kelik-kelik

Rabu, 19 Mei 2010

Hadiah Untuk Guru Ku

salam, selamat 'belated' hari guru kepada para pendidik di seluruh negara ini, khususnya kepada mereka yang telah mendidik koi dan rakan-rakan.

setelah menghabiskan 1+6 tahun di sekolah rendah, 5+0 tahun di sekolah menengah...aku skang berada dalam satu sistem yang mendidik bakal guru masa depan.

jadi aku nak berkongsi tentang salah seorang guru yang aku rasakan yang terhebat..yang aku pernah jumpa sepanjang belajar. ini bukanlah bermaksud guru yang lain tu tak hebat, kalau tak hebat tak de la classmate aku bertaburan serata dunia sekarang nih. cuma, yang ini telah aku jadikan 'influence' yang besar juga dalam dunia cikgu cikgi.

nak jadi cikgu pun kena ada influence gak, bukan kira nak jadi rock star jer ada influence.

cikgu ramli ialah antara cikgu yang aku maksudkan, ngajar subjek bahasa melayu jer masa tu aku baru darjah 2. aku masa tu agak slow sket nak membaca, menulis nih. biasa lah, banyak masa tengok tv tengok slot Pendekar, masa tu cybercop tak kuar lagi, yang ada Ultraman Taro. tak ada masa nak buat ulang kaji. tapi general knowledge aku agak tinggi, hasil dari tengok berita tv..

cikgu nih sebenarnya baru ditukarkan, sebab dia bertaraf cikgu pakar. mungkin dia baru abis kursus KSPK kot. setelah dia take over kelas BM aku, cikgu ramli telah menggunakan macam-macam style yang bagi aku..memang world class sebab kalau suruh aku buat pun belum tentu jadi. kami didedahkan dengan teka silang kata, permainan, kad imbas. dan aku ingat satu teks yang digunapakai untuk bacaan masa tu ialah laporan berita pasal Fokker tersasar dari landasan di Sabah.

tapi lebih penting aku rasa ialah sifat cikgu yg tinggi iaitu tidak berputus asa dan prihatin tu sifat penting la aku rasa.

cikgu ramli nih asal melaka, dulu cita-cita nak jadi askar payung terjun. sebab rumahnya dekat dengan tempat latihan terjun. mungkin lebih tepat nak jadi komando, sebab taun 60's mana ada rejimen PARA lagi.

aku letak influence dia sebagai seorang cikgu lebih lagi dari ron clark hehe..

sebagai adiah ari guru, aku adiahkan cikgu ramli dengan (gambar) sayap penerjunan yang beliau tak dapat buat keh2..




p/s: gambar je boleh adiahkan..yang betul, tak boleh..ngamuk abang askar nanti

3 ulasan:

nadia yaacob berkata...

selamat hari guru utk cikgu ramli.. :)

kudabesi berkata...

samat hari guru gak tuk cikgu ramli

Bibi berkata...

sila melayani website military kita untuk mendapatkan barang barang askar malaysia.

www.9force.com.my