kelik-kelik

Isnin, 21 Julai 2008

Mencari Sinar di Hujung Kelam


Stadium Temerloh
Satu Gambar Memberi Seribu Makna

Saje je letak gambar nih, teringat balik masa post gambar ni kat ipgmc..


Sabtu, 5 Julai 2008

Born In the 4th Of July

semalam 4 july 2008..dan kami menyambut perayaan tahun ke 3 berada di maktab nih.. kebetulan semalam gak independence day kat U.S

kalau nak ikut ambilan julai 2005 ni cuma tinggal 20 orang yang tinggal, yg lain tu bukan kena buang tapi da melanjutkan pelajaran ke luar negara dah..

jadi kami je la yg sambut kat sini..

tapi yang penting bukan jumlah taun sebenarnya tapi macam mana tempoh 3 taun tu boleh ubah kita orang dari budak-budak lepasan sekolah jadi kumpulan guru yang terlatih dalam tahun 2011.
tu yang penting, kalau nak ukur tahap kertas fotostat tu da tebal da tapi kalau nak ambil kira tu sebagai bench mark ilmu tak tahu la brape banyak je yg terpateri di minda nih.

mengenang kembali saat penutup minggu pengurusan pelajar baru taun 2005 dulu, dibagitau bahawa kumpulan pismp akan menjadi kumpulan yang verstail sebab tu la agaknya kita orang kena blaja macam-macam. tapi tak pe la redha je.. elaun da dapat kan ;)

ngomelan aku

Yeaah I’m back ;)

Aku baru-baru nih sempat pegi ke Petaling Street the home of counterfeit product haha..

Best wo, da lama tak pegi membeli-belah sambil mengabiskan duit kat china town Malaysia ni. Last pegi pun da tak ingat dah, taun lepas tak pernah pegi pun. Maklum la PS ni. Sendiri paham la.

Aku pegi bersama-sama member-member aku la ari rabu malam khamis. Kitaorang naik tren je sebagai menyahut seruan menggunakan kenderaan awam ;)

Turun je tren di pasar seni tu ternampak satu grafiti yang menampilkan satu statement yang bagi aku layak dipertikaikan. Grafiti tu tertulis lebih kurang macam ni la ’kami tak mahu kapal selam, kami tak mahu jet pejuang, kami mahu gaji lebih’. Mesej ni ditujukan khas kepada Pak Lah selaku PM dan Najib selaku TPM merangkap menteri pertahanan. Yang menujukan mesej ni pula ialah ’rakyat malaysia’. Rakyat malaysia yang mana aku tak tau la pulak. Mesej lain pula ialah kami mahu ’spray-can’bukan senjata.

Aku selaku rakyat malaysia dan anak pesara kerajaan memang suka kalau kerajaan nak naikan gaji dan pencen. Sebab sekarang ni, kos sara hidup memang tinggi..kalau yang duduk di kampung merasai bahang, yang duduk di bandar pasti da nak terbakar da nih..(terbakar ati la). Harga minyak di pasaran dunia sekarang ni naik bukan sikit tapi naik macam ada spring...keja naik tak reti nak turun pun.

Tapi,dari satu segi tak kan lah kita nak tengok askar -askar kita pakai single load rifle waktu orang lain da sampai kepada tahap cyber war dimana penggunaan AWACS, ECW, rifle yang boleh lipat,ada kamera, setiap askar ada night vision, ada nuclear powered submarine, ada supersonic interceptor .

walaupun dasar pertahanan negara ni bukan la jenis nak menakluk mana-mana negara tapi kita la mesti setanding dengan mana-mana negara terutamanya negara-negara jiran untuk mengimbangi dari pelbagai segi termasuk la dari segi politik.

cuma yang boleh dipersoalkan ialah harga tender-tender tu supaya tak melampau mahal, sebab malaysia ni bukan berfokuskan kepada pembinaan pertahanan sangat.

kalau da banyak duit dibelanjakan beli alatan pertahanan nanti tak de duit lak nak buat sekolah, nak cetak buku, nak bayar cikgu hehe ;)

