kelik-kelik

Sabtu, 15 Ogos 2009

HUT GPMS 61

14-15 Ogos 1948, hasil konvensyen pelajar Melayu seluruh Semenanjung telah bersetuju untuk menubuhkan Gagasan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Jadi pada hari ini genap usia 61 tahun GPMS. Ditubuhkan atas hasil usaha Aminuddin Baki iaitu seorang yang sangat terkenal dalam lapangan pendidikan tanah air. Aminuddin Baki merupakan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang paling muda dan banyak melakar perubahan pendidikan. Jadi GPMS pada hari ini mestilah terus memperjuangkan pembangunan pendidikan orang Melayu sebagaimana yang ditegaskan dalam prinsip 4Sedar, hasil konvensyen pada 1948.

SEDAR
atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah Melayu

SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan

SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa

SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami

selamat ulang tahun...belajar terus belajar

Sabtu, 25 Julai 2009

merepek versi 2

memang da lama tak update blog nih, saje malas..tak reti nak menulis. mungkin kena belajar penulisan dulu kot.

sekarang aku praktikal @ praktikum..praktikum tu praktis kurikulum kot huhu, kat Indonesia dia pakai terma nih. aku punya praktikum semestinya kat sekolah rendah la sebab aku memang amik kursus perguruan pun. tak kan aku nak praktikum kat pejabat kerajaan negeri lak.

minggu nih cam biasa banyak benda yang berlaku kalau kita sanggup ambik masa untuk baca paper dan bukak macam-macam jenis web yang ada. minggu nih, aku kena observe sebenarnya dan mengejut lak tu. dengan rph tak ikut
spec yg ditetapkan, abm yang tak berapa berkesan, induksi yang tak menarik, dan tak sempat nak sedia note kecik utk langkah-langkah P&P (buku rph pada lecturer la) biasa aku ngajar rujuk buku rph je..kejap2 tengok. hasilnya memang lah aku kena bambu huhu. tapi tak pe tu semua salah sendiri, tak sentiasa siap siaga. kalau dalam perang orang kate kena ambush.

jadi cikgu nih macam jeneral-jeneral jugak. kena merancang dan melaksana apa yang telah dirancang oleh orang atasan. lesson plan tu macam satu master plan untuk bertindak dan hasil pembelajaran tu ialah objektif yang perlu dicapai untuk satu mission. macam mana lesson plan tu nak berjalan tertakluk kepada keadaan. jadi kalau jeneral wat satu master plan yang tak mantap, yang akan mati katak ialah prebet-prebet nih. abm tu macam senjata bantuan medan la dari artileri smpai la ke AWACS. dari abm la sedikit sebanyak kekuatan utk satu lesson tu datang. ok la, tak payah cite panjang-panjang. ini semua analogi jer..hasil pemikiran aku yg menerawang menembus pelusuk lautan atlantik.

sedikit komen aku untuk isu semasa, kes model kena sebat...tak payah la ada pihak nak bising-bising nak perjuangkan hak wanita la pulok. sebelum nih da ada kes lelaki kena sebat sebab minum arak dan ditangkap oleh mahkamah syariah pahang. tak de pulak orang nak perjuangkan, tepuk tangan ada la. kalau bercakap mengenai persamaan gender inilah contoh persamaan gender. PANDAI? laki buat kena sebat, perempuan buat kena sebat gak. yang jatuhkan hukum tu bukan aku, bukan MB Pahang tapi hakim mahkamah syariah berlandaskan enakmen yg terdapat dalam kanun syariah pahang. ape pun, semoga ini jd pengajaran kepada model tu dan orang lain. tahniah gak sebab dia redha dengan keputusan dan semoga kita semua beroleh hidayah.

kes teo pula mendedahkan lagi malaysia kepada teori konspirasi dunia gelap yang banyak mata tak nampak. kebenaran yang sebenar hanya Allah S.W.T saja yang tahu. bagaimanapun, sesuatu tindakan harus diambil untuk memberikan keadilan kepada mangsa dan keluarga. serta perlu dikawal agar ini tidak dijadikan sebahagian dari sebab untuk perkara yang lebih dasyhat.

PEWARIS VS GMI pada 1 ogos ini, sebagai rakyat malaysia yang suka kan keamanan dan ketenangan tanpa perlu melalui sekatan jalan, menyeru dua-dua pihak hentikan niat nak berarak ke Istana Negara. Selain dapat elak dari pergaduhan dan campur tangan pihak luar. ingat ini Malaysia, jangan nak jadikan macam thailand..bertembung dan bergaduh antara geng baju merah dan geng baju kuning. nak berhimpun, pergi sewa stadium..yang GMI mintak stadium shah alam. dapatkan permit MBSA, permit perhimpunan dari IPD. yang PEWARIS berkumpul la dekat stadium ke kat PWTC ke.

bagaimanapun, aku sokong akan peranan ISA sebagai undang-undang pencegahan. kebanyakan negara pun ada undang-undang sebegini. Dalam ISA ada 7 orang agen perisikan asing, 29 terlibat dalam pemalsuan dokumen, 17 orang dalam pemalsuan wang kertas, HINDRAF, penyeludupan komponen nuklear 1 orang (BSA Tahir), pemisah selatan thai 3 org, JI, Darul Islam dan kumpulan muhajiddin malaysia (militan malaysia)

hidup bukan que sera-sera..(prof diraja ungku aziz)

