kelik-kelik

Khamis, 30 April 2009

muzik-muzik untuk hari buruh

Meh layan yuna haha, sekarang da glamour da minah nih sampaikan al-islam pun ada muka dia. tapi ok la, dia perform bagus. anyway thanx to boque yg memperkenalkan yuna pada april/may taun lepas di youtube. dgn ucapan kepada boque, sila follow aku di blog dgn kadar segera kira2 100mbps hehe.



Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outerspace?
And im learning you

Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone took a portion of your heart?
And im learning you

And if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

I let my guard down for you
And in time you will too

if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

4x
Deeper Conversation
let me

p/s: happy may day to my sister, my lecturer, my teacher, my friends and those people that have fight for the right of workers. some of them are not socialist or Reds but labour also have right, as a human being

Khamis, 23 April 2009

lantak korang la..

wajarkah kita menulis blog dalam keadaan marah?

seingat aku, petama kali aku buat macam tu taun 2006..bila aku dan rakan-rakan warriors diminta meninggalkan kerusi dalam satu acara di audi. maka dengan penuh hati membara pegi scud minum milo ais dulu, sambil tu biasa la kutuk-kutuk. maklum la sebelum tu aku biasa duk kat bilik spot light, jaga lampu tu. jadi aku bajet best gak la time tu..haha macam aku ada all acsess kat audi. balik scud selepas menghantar beberapa sms mencarut kat orang tertentu (save credit la), aku pun angkut laptop pegi bilik kebiasaan (common room) meluncur laju ke laman sesawang kegemaran. habis meluncur, jari jemari menari dengan irama tanggo diatas keyboard laptop ini. sudah menjadi resam manusia, mmg sedap marah orang nih..leh maki sesuka hati di blog. cuma satu aku perasaan masa menulis masih terdapat 'haha,hehe,huhu' dalam penulisan. tak kelihatan begitu serius. masa tu baru pakai friendster blog la, tak reti lagi guna blogspot.

tapi dalam diselimuti nafsu amarah, apa saja boleh dicoretkan. kesan daripada penulisan tak pernah difikirkan. dalam dunia menuju ke arah pasca moden, kita boleh bicara apa saja asalkan sanggup bertanggungjawab atasnya.

dan begitu la yang aku lihat sejak dua menjak ini. aku sekadar menulis je, diri ini pun penuh kealpaan dan kesombongan. pilihan ditangan kita sendiri, bak kata lagu pak pandir " ada mata tengok, ada telinga dengar, ada otak pakai, ada mulut DIAM" aku tambah sket ada blog, pikir..

koi ngarut jer

Aok sume kenal Roslan Maadun? kalau tanya ke koi, memang koi tak tau la..

tapi pak cik ni sebenarnya glemer..popular dan seangkatan denganya. dia ni penyanyi lagu rakyat pahang..nape koi beminat pasal lagu rakyat ni pulok, padahal bukan dengor Pahangfm pun koi layan Hot ke, era ke, xfm ke, fly ke baru la world haha. selain pak cik ni ramai lagi penyanyi lagu rakyat, antaranya Aripin Said yang penulis cerpen tu..dia orang seberang chenor rasanya

mula mencari bila terbuka blog azar..budak temeloh hak duk marjon. bonda dia suh dia nyanyi lagu mengilir sungai pahang kat plymouth sana, bior tebeliok mata mat saleh tu tapi nok buat gone..susoh nak nyanyi lagu gini sebab orang muda cam koi ni memang tak dengor lagu-lagu gini..bukan jiwa. lagi pun nak nyanyi mmg kena lancor la nyebut bait-bait lirik dengan bunyi pahang. loghat pahang pulok memang sebetul-betul bahasa daeroh sebabnya tiap daerah berbeza bahasanya..org temeloh cakap gini, org raub cakap gitu, org lipis cakap cam nih..hasilnya wujud satu kerencaman bahasa dan budaya. tu belum kira hak org felda lagi, bape ramai boleh cakap bahasa daerah..padahal dapat tanoh kat sini.

apa yang penting budaya dan tradisi dapat dipertahankan..sorry la, da out sket bahasa nih. moh layan dulu bidio nih


Sabtu, 18 April 2009

We Lead, Others Follow

okeh hari ini..minggu ini nak cerita pasal aku punya praktikum. sapa nak baca silakan, yang tak nak tekan Alt F4

kisah bermula dengan penempatan praktikum di sebuah sekolah lelaki sesi petang. haha bob dengan somboreno menuduh aku gay, kepala angguk dia haha. dia duk besut bleh la, mana ada sekolah laki. aku lak sebagai pelatih pendidikan guru ni mesti la menurut arahan dan perintah, mudah nak kata yes man..yes mam

sekolah yang aku pegi ni sebenarnya da pegi dulu untuk sesi SBE yang pertama...tp di sekolah la salle (1). kali ni lak la salle (2) sekolah yang sama tp berbeza pengurusan pagi dan petang. berbeza dengan sekolah (1) , sekolah (2) mempunyai bilangan murid kira-kira 150 orang sahaja. bilangan guru juga tidak ramai.