Ahad, 29 Jun 2008

Vamtac



ni gambar-gambar Vamtac iaitu dikatakan kenderaan utiliti yang telah dibeli oleh Malaysia semasa pameran pertahanan di DSA KL yang berlangsung di PWTC tak lama dahulu. Kalau tengok dari rupa Vamtac tak jauh berbeza dari kenderaan utiliti yang dikeluarkan oleh US iaitu Humvee. Mengikut forumers di board MPSA kat cari.com, kemungkinan kenderaan ini digunakan oleh unit PARA.

kenderaan ini boleh dijadikan platform untuk melancarkan anti-tank




pandangan dari sisi macam Humvee




ni saja je letak..kat belakang tu Hummer iaitu versi awam untuk Humvee
kat Malaysia tak de banyak Hummer ni




kredit to mpsa..
segala maklumat adalah tanggungjawab anda sendiri nak pecaya ke tak (disclaimer ni)

Isnin, 23 Jun 2008

Abdullah Hukum



Hj Abdullah Hukum sebagai Penghulu dan Dato' Dagang


post ni aku nak cite sikit pasal Hj Abdullah Hukum, yang merupakan antara pelopor kemajuan KL nih..

berbeza dengan Yap Ah Loy, jasa Hj Abdullah Hukum ini semakin terpinggir dari pandangan masyarakat sekarang. aku pun sebenarnya sebelum ni tak mengetahui mengapa ada stesen LRT Abdullah Hukum dan dari mana datangnya nama Kerinchi tu.

kampung Abdullah Hukum pun boleh dikira da tak de da..yg ada sekarang tinggal beberapa buah rumah je dan rumah-rumah sebelum ini diganti dengan flet.

Abdullah Hukum ni berasal dari Kerinchi, Sumatera. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Rukun kemudian ditukar oleh beliau sendiri ketika beliau di padang Arafah. Dikatakan beliau telah datang berdagang ke Tanah Melayu seawal tahun 1850 lagi ketika itu berusia kira-kira 15 tahun.

Beliau kemudian berjalan kaki pula bersama-sama rakan untuk ke kuala lumpur dari melaka. perjalanan itu memakan masa beberapa hari (ye la dulu mana da hiway, keta laju2)

Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membuat tali air selama tiga tahun di Serambut (Batu Lima Gombak sekarang). Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.

Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut (Putera Raja Muhamad) kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di Pudu (di kawasan Bukit Bintang sekarang).

Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selama tujuh tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawa beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan guni beras.

Selepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk membuka kebun (nenas) di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).

rumah Abdullah Hukum kat Kg Abdullah Hukum, Bangsar

Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi). Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbau kerana beban tugas semakin bertambah.

Ketika beliau menjadi Penghulu inilah Abdullah Hukum cuba menyatukan tiga kaum utama di situ – Melayu, Cina dan India. Sebagai menghargai kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai ‘Jalan Bangsa’ sempena penyatuan ketiga-tiga kaum. ‘Bangsa’ kemudian bertukar menjadi ‘Bangsar’. (sejarah nama bangsar ni ada banyak versi gak, kat wikipedia tulis lain)

Apabila meletus peperangan Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad memanggil Abdullah Hukum untuk membantu melawan musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Dagang sebagai panglima perang.

Sebagai menghormati jasa dan bakti Datuk Dagang, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Datuk Dagang dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Datuk Dagang menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.

Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.

Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.


Kita tidak mahu nama Abdullah Hukum, seorang peneroka awal penempatan Kuala Lumpur tertindih dengan tumpuan terhadap Kapitan Yap Ah Loy sehingga nama Abdullah Hukum turut terpadam di dalam lipatan sejarah Kuala Lumpur.

Demikian iltizam Abdullah Hukum yang menjadi ikon warisan sejarah Kuala Lumpur sejak penerokaannya dalam era 1850-an sehingga ke hari ini. Sejarah 50 tahun Malaysia merdeka tahun ini biarlah dirayakan tanpa meluputkan nama pejuang dan perintis bangsa yang banyak meninggalkan jasa, seperti Abdullah Hukum.


