kelik-kelik

Sabtu, 22 Mei 2010

Judi..Pandangan Si Marhaen



judi..judi, haha panggil la apa pun.

walaupun hasilnya dapat membangunkan sukan negara i.e (Sport TOTO) tapi nak membenarkan pelesenan judi sempena piala dunia ialah satu langkah yg dilihat tidak bersesuaian.

FYI, perjudian atau lebih mesra 'betting' dalam dunia bola sepak bukan perkara yang baru dan skandal liga bola sepak negara pada tahun 90 an membuktikan elemen betting telah wujud melalui ejen/ bookie yang telah merasuah pemain bagi mempengaruhi keputusan perlawanan.

pada hari ini, kita seolah-olah memilih langkah pusing belakang. selepas usaha keras D7 (Perjudian, Maksiat & Kongsi gelap) PDRM dalam membanteras perjudian haram khususnya dalam perlawanan bola sepak EPL. kita memilih untuk membenarkan judi bola sepak atas alasan mengaut laba dan membanteras jenayah.

alasan sebegini menunjukkan kelompongan, kosong. jika benar bagai dikata...kita boleh melesenkan lagi pelbagai kegiatan yang boleh mendatangkan laba pada negara. boleh juga pilih lesen bermusim atau tidak. D7 pun boleh kita tugaskan ke cawangan lain.

juga, alasan untuk melesenkan sesuatu 'vice' atau maksiat bagi mencegah jenayah sebenarnya tidak lah boleh dipakai sangat. di Belanda, mereka membenarkan ganja untuk dihisap di kedai kopi berlesen. satu perkara dilihat telah selesai, tapi adakah masalah sebenar dapat diatasi?

akhir kata, saya tak sokong lesen judi untuk piala dunia..

saya seiringan dengan blogger skuter puteh cewah..

Tiada ulasan: