, malas nak tulis. nih koleksi bok. buku 13 Mei yang Dr. Kua Kia Siong berwarna merah tu aku ada. tapi kurang berkualiti la, maklumat dia banyak berdasarkan report atau jurnal dari wartawan asing atau kedutaan asing di KL. ada agenda dia sendiri.
buku Faisal Tehrani
1) 1515
memang syok citer nih, twist kepada sejarah serangan melaka, perjuangan srikandi menentang sang penjajah. memang layak dapat HKSU.
2) 1515 H
nih cerita futuristik, sci-fi campur dengan islamik. ada serangan robot-robot. organisasi pembebasan yang global, ahli-ahli dipilih merupakan mereka yang pakar dalam bidang sains teknologi namun merupakan orang alim.
3) Tuhan Manusia
nih novel memang berat, nak baca pun letih kalau tak sedia. nama tajuk pun dah kontroversi. Tuhan Manusia membicarakan tentang gejala islam liberal yang meresap dalam masyarakat. kisah seorang pelajar sekolah agama yang tinggi tahap pemikiranya namun berdepan konflik apabila abang dia sendiri telah murtad walaupun mendapat pendidikan agama yang lengkap. ayah mereka merupakan agamawan, ini disebabkan si abang terpengaruh dengan pemikiran yang semua agama ialah sama, mengajak kepada kebaikan berpegang kepada nilai ini menyebabkan si abang tersasar.
ada kat umah novel nih.
4) Nama Beta Sultan Alaudin
nih kira novel kanak-kanak, tapi sebab best aku balun gak la. satu lagi penceritaan sejarah terhadap sultan yang malamnya menghapuskan pencuri. itu saja yang diajar dalam sejarah kita. tak kan la seorang sultan zaman kegemilangan Melaka tak punya cerita hebat? dalam novel nih banyak citer.
buku RAM
1) ADAM
nih influence member-member dorang minat baca. esp tombiruo. tapi aku sambar baca ADAM sebab dulu masa sekolah tengok novel punya cover macam menarik. sekali baca memang best la. dikatakan novel nih twist dari sebuah urban legend di Chow Kit. sapa yang pandai mesti boleh baca apa maksud ADAM dalam citer nih.
2) trilogi bagaikan puteri
perjalanan merentas dimensi melalui batin? roh? aku pun tak pasti haha, memang terbaik la buku nih. ada pasal Acheh sket,Melaka sket, Pulau Utara (fiksyen). buku yang aku baca milik akak aku, pernah jadi colleague kepada RAM.
Buku / Novel Perang, Tentera
1) Platun Harimau
buku terbitan DBP, aku ada buku nih. beli direct dari penulis dia..siap ada autograf lagi hehe. dah lama tak baca genre macam nih, biasa aku baca yang berbentuk autobiografi tentang tokoh atau peristiwa. last baca genre macam nih, masa form 1 iaitu Limpahan Darah Di Sungai Semur. merangkap buku teks komsas aku.
buku nih kategori fiksyen tetapi ceritanya berdasarkan kisah benar. berlatar belakang tahun 80 an, mengisahkan perjuangan sebuah platun khas dalam 2 Melayu. platun nih merupakan anggota yang dilatih oleh komando dan bekas PKM, sangat independent dalam sesuatu ops. tambah best lagi, bila kem platun nih di Mentakab. dan ada latar kawasan sekitar, jadi secara tak langsung boleh memvisualkan ayat dalam cerita nih.
lengkap dengan peta, kelengkapan, bahasa radio, code name dsb. tak rugi la baca kalau minat. kalau tak minat, suruh baca..boleh jiwa kacau gak. maklum la citer perang, bunuh sana..bunuh sini.
p/s: ok skang sambung balik baca buku konseling
p/p/s: suka ati la tulis panjang haha..penangan wat rph nih
Khamis, 11 Mac 2010
jenalik
Jarum jam merangkak menghampiri awal pagi, 2 Julai 2000. Guard post 304 RAW (Ifantri) dikejutkan dengan lampu pajero yang berkelip-kelip. Satu signal biasa yg digunakan oleh army.
Guard on duty, kaget..dia tak bersedia nampaknya. sudah berkain pelikat. Bukan colereng seperti mana standard biasa. Dalam samar, sekumpulan pegawai kanan TD sudah bersedia. Sempat pegawai ini memarahi guard kerana melanggar hukum tentera. Seorang dari mereka berkata ‘kalau bandit datang, macam nih?’
Misi ‘pegawai’ tersebut ialah untuk membuat pemeriksaan mengejut terhadap stor senjata kem. Bagi memastikan semua siap siaga. Walaupun insurgensi telah tamat lebih 9 tahun dulu. TD perlu sentiasa siaga.
