kelik-kelik

Khamis, 6 Mei 2010

Pudu Jail


yeah..

Dalam tahun nih, negara kita telah berjaya memusnahkan sebuah lagi mercu tanda yang dibina oleh penjajah.Tahniah-tahniah.

Mercu tanda tersebut ialah pudu jail, atau penjara pudu. Sememangnya kalau dibandingkan dengan bangunan Sultan Abdul Samad, pudu jail merupakan bangunan yang tidak segemilang bangunan tersebut. Lantas, atas nama kemajuan..dikorbankan warisan tersebut.

1896-Low Yat Plaza pun tak de lagi

But, don't worry, we have a tonne of picture and urban myth surrounding this old building. more than enough for a picture in history book.

Member gua pun ada wat dokumentari pasal penjara pudu bersempena dengan tugasan beliau sebagai pelajar jurusan perfileman (gila la, ketua pengawas jadi director filem skang).

Berikut merupakan antara tahanan-tahanan yang pernah mendapat penghormatan untuk menginap di satu tempat bernama pudu jail (sesetengah menghabiskan nyawa di sana)

Senarai ini dikeluarkan oleh KLUE..sebuah majalah urban KL.

bahan kes dalam perbicaraan Mona Fendy
gua tak sanggup nak citer lebih lu baca kat sini

1) Mona Fendy

Mona Fendy atau nama sebenarnya Maznah Ismail, telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Temerloh atas pembunuhan seorang ADUN Pahang. Pembunuhan ini dikaitkan dengan unsur-unsur pembomohan dan mistik pada tahun 1993. Mangsa dibunuh dan dikerat 18 serta ditanam dan akan bangkit semula. Mona sempat 'menginap' di sini sebelum ke Penjara Wanita Kajang.

2) Botak Chin

Penjenayah 'legend' kerana dikatakan bersifat Robin Hood. pernah cuba untuk membunuh seorang pegawai polis yang selalu memburunya. ditembak enam kali, tetapi masih hidup. ditahan dibawah ISA. dihukum gantung pada tahun 1981.

p/s: Botak Chin = Boh (tiada) Tak (kerja) Chin (cina) = cina tak ada kerja..dalam Hokkien

3) Barlow & Chambers

Pengedar dadah warganegara Australia, yang cuba menyeledup 141.9 gram heroin di lapangan terbang. kerajaan Australia cuba masuk campur bagi menghalang hukuman gantung dikenakan kepada mereka, namun Dr Mahathir tak bagi. menghadapi maut di tali gantung pada tahun 1986.

p/s: insiden ini sebagai petunjuk @ panduan @ precedence kepada gomen Malaysia agar tidak masuk campur dalam hal 'keldai dadah' yang banyak berlaku sekarang di negara luar. especially yg melibatkan orang yg diketahui terlibat secara langsung.

4) Jimmy Chua

Penjenayah dari Singapura, dijatuhkan hukuman atas kesalahan membunuh konstabel polis. glamer kerana memulakan 'Pudu Jail Siege' pada tahun 1985 apabila telah menahan doktor yang bertugas di pudu jail. UTK telah bertindak tanpa menumpahkan darah apabila menggunakan rotan sebagai senjata (walaupun, jimmy and the gang ada pistol yang dirampas dari guard penjara). aku agak memang kena rotan kaw-kaw la jimmy nih ngan UTK.

5) Hindraf

Bila geng hindraf mengamuk di serata KL, beberapa orang yang ditahan telah diletakkan di sini kerana pudu jail pasca tahun 1999 berfungsi sebagai tempat tahanan polis. agak-agak Vasantarao duk sini tak?


pesanan kepada orang luar dari orang dalam

Sabtu, 1 Mei 2010

Isi atau Kulit



ada orang cakap jangan nilai buku dari kulitnya, don't judge a book by its cover kata mat saleh.

tapi itu lah yang terjadi kadangkala, yang dinilai bukan isi tapi kulit. mungkin pernah terjadi dekat siapa-siapa.

contoh seperti kalau ada mamat yang pakai selebet, ramai masyarakat akan ada stigma yang dia nih sampah masyarakat jer. peragut, perompak.

bila dilihat lelaki berpakaian kemas menarik, bertali leher, berkasut mahal terus ada pandangan yang positif. sedangkan belum diketahui lagi yang laki tadi ialah ejen skim cepat kaya, kaki kencing, sembang kencang haha.

