kelik-kelik

Jumaat, 25 Jun 2010

Pandang-an

Berabuk gila blog aku nih, malas nak update. sibuk kononnya sesuai dengan status pelajar tahun akhir keh keh

Pada yg melawat, menghubungjalin antara blog aku dan blog mereka. terima kasih, gracias, merci, toche..aku tak sempat nak menghubungjalin blog korang.

Sedikit pandangan terhadap isu tak berapa semasa,

Isu yg tak patut jadi isu sebenarnya..membenarkan kapal berdaftar dengan negara yang tak diiktiraf, berlabuh di 'muka pintu' negara iaitu pelabuhan

Pertama sekali aku bukan greaser kapal macam zaim atau pegawai kapal macam sadin. cuma seorang mahkluk yg suka menyibuk.

Kita tidak patut bertoleransi dengan kapal dari negara israel tersebut, disaat pembantaian secara total dilaksanakan terhadap rakyat Palestin. seperti mana yg didedahkan oleh akhbar, kapal tersebut milik kepada perusahaan kapal yg dimiliki oleh kerajaan Israel sendiri.

Membenarkan mereka berlabuh tidak ubah seperti kita merelakan dan mengiktiraf, genocide yang sedang berlaku dan akan berlaku lagi. kita tidak boleh menghalang mereka dari menggunakan perairan antarabangsa di Selat Melaka, Laut China Selatan, atau di pulau bum bum sekalipun. bukan lah satu perkara terpuji sekiranya menghalang sesebuah kapal yg mempunyai hak laluan sebagaimana yg dijamin IMO.

Dan bukanlah kita tidak berhati perut pulak, diatas nama KEMANUSIAAN kita boleh memberi bantuan kecemasan sekiranya kapal tersebut berada dalam kecemasan contohnya karam dilanda ribut.

NAMUN, dengan menghalang mereka berlabuh di sini ialah usaha kecil kita lakukan dalam membantu menunjukkan sokongan kepada palestin. mungkin juga dalam melemahkan ekonomi negara haram tersebut.

1 ulasan:

Jejaka Desa berkata...

Betul tu.Yahudi ni bukan boleh dibuat kawan