kelik-kelik

Sabtu, 8 Januari 2011

The Banker Who Knew Too Much

It's All About Franklin




1. Jalil Ibrahim adalah satu-satunya orang awam yang telah dianugerahkan dengan pingat tertinggi negara (melebihi Tun) iaitu darjah Seri Pahlawan (S.P).


2. Seorang Old Putera (OP) atau bekas penuntut Maktab Tentera Diraja. Beliau merupakan seorang akauntan.


3. Telah dibunuh dalam menyiasat skandal bank melibatkan nilai 1 billion USD. Skandal ini juga dikatakan mengaitkan orang politik tertentu.


4. Ditemui mati di Hong Kong pada tahun 1983, tanpa sebarang pengenalan diri. Cuma sekeping duit syiling Malaysia yang telah membuatkan Royal HK Police mengaitkan mayat itu dengan negara ini.


5. 'The Banker Who Knew Too Much' sebenarnya tajuk kepada dokumentari untuk CI Asia. CI Asia memang banyak menghasilkan dokumentari macam nih, tahun lepas pasal Al-Maunah.


Al-Fatihah.

Isnin, 3 Januari 2011

3 Jan

1. 3 Januari, genap sekali lagi berumur 24 tahun (syukur). Sedang memulakan diri dalam satu fasa yang baru, iaitu sebagai graduan.

2. terima kasih atas segala ucapan yang diberikan.

3. 3 Jan, tahun ini tercatat sebagai hari pertama persekolahan bagi tahun ini. Selamat bertugas kepada guru-guru, selamat kembali kepada yang belajar.

4. Semalam bukak blog Lt. Kol Radzi, nampaknya pengambaran drama "Platun Harimau" telah berjalan. Drama 15 episod itu diadaptasi dari novel bertajuk sama karya Lt. Kol Radzi.

5. Platun Harimau mengisahkan pahit maung perjuangan Platun Harimau 2 RAMD (kemudian dikenali sebagai Unit Combat Intelligence Service/ UCIS) dalam peperangan Insurgensi. Pelakon Zulhuzaimi telah dipilih memegang watak sebagai Lt. Fauzi iaitu ketua Platun Harimau.

6. Satu pilihan yang tepat aku rasa, Zulhuzaimi boleh berlakon. Lihat sahaja mainan wataknya dalam Rempit sebagai Spark. Atau sebagai ketua gangster dalam Anak Halal. Dia juga ada ciri Lt Fauzi iaitu muka yang garang dan tegas. Maklum lah, ketua platun 'khas'.

7. Drama ni dijangka ditayangkan pada 1.3.2011 sempena HUT TD.

Sabtu, 1 Januari 2011

Shinjiku Incident



baru selesai menonton shinjuku incident kat astro tadi. dvd aku beli tapi tak tengok sebab gambar wayang, tak memenuhi standard.

shinjiku incident sebuah filem 'gelap' Jackie Chan, pelakon tua kelahiran china ini bukanlah selalu berlakon dalam filem yang memerlukan dia membunuh atau menjadi watak jahat. dia telah berjaya membina satu perwatakan yg mesra dengan kanak-kanak dalam filem ataupun kartun. btw, bapak jackie dulu spy China yg kerja di kedutaan sebagai tukang masak

Jackie Chan melakonkan watak sebagai seorang imigran yang berhijrah ke Jepun, sebab apa dia berhijrah itu wa tak tau. tak tengok start tadi. pendatang China di Jepun dengan mudah menjadi mangsa pemerasan oleh Yakuza. sebabnya mudah, mereka lemah dan takut untuk mendapatkan perlindungan polis kerana mereka pendatang haram.

atas sebab survival bangsa China di Jepun (racist? siapa kata melayu je racist?), Jackie Chan berjaya mengumpulkan sokongan dan tenaga bagi menentang kumpulan Yakuza itu. dan kisah pun bermula.

"persaudaraan" antara imigran terbabit telah mewujudkan satu kongsi gelap di bumi Sakura. pendatang terbabit bukan lagi "giajin" yg mudah tunduk. mereka ialah kuasa baru dalam dunia kelam mereka sendiri. namun, cuma Jackie Chan seorang yang merupakan ahli kongsi gelap yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsip mulia(?) seperti tidak mengedar dadah dan tidak membuli orang lain.

anggota lain, telah hanyut dan melupakan asas perjuangan demi memenuhi kehidupan mereka. inilah realiti dalam perjuangan. selepas peroleh kuasa dan harta, berapa ramai yg masih berpegang pada sumpah dan janji.

ada masa aku tulis lagi pasal kongsi gelap nih.

Isnin, 27 Disember 2010

26 Dec

1. hari nih bertarikh 27 Disember 2010. sepatutnya, update semalam iaitu 26 Dec tapi aku busy sket ada tolong cincang tulang (haiwan).

2. 26 Dec menandakan anniversary blog nih yg telah di conteng secara rasmi pada 26/12/2007. 3 tahun berblogging dalam blog yang tak tentu arah nih.

3. 26 Dec semalam Malaysia dah benam Garuda. bukan senang nak tengok team menang kan. aku support dari jauh je lah.

4. menonton akan betapa ramainya Ultras Malaya malam tu, tahniah. drum ultras tu dulu aku sepak-sepak je tolak masuk bawah katil Sapix. siapa sangka sekarang dah beribu.

5. 26 Dec 2004, Indonesia, Malaysia dan banyak lagi negara serantau dibenam tsunami. Al-Fatihah.

out

Sabtu, 18 Disember 2010

Pohpaleh weh

aku nih belajor je di satu tempat yg melatih cikgu bahasa dari bahasa Inggeris sampai ke bahasa Jerman.

tapi cuti nih baru aku tau yg dalam dialek Pahang nih dituturkan mengikut arus sungai Pahang. lagi ke hulu (aliran sungai laju) lagi la laju orang tu bercakap. bahasa dia pun bertamboh pelik. lagi ke hilir (aliran sungai perlahan) maka lenggok bahasanya pun slow n steady (leweh).

ada jugak yg bertanya kenapa antara daerah lain, dari sudut manusia pun boleh jadi. asal usulnya dari negeri lain, dari suku lain. dari sudut geografi pun mungkin.

mana ahli antrapolgi + sociolinguistik yg tak de tajuk nak wat tesis. dipersilakan kaji bahasa daerah pahang.

Selasa, 7 Disember 2010

Quote

"Tiada Cerita, Tiada Tangis Tawa, Tiada Duka,Liku dilalui untuk Satu Perjalanan Ke Alam Seterusnya."

hasil cilok dari bang bok haha

Ahad, 28 November 2010

rage

wat the fish nak bina muzium Sun Yat Sen kat Penang?

guna duit kerajaan pulak tu, apa dah tak cukup tokoh nak buat muzium agaknya

yang aku tau Dr Sun Yat Sen tak ada pun berjuang di Tanah Melayu nih jauh sekali untuk jadi tokoh signifikan dalam sejarah Malaysia.

dia pejuang tetapi di China, tetapi tidak bagi kita.

apa yang dibuat di Penang melainkan untuk mengumpul dana dan sokongan bagi revolusi di China sahaja..tiada perkaitan pun

aku paham bahawa kita tidak boleh melarang kalau NGO yang nak buat, tapi kalau guna duit kerajaan tu sudah nampak tak betul..

banyak lagi tokoh yang kita lupakan, usahkan nak buat muzium..letak segmen dalam muzium pun belum tentu

Mat Kilau, Kanang contohnya, atau tokoh kaum Cina seperti CC Too (orang kuat psy war/SB)