kelik-kelik

Isnin, 22 Jun 2009

Kempen..



1. Sekadar berkongsi informasi, syarikat telekomunikasi DiGi melancarkan satu kempen untuk memberikan sumbangan kepada NGO-NGO yang telah ditetapkan oleh mereka dari bidang sosial, kesihatan dan alam sekitar.

2. Orang ramai boleh menyumbang dengan mengklik pada http://www.lovetosave.com.my/ atau pada banner kempen ini di blog saya.

3. Apabila telah diklik, pengguna diminta untuk menyertakan alamat emel dan umur mereka.

4. Selepas itu, satu emel akan dihantar kepada pengguna untuk mengesahkan bahawa emel telah diterima. Klik sahaja pada emel ini dan ia akan membawa anda kembali ke laman http://www.lovetosave.com.my

5. Setelah emel disahkan, barulah RM 5.00 akan didermakan kepada NGO yang telah dipilih.

6. Di blog ini, NGO yang dipilih ialah NASCOM iaitu National Council of Senior Citizens Organisations Malaysia.

7. Saya telah vote untuk MAKNA, tapi tadi saya dapati NASCOM yang paling kurang dapat sumbangan. Prinsipnya mudah, banyak vote..banyak sumbangan.

8. Kempen ini untuk 30 hari sahaja dengan DiGi berharap untuk menyumbang RM 150,000

9. Scam? entah saya tak rasa ini scam kerana tiada transaksi dari pengguna pun kecuali memberikan alamat emel sahaja. Kalau rasa tak selamat, jangan guna primary email..guna alternative. Di laman rasmi digi juga ada link ke web ini. Rasanya, NGO-NGO nih yang tak menjalankan aktiviti subversif yg langsung mengacam negara.

10. Sekian, menolong orang setiap masa..hehe tak kan tak tau persetiaan kot

Ahad, 21 Jun 2009

Selamat Hari Bapa

Selamat hari bapa buat ayah..yang terlalu berjasa kepada diri ini.

sukar untuk digambarkan dengan perkataan

Rabu, 3 Jun 2009

buang masa

Masih bernafas dan masih melangkah di bumi kesatria ini selepas menunggang kuda kesayangan menuruni perjalanan penuh liku di banjaran titiwangsa

happy birthday utk kuda gua yang masih tak bernama...sume gadjet-gadjet sebelum ni diberi nama francais kudabesi 1,2 tak pun deadCLOWN

tapi kudabesi sekor nih tak dapat nama lagi

Selasa, 26 Mei 2009

Aman lah kau disana..

Lelaki Komunis Terakhir (Malaya) a.k.a Malaya's Most Wanted Fugitive is now pleads to get back to a place where he once declared war to the King and have lead the terorrist to do killing of inocent lives. He is no other than Chin Peng.

Kepada manusia bernama Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya yang meletak senjata tetapi masih menganut ideologi komunis, sedarlah bahawa penderitaan yang dialami oleh rakyat Malaysia masih lagi dirasai sampai sekarang. Generasi hari ini yang mengaku urban, dibesarkan dengan game boy, membaca Stephen King dan memenuhi masa berfacebook dan blogging sudah pasti tidak merasa terkesan apa-apa akan rayuan Chin Peng ini. Bukan la nak kata aku tua (muda bergaya lagi) dan pernah berperang dengan anggota PKM nih, tapi dibesarkan dengan mengenal sejarah negara ini.

Bukan lah tidak menghargai akan jasa pejuang haluan kiri tetapi perlu dibezakan antara pejuang dan petualang. Mereka yang memilih perjuangan PKM ini merupakan mereka yang telah tersasar dan dikelirukan. Matlamat mereka untuk memerdekakan negara dan selepas merdeka pun masih ada yang meneruskan perjuangan mereka.

Masih terasa lagi kesan-kesan yang terhasil dari kegilaan mereka untuk berkuasa. Berapa ramai yang terkorban untuk mempertahankan negara.

Senang kata, biarlah Chin Peng di sana...dari dia pulang dan menyebabkan huru-hara. Belum pulang lagi dah kelam kabut di sini.

Isnin, 11 Mei 2009

Satu Kisah Lampau


tadi gua jalan-jalan blog dimerata-rata tempat, tersinggah plak kat blog Lt. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB. Dalam membaca tu, terjumpa pulak satu komik propaganda oleh PKM. Yang menarik ialah PKM turut menyenaraikan serangan mereka di Jalan Chenor pada tahun 1948. Biasalah masa tu tak lahir lagi, ayah pun baru umur 4 tahun. Tak sempat lak nak tanya sejarah lama Chenor nih. Tapi pernah terdengar orang cerita serangan Komunis di pekan sari chenor. Anyway, tengok lah cerita nih. Jangan terpengaruh sangat dah la, PKM bukan berjuang untuk merdeka sangat. Kalau betul dah lama mereka letak senjata lepas merdeka bukannya nak tunggu tahun 1989 selepas blok komunis sendiri mula runtuh.

credit to: Lt.Kol (B) Robert Rizal, Pingat Gagah Berani
pgbwarrior.blogspot.com

Ahad, 10 Mei 2009

Enrique


nih bukan nak tulis pasal Enrique Iglesias tu..tak de masa nak cerita pasal artis hollywood kat sini. nak baca cerita artis pegi kat murai la, nama pun murai haha.

Enrique yang diceritakan merupakan satu individu Melayu yang telah menjadi krew dalam pelayaran Magellan mengelingi dunia pada satu masa nan silam (cewah). Terjumpa dengan nama nih masa jalan-jalan secara maya di cari.com biasalah lepak-lepak di PLH mesti ada cerita-cerita legend macam nih. Kemudian dapat pulak link ke blog nizam zakaria dan telah menyedut cerita Awang Vampiro disana.

