kelik-kelik

Ahad, 14 November 2010

Cerita Saya


guru yg baik mendidik, guru yg cemerlang
mencetus inovasi
wall SK Bertam, GM, Qlate

member cakap nih blog peribadi, jadi skali skale tulis pasal diri sendiri ape ada hal?

research sudah, BBQ sudah, dinner pun sudah, maka boleh la dikatakan yang perjalanan setengah dekad sebagai guru pelatih di Jalan Pantai Baru telah mencapai kepada penamatnya. penamat pada satu bab, pembukaan bab baru.

perjalanan yang dirintis pada awalnya dengan sikap mencuba dan test market berdasarkan keputusan SPM yang biasa-biasa. tidak pernah tercatat dalam kad 001 cita-citaku seorang pendidik.

sebagai remaja, uitm & poli pilihan utama. menjanjikan pengajian dalam bidang perniagaan (orang kate awek uitm cun lol) setelah sedar diri tiada berbakat dalam bidang sains mahupun kemahiran kayu atau fabrikasi logam.

pernah juga menghantar resume ke MISC untuk mohon biasiswa bagi pegawai kadet (navigasi). bagi memenuhi sekelumit minat di hati, tanpa segan silu aku hantar keputusan SPM ke sel pengambilan pegawai, KEMENTAH bagi intake 77, kolej tentera laut. kedua-dua menghantar jawapan kembali minta hadiri temu duga. satu di Dayabumi, satu di Lumut. namun, tiada dapat restu dari keluarga. hasrat menjadi seorang seafarer telah karam. juga malas untuk berontak kerana hormati keluarga. apetah lagi tidak fit, mental fizikal, ilmu.

mengisi masa lapang dengan menghadiri kelas tingkatan 6, sempat la menyauk ilmu dalam kelas PA, PPP, Geografi fizikal dalam seteguk dua..bukan berlagak, tapi jiwa untuk meneruskan persekolahan di sekolah yg sama sudah tiada. apatah lagi mahu bertali leher dan berseluar kain licin. sungguh tidak stylo, tidak menampakan ciri-ciri kolej haha.

pendek cerita, 3/7/05 sepatutnya aku melaporkan diri ke Uitm di Jengka (yg dalam daerah aku) namun hasil dorongan keluarga, guru dan orang kampung aku telah memilih untuk masuk ke program ijazah sarjana muda perguruan bertempat di IPBA. dengan fahaman bahawa selepas tamat persediaan ijazah, akan ditempatkan di IPTA tempatan.

maka 4/7/05, mendaftar lah aku bersama-sama beberapa ratus lagi pelajar baru termasuk seorang selebriti budak tv3. tapi dia quit awal. dalam kursus aku cuma ada 18 orang jer. maksudnya cuma ada satu kelas untuk PISMP yg lain ialah Tesl dan French. jumlah 18 telah ditambah menjadi 20. jadilah kami PISMP 2.

seribu satu pengalaman, seribu satu cerita yang kalau dikarang indah boleh jadi masterpiece hehe. tempoh 11 semester di satu tempat, bukanlah singkat. dari belakang blok 3 cumalah belukar, sampai menjadi antara apartment termahal di KL. pengalaman baik dan buruk. pelbagai isu dan kenangan yang telah mendidik diri aku. persahabatan, pengorbanan, pengkhianatan dan memacam per lagi banyak bermula disini.

persahabatan bersama rakan sekelas amatlah menarik, berbeza watak namun kalau dikerah mencapai satu matlamat bersama hasilnya gempak.....apa yang dialami dalam PISMP 2 mungkin cuma secebis dari apa yg aku akan tempuh di masa depan. persahabatan bersama rakan yg duk serumah sejak hari pertama sangatlah rapat, tak reti aku nak gambarkan. kat sini boleh lihat perangai seseorang, ada yang sangat baik, ada yang baran, ada yang tak kisah tapi semuanya kawan aku. kalau aku mintak tolong, pasti ada yg akan membantu.
menjadi seorang pendidik memang bukan cita-cita asalku, tapi sejak tarikh aku decide untuk masuk ke dalam bidang ini aku berharap, walau aku tidak mampu menjadi guru terhebat (great teacher) biarlah aku menjadi guru yang baik, yang mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. guru yg mencurahkan ilmunya pada murid seikhlas hati, demi melihat kelangsungan dan kegemilangan negara bangsa. doakan aku tak burnout dan dapat perbaiki kelemahan diri nih.

akhir kata, aku nak mintak maaf dan berterima kasih kepada mak ayah serta keluarga aku, kawan (bdk PISMP 2, suhaimi, arif, chojie dll ramai), pensyarah JKS, JIP, JPM, JAPIM, HEP, JBI, JSP, JTP, R&D, SU Praktikum, SUP, GERKO, & Admin. tak lupa juga tawkey kantin, auntie Library, pak/mak guard, syarikat cleaner, Penyelia Asrama.....kalau tak sebut, jangan marah.

juga mintak halal makan minum. kalau aku ada berhutang dengan sesiapa, contact aku...mana tau lupa.


