kelik-kelik

Sabtu, 10 April 2010

SWAT : jawapan kepada bok

go! go!
kalau nampak dorang pecah rumah korang,
angkat tangan cepat-cepat..surrender


dah bape lama gua tak citer pasal dunia cikgu-cikgi?

sungguh melanggar KPI macam nih, ikut KPI patutnya kuar entri cikgu cikgi paling kurang sebulan sekali..haha.

bok tanya gua, dalam wayang kl drift 2 pasal Malaysia ada team SWAT ke?

tapi dalam wayang, mana boleh borak-borak..citer da lah barai..ada lak buat bising, memang tak masyuk langsung la

jawapan gua ; ya dan tidak

ya jika kamu merujuk 'SWAT' itu sebagai sebuah unit polis khas menangani jenayah berat, dengan bertopeng..selalu digambarkan berpakaian taktikal hitam, memakai kasut taktikal macam magnum, 5.11 dll.

tidak jika kamu merujuk kepada Special Weapon and Tactics (SWAT), cari la dalam web PDRM pun tak jumpa. nama team tu tak terpakai.

gua percaya yang kuar dalam filem haritu ialah anggota dari Unit Tindakan Khas (UTK).

sebuah pasukan khas yang dilatih untuk berfungsi sebagai pemukul utama dalam berhadapan dengan penjenayah berprestasi tinggi..

UTK spesifik untuk pertempuran bandar, rescue hostage dan sebagainya. kerja-kerja menyiasat semua tu jabatan lain yang buat. dah settle, dah tau duk mana..panggil UTK.

selain tu, tugas mereka ialah memberi kawalan rapat (
close protection) kepada orang kenamaan samada Malaysia atau luar. sapa yang pernah tengok rombongan Agong atau PM (VVIP motorcade) pengiring bermotosikal

pasti akan perasaan ada 2 atau 4 buah motor superbike berwarna hitam yang ada dua lelaki berjaket hitam naik. mereka pun ialah UTK juga. yang duduk di belakang tu, ada satu beg selempang berisi dengan MP5. yang bawak motor boleh menembak sambil pegang handle.

dan UTK juga menerima wanita sebagai anggota, berbeza dengan SOF lain di negara ini.


perempuan UTK pertama

Antara operasi UTK;
- menamatkan insiden tebusan di Penjara Pudu (oktober 1985)
tak menggunakan pistol, kerana diarahkan PM. mereka guna rotan je.

-menembak mati Bentong Kali (Jun 1994)

-menahan mantan TPM (1998)

-menghapuskan Geng Steyr, Mat Komando, Geng M-16

-menahan elemen JI, KMM (Mas Selamat)
orait bok, ada faham?

-menyelesaikan tokan-tokan dadah bajet mafia


confidence shooting..target dibelakang rakan mereka


gambar dicuri dari : wikipedia, mp.net,

Jumaat, 2 April 2010

entri bertaraf diari jilid 4 - buku

aku semasa sekolah rendah merupakan seorang pustakawan, namun tak glamour sebab time tu sekolah aku tak pinda lagi perlembagaan untuk mengazetkan pakaian pustakawan yang ada colour dan berkasut hitam.

jadi secara lahiriah, aku seperti murid biasa..seperti kamu, mungkin?

pustakaan sekolah rendah aku merupakan bekas pustakaan yang terbaik kat dalam daerah. 'bekas' bermaksud ia tidak lagi terbaik..ruang fizikal yang semakin sempit, ruang yang gelap, di pentas bercerita menjadi habitat burung murai dan layang-layang (masa tu tak tau lagi, sarang dia mahal..kalau tau hehe)

namun koleksi buku kat sini memang terbaik juga. aku membesar dengan seleksi 80 an buku-buku perang keluaran DBP macam malam berapi di Kalabakan, Gubir dan sebagainya terdapat di sini. ada juga cerita kanak-kanak, tapi siri penyiasatan Enid Blyton aku rasa sekolah tak beli yang BM. sebab aku baca yang sepupu aku punya.

masuk sekolah menengah waktu rehat, banyak gak masa dihabiskan di library. ada astro library nih tapi jarang bukak. gajah putih sebetulnya. pilihan bacaan aku time tu Ensklopedia Pelajar terbitan syarikat ape ntah. bagus ensklopedia nih, banyak info aku dapat dari sains ke dunia muzik, ke dunia sukan ke perang dunia.

agak-agak bosan, aku bukak ensklopedia Malaysiana..nih pun bagus gak. baru aku tau, tanih kat kawasan rumah aku tu, jenis special. sesuai untuk getah dan buah-buahan. siap ada nama saintifik lagi. dalam tu gak aku mengenali the Super 25. iaitu 25 orang anak Melayu yang terpilih dalam projek percubaan Rejimen Askar Melayu oleh British. tak dilupakan gak, pilihan form 1-5 iaitu Berita Tentera Darat Malaysia. Masa taun 2000 dulu, format BTDM nih ialah bentuk akhbar tabloid, sebijik macam paper iluvislam skang. kemudian dia tukar jadi majalah. banyak citer best dalam tu termasuklah artikel pasal Insurgensi berserta gambar dari Risik.

