kelik-kelik

Jumaat, 10 April 2009

Apa yang kau cari disini?

Disini tiada berita abby-zul

Dsini tiada cerita kupu-kupu

Sabtu, 4 April 2009

filem pahlawan

Pahlawan Mat Kilau

Tadi, Mat Jack ngan Pert bercerita tentang Queen of Langkasuka. Satu epik dari negara gajah putih yang bakal menyerang panggung tanah air kita dalam masa terdekat. Yang nak cerita dalam entri malam minggu ini mengenai penghasilan sebuah filem mengenai kebangkitan pejuang bangsa menentang British dan sipahi-sipahi mereka. Sejarah telah merekod satu kebangkitan (uprising) di satu tempat bernama Temerloh. Tak perlu nak dicerita kot tentang Datuk Bahaman, Dato' Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi dan rakan-rakan.

Nak disampaikan perkhabaran, bahawa menurut surat khabar yang khabarnya sebuah filem dengan belanjawan RM 10 juta dalam proses pembikinan. Pelakon yang bakal memegang watak Mat Kilau katanya seorang pelakon amatur dan merupakan seorang guru silat dalam perguruan silat yang masyhur di Malaysia. Pemilih beliau berdasarkan kebolehan bersilat serta dikatakan memiliki bentuk tubuh yang menyamai dengan Mat Kilau. Pemilihan guru silat amat bagus, bagaimanapun bagi mengimbangi nilai seni dan komersial maka wajar dimasukkan gerak silat dari perguruan silat yang dikatakan diwarisi dari Mat Kilau. Silat ini ada diajar di Kuantan oleh cucu cicit pejuang ini. Dalam memenuhi kehendak komersial pula, gerak silat perlu dilakukan dengan menarik selagi ia tidak mencemar silat itu sendiri.

Dalam hal skrip pula, oleh sebab ini merupakan filem epik wajarlah loghat daerah di Pahang digunakan bagi menambahkan lagi keaslian filem sebegini. Loghat daerah juga tidak terlalu sukar serta tidak jauh berbeza dengan bahasa Melayu sekarang.

Seterusnya, dengan belanjawan RM 10 juta sudah pastinya penonton meletakan harapan yang tinggi agar filem ini berkualiti dan pada masa yang sama padan dengan harga tiket yang dikeluarkan dari dompet kulit yang semakin menipis. Dan setakat ini, filem sebegini yang dihasilkan di Malaysia kurang mendapat sambutan berbanding filem-filem ringan bersiri anak mami yang menjanjikan pulangan berlipat ganda. Lihat saja nasib 1957: Hati Malaya bandingkan dengan pulangan filem anak mami kembali.

Dan apa yang penting? hehe..yang penting ialah filem ini berkualiti dan seterusnya kesedaran yang tinggi dalam kalangan penonton. Masalah belanja dan teknologi yang mengekang kita untuk menyokong filem epik tempatan berbanding antarabangsa juga sebab yang perlu diatasi, selain daripada mentaliti dan pemikiran yang memang tidak mahu tahu tentang sejarah negara sendiri. Ye mungkin, ini tidak sebaik Forrest Gump, tidak secemerlang Saving Private Ryan, tidak seperti Valkryie tapi diakhir semuanya filem Pahlawan Mat Kilau, filem tentang kita. Orang kita. Tokoh kita.

Apa yang diharapkan filem yang berkualiti..sebab ia membawa nama besar. Malu kalau tak menjadi.

Khamis, 2 April 2009

Terima Kasih Pak Lah

Hari nih, Pak Lah akan menghadap YDP Agong bagi menyampaikan hasrat meletak jawatan sebagai PM dan mencadangkan Timbalan Perdana Menteri sebagai Perdana Menteri yang baru.

Diharapkan peralihan kuasa ini berjalan lancar serta Perdana Menteri yang baru dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau dengan efektif dalam kemelut politik dan ekonomi ini.