Sabtu, 30 Oktober 2010

tahniah

Pahlawan Merah menang nampaknya, tahniah-tahniah. Walaupun tadi aku sangka N9 yg menang, tp dengan beberapa pemain utama tiada, dicampur masalah keluarga dan skandal. serba tak menjadi skuad jang.

geng tok gajoh musim depan diharapkan berjaya menang satu piala. baru la tak kena kutuk kui2. taun nih dengan skuad muda, pencapaian boleh la tahan.

kita ngapal lagu nih dulu, resap semangat orang kata. haha.


sebagai negeri kelahiran pipiyapong, tak kan la nak main lagu slow pulok. hardcore.

Jumaat, 29 Oktober 2010

BANTAHAN! PERTAMBAHAN KELAB


ada live band!

setelah membuat pertimbangan rapi, aku tak bersetuju dengan rancangan bagi menambah jumlah kelab malam baru, melanjutkan masa perniagaan kelab malam dan melonggarkan syarat persembahan artis luar negara.

pertimbangan aku berdasarkan kepada dokumen yang dikeluarkan oleh PEMANDU sendiri, bukan berdasarkan sumber lain. aku download sendiri dari website dorang. dan bukanlah atas dasar anti-establishment, sebab tu aku tak ada masalah dengan Menara Warisan, selagi struktur asal 2 Stadium tu dipelihara.


ramai rupanye patutlah nak tambah lg, ni time public holiday

aku faham bahawa atas kertas, benda nih boleh menjana pendapatan negara, kita boleh kutip cover charge, cukai hiburan, cukai alkohol dll. tu tak masuk lagi peluang perkerjaan bouncer, bartender, waitress..5614 peluang pekerjaan menjelang 2020, kata PEMANDU.

TAPI, tu atas kertas..diluar kertas, kita duk meraung katanya kelunturan masalah sosial, kebobrokan, dadah dsb. dengan jumlah sedia ada, kita masih belum boleh kawal lagi dengan kebanjiran china dolls, uzbek dolls, indon dolls..yg kalau kita tengok 999, hampir tiap episod D7 buat serbuan, imigresen buat rush. tu tak kira lagi, rush dari Narkotik, JAWI, JAIS.

jumlah pusat hiburan/ kelab/ bar untuk para clubbers dari dalam dan luar negara di Lembah Klang sebenarnya lebih dari cukup. boleh bilang sendiri dari BB, Jln Sultan Ismail, Jln Ampang, Bangsar, sampai ke Sunway. rujuk sini. tu tak kira club haram+karoke+spa.

imej apa lagi kita cuba lukis pada KL? cuba lihat ibu kota negara membangun, adakah mereka mempunyai night life yg sangat awesome? kalau di Bangkok mungkin

kalau terlaksana, cuma akan menambahkan liabiliti berbanding untung yg diperoleh. tu belum kira political damage

THINK TWICE YOU SHOULD.

namun, aku bersetuju mengenai bangunan kelab nih harus kalis bunyi (soundproof). cuma jarak dari kawasan perumahan dan keagamaan perlu ditambah lagi, 100 m mana cukup!. speaker tu punya la kuat, tak kira jam lg, orang mabuk lg. 1 KM paling kurang.

Selasa, 19 Oktober 2010

Mencari yg terhebat

Oi! Mate haha..Drink, Drunk(en), Die, and blame d whole world



Mencari yg terhebat

berdasarkan komen anonpoyomous di blog sangkunang pasal pergaduhan di stadium tempoh hari, terpanggil untuk mengetuk keyboard nih.

contoh 1:
"apa ni klntan kata baka berani, tp ngan selangor pun leh kena belasah ke? tulah lain kali jgn ckp org negeri lain pengecut, kita bukan pengecut, kita cuma taknak gaduh je. tp penyokong selangor pun leh tahan dia punya celupar. apa2 hal pun aku Al-Fatihah kpd pnyokong klntan tu"

contoh 2:
"penyokong selangor takdok iman...

bako setan..
iblih...
nate cih"

semuanya bermula dengan ego dan semangat kenegerian yg melampau, dalam komentar di blog tersebut dah tulis ; orang negeri aku hebat, gagah berani, yg lain pengecut, hampeh dll.