cuma time tu tak de NILAM lagi..keh2. kalau tak sayur jer, aku pakai lencana tu. pergh nerd sial..aku seorang nerd+geek haha

so arini aku nak bagi seleksi buku-buku aku suka baca :

Politik / Autobiografi

1) Bukan Kerana Pangkat

mengisahkan biografi Tun Dr Ismail bekas Timbalan Perdana Menteri. buku yang sangat menarik dan jujur. memaparkan kisah hidup dan perjalanan TDI dari zaman remaja hingga ke puncak kuasa. buku nih pinjam kat library maktab, bok pinjam. aku baca

2) 13 Mei Sebelum Selepas

buku tulisan Tunku Abdul Rahman mengenai peristiwa berdarah negara. peristiwa 13 Mei sebenarnya adalah rentetan kepada peristiwa-peristiwa kecil sebelum itu hasil dari pergolakan politik dan unsur subversif. banyak la dalam tu, malas nak tulis. nih koleksi bok. buku 13 Mei yang Dr. Kua Kia Siong berwarna merah tu aku ada. tapi kurang berkualiti la, maklumat dia banyak berdasarkan report atau jurnal dari wartawan asing atau kedutaan asing di KL. ada agenda dia sendiri.

buku Faisal Tehrani

1) 1515
memang syok citer nih, twist kepada sejarah serangan melaka, perjuangan srikandi menentang sang penjajah. memang layak dapat HKSU.

2) 1515 H
nih cerita futuristik, sci-fi campur dengan islamik. ada serangan robot-robot. organisasi pembebasan yang global, ahli-ahli dipilih merupakan mereka yang pakar dalam bidang sains teknologi namun merupakan orang alim.

3) Tuhan Manusia
nih novel memang berat, nak baca pun letih kalau tak sedia. nama tajuk pun dah kontroversi. Tuhan Manusia membicarakan tentang gejala islam liberal yang meresap dalam masyarakat. kisah seorang pelajar sekolah agama yang tinggi tahap pemikiranya namun berdepan konflik apabila abang dia sendiri telah murtad walaupun mendapat pendidikan agama yang lengkap. ayah mereka merupakan agamawan, ini disebabkan si abang terpengaruh dengan pemikiran yang semua agama ialah sama, mengajak kepada kebaikan berpegang kepada nilai ini menyebabkan si abang tersasar.
ada kat umah novel nih.

4) Nama Beta Sultan Alaudin
nih kira novel kanak-kanak, tapi sebab best aku balun gak la. satu lagi penceritaan sejarah terhadap sultan yang malamnya menghapuskan pencuri. itu saja yang diajar dalam sejarah kita. tak kan la seorang sultan zaman kegemilangan Melaka tak punya cerita hebat? dalam novel nih banyak citer.

buku RAM

1) ADAM
nih influence member-member dorang minat baca. esp tombiruo. tapi aku sambar baca ADAM sebab dulu masa sekolah tengok novel punya cover macam menarik. sekali baca memang best la. dikatakan novel nih twist dari sebuah urban legend di Chow Kit. sapa yang pandai mesti boleh baca apa maksud ADAM dalam citer nih.

2) trilogi bagaikan puteri
perjalanan merentas dimensi melalui batin? roh? aku pun tak pasti haha, memang terbaik la buku nih. ada pasal Acheh sket,Melaka sket, Pulau Utara (fiksyen). buku yang aku baca milik akak aku, pernah jadi colleague kepada RAM.

Buku / Novel Perang, Tentera

1) Platun Harimau
buku terbitan DBP, aku ada buku nih. beli direct dari penulis dia..siap ada autograf lagi hehe. dah lama tak baca genre macam nih, biasa aku baca yang berbentuk autobiografi tentang tokoh atau peristiwa. last baca genre macam nih, masa form 1 iaitu Limpahan Darah Di Sungai Semur. merangkap buku teks komsas aku.

buku nih kategori fiksyen tetapi ceritanya berdasarkan kisah benar. berlatar belakang tahun 80 an, mengisahkan perjuangan sebuah platun khas dalam 2 Melayu. platun nih merupakan anggota yang dilatih oleh komando dan bekas PKM, sangat independent dalam sesuatu ops. tambah best lagi, bila kem platun nih di Mentakab. dan ada latar kawasan sekitar, jadi secara tak langsung boleh memvisualkan ayat dalam cerita nih.