Kepada Pak Lah, walaupun tidak begitu 'glamour' dan perletakan jawatan ini tidak begitu dirasai dalam kalangan rakyat biasa. Ucapan terima kasih harus dikalungkan kerana telah menerajui pentadbiran negara sejak 2003. Gelombang dan kemelut silih berganti membuktikan bahawa cabaran-cabaran yang bakal dihadapi negara memerlukan kepimpinan yang lebih efektif serta dapat memenuhi kehendak semua pihak.

Cabaran ini lah yang bakal dipikul oleh Dato' Seri Najib selaku bakal teraju kepimpinan negara. Dan selaku Presiden UMNO juga BN, PM baru perlu memulihkan sokongan rakyat kembali kepada BN. Rakyat sekarang tidak lagi takut untuk mengubah undi mereka kepada calon yang dapat memenangi isu di hati mereka. Dato' Seri juga perlu menyelesaikan beberapa isu serta masalah yang timbul mutakhir ini seperti agama, hak orang Melayu, bahasa, dan kegawatan ekonomi global ini. Pengalaman luas Dato' Seri dalam kerajaan seharusnya membantu dalam hal ini. Tidak kurang juga yang mungkin akan membandingkan Dato' Seri dengan Ayahanda beliau iaitu Tun Razak.

Akhir kata, selamat bersara Pak Lah dan selamat berkerja Dato' Seri Najib.

Rabu, 1 April 2009

Selamat Hari Lahir

selamat hari lahir bonda

happy birthday mak

selamat hari jadi ibu...

seribu ucapan, seribu kata yang dirangkap

tak kan dapat membalas jasa mu pada kami

dilimpahi kasih, dicurahi sayang

walau tak ditaburi permata dan wang

selamat hari lahir Pn.Hajjah Rafeah Bt Mat Nor

Sabtu, 28 Mac 2009

1 Jam untuk Dunia

pada 28 Mac nih..(sekarang la kan) Malaysia akan menyertai satu gerakan global bernama Earth Hour. Akhirnya, selepas didedahkan dalam subjek PPL taun lepas..Malaysia juga akan bersama. Taun lepas kita orang ngarut je pasal Earth Hour ni sebab berdasarkan maklumat di akhbar saja.

beberapa mercu tanda atau landmark negara seperti KLCC, Menara KL dan beberapa bangunan lagi telah memberi persetujuan untuk turut serta.

walaupun sokongan terhadap gerakan EH Malaysia agak lambat, bagaimanapun untuk beberapa minggu akhir ini sokongan semakin banyak. malah TNB turut menaja satu ruangan di NST bagi mempromosi lagi aktiviti ini.

tapi kedengaran juga cakap-cakap mengenai Earth Hour nih:

1) tersirat agenda Yahudi

- tak de ape la nak cakap, seperti kita tau..Yahudi memang menguasai dunia. Bagaimanapun,
kesedaran dan mencintai alam sekitar ciptaan Allah S.W.T mmg ada dalam agama kita. Dan kalau nak tolak, tolak la sambutan Valentine yang memang terang lagi bersuluh Israiliyyat nya.

2) nanti banyak la jenayah

- WWF tak paksa pun huhu. memang banyak kes pecah rumah sekarang, bagaimanapun kalau demi keselamatan, jangan la tutup semua lampu. tutup la lampu yang boleh sahaja. lampu tandas kalau tak pakai ker.

3) tak perlu ikut cara barat

- ye betul, tapi benda baik apa salahnya. Bumi ni kita tinggal bersama Utara, Selatan, Timur dan Barat. pemanasan global disumbangkan dari semua arah dunia dan kesan pemanasan global dirasai semua jugak.

4) Maksiat!!!