seperti biasa sekolah yang aku pegi mesti glamer punya haha..kalau sekolah (1) berbangga dengan Titus James Palani yang sekarang berada di perancis..sekolah (2) pula kehilangan seorang murid mereka bernama Asmawi (mawi) yang hilang di Mid Valley awal taun lepas. semoga mawi dapat dijumpai dan pulang ke pangkuan keluarga.

pentadbir sekolah semua relak jer, memahami yang kami nih masih baru serta bimbingan lagi. jadual waktu juga tidaklah padat sangat sebab kelas 4-5-6 sikit jer, kami disuruh membantu ari sukan serta menampalkan bod depan bilik guru tu. Topek boleh ajar budak darjah 1 seramai 6 orang jer tapi unruk PJ la. bukan senang nak control budak kecik nih

guru-guru pulak lagi sempoi haha..sekepala smuanya. slalu pulak belanja guru pelatih ni kalau minum, guru pembimbing pun relak jugak walaupun perempuan haha..mereka memberi sokongan yang cukup, back up kami kat lecturer lagi serta memberi markah yang berpatutan untuk pemerhatian mereka. sungguh terasa macam famili, minggu pertama je kami da dijemput pergi ke kenduri kat rumah cikgu fuad nih. kalau pegi sekolah lain, nama cikgu pun tak sempat nak ingat..sebab sebulan jer

murid-murid aku lak sebenarnya ok, tak de nakal pun. kelas yang bising pun 4A sebab tu kelas pelbagai kebolehan jadi susah sket nak control. tapi berbekal dengan keazaman dan hasil komen lecturer pada observe yg petama..boleh la gak. kelas 4A ni aku ajar KT n Sivik, disebabkan dorang bosan dengar ceramah perdana aku la yang dorang jd bising tu kot. nak wat cam mana, nama pun sivik..aku beceramah la haha..tp lepas tu buat la main peranan ke nyanyi ke, melukis ke. kelas 4A yang agak best ni sbb budak2 dia ni macam2 perangai, nak kata muka tak cukup garang tak tau la plak. rasa da macam taiko abis da, dorang boleh baca hati kot..haha. lagipun suara aku slow je time ngajo (aku kan romentik, mana cakap kuat2 haha) nak pukul kat sini tak boleh, mmg guru tak sentuh murid. tapi lama-lama dorang ok lak, bagi adiah lagi.

kelas kedua aku ajar lak 5A utk KT n PJ..ni mmg kelas ok. sebab darjah 5 ada dua kelas, 5A & 5B. kelas ni macam biasa pelbagai kaum..stended brickfields la. budak2 dia pun pandai, tapi setakat aku ngajo dorang..boleh lagi la jawab soalan dorang. kalau tak leh jawab, aku pusing2 je jawapan tu wakaka. dorang tanya kat Malaysia ada harimau putih ke tak? jawab la kat zoo ada haha. rimau belang albino ker..

observe yg petama tu x besedia sbnarnya, aku start ngaja minggu ke 2 sbb minggu petama tu mmg waktu aku sekolah wat sukaneka. minggu ke 2 tu, sehari slepas lawatan sosial aku da kena observe. jadi hasilnya di bawah par la. observe besama ok la sket kot. haha ape nak expect ngan aku..student biasa jer..

bab koku lak macam biasa la kena membantu guru2 ni handle..kecuali satu sesi kena handle sbb cikgu yg biasa handle tu pegi kursus. aku dapat persatuan BM ngan TKRS, kat pesatuan BM ni blur sket haha walaupun aku dulu ahli setia sbb nya dulu selalu wat pantun, puisi dan sajak tapi standard la sek menengah. ni sekolah rendah, dia punya tahap lain sket. TKRS lak aku handle sekali je sbb nya cikgu penasihat tu kursus, cikgu yang tinggal tu tak reti (macam la aku reti haha) dapat la budak2 ni sedikit ajaran sesat dari aku. ape aku ajar ape yang ingat je la, kawad kaki sket2, pangkat dan juga sejarah KRS.

semalam, ari last..ada sedikit jamuan perpisahan dari kami n cikgu pembimbing. guru besar memberi nasihat katanya yang baik jadikan tauladan, yang tak baik tinggal di gate haha.