PALA HOTAK berjambul punya pemikiran

dalam Malaysia nih, tak ada negeri mana pun boleh ngaku dorang berani..semua berani

orang Kelantan bangga dgn Tok Janggut mereka..

anak Selangor bangga dgn Lt Adnan Saidi, orang Sg Ramal, Kajang

semua ada darah perwira punya, dari Perlis sampai ke Sabah..kang aku bukak citer Pahang kang haha..

tapi keberanian mereka tak pulak di SUMBANG kan di jalanan, menghentak orang dengan helmet, tahan kereta, tikam bertikam sesama bangsa, sesama negara. kalau dua pahlawan di atas hidup lagi, sudah pasti mereka menangis hiba. penat berjuang lawan penjajah, dapat ke anak buah sibuk bertumbuk sama sendiri

pada blog readers, kalau ada anak-anak janganlah terapkan pemikiran songsang macam nih dalam diri mereka. berbangga dengan kepahlawanan wira memasing, tapi jangan jadi samseng.

Jumaat, 8 Oktober 2010

For Your Eye's Only




What is politcs? apa itu politik?

soalan yang akan menimbulkan perdebatan selama berdekad-dekad lamanya, kalau kita melayan

dari Plato ke Machiavelli kepada K.Ratmanathan dan tak lupa Prof MQA sumer akan ada definisi tersendiri yg berbunyi seakan berbeza tetapi pengisianya lebih kurang sama.

tapi bapak aku punya definisi yang paling relevan zaman ini, politik ialah apa benda yang kerajaan buat ialah semua salah bagi pembangkang dan apa pembangkang buat semua salah bagi kerajaan.

dan sekarang sila isi contoh isu semasa berkaitan politik. Contoh kalau Parti Kerajaan yg bawak non muslim bagi sumbangan dan ucapan dalam tempat sembahyang, apa yang Parti sebelah akan kata?

Dan kalau Parti sebelah bagi duit kepada rakyat, apa yang parti kerajaan akan kata?

ini semua realiti..mungkin ramai yg tidak bersetuju. peduli apa aku.

sekarang saya lebih faham mengenai politik, dari pandangan bapa saya yang sekadar sekolah Melayu. bekas pekerja am, sukarelawan Palang Merah Malaysia (Banjir 1970), sukarelawan Pasukan Pertahanan Tempatan/ Local Defence Corp (Rejimen Askar Wataniah). yang dah melihat parti dari UMNO lama, parti Buruh, Parti Rakyat Kepala Kerbau, S46, PAS dan UMNO baru.

"Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, hasil bersalaman dan bercakaran"-Malique

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kolonel Jihad: Preview


" Bahawa kamu,...............telah bersubahat membawa masuk secara berperingkat seramai lebih 10 anggota Al-Qaeda terdiri dari warganegara Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan dengan tujuan untuk meneruskan perjuangan perang jihad .....

dan “.............telah mengendalikan latihan ala ketenteraan secara sulit kepada 6 ketua kem tentera Arakan Rohingya National Organisation berasal dari Myanmar bagi menyemai dan menanam semangat jihad....”

dan “............telah mengadakan satu perjumpaan sulit untuk memberi latihan ketenteraan kepada sebuah negara militan dari negara jiran yang ada hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda ......”

dan “.............bersama-sama dengan seorang rakyat Indonesia yangdikenali telah mengadakan latihan ketenteraan secara sulit kepada 18 militan Indonesia ......”

dan “.............telah Menjadi Penasihat kepada sebuah organisasi hadapan (Front Organisation) Jemaah Islamiah dalam cara-cara mengurus dan menjana dana kumpulan tersebut ....”


Baca Pegawai SB kepada Lt. Kol (B) Abd Manaf Kasmuri. Pertuduhan yang menyebabkan tahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama hampir tiga tahun di 'Universiti' Kamunting. Bukan aku yang kata, Pusat Tahanan Kamunting tu 'Universiti' tapi orang politik cakap hehe. Graduan Politik dari 'universiti' nih dikatakan paling 'true' dalam perjuangan berbanding yang lain.

TAPI, Lt Kol Abd Manf nih bukan la seorang tokoh politik. Cuma sekadar ahli parti pembangkang selain bergiat dalam NGO Islam. Oleh itu, dia menerbitkan satu buku bagi menceritakan segalanya. Jadi aku pun beli nak baca kan.