- betul gak, disebabkan malam minggu kan. sonok tu tengok KLCC begelap tapi patutnya taman-taman dan tempat strategik lain tak perlu gelap. terang pun orang berani, apetah lagi malam kelam. jadi lampu-lampu tempat begini biarlah, demi kesajehteraan bersama

5) keselamatan negara

- jangan risau, radar, sistem operasi trafik, sistem pertahanan tak la dishut down lak. keselamatan negara keutamaan nombor 1. malah Sasaran Penting (SP) negara juga tak de la nak dibiarkan begitu sahaja.

JADI...

1) sokong la kalau boleh

2) jangan jadikan alasan Earth Hour utk off lampu keta masa tgh memandu

3) jangan salah gunakan kegelapan malam utk berbuat suka hati..ini negara ada undang2 lg walaupun KLCC dah gelap

Isnin, 23 Mac 2009

bidal kata merungkai segala

kerana pulut santan binasa,

kerana mulut badan binasa..

begitu la bijak orang lama menyusun kata dalam menyampaikan maksud

bersulam pantun, menikam jauh ke hati yang mengerti


sedang kita diwaktu sekarang bebas memilih kata..

tak perlu pikir..cakap dulu..tulis dulu

biarpun kadang dusta dan nista bercampur dengan fakta dan kebenaran

biar ape ditulis walau menuduh orang lain perosak bangsa.

asal terlerai dendam di hati, yang lain tak perlu dipeduli

jadi salam kemaafan diukir dahulu, adat Melayu menolak permusuhan

dari manusia kepada manusia..dalam sebuah perjalanan

Jumaat, 13 Mac 2009

timun dan durian

ape nih da lama meninggalkan arena perbloggeran (satu pencemaran, atau pengayaan? anda tentukan) lebih-lebih lagi selepas blog telah menjadi satu topik dalam kami belajar membina sebuah media pengajaran. apa bila da di pelajari secara formal ni macam biasa la timbul perasaan malas. sebab tu tak siap-siap lagi blog kajian tempatan aku tuh.

sebenarnya, ni la waktu puncak untuk sem nih..jadi biasa la kehidupan jadi sedikit hectic dan menambahkan asam garam gula dan pewarna dalam kehidupan manusia. bila hectic..kita jadi stress, bila stress kita jadi burn out..dan bila burn out kita tak pegi kelas haha. produktiviti dlm menghadiri kelas pun automatik turun. bila turun, nama kita naik..dan bila kita naik, pikir la sendiri.

dan sekarang hasil tinjauan selama beberapa minit di blog list, telah melihatkan isu PPSMI bergema di ruang siber. satu situasi yang menarik kerana disini kita melihat mengenai satu polemik yang kalau tak diselesaikan segera dijamin akan bertukar jadi epedimik ke atas negara permai ini. siapa sahaja boleh punyai pandangan sendiri, menyokong atau menentang tapi baru-baru ini jalanan telah jadi landasan GMP membawa isu ini selepas dikatakan dipandang sepi oleh pihak sewajarnya. dan politikus kembali lagi dijalanan membawa isu ini bersama-sama dengan tokoh bahasa. dan keranda 152 kembali diarak selepas berdekad lama tersimpan. harap-harap yang bawak tu faham erti 152. aku tak nak mengulas lagi, rasanya dari tahun lepas lagi da jawab dekat forum, blog dll.

cuma kepada blogger pro ppsmi apa salahnya nyatakan pendirian dengan meletakkan fakta-fakta dan hasil kajian yang berkaitan dengan kognitif kanak-kanak, teori L1 & L2, perkembangan bahasa, barulah dihormati sket. buku kan banyak.

yang anti ppsmi pun perlu juga bersandarkan perkara-perkara ni..selain bersandar pada artikel 152 Perlembagaan Persekutuan. juga rasanya sudah diketahui bahawa setiap peminjaman kata dari bahasa asing akan mengayakan lagi bahasa kita.

tapi macam mana pun, ini blog dan siapa saja boleh menulis..asalkan kita mampu bertanggungjawab atas entri itu. "blog aku, suka ati aku la" telah menjadi satu pegangan bloggers masa kini termasuk aku pada satu masa dulu.