lengkap dengan peta, kelengkapan, bahasa radio, code name dsb. tak rugi la baca kalau minat. kalau tak minat, suruh baca..boleh jiwa kacau gak. maklum la citer perang, bunuh sana..bunuh sini.



p/s: ok skang sambung balik baca buku konseling
p/p/s: suka ati la tulis panjang haha..penangan wat rph nih

tugu

ada satu pagi, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membawa berita dan cerita

tersampai ke telinga aku pasal sesetengah mahkluk duk bercerita pasal pertukaran lokasi sambutan hari pahlawan dari Tugu Negara ke Putrajaya. dari satu segi, aku memang respect la kat dorang yang berborak nih.

dari gaya dorang berborak, dan pengetahuan dorang memang dorang patriotik. sape bilang orang bukan melayu tak patriotik? sila hantuk kepala korang kat laptop..masa insurgensi dulu berapa ramai SB bukan Melayu, MIO, anggota Renjer, Komando, PPH

ada la yang tak patriotik, tapi bukan semua..orang Melayu pun bukan semua patriotik. ada orang Melayu duk buat kempen suruh terbalik Jalur Gemilang sebagai simbol negara dalam keadaan distress. so, don't generalize everything.

aku sendiri pun tak perasaan pasal benda nih, ye la hari pahlawan hujung Julai nih..

tapi yang aku panas sket tu pasal dorang mempertikaikan sket pasal perpindahan nih, disebabkan fatwa oleh majlis fatwa..seperti yang kita tau, sebelum nih lagi dah kuar fatwa pasal haram hukumnya meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara, bertafakur, last post. bagaimanapun, majlis tu tetap berjalan.

cuma baru nih tukar menteri pertahanan, jadi dia merasakan nak tukar upacara nih supaya tak melanggar hukum agama. dah lama sebenarnya cadangan nih dibawa ke atas agar upacara hari pahlawan dibuat dengan acuan kita sendiri. yang sesuai dengan kepelbagaian dan jaluran sosial kita.

bagi aku ini bukan satu penghinaan pada mana-mana pihak, bukan kita semakin 'narrow minded'. cuma kita mahu berubah ke arah yang lebih baik, mungkin gak MINDEF dan PDRM akan kemukakan cadangan istiadat bagi sambutan ini yang tak bertentangan dengan hukum kepada JAKIM.

terkenang balik ari tu, kalau orang darah panas..mau lempang jer mahkluk-mahkluk itu. lempang kang kata aku ultra lak, dah payah lak nak citer. aku pun takut gak makan nasik tak abis nih

for those who have fallen for our country always in our heart.

Sabtu, 20 Mac 2010

motor


amik kau..gambor FZ16 kui2. dijangka bakal kuar kat Malaysia dalam masa terdekat.

adik beradik dengan Fz150i jaki jipang. bukan model baru, dah dipasarkan di India, Indonesia dan kawasan serantau. lambat masuk sebab pengedar playsafe (kot). pengeluaran lambat juga memastikan bahawa pengguna malaysia mendapat yang terbaik kui2. memudahkan upgrade dan pembelian alat ganti cokia dari negara jiran. ada faham?. juga yang penting, ia harus mematuhi syarat-syarat yang diletakkan oleh JPJ, JKJR, JKKK demi keselamatan pengguna.

setiap motor yang dibawa masuk akan diuji ketahanan dan kesesuaiannya pada cuaca dan iklim, bentuk muka bumi serta struktur jalan.

motor nih jenis naked bike (motor togel?) iaitu motor yang tanpa fairing (kulit @ cover)

tapi tak boleh lawan Kawasaki 660R N..(N) untuk naked, F untuk fairing. motor kawa gambar kat bawah. harga bersamaan sebijik myvi

Spesifikasi Yamaha FZ16

Dimensi:

Panjang keseluruhan : 1,975mm

Lebar keseluruhan : 770 mm

Tinggi keseluruhan : 1.045 mm

Tapak Roda : 1.335 mm

Kelegaan Bumi : 160 mm

Berat Bersih : 126 kg

Tinggi Pelana : 790 mm

Enjin:

Jenis : 4 Lejang, SOHC, 2-Valve

Sistem Sejukan : Sejukan udara

Jumlah silinder : 1 (satu)

Gerek x Lejang : 58.0mm × 57.9mm

Isipadu : 153.0cm3

Nisbah Mampatan : 9.5:1

Kuasa Maksimum : 14PS / 7500 rpm

Tork Maksimum : 14 N.m / 6000 rpm

Karburator : BS26

Penghidup : Elektrik

Nyalaan : CDI

Jenis Clutch : Plat Berbilang Jenis Basah

Transmisi : 5 Kelajuan

Rangka : Bentuk Berlian

Suspensi depan : Teleskopik

Suspensi belakang : Monocross

Brek Depan : Cakera

Brek belakang : Drum

Saiz Tayar Depan : 100/80-17

Saiz Tayar Belakang : 140/60-17

kepujian diberikan kepada krew : www.duniamoto.com



kawa 660RN motor best nih

Isnin, 15 Mac 2010

entri bertaraf diari jilid 3



surat tawaran dari HUSM n London School of Econmics tak pernah sampai sob sob


merancang nak tulis entri bentuk diari..tp cam haremm jer kui2. benci tol aku..rasa nak bakar blog nih.

