kelik-kelik

Sabtu, 1 Mei 2010

Isi atau Kulit



ada orang cakap jangan nilai buku dari kulitnya, don't judge a book by its cover kata mat saleh.

tapi itu lah yang terjadi kadangkala, yang dinilai bukan isi tapi kulit. mungkin pernah terjadi dekat siapa-siapa.

contoh seperti kalau ada mamat yang pakai selebet, ramai masyarakat akan ada stigma yang dia nih sampah masyarakat jer. peragut, perompak.

bila dilihat lelaki berpakaian kemas menarik, bertali leher, berkasut mahal terus ada pandangan yang positif. sedangkan belum diketahui lagi yang laki tadi ialah ejen skim cepat kaya, kaki kencing, sembang kencang haha.

begitulah yang berlaku dalam masyarakat (termasuk aku), dalam menilai sesuatu kita selalu dipengaruhi dengan pandangan dan stigma kita juga. dalam mengajar sesuatu kelas kadangkala dipengaruhi juga dengan perasaan macam nih, contoh yang pengawas semua pandai. walaupun ada juga yang sengal. yang biasa buat masalah, kalau dia diam pun..mesti aku cari juga salah dia.

pernah gak ada cerita yang ada pembimbing yang tak percaya dengan hasil rph yang dibuat oleh pelatih seliaanya. sedangkan hasil yang dibuat lepas ikut saranan dan perbincangan dengan rakan. keh-keh, mesti mau panas hati penat-penat buat yang authentic punya. skali kena tuduh main C&P. aku rasa nih mesti tahap emo masa praktikum nih, boleh tahan la..biasa nak observe tido memang dekat pukul 0400, bangun balik pukul 0630. nih aku la, sebab naik motor..tak jam sangat.

ini semua bagai membuktikan yang manusia sering kali tertipu dengan kulit. isi hanya yang pakar dapat menilainya. jadi pesan saya, tak salah kata pujangga..tapi kita manusia yang salah menilainya.

p/s: patutnya aku pegi double trouble..tapi tak cukup korum rockers pulak.

6 ulasan:

-u-n-s-p-0-k-e-n- berkata...

mesti kes rph ko la ni ek?? huhu~
bertabah lah~!

kudabesi berkata...

bukan aku la ;-)

-u-n-s-p-0-k-e-n- berkata...

lorh...
hidup2 gua nak kate itu lu yg genius dituduh C&P!!! ngeh3

kudabesi berkata...

bukan gua

member gua cite..siyesli

SangKunang berkata...

yg pakai hensem2, necktie maching ngan baju, sluar d'urban mesti lekcere bagi markah tinggi kan?

pastu yg pakai seluar lusuh, (sama tiap hari-cap snail) ;P, baju tak gosok, nectie tah ape2 (kadang2 takde langsung), kasut x kiwi,
mesti orang ni tak mampu nak tarik perhatian lekcerer kan? kan? kan?..

pastu yg pandai goreng sana goreng sini mesti hangus sumenya. berbanding yg hanya bersikap "ye encik", "ok puan", "thats my fault"...

even u dont have 'licene to drive'...

huahuahuahua...........

kudabesi berkata...

ah ko pun sama SangKunang

kaki ngampu gak haha