Beliau dilahirkan di Klang, bersekolah rendah di ACS Klang. Sambung di Royal Military College, Iron River dan sambung di akademi tentera terulung di Royal Military Academy, Sandhurst. Tempat latihan bakal pegawai tentera UK dan kerabat diraja serata dunia.

Semasa di Sandhurst, dapat anugerah Pegawai Kadet Terbaik bukan dari UK. Cam tu la lebih kurang, ingat senang ke? Nak dapat hadiah kehadiran penuh masa sekolah rendah pun susah..haha

Pulang Malaysia ditauliahkan dalam RAMD, pernah menjadi OC di RMC. Dan seterusnya, dihantar bertugas ke Bosnia sebagai tentera pengaman atas permohonan sendiri. Ini disebabkan oleh keprihatinan beliau terhadap nasib orang Islam Bosnia yang disembelih sewenang-wenangnya oleh tentera Serb.

Masa di Bosnia, dia banyak membantu NGO khususnya dari Malaysia macam ABIM bagi menyampaikan bantuan. Walaupun, perkhidmatan cemerlang di sana sampai dapat pingat dari French Foreign Legion namun tetap dipanggil balik selepas berada di sana lebih 6 bulan.

Balik ke Malaysia, kena menjawab dengan pihak atasan atas beberapa tingkah laku yg dikatakan boleh mencemar nama baik pasukan semasa di Bosnia. Tingkah laku ni sebenarnya kerana keprihatinanya membantu orang bosnia dan NGO yang kadang kala tak ikut prosedur dan birokrasi. Akhirnya, terpaksa meletak jawatan dengan sukarela pada tahun 95.

Dia kembali ke Bosnia sebagai sukarelawan membantu NGO. Namun, telah dipujuk agar membantu pihak militia Islam (mujahiddin) yang terdiri daripada pelbagai bangsa untuk mempertahankan orang Islam Bosnia dan Kerajaan Bosnia. Dari situ la penglibatannya bermula. Melatih dan melaksanakan misi sehingga meraih kejayaan. Bila perang tamat, ditawarkan kerakyatan dan jawatan bagi melatih pegawai tentera Bosnia. Namun,dia menolak.

Benarkah dia terlibat dengan JI?? Bagaimana dan bila?? Apa pandangan penulis terhadap Osama Bin Laden?

Abih preview..penat taip nih hehe. Pegi beli buku nih, kira genre bukan fiksyen nih support scence kita yeah

Nama Kolonel nih masih dalam list 'terorist' FBI dan agensi lain

Khamis, 2 September 2010

Maktab vs IPT




Masa jalan-jalan nak cari bahan buat assignment, terserempak dengan artikel nih di blog perkhidmatan pelajaran. Aku selalu jugak bukak blog nih (nampak profesional tak? kui2)

Isu yang jadi hangat kat situ ialah pemberi komen yang mengaku guru juga, selamba badak buat generalisasi yang cikgu maktab nih jumud, hidup terkongkong macam sekolah. Keluaran maktab di sekolah pula digeneralisasikan dengan kuat mengampu. (ni masing2 punya pilihan, tak ada dalam silibus pung)

Isu yang dibincangkan dalam 80% melibatkan ketidakpuasan hati mengenai elaun yang diberikan kepada pelatih IPG, 5% lagi mempersoalkan mengenai kelayakan STPM dan Matrikulasi untuk memasuki IPG sekaligus ingin menonjolkan bahawa pelajar IPG masuk ke ijazah dengan SPM sahaja. Mungkin mereka tak tau mengenai pra-ijazah yang dikendalikan oleh IPG. 5% lagi ialah ses dengki mendengki sambil membuat generalisasi. Dan 0% yg membincangkan mengenai soalan penulis mengenai pandangan masyarakat yang menyangka program KPLI/DPLI dan UPSI sahaja yang layak mengasuh mahasiswa menjadi guru.

Nuff said, aku ada kawan yang ambik pendidikan di IPT UPSI, UUM, UPM (PJ-group Kinetics, B.Ed Tesl) UTM, UiTM dan macam lagi. Tak pernah pulak aku merendahkan latihan perguruan mereka. Itu cara masing-masing. Jauh sekali aku membuat generalisasi, lalu menjumudkan orang lain. Pasal elaun atau biasiswa pula itu adalah anugerah dan bukannya hak. Mereka yang terlibat secara langsung semestinya paham dan sapa yang boleh menafikan bahawa perubahan akan tiba juga (dalam hal elaun & posting), cuma masanya bukan minggu depan, bukan bulan depan. Itu kata pensyarah aku yg terlibat secara langsung.