Dibuka stor senjata, diperiksa senjata oleh pegawai-pegawai tersebut. Selesai memeriksa, kumpulan tersebut ingin pula membawa sejumlah senjata, peluru dan alat komunikasi bersama mereka. Ini bukan standard biasa, bisik hati anggota. Namun arahan pegawai tersebut, tetap dipatuhi. M-16, M-203, GPMG, Steyr AUG, LMG, bom tangan dan peluru dipunggah ke dalam perut pajero hijau dengan plet bermula “Z”. Huruf terkanan dalam alphabet, simbolik kekananan ATM dalam perkhidmatan kepada kerajaan SPB YDPA.
Kemudian, semuanya sejarah. Anggota 304 RAW sedar bahawa yang datang semalam bukan pegawai TD, sebaliknya bandit. Tipah tertipu-tertipu tipah bak kate lagu Ruffedge, tapi ini bukan mainan. Bukan cobaan tapi betul-betul.
Misi ATM dan Polis ialah untuk mengesan dan merampas kembali senjata tersebut. Itu misi mereka.
Top brass ATM dan PDRM sedang merancang strategi…pada masa yang sama, berita telah tersebar ke media. Wartawan berpusu ke Gerik bagi membuat liputan ekslusif. Dalam Sembang Petang, tv3 pada masa itu melaporkan bahawa identiti perompak senjata masih tidak dikenali. Mungkin penjenayah, mungkin pejuang pemisah negara jiran.
Lokasi perompak senjata berjaya dikenal pasti. Di sebuah dusun durian di kawasan Bukit Jenalik. Anggota SB polis sudah mula melakukan risikan selepas penduduk kawasan sekitar mendakwa mendengar bunyi tembakan dari kawasan itu. Komando tidak terkecuali melakukan recon, namun nasib SB dan komando tersebut malang. Mereka berjaya dikesan oleh bandit tadi. Situasi kian meruncing.
Di suatu sudut di semenanjung,
'tok-tok-tok' bergegar pintu diketuk, beralun dengan suara si pemberi salam. Seorang ibu terkocoh-kocoh meninggalkan dapur, mahu menyambut tetamu yang tak dikenali itu.
Pintu dibuka..
………………………gua sambung lain kali………………………..busy la. Wat marksheet keh2
janji dari tahun lepas lagi nih..antara yang tertunggak. bila nak sambung, tak pasti
Khamis, 25 Februari 2010
lion king
bermulut seribu,
berakal sifar,
biarkan mulut mereka terus membunuh,
belum masa si muda melawan semua, sistem yang bebal, lagi sesak
atau biarkan dirinya jadi seperti mereka
Selasa, 1 Disember 2009
December
with rain that i would remember
this is indeed time of the year
as it bring cheerful to all
but some did not forget, how close this to the end
as the memory swings back, how the angry waves has wake the forgotten
and swept away of thousand live.
let it not swept our faith. should it be our reminder.
welcome back my december.
26 Dec 2004-26 Dec 2009
Al-Fatihah
Selasa, 27 Oktober 2009
Lembu-lembu berterbangan
Ayuh-ayuh kita gempur semua!!! Teriak dirinya, melihat ke kanan dan kiri dibimbangi akan dikesan lawan. Dialah kesatria Negara, dialah pejuang bangsa namanya Wak Sabul. Bersenjatakan buluh runcing dan ayat kebal serta ilmu santet warisan dari arjuna dewa katanya Misinya cuma satu, sapu dan hapus. ya, bangsa itu harus dihapusi..agar kita jadi yang terulung. Masakan mahu dicuri budaya kita yang unggul itu, tarian pundek itu kebanggaan di den pasar. Itu
Melepas lelah seketika, kelihatan komrad-komrad Wak Sabul terlena. Tunggu sehingga subuh, bisik dia. Baru beberapa jam lepas, mereka berjaya melayari samudera lantas menembusi pertahanan laut negara seteru. “Masakan excocet mampu tembusi diri ini, riak timbul dari hati penuh kehitaman. Sambil jari mengepit kretek tak bercukai.
Fajar menyingsing, ayam berkokok, embun berhimpun
Ops ganyang II: pundek itu milik kami, pun bermula dengan ikatan tangkal di lengan..jampi penunduk musuh ditiup maka berlari la para militer. Jeritan menggila, muka yang kelaparan kasih sayang dan otak yang dahaga ilmu..segalanya kelihatan cukup sempurna.
Sehingga, jeritan “BERHENTI, PERKENALKAN DIRI ANDA”. Waduh-waduh, ini pasti GGK. Maka, menyerah lah militer itu kepada mereka kerana dibimbangi bukan tandingan.
Maka keluar seorang lelaki, berbadan besar..bermisai lebat, berbadan buncit, berbangle magnet. Ini nak buat apa nih? IC mana? Nak pergi mana?
