kelik-kelik

Jumaat, 28 Mei 2010

Super Sub

buat la, mansuhkan lah, kajilah, selamilah segala dasar..segala pelaksanaan, segala perancangan kalau ia boleh mengurangkan kadar defisit negara sekaligus mengurangkan hutang negara dan menambah tabungan

tapi, yang PERTAMA..hapuskan rasuah, loophole..black hole, tender ajaib dari langit yang menyebabkan harga bagi setiap barang yang diberi pun melangit.

Kedua, berentikanlah tabur duit di tempat pembangkang, dengan harapan akan memberi mereka kekaguman dan sekaligus menghadiahkan undi. Tidak sama sekali, doktrin 'orang bagi ambik, undi lain kira' sudah berdarah daging dari nenek sampai ke cucu. Lagipun, pembangunan adalah hak milik semua negeri dalam persekutuan. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Ketiga, berentikanlah perkhabaran bahawa minyak kita antara yang termurah. Benar, tapi kita juga pengeksport minyak gred tinggi..yang juga bermakna kita boleh mengaut untung dikala harga minyak melangit tinggi.

Juga, harga minyak yang mahal juga tidak relevan kerana harga kenderaan nasional di negara ini terlalu mahal. Bandingkan harga Proton di tanah Arab dan di Tanah Melayu..dan sila ambil kira perbezaan antara Riyal dan Ringgit yang tidak jauh. Sudahlah membayar petrol yang agak tinggi, terpaksa pula rakyat membayar harga kereta dengan mahal.

Keempat, nampaknya bidang Pendidikan juga di pandang sebagai beban. Mungkin beban kerana buku teks dan latihan percuma, insentif guru, yuran peperiksaan percuma, semua percuma. Dan bermacam lagi projek gajah putih, macam membekalkan pemancar LCD ke dalam kelas yang akhirnya rosak kerana tiada kontrak penyelenggaraan berkala.

Tiada ulasan: