kelik-kelik

Isnin, 28 Mei 2012

Misteri : Bersih



28 April 2012, dah dekat dengan sebulan berlalu dah...tapi 'wanita' yang dikatakan dilanggar oleh kereta polis jenis Waja CPS tu masih belum lagi membuat laporan polis mahupun laporan kepada MalaysiaKini atau mana2 agensi berita..

jadi persoalan yang timbul adalah...

1) Wujudkah wanita itu? atau cuma kekeliruan yang berlaku akibat kelam-kabut dan 'hear say' atau cakap orang sahaja

2) adakah wanita itu warga asing tanpa permit yang datang membeli-belah atau mungkin juga memberi sokongan kepada agenda Bersih 3.0? lantas tidak berani tampil ke hadapan dan menjelaskan bahawa tindakan menterbalikan kereta polis berkenaan bagi menyelamatkan nyawanya?

3) adakah wanita itu takut?

Misteri betol la...


saya serahkan kepada Brad Meltzer untuk decoded....lol


Ahad, 27 Mei 2012

Orang penting istana


Datuk Paduka Maharaja Lela di Istana Negara, orang penting dalam melaksanakan adat istiadat pertabalan SPB Yang Dipertuan Agong lalu...mari kita kenal siapa beliau..

nama beliau : Azuan Effendy Zairakithnaini

pekerjaan : Datuk Paduka Maharaja Lela

asal : ????

info : bekas exco Majlis Belia Malaysia 2006-2010 (belia)

gelaran : Ahli Mahkota Perlis (AMP) 2007...mungkin ada lagi tapi tak jumpa dalam gugel

jadi Encik Azuan..anda saya hormati..pencapaian belia nih

jawatan nih bukan main-main, mana ada dalam SPA

Sabtu, 19 Mei 2012

Politik membenarkan segalanya?

aku dah kata dalam dunia politik nih bersederhana lah....

dan kalau takut dikutuk, dicaci, diperli dunia politik (sekurang-kurangnya Malaysia) memang patut kita jauhi

dan terbaru aku dengar ada pihak tuntut agar pihak yang mengutuk Nik Aziz dgn dakwaan tertentu supaya mohon maaf

walaupun aku nih pro gomen tp hal kutuk2 dan benda2 yg bertentangan dgn agama dan nilai moral patut kita jauhi..lagipun Nik Aziz wajar dihormati sebagai ulama, org tua dan MB tu kita kena hormat. jadi perbuatan photoshop gambar2 Nik Aziz dan letak dgn gambar haiwan contohnya tak elok la macam tu..walaupun benda nih dikatakan counter offensive kepada serangan pembangkang yg photoshop gambar PM dan letak mcm2.

cuma aku nak panjangkan lagi cerita nih supaya yang mengutuk Tun Dr Mahathir dlu pun sama-sama mintak maaf, tu belum lagi kira akhbar Harakah sekitar taun 2000 menyiarkan kartun yang menggambarkan Hishamuddin sebagai pondan kerana isu debat antara ketua pemuda

entah politik ape yang dipermainkan la..sebelah pihak boleh kutuk sebelah pihak, macam budak2..aku boleh kutuk bapak kau, kau tak boleh kutuk bapak aku

BESEDERHANA SUDAH

Hinaan kepada PDRM atas nama seni dan satira


TLDM pulak



Sabtu, 28 April 2012

randoms

one year of teaching,

one year of earning ringgit and cent,

Alhamdulillah, syukur

selautan lagi harapan untuk dipenuhi,

seribu haluan menanti dihadapan,

berikan kekuatan, berikan ketabahan,

untuk bukan sekadar mengajar,

tapi juga membentuk,

bukan sekadar mengherdik, tapi mendidik

Jumaat, 20 April 2012

Pondok 2


Pondok 2

Pak mat menyedut kretek dalam-dalam.  Dari jauh kedengaran bunyi tembakau dan cengkih dan bersatu memberikan kenikmatan mungkin. Namun kenikmatan yang dialami cuma sebentar. Hati Pak Mat masih rusuh, memikirkan masalah yang dialami. Masalah yang bukan masalahnya.

Jimmy atau nama kampongnya Najmi datang tersengih-sengih menghampiri warung tua di tebing sungai itu. Digengam sebuah Blackberry Curve, laju pula dia menyedut sisa Coke yang tinggal.  Terkocoh-kocoh dia mampir, seperti biasa. Seperti gelaran yang glamour “Mi Ribut”

“Hah sampai pun gampang nih” separa menjerit Pak Mat..tak padan tua.
“baru bangun boh, malam tadi pegi nengok bola Arsenal kat mamak..” sambut Jimmy lagi sambil tersengih.
Ape cerita kau? Tanya pak mat sambil menjentik jauh punting keretek
“Ceritanya gini Pok Mat, saya dah tweet YB kita tu..harap dapatlah dia membantu usaha murni pok mat nih..”
YB- YB tak boleh harap! Jerit si Pak Mat lagi sambil menghidupkan enjin motornya menjauhi warung tepi tebing.

Jimmy mengeleng jauh.
……………………………………………………………………………………
Semuanya bermula dua-tiga bulan lalu, si peguam membawa surat mahkamah yang mengarahkan sebuah rumah usang ditepi tebing itu bakal dikorbankan untuk memberi laluan kepada projek hab ikan patin.

Memang bagi yang lain, rumah usang itu tidak membawa erti apa-apa..malah menyemakkan saja.
Tempat kambing berteduh waktu hujan, tempat yang culas untuk menjamu selera waktu ramadhan.

Namun, kesunyian, kengerian, kebobrokan yang dibawa oleh rumah usang itu tak setanding dengan isinya..nilainya. Pak Tua ini bukan sebarangan, asalnya dulu guru lepasan MPSI. Memang nasionalis dan minatnya pada sejarah bukan sedikit.

Rumah usang itu bukan sebarang rumah..rumah tok’ki ali, tok guru silat dan orang besar istana suatu masa dahulu. Orang yang hidupnya besar jasanya, walau hilang dari catatan sejarah…tapi tak hilang di minda Pak Mat.  Disitulah tuanku sultan semasa perang disorok agar tak diusik dek Jepun.

Disitulah mulanya berkumpul orang kampung sebaik saja orang bukit keluar menghukum semua yangdituduh barua jepun. Berlatih bersilat sambil membaca ayat-ayat suci yang dipesan.  N

Agak pelik juga walau sudah melangkau 100 tahun, masih gagah berdiri rumah tua itu. Buatan orang dulu kata Pak Mat. Tak macam sekarang, baru 2 tahun bina dah tunduk ke bumi.  
“Sempat juga orang tua nih menyidir, “getus Jimmy.



Isnin, 30 Januari 2012

Berserdehana

disebabkan musim pilihanraya dah dekat, aku memilih utk bercerita politik dekat blog dan bukannya facebook

malas sial nak bergaduh bab politik kat fb. padahal king dan panglima panglima politik bn dan pr semua bertempur kat twitter skang

bercerita politik kat fb tak lain tak bukan nak amik undi atas pagar la tu..

puii politik..puii

baru baru ini aku tengok ada link suh mintak maaf sapa yang menghina pemimpin PR dengan nama yg tak molek ( tak payah la aku nak taip) nak guling juga aku baca

ingat ingat balik, geng yg sama jgk panggil mahafiraun, badawi malaysia pnjaga bxxi, hisam xxxxx

even kartun zunar yg kutuk hisam tu aku baca sejak aku sekolah menengah dalam harakah..ye aku baca 2 belah pihak sejak muda lagi..

dalam berpolitik, cubalah bersederhana...kuat sangat ngutuk pun..besok jemput kenduri orang bawahan ni jgk dijemput. baik anwar ke najib ke payah la nak datang. itu tak kira lagi nak nguruskan perjalanan ke sebelah sana.



Sabtu, 28 Januari 2012

Bersetuju untuk tidak bersetuju




Dalam hal pertahanan, seharusnya unsur politicking yang melampau perlu diketepikan. Terdapat segelintir rakyat Negara ini yang begitu skeptis dan meragui setiap keputusan yang diambil demi keselamatan Negara antaranya ialah tidak bersetuju dan menentang pembelian aset yang dapat mampu memberi kuasa tentang yang lebih ampuh kepada ATM.

Sehingga kini, walaupun Malaysia telah Berjaya mendapatkan kemerdekaan dan menghapuskan ancaman pengganas komunis tidak bermakna bahawa keamanan dan kesejahteraan ini akan berkekalan.
Sebagai pembayar cukai dan pengundi, sudah pasti rakyat sedar dan mahukan yang terbaik buat Negara yang mereka cintai. 

Namun, sikap menetang pembelian aset seperti kapal selam, misil, pesawat pejuang, helicopter utiliti melihatkan perangai mereka sebenar.Kita perlu sedar bahawa pembelian aset ini, adalah bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa. Malah jika kita rajin mengikuti berita mengenai pertahanan Negara, kita sedar bahawa apa yang diperuntukkan itu adalah sebahagian sahaja daripada yang sebenarnya diperlukan. 

Sebagai contoh, satu skuadron kapal selam biasanya terdiri daripada 6 buah kapal selam yang sedia beroperasi. Tapi disebabkan kekangan kewangan, maka cuma 2 buah kapal selam diperolehi setakat ini.
Sentimen membangkang setiap masa dan mempersoalkan fungsi aset-aset ini perlu di campak jauh. 

Tambah memilukan apabila terdapat sesetengah cerdik pandai di dewan rakyat turut sama menyemarakkan lagi pemikiran begini. Mereka yang sepatutnya mewakili rakyat, dilihat tidak lebih bijak daripada rakyat biasa. Ada ahli parlimen secara terang-terang mempersoalkan keperluan kapal selam kepada tldm.

Bagi mereka sebegini, fikirlah bahawa kebanyakkan mereka yang berkerja sekarang memiliki insurans/takaful/kad perubatan yang mereka bayar sehingga 10% daripada pendapatan mereka. Malah ramai yang membayar lebih daripada 10%.  Adakah selama beberapa tahun membayar premium tersebut mereka dapat menggunakan perlindungan insurans tersebut?

Sedangkan dalam masa yang sama, negara Cuma memperuntukkan berapaa peratus daripada hasil Negara untuk bajet pertahanan? Bajet pertahanan ini adalah insurans dan polisi jaminan bagi masa depan Malaysia.  Atau kita perlu menunggu sehingga negara lain sudah mengibar panji perang atau parang di leher barulah kita boleh menambah aset.

Kalau begitu, mengapa tidak sahaja membeli premium insurans selepas didiagnos dengan kanser contohnya?
Saya berpendapat bahawa kita boleh tidak bersetuju dalam banyak hal, tetapi kita perlu bersetuju mengenai hal ehwal pertahanan. 

Apa yang boleh tidak dipersetujui adalah mengenai harga, cara pembelian, jenis dsb. Tetapi bukan mempertikai atau menolak secara total. Atau lebih teruk menyebarkan fitnah seperti PT91M terima dahulu, kereta kebal “recond”. 

Sama-samalah kita menjadi lebih cerdik. Baik menyokong, baik membangkang.