Enrique The Malacca, Henry The Black merupakan nama yang telah diberi oleh mat saleh merujuk kepada Panglima Awang. Ada juga yang panggil dia Henrich, Henry la juga tu cuma dalam sebutan atau lidah penutur bukan Inggeris.

Panglima Awang dikatakan merupakan berusia sekitar 17-18 tahun semasa ketamadunan Melaka diserang oleh Portugis. Akibat sengketa dan leka, Melaka telah berjaya ditawan oleh Portugis walaupun tetap dilawan oleh pendekar-pendekar serta rakyat yang masih setia. Antara yang turut sama berjuang mempertahankan Melaka ialah Panglima Awang. Malang bagi beliau kerana telah ditawan bersama-sama rakan lain oleh Portugis walaupun mereka bukan calang-calang pemuda. Silat dan isinya merupakan latihan harian mereka, namun segalanya sudah tersurat Melaka berjaya juga ditawan.

Nasib pemuda-pemuda ini kebanyakkanya dijadikan hamba atau tawanan perang oleh Portugis. Selepas beberapa lama, mereka dibawa balik ke Eropah bersama-sama angkatan perang. Tawanan-tawanan ini ada antaranya kemudianya dijual di perhentian-perhentian kapal ini seperti di Gao, India. Bagaimanapun, Awang tidak dijual kerana mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan tawanan lain. Dikatakan Awang kelihatan lebih gagah dan sasa dari pemuda Melaka lain. Selain itu, Awang ialah orang yang bijak dengan mudah dia cepat belajar bahasa asing dan dapat menguasai bahasa itu dengan baik. Dan dikatakan kemungkinan Awang ini orang laut, jadi asam garam di laut sudah menjadi resmi hidupnya. Sudah pastilah ini membezakan dia dan orang lain.

Kapten Kapal, Ferdinand Maggellan telah memberikan sedikit keistimewaan kepada Awang dan dibenarkan dibuka rantai serta berkerja sebagai kuli di kapal. Maggellan telah menukarkan nama Awang kepada Enrique iaitu nama Portugis. Ada juga versi mengatakan bahawa Awang telah ditukarkan agamanya. Bagaimanapun, perkara ini tidak dapatlah dipastikan kerana mungkin berlaku penambahan cerita oleh barat atau mungkin juga Awang berasal dari suku yg masih belum memeluk Islam.

Maggellan telah membeli Awang dari Alfonso de Albuquerqe kerana merasakan Awang sebagai seorang rakan bukan lagi layak menjadi hamba. Awang telah berkerja dengan Maggelan di Portugal. Mungkin beliau antara anak Melayu terawal yang menetap di Eropah. Maggelan pula telah melarikan diri ke Sepanyol dan meminta untuk raja Sepanyol menaja ekspedisinya untuk keliling dunia dan mencari jajahan baru untuk Sepanyol. Atas reputasi, maka Maggelan diterima walaupun dia orang Portugal.

Melalui perjalanan dari barat mereka telah membuktikan dunia ini bulat kerana telah menemui bahagian timur iaitu di Filipina. Tiba di Filipina, rombongan kemudiannya telah diserang orang tempatan. Maka tamatlah riwayat Maggellan dan puluhan anak kapal lain. Pelayaran telah diteruskan oleh Panglima Awang yang mengemudi kapal balik ke Sepanyol. Bagaimanapun, pengiktirafan diberikan kepada Maggelan kerana Awang bukan orang eropah.

Tiada yang tahu sebetulnya cerita selepas ini, ada yang kata dia kemudian balik ke Melaka, Nusantara. Ada yang kata dia tinggal di eropah. banyak versi

---------------------------TAMMAT-------------------------

cerita ini bukan semata-mata fiksi tetapi sebuah peristiwa yang telah luluh dan reput dalam sejarah kita. catatan jurnal pelayaran Maggelan oleh Antonio Pigafetta turut menyenaraikan nama Enrique.

Henry the black juga memang ada dalam sejarah kelautan barat, yang tidak ada ialah peranan sebenar dan sumbangan serta nama Awang itu akibat permainan mereka yang mahu menyembunyikan kekuatan dan kemasyhuran ini.

Nama Panglima Awang ini dikatakan sekadar ciptaan Harun Aminurrashid, seorang guru MPSI pada tahun 1957 dalam novel 'Panglima Awang'. Kemudian Dr HM Tuah dengan novel beliau 'Enrique' terbitan Utusan kerana menang HKSU taun berapa entah.

Tun Dr Mahathir pada satu masa pernah meminta pihak-pihak berwajib menjalankan kajian mengenai Panglima Awang ini. Jangan sampai kita terlupa bahawa kita juga bangsa yang gagah meredah samudera mencipta kejayaan tetapi bukan penjajahan.

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap Menjadi pedagang dan peniaga Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung Samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?"

TDM- Perjuangan Belum Selesai

contengan

malas siot nak tulis-tulis blog nih,

nasib baik ni blog suka ria aku,

kalau aku kerja sepenuh masa sbagai blogger mau aku tak makan nasi hehe

aku pun tak tau sebab apa bukak blogspot nih, ingat dulu nak jadi blogger politik

sekali tak berapa minat la pulak nak menulis hal-hal politik dan tikus-tikusnya

ilmu pun tak cukup lagi, setakat belaja sains politik lebih kurang 15 minggu (tak tolak monteng lagi)
ape barang

jadi skang, aku ikut suka nak tulis apa pun..