Hehe sabar ya pak, saya orang sini..mahu berlatih silat dengan teman-teman jawab si Sabul. Dengan yakin dia menggunakan teknik-teknik diversion dari filem spy james bong. Ye ke orang sini? Meh jawab soalan aku sket..
Yg pertama, namakan raja sms Malaysia?
- kacang saja dong, pasti jawapan nya Mawi..hehe tak sia-sia gue merisik di murai.com
baiklah, yang kedua..bangunan tertinggi di Malaysia?
Sudah pasti klcc ya..lebih mudah kerna saudara gue turut sama membina.
Ok, yg last..tarikh Malaysia merdeka?
31 Augustus 1957..mudah aja.
Maka pak cik itu pun separa melaung…
“angkut mereka semua, hantar ke balai”
Saat itu, sabul melihat tab terletak di lengan pak cik itu..RELA.
p/s: malam-malam minum ubat batuk KKM, da aku cerita pasal rela pulak.
Jumaat, 7 November 2008
Pondok
dalam ketenangan pagi pak mat mengambil masa menikmati pemandangan kampung..sudah berapa tahun tinggal disini bersama-sama dengan penduduk yang lain. Boleh dikatakan mereka semua punyai ikatan persaudaraan antara satu sama lain. pak mat merenung jauh, mengenang kembali waktu dahulu ketika dia bersama-sama meneroka kawasan hutan ini dan mereka membina sebuah kampung. Tapi itu dulu, sekarang zaman sudah berubah..kampung yang dulu permai kini mula digugat..digugat atas nama kemajuan dan wang.
Berkali-kali pemaju cuba memujuk dia untuk menjual rumahnya untuk dijual agar laluan lebuhraya baru merentasi semenanjung bumi emas..bagi pak mat tiada sebab dia perlu menjual rumah ini, apa lagi yang perlu dikejar dalam hidup. Setelah pemergian Mak Temah, dia merasakan dia sendirian dan tidak merancang untuk mencari pengganti. Anaknya, Kamarul telah lama menetap di kota mencari penghidupan disana. Kamarul telah lama tidak bertanya tentang bapanya.
Sesekali, pak mat teringat kembali akan pembinaan rumah ini..walaupun ia bertaraf pondok di pemikiran pegawai tinggi syarikat, ia merupakan satu rumah yang dibina dengan usaha pak mat sendiri dan dihiasi dengan kasih sayang mereka sekeluarga dan disinari dengan cahaya iman. Bukan itu juga penyebabnya, pak mat membina rumah ini pada tahun merdeka. Ia dibina setelah puas pak mat merasa jerih perih dikerah oleh penjajah ketika bekerja di estet tuan william. Hasil gaji yang disimpan itulah pak mat mula membina rumah di sebidang tanah yang diteroka oleh saudara mara. 51 tahun rumah itu telah tegak berdiri, melindungi keluarga ini dari terik mentari dan hujan ribut. di rumah ini, kamarul dilahirkan, di rumah ini kamarul dibesarkan serta di rumah ini mak temah kembali bertemu pencipta Nya.
Rumah kecil beratap zink, bertiangkan meranti ini masih teguh berdiri. Ia dibina dengan semangat merdeka dan sebagaimana Malaysia terus teguh berdiri begitulah ia terus dibiarkan berdiri. Rumah ini istimewa, sewaktu awal pembinaanya Pak Mat menghadapi kesempitan lantas sahabatnya tauke wong memberi pertolongan. memberi pak mat mengambil dahulu kayu dan atap tanpa bayaran. Pada waktu itu, tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan pak mat. rumah itu telah menjadi saksi yang perkauman tidak dapat menembusi dinding rumah ini apabila pak mat telah membantu tauke wong untuk berlindung dari amukan kaum.
Sekarang, rumah itu dikatakan menjadi penghalang kepada kemajuan..pak mat berasa rungsing, mampukah dia mempertahankan apa yang telah dia bina selama ini? sambil menghembus asap rokok kretek tanpa cukai itu, dia berlalu pergi..
Khamis, 16 Oktober 2008
Tak Bernama
Lafaz keramat bagi semua yang punya hati untuk mengerti..
Tanah ini terbebas bukan dengan sendiri..
Bukan kerna baik hati si lintah darat..
Tanah ini bebas kerana sifat berani dan bijaksana,
Sifat yang kita warisi zaman berzaman,
Sudah beribu yang pergi..bersama air mata dan darah,
Menjadi bukti perjuangan untuk nusa dan bangsa
Adakah kita cukup sedia?
Atau terus terlena dan terleka..
Juga cukup bebal untuk berfikir dan berusaha,
Dan menjadi sebahagian dari bangsa yang mudah lupa,
Lantas mengadai maruah negara..
^11 ramadhan 1429 H^