begitulah yang berlaku dalam masyarakat (termasuk aku), dalam menilai sesuatu kita selalu dipengaruhi dengan pandangan dan stigma kita juga. dalam mengajar sesuatu kelas kadangkala dipengaruhi juga dengan perasaan macam nih, contoh yang pengawas semua pandai. walaupun ada juga yang sengal. yang biasa buat masalah, kalau dia diam pun..mesti aku cari juga salah dia.

pernah gak ada cerita yang ada pembimbing yang tak percaya dengan hasil rph yang dibuat oleh pelatih seliaanya. sedangkan hasil yang dibuat lepas ikut saranan dan perbincangan dengan rakan. keh-keh, mesti mau panas hati penat-penat buat yang authentic punya. skali kena tuduh main C&P. aku rasa nih mesti tahap emo masa praktikum nih, boleh tahan la..biasa nak observe tido memang dekat pukul 0400, bangun balik pukul 0630. nih aku la, sebab naik motor..tak jam sangat.

ini semua bagai membuktikan yang manusia sering kali tertipu dengan kulit. isi hanya yang pakar dapat menilainya. jadi pesan saya, tak salah kata pujangga..tapi kita manusia yang salah menilainya.

p/s: patutnya aku pegi double trouble..tapi tak cukup korum rockers pulak.

paper


upload balik..dulu ada orang sound gua..

gua goyang dan tarik balik 2 entri...ampeh tol

tapi mengenangkan gua tak langgar mana-mana undang-undang (rasanya)

nanti rajin gua upload balik citer seorang manusia nih..

Jumaat, 23 April 2010

Siri Entri Berat

yeah u right, capitalism make more people homeless

Memahami Sosialisme : Siri Entri Berat

Sosialisme merupakan satu falsafah politik bagi menggambarkan satu fahaman bahawa kekayaan dan syarikat merupakan milik pekerja. maka dalam konteks pemerintahan negara, kekayaan dan harta adalah milik rakyat.

secara dasarnya pemikiran atau falsafah diatas kertas merupakan satu idea yang okey sangat..haha. pemikiran macam nih bersifat utopia. tulis idea melangit, pelaksanaan ke laut.

ini berdasarkan ketidak berhasilan negara-negara yang mengamalkan sistem sosialisme ini. dapat dilihat bahawa mereka mempunyai sistem yang telah runtuh sama sekali disebabkan oleh korupsi peringkat atasan serta tidak sealiran dengan global player di dunia.

walaupun perjuangan sosialisme dalam abad ini telah dikuburkan dengan kerakusan kapitalis iaitu sistem ekonomi berasaskan dollar and cent. kapitalis nih pulak satu sistem ekonomi berkonsepkan pasaran bebas dan sebebasnya sampai nak makan riba' banyak mana pun boleh.

dan di malaysia sendiri sosialisme tidak berjaya, parti-parti berfahaman sosialis ini telah melingkup jauh apabila berhadapan dengan parti beraliran nasionalis, kaum dan agama. apatah lagi fahaman sosialisme yang begitu asing dan sering dikaitkan dengan komunisme. terkongkong dalam idea sempit, serta melabelkan diri sebagai rebel sejati adalah contoh yang tidak begitu mantap kepada pengundi.

namun di seberang tambak, parti sosialis merupakan parti yang sedang memerintah negara itu sekarang. cuma, parti itu boleh dilabelkan sebagai parti sosialis yang paling melingkup dari idea sosialismenya. manakan tidak, sungguh mahal dan sungguh banyak bayaran yang dikenakan kepada rakyat. mengalahkan kerajaan kapitalis sejati. golongan pembangkang pula akan di tekan cukup-cukup. tak sosialis langsung haha.

jadi setahun dua tiga kali, pemimpin parti tersebut akan meninggalkan kerusi empuk dan sut berjenama dari Itali mereka. mereka akan menyarungkan kembali pakaian golongan proletariat (pekerja) yang menjadi nadi kepada sosialisme. pakaian mereka ialah baju putih dan berseluar hitam.

apahal aku wat tulisan pasal sosialisme? saja jer..fahami sosialisme dan banyak kita akan faham pasal komunisme, working class people (proletariat)