sekian trimas..kat smua warga la salle tmasuk skola 1,2 & menengah

tu je la kot yg boleh tulis..wat pe nak panjang2..banyak maklumat diri di internet tak bagus utk keselamatan..nanti CIA amik..buat profile macam facebook tu

Isnin, 13 April 2009

Seputar

aku pun tak tau maksud entri nih..maksud dia macam berputar-putar la kot

setelah beberapa lama tak menulis secara serius disini, terpancar pula nafsu untuk jari jemari ini menari diatas papan kekunci.

sepanjang minggu lepas, perhatian Malaysia telah bertumpu kepada pembentukan kabinet baru Dato' Seri Najib. tapi tak de keja aku nak ulas-ulas pasal kabinet nih, sendiri cari la kat internet.

yang menarik perhatian ialah beberapa kejadian minggu lepas :

1) Dato' Seri Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan mahukan kesemua parlimen di Malaysia menubuhkan sekurang-kurangnya 1 batalion Rejimen Askar Wataniah untuk mengukuhkan pertahanan negara. Beliau juga mengatakan bahawa pasukan kadet tentera disekolah akan ditambah lagi, agar pelajar sekolah diberi peluang dan pendedahan kepada dunia ketenteraan.

hehe dato', dasar dato' ni bagus da selaras dengan HANRUH yang memang da lama ada. bagaimanapun diharapkan agar pasukan wataniah ini tidak semata-mata diwujudkan begitu sahaja dan kemudian dibiarkan begitu sahaja. tempoh latihan juga perlu dikaji semula, di zaman begini mungkin sukar untuk pekerja mengambil cuti untuk tempoh yang lama bagi mengikut latihan perajurit asas serta khemah tahunan. walaupun pekerja kerajaan diberi kelonggaraan namun, susah untuk menerima cuti nih..syarikat mana nak rugi. kalau keja cikgu pun, masa pegi khemah tahunan tu buatnya sekolah nak exam..mesti tak boleh punya.

cabaran kedua yang aku nampak masa jalan-jalan kat cari.com ialah dorang kata ini sebagai instrumen untuk BN dapatkan undi pos. yela satu batalion tu ramai, tambah lak buat kat parlimen..lagi la dorang suspek ingat benda bukan-bukan. apa dorang ingat wataniah ni regular ke, boleh ngundi pos. kad pengenalan dorang ngan tetap pun ada beza. relak jer ayah member aku ngundi kat sekolah dulu, wataniah gak..boleh je nak support parti apa. pasukan simpanan, lebih kurang dengan JPA3, rela dll. jadi kesimpulanya, yg cakap macam ni cakap guna kepale lutut..tak tau pasal askar nak cite askar. haha (ak pun sama la)

selain itu gak, dato' zahid ada cakap pasal kadet tentera di sekolah. sebenarnya tak de kadet tentera di sekolah. yang ada nama dia Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, sebab apa nama dia kadet bersatu fikir la sendiri hehe. mungkin ada kaitan ngan UK punya kurikulum kat sana ada Combine Cadet Corps (Army, Royal Navy, RAF). PKBM ni bukan sekolah tak nak buat tapi banyak yang kena tolak sebab jauh dari kem. jadi jurulatih payah la nak datang, sebab tu ada KRS, krs cikgu je yang latih..(sekolah yg rajin sket, amik ex army @ rela) tp sukatan krs tak de la sampai nak belajar pasal strategi perang. jd dato' kalau tak mampu nak tubuhkan PKBM lebih banyak..hantar2 la bantuan kepada krs nih. dapat M-16 untuk latihan menembak, kawad senjata jadi la..haha

sebagai Menteri Pertahanan gak, dato' kena pikir cam na nak ganti nuri tu..tp orang paham kot ekonomi teruk skang. cuma kesian la kat pilot dan crew..serta kuarga mereka

sekian..

p/s: apesal aku x tulis pasal menteri pelajaran ek..haha

Jumaat, 10 April 2009

Apa yang kau cari disini?

Disini tiada berita abby-zul

Dsini tiada cerita kupu-kupu

Sabtu, 4 April 2009

filem pahlawan

Pahlawan Mat Kilau

Tadi, Mat Jack ngan Pert bercerita tentang Queen of Langkasuka. Satu epik dari negara gajah putih yang bakal menyerang panggung tanah air kita dalam masa terdekat. Yang nak cerita dalam entri malam minggu ini mengenai penghasilan sebuah filem mengenai kebangkitan pejuang bangsa menentang British dan sipahi-sipahi mereka. Sejarah telah merekod satu kebangkitan (uprising) di satu tempat bernama Temerloh. Tak perlu nak dicerita kot tentang Datuk Bahaman, Dato' Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi dan rakan-rakan.