kembali menulis artikel serius..kudabesi..

sempena keluar result SPM..yang berjaya, jangan sombong melangit

yang kurang berjaya..cuba lagi cewahh..

dapatkan bimbingan kerjaya dari kaunselor sekolah, kalau dorang kerek..padan muka korang haha

Khamis, 11 Mac 2010

jenalik

Jarum jam merangkak menghampiri awal pagi, 2 Julai 2000. Guard post 304 RAW (Ifantri) dikejutkan dengan lampu pajero yang berkelip-kelip. Satu signal biasa yg digunakan oleh army.

Guard on duty, kaget..dia tak bersedia nampaknya. sudah berkain pelikat. Bukan colereng seperti mana standard biasa. Dalam samar, sekumpulan pegawai kanan TD sudah bersedia. Sempat pegawai ini memarahi guard kerana melanggar hukum tentera. Seorang dari mereka berkata ‘kalau bandit datang, macam nih?’

Misi ‘pegawai’ tersebut ialah untuk membuat pemeriksaan mengejut terhadap stor senjata kem. Bagi memastikan semua siap siaga. Walaupun insurgensi telah tamat lebih 9 tahun dulu. TD perlu sentiasa siaga.

Dibuka stor senjata, diperiksa senjata oleh pegawai-pegawai tersebut. Selesai memeriksa, kumpulan tersebut ingin pula membawa sejumlah senjata, peluru dan alat komunikasi bersama mereka. Ini bukan standard biasa, bisik hati anggota. Namun arahan pegawai tersebut, tetap dipatuhi. M-16, M-203, GPMG, Steyr AUG, LMG, bom tangan dan peluru dipunggah ke dalam perut pajero hijau dengan plet bermula “Z”. Huruf terkanan dalam alphabet, simbolik kekananan ATM dalam perkhidmatan kepada kerajaan SPB YDPA.

Kemudian, semuanya sejarah. Anggota 304 RAW sedar bahawa yang datang semalam bukan pegawai TD, sebaliknya bandit. Tipah tertipu-tertipu tipah bak kate lagu Ruffedge, tapi ini bukan mainan. Bukan cobaan tapi betul-betul.

Misi ATM dan Polis ialah untuk mengesan dan merampas kembali senjata tersebut. Itu misi mereka.

Top brass ATM dan PDRM sedang merancang strategi…pada masa yang sama, berita telah tersebar ke media. Wartawan berpusu ke Gerik bagi membuat liputan ekslusif. Dalam Sembang Petang, tv3 pada masa itu melaporkan bahawa identiti perompak senjata masih tidak dikenali. Mungkin penjenayah, mungkin pejuang pemisah negara jiran.

Lokasi perompak senjata berjaya dikenal pasti. Di sebuah dusun durian di kawasan Bukit Jenalik. Anggota SB polis sudah mula melakukan risikan selepas penduduk kawasan sekitar mendakwa mendengar bunyi tembakan dari kawasan itu. Komando tidak terkecuali melakukan recon, namun nasib SB dan komando tersebut malang. Mereka berjaya dikesan oleh bandit tadi. Situasi kian meruncing.


Di suatu sudut di semenanjung,

'tok-tok-tok' bergegar pintu diketuk, beralun dengan suara si pemberi salam. Seorang ibu terkocoh-kocoh meninggalkan dapur, mahu menyambut tetamu yang tak dikenali itu.

Pintu dibuka..

………………………gua sambung lain kali………………………..busy la. Wat marksheet keh2

janji dari tahun lepas lagi nih..antara yang tertunggak. bila nak sambung, tak pasti

Saya ingin ke Gatsby Deodorant Street Fair

cool tak tajuk di atas..dah pandai dah aku join aktiviti jalanan zaman sekarang nih. baru lah mahasiswa namanya. kui2.

Nuffnang iaitu syarikat pengiklanan blog asia tenggara telah menawarkan tempat untuk tuan blog ini menghadiri Gatsby Deodorant Street Fair pada 17 April ini. sebagai syarat, saya perlu menulis entri ini.

Street fair tersebut bakal berlangsung di Berjaya Times Square. Dengarnya ada freebies, dan barang gatsby memang best. maklum la barang dari nippon..kui2. feeling bawak honda integra la kalau pakai gatsby