Mempertahankan legasi : cucu Abdullah Hukum menunjukkan rumah warisan tokoh itu

penulis sebenar Abdul Rahman Hashim.
diambil dari board history, myth, legend forum cari.com
sesetengah perkataan da diedit oleh aku.

Sabtu, 21 Jun 2008

altalavista babeh

setelah sekian lama tak update blog ni, baru hari ni boleh update itu pun setelah mendapat saingan dari pert dan mejah yang aktif berblog sekarang ni. mungkin dorang nak masuk rancangan blog kot atau buat duit dengan buat blog yang glamer dan bleh makan hasil iklan. tapi entah la, Jeff Ooi yang da jadi YB tu bloggers terkenal gak tu. kalau tak salah aritu dia bawak keta wira je masa pegi angkat sumpah sidang dewan rakyat tu. dia masuk paper pasal ape ntah, guard tak bagi dia parking kat tempat yang sepatutnya. Mungkin guard tak caya kot ada YB bawak wira je.

sebelum aku melalut jauh dalam dunia politik nih (kang kena naik court lak) aku nak ucap tahniah kat adik gua yang da berjaya mendapat tawaran sambung belajar kat Unimas tu. Ucapan aku kat dia ialah "belajo bebetul weh". nampaknya aku je la yang tak belaja kat U lagi hehe aku cuma mampu masuk I je iaitu IPGM.

amanah yang diberi untuk menjaga honda dan kancil tu akan dijunjung tapi dengan syarat mana duit minyak, duit servis dll???..tengok la kalau aku rajin nanti aku time aku balik aku bawak la moto keta tu jalan2.

moto yang tak lepas nak seberang laut china selatan

Sabtu, 29 Mac 2008

tsunami politik malaya 2008

tsunami politik malaya...

13 hari berkempen yang panas dan mendebarkan telah berakhir dengan satu keputusan yang mengejutkan kepada ramai orang (walaupun sebelum ini da blog2 yang menjangkakan keputusan seperti ini)

isu harga minyak, kadar inflasi (kenaikan harga barang), isu-isu dalaman parti BN, keperibadian pemimpin BN dijaja dan diarak ke ceramah-ceramah dan juga ke medan pertempuran yang adil dan saksama iaitu internet..

pihak BN melakukan serangan ofensif terhadap pembangkang melalui kempen di media arus perdana..melalui kempen "Pade Doh 18 Tahun" yang khusus dirangka dan dirumus dengan segala ramuan ajaib lagi dijamin berkesan oleh think tank bijak bestari BN/UMNO..

malang berkali malang, apabila kempen-kempen ini berjaya ditangkis oleh pembangkang melalui blog-blog, laman web, emel, perang poster elektronik di friendster dan lain-lain. Pembangkang juga pada awal-awal lagi telah melancarkan kempen untuk memboikot terhadap media arus perdana a.k.a atas tanah a.k.a sah lagi sahih =)

kewujudan para anak muda yang menyokong parti pembangkang juga bukan suatu yang baru..ini terbukti kalau dilihat di friendster yang merupakan sebuah laman kenalan maya yang boleh tahan popular di kalangan anak muda di Malaysia ni..kalau dibuka group UMNO di friendster ia dipenuhi dengan perdebatan panjang lebar oleh penyokong-penyokong PAS khususnya..dimana pergi ahli putera, puteri, pemuda UMNO..atau tidak bisa berdebat di ruang itu kerana ia merupakan satu perjuangan sia-sia sahaja? cuma apa yang perlu difikirkan ialah bagaimana jika seorang pengundi atas pagar membaca tulisan itu? tidakkah akan timbul keraguan terhadap kerajaan? jadi mana pergi sayap-sayap ini???

tak kan tak de yang mampu untuk menjawab tuduhan-tuduhan ini? ermm tak kan cuma berfungsi untuk membuat terjunan di kutub utara atau sekadar berkonvoi sahaja?