Nak disampaikan perkhabaran, bahawa menurut surat khabar yang khabarnya sebuah filem dengan belanjawan RM 10 juta dalam proses pembikinan. Pelakon yang bakal memegang watak Mat Kilau katanya seorang pelakon amatur dan merupakan seorang guru silat dalam perguruan silat yang masyhur di Malaysia. Pemilih beliau berdasarkan kebolehan bersilat serta dikatakan memiliki bentuk tubuh yang menyamai dengan Mat Kilau. Pemilihan guru silat amat bagus, bagaimanapun bagi mengimbangi nilai seni dan komersial maka wajar dimasukkan gerak silat dari perguruan silat yang dikatakan diwarisi dari Mat Kilau. Silat ini ada diajar di Kuantan oleh cucu cicit pejuang ini. Dalam memenuhi kehendak komersial pula, gerak silat perlu dilakukan dengan menarik selagi ia tidak mencemar silat itu sendiri.

Dalam hal skrip pula, oleh sebab ini merupakan filem epik wajarlah loghat daerah di Pahang digunakan bagi menambahkan lagi keaslian filem sebegini. Loghat daerah juga tidak terlalu sukar serta tidak jauh berbeza dengan bahasa Melayu sekarang.

Seterusnya, dengan belanjawan RM 10 juta sudah pastinya penonton meletakan harapan yang tinggi agar filem ini berkualiti dan pada masa yang sama padan dengan harga tiket yang dikeluarkan dari dompet kulit yang semakin menipis. Dan setakat ini, filem sebegini yang dihasilkan di Malaysia kurang mendapat sambutan berbanding filem-filem ringan bersiri anak mami yang menjanjikan pulangan berlipat ganda. Lihat saja nasib 1957: Hati Malaya bandingkan dengan pulangan filem anak mami kembali.

Dan apa yang penting? hehe..yang penting ialah filem ini berkualiti dan seterusnya kesedaran yang tinggi dalam kalangan penonton. Masalah belanja dan teknologi yang mengekang kita untuk menyokong filem epik tempatan berbanding antarabangsa juga sebab yang perlu diatasi, selain daripada mentaliti dan pemikiran yang memang tidak mahu tahu tentang sejarah negara sendiri. Ye mungkin, ini tidak sebaik Forrest Gump, tidak secemerlang Saving Private Ryan, tidak seperti Valkryie tapi diakhir semuanya filem Pahlawan Mat Kilau, filem tentang kita. Orang kita. Tokoh kita.

Apa yang diharapkan filem yang berkualiti..sebab ia membawa nama besar. Malu kalau tak menjadi.

Khamis, 2 April 2009

Terima Kasih Pak Lah

Hari nih, Pak Lah akan menghadap YDP Agong bagi menyampaikan hasrat meletak jawatan sebagai PM dan mencadangkan Timbalan Perdana Menteri sebagai Perdana Menteri yang baru.

Diharapkan peralihan kuasa ini berjalan lancar serta Perdana Menteri yang baru dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau dengan efektif dalam kemelut politik dan ekonomi ini.

Kepada Pak Lah, walaupun tidak begitu 'glamour' dan perletakan jawatan ini tidak begitu dirasai dalam kalangan rakyat biasa. Ucapan terima kasih harus dikalungkan kerana telah menerajui pentadbiran negara sejak 2003. Gelombang dan kemelut silih berganti membuktikan bahawa cabaran-cabaran yang bakal dihadapi negara memerlukan kepimpinan yang lebih efektif serta dapat memenuhi kehendak semua pihak.

Cabaran ini lah yang bakal dipikul oleh Dato' Seri Najib selaku bakal teraju kepimpinan negara. Dan selaku Presiden UMNO juga BN, PM baru perlu memulihkan sokongan rakyat kembali kepada BN. Rakyat sekarang tidak lagi takut untuk mengubah undi mereka kepada calon yang dapat memenangi isu di hati mereka. Dato' Seri juga perlu menyelesaikan beberapa isu serta masalah yang timbul mutakhir ini seperti agama, hak orang Melayu, bahasa, dan kegawatan ekonomi global ini. Pengalaman luas Dato' Seri dalam kerajaan seharusnya membantu dalam hal ini. Tidak kurang juga yang mungkin akan membandingkan Dato' Seri dengan Ayahanda beliau iaitu Tun Razak.

Akhir kata, selamat bersara Pak Lah dan selamat berkerja Dato' Seri Najib.

Rabu, 1 April 2009

Selamat Hari Lahir

selamat hari lahir bonda

happy birthday mak

selamat hari jadi ibu...

seribu ucapan, seribu kata yang dirangkap

tak kan dapat membalas jasa mu pada kami

dilimpahi kasih, dicurahi sayang

walau tak ditaburi permata dan wang

selamat hari lahir Pn.Hajjah Rafeah Bt Mat Nor