Sabtu, 17 April 2010

Esemen Pertama

esemen pertama gua dalam bidang perguruan nih ialah menulis satu esei bertajuk ciri-ciri guru yang baik (lebih kurang cam tu la). esei tu bagi subjek "Pengantar Pendidikan" sebagai pengenalan kepada budak-budak pra-ijazah masa tu kepada dunia pendidikan..yg ajar pulak madam grace dan. gua tak bape paham pun, bila diterangkan analogi nilai guru dan donut tu. tapi angguk aje la, mungkin gua ada masalah dengan kecerdasan pelbagai visual spatial nih.

nak menulis esemen tu pun kira memori gak, jalan kaki pergi CC dekat area Ali Cafe tu. Skang dah tak de bangunan kat situ, dah dimamah oleh kemajuan.

masa gua menulis tu umur 18 taun ++, muda remaja. fresh out from school. rebelious plak tu kononya.

memang banyak pengalaman menarik yang boleh dicurahkan dalam esei tentang guru yang baik dan guru yang tak baik. guakasi hentam kaw-kaw. yang baik pulak, kasik penghargaan sket.

skang menghampiri abih praktikum nih, gua mau buat muhasabah diri..tentang ciri-ciri tersebut.

adakah dalam masa 10, 20, 30 taun mendatang..anak murid gua akan menulis esei ciri-ciri guru yang baik dan meletakkan beberapa sifat gua..

atau akan menerangkan ciri-ciri guru yang tak baik dan menjelaskan perangai gua..

siapa tahu..

p/s: antara ciri guru yg baik ialah bersifat kecindan. yg lain dah lupa.

Jumaat, 16 April 2010

Menjawab tag leha

gua jawab tag si leha dulu..

7 things about gua..

nyatakan 7 perkara tentang diri anda. (soklan original)

- lahir ari sabtu, waktu subuh

- pernah ada lesen L untuk motor 3 roda

- sorang slow learner...membaca lambat, mengira lambat, ngapal sifir pun tak abih sifir haha

- gua dah biasa gak diajar independent dari kecik..mak ayah keja. so, takat makan nasik sorang-sorang tu mmg dah biasa. bukan mcm budak skang manja, dah 7 taun pun nak suh mak teman makan nasik.

- sejak kecik lagi budak-budak dah bagi gua nickname..nama betul gua, cuma cikgu skolah rendah je panggil. cikgu skolah menengah ramai panggil gua 'abang'..gua membesar depan mata dorang kot.

- bukan panas baran..tapi bahaya kalau ngamuk.. gua menuntut ilmu hikmat pendekar laut olga si paus biru, tambah lagi ngan ilmu datuk kame..bulan-bulan kena beli tu, parak gak duit

- gua bukan gay haha..khabar angin tu tak betol kui2.

Corat coret hidup gua :

influence muzik :
masa kecik Kumpulan Rap Utama, Exist, XPDC, Michael Jackson

masa remaja :
A.C.A.B , Frequency Cannon, Disagree, Too Phat (beli kaset, guna duit biasiwa), Kamikaze, Viper, Real X, Kugiran Tepi Pantai, GSC

Skang:
Al Mawaddah =)

influence blog:
A.Kadir Jasin, Rockybru, Che' Det, Pipiyapong, FdausAhmad, obefiend dan ramai lagi la.

dah baca harap delete dari ingatan..jangan jual kat spy

Ahad, 11 April 2010

Frank Abagnale JR versi Malaysia

Frank Abagnale JR versi Malaysia???

haha..sonok memang sonok dik, tapi sendiri susah kan?

gua rasa budak nih kena asuh betul-betul, ada guna pada negara nih..

"Ketua Pengarah JLKN & Exco Negeri, tertipu dengan remaja 17 tahun" - tajuk akhbar yang baik sket..

kalau tajuk yang tak baik - "Lu kena beb!!"


p/s: Frank Abagnale JR, merupakan real live con man yang pada umur 17 tahun menipu untuk jadi pilot airline, doktor, tutor universiti dan pendakwa raya. Full time job dia ialah menipu cek. Sampai FBI pun iktiraf dia, dan lantik jadi pakar mengesan cek palsu sebagai tukaran ngan hukuman penjara.

p/p/s: budak-budak skang, suka-suki je main nama diraja nih. kurang sivik betol huhu. cikgu sivik dia mane??