Sabtu, 11 Julai 2009

Demo bukan penyelesaian mutlak

Demo lagi?

ada baiknya sekarang digunakan masa yang ada untuk membantu KPM mengenal pasti kelemahan yang ada dalam pengajaran Sains, Matematik dan BI. Bantulah dengan mengemukan cadangan dan saranan.

menukar balik dasar pelajaran bukan sesuatu yang mudah, cuma akhir-akhir ini sahaja dasar berkaitan pelajaran boleh ditentukan oleh menteri dengan mudah. kalau dulu, semuanya perlu kajian dan laporan rapi untuk dibentangkan. memang PPSMI boleh dilaksanakan dengan segera dulu, tapi tengok lah hasilnya. tiada pilot school, tak perlu uji dahulu dll. biarlah keputusan baru ini dirancang dan mengambil sedikit masa. (semua nak cepat, sian la orang BBT, PPK, BTP) back up boss nih haha.

buat masa sekarang pun, realiti pengajaran Sains Mate sekarang memang guna BM pun, soalan pun dalam dwi bahasa. jawab pun boleh dalam BM.

akhir kata...jangan demo-demo, nak demo jugak pegi stadium. huhu susah weh nak jalan kat kl.kalau dah terbiasa tau satu jalan je. (mak) aku bayar road tax jugak.

Scorpene on journey home..

credit to forumer GempurWira.com

selamat datang kepada kapal selam pertama negara, Scorpene yang dikenali sebagai KD Tunku Abdul Rahman. (KD=Kapal Diraja, kalau britain pakai HMS=his majesty ship, US, USS=united states ship)

selamat pulang kepada krew-krew TLDM yang berkerja keras untuk memastikan negara ini dapat mengoperasikan kapal selam. good job, and happy sailing..

"Sedia Berkorban"sail baby sail

p/s: dulu kate ada bdk2 ipg yang nak diantar bawak balik nih..mungkin KD Tun Razak kot hehe (ini bukan leadership macam KLD TS..ini warship =)

Sabtu, 4 Julai 2009

monyet..kera..beruk...monkey

Salji dah turun! monolog aku sebentar tadi..mane la tau, kot-kot impian cikgu ramli nak main ice skating kat sungai pahang masa dia ngajar aku 14 taun dulu da tercapai.

mana juga tau sekiranya Bangsar dan sekitarnya dilimpahi salji selepas melihat jumlah mat saleh celup yang ramai disini. kalau betol salji turun aku da balik pahang nak main ice skating ngan tanam strawberry. namun segalanya musnah, bukan salji tapi susu tepung anlene yang bertarabur kat pantry tu.

member aku cakap ni keja kera kat hutan belakang yang tinggal sekangkang kera. saksi berkata, mereka gagal menghalang kera dari membuat onar kerana tidak dilengkapi senjata api. (ape lagi, tubuhkan home guard cepat! aku nak shot gun satu). nampaknya, kera juga mahukan tulang yang kuat lagi kukuh. sebab tu mahkluk tu amik anlene, bukan wanita malaysia saja berdepan tulang rapuh tapi kera malaysia juga hadapi tulang rapuh.

semoga kera tersebut sihat dan kuat untuk mencari rezeki di tempat lain pula. harap juga kera itu tak alergik laktosa. ape pun, happy anniversary utk intake 05, bdk2 pismp lak da 4 taun la menuntut disini.

Isnin, 22 Jun 2009

Kempen..



1. Sekadar berkongsi informasi, syarikat telekomunikasi DiGi melancarkan satu kempen untuk memberikan sumbangan kepada NGO-NGO yang telah ditetapkan oleh mereka dari bidang sosial, kesihatan dan alam sekitar.

2. Orang ramai boleh menyumbang dengan mengklik pada http://www.lovetosave.com.my/ atau pada banner kempen ini di blog saya.

3. Apabila telah diklik, pengguna diminta untuk menyertakan alamat emel dan umur mereka.

4. Selepas itu, satu emel akan dihantar kepada pengguna untuk mengesahkan bahawa emel telah diterima. Klik sahaja pada emel ini dan ia akan membawa anda kembali ke laman http://www.lovetosave.com.my

5. Setelah emel disahkan, barulah RM 5.00 akan didermakan kepada NGO yang telah dipilih.

6. Di blog ini, NGO yang dipilih ialah NASCOM iaitu National Council of Senior Citizens Organisations Malaysia.

7. Saya telah vote untuk MAKNA, tapi tadi saya dapati NASCOM yang paling kurang dapat sumbangan. Prinsipnya mudah, banyak vote..banyak sumbangan.

8. Kempen ini untuk 30 hari sahaja dengan DiGi berharap untuk menyumbang RM 150,000

9. Scam? entah saya tak rasa ini scam kerana tiada transaksi dari pengguna pun kecuali memberikan alamat emel sahaja. Kalau rasa tak selamat, jangan guna primary email..guna alternative. Di laman rasmi digi juga ada link ke web ini. Rasanya, NGO-NGO nih yang tak menjalankan aktiviti subversif yg langsung mengacam negara.

10. Sekian, menolong orang setiap masa..hehe tak kan tak tau persetiaan kot

Ahad, 21 Jun 2009

Selamat Hari Bapa

Selamat hari bapa buat ayah..yang terlalu berjasa kepada diri ini.

sukar untuk digambarkan dengan perkataan