kelik-kelik

Ahad, 9 Mei 2010

Coretan

gua tak pandai bermain kata-kata, menyulam ayat-ayat indah untuk dijadikan puisi

dari dibelitkan kerumitan, gua pilih jemari ini untuk berlari-lari bebas,

bukan berpantun, bukan bersajak, dan bukan monolog

tapi cuma pilihan kata dalam meluahkan rasa


hidup kita dikurniakan Tuhan dengan pelbagai anugerah,

selalu kita terlupa, dan rajin pula melupakan,

ibu dan bapa juga satu anugerah,

melahir, membesar, mendidik kita

walau kata-kataku kadang menguris, dan laku selalu terlanjur

lantas mengundang duka kepada mereka,

ku ucapkan selamat hari ibu pada bonda tercinta

pada ayahanda yang disayangi selamat hari bapa

mereka ini anugerah besar buat diriku

terimalah ucapan ini walau tak disertakan dengan ferari ;-)

Tiada ulasan: