kelik-kelik

Isnin, 15 Disember 2008

mencuba lagi

dan semangatnya masih membara..menawarkan pilihan dalam kekusutan, memberi inspirasi kepada mereka yang masih jauh tenggelam dalam mimpi

dulu dia pernah berjuang sekali, terkandas dan dia ditertawa

sekarang dia bangkit!! lagi sekali..bangkit untuk terus berlari dan menawar diri menjadi calon pilihanraya kecil ini. Dia lah nenek Maimun, huhu nek maimun nak bertanding lagi dalam pilihanraya kecil nih walaupun percubaan yang lepas dia telah hilang wang pertaruhan.

cuma aku ragu-ragu dengan manifesto dia dulu antaranya nak menambahkan bilangan sekolah Inggeris di Kuala Terengganu, sedangkan aliran Inggeris da lama diserapkan dalam sistem persekolahan kebangsaan dan sekolah Inggeris da menjadi sekolah kebangsaan. huhu adios.


Khamis, 11 Disember 2008

amigos

Perjumpaan semula pada hari raya kedua Aidiladha telah berjaya dijalankan. Pertemuan kembali selepas 8 tahun meninggalkan baju putih seluar biru huhuhu sebab lepas tu pakai uniform lain lak baju putih seluar hijau..lepas tu aku upgrade baju pink seluar hijau haha metrosexual ke bangla tak tau la..

Kehadiran untuk bekas murid memuaskan walaupun ada yang tidak dapat meluangkan masa kerana terdapat urusan lain yang lebih penting. Bagaimanapun, diharapkan untuk aktiviti di masa depan lebih ramai akan tampil untuk turut serta dan menyumbang tenaga. Ahli jawatankuasa juga telah dipilih untuk merangka aktiviti yang bermanafaat dan boleh menjayakan aktiviti yang memenuhi aspirasi negara ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.

adios amigos..till we meet again..


aku ngan nuar, kawan dari pra sekolah



Selasa, 2 Disember 2008

SKBB 94-99

Tuan & Puan,

Adalah dengan ini saya mewakili encik penganjur iaitu Najmi ingin menjemput tuan puan ke majlis pertemuan kembali 'reunion'.

Tarikh: 9 Disember 2008
Masa : 9 pagi
Tempat: SKBB,Chenor,28100, Maran
Pakaian: Pakaian tradisi Melayu, Baju Melayu lengkap utk lelaki (ni pengajur suruh bukan aku)

sekian..
fadzli osman a.k.a lipak a.k.a batman

*sebarang pertanyaan, Najmi 012-9872565*

marilah bdk2 bukit bota upsr 99..tak kira dimana anda berada..terutama yang ada dalam malaysia dan kawasan sekitar temerloh-maran-chenor..yg keja tu, cuba la klu boleh datang.

Ahad, 30 November 2008

Filem Martial Art Pertama Malaysia?

kinta 1881

produser dia claim sebagai the first martial movie in malaysia..filem mengenai kisah di Kinta, Perak pada tahun1881 dimana daerah itu bergolak akibat perang dua kongsi cina iaitu ghee hin dan haisan. Cite kung-fu ni beb..mungkin la cite ni betul-betul ada elemen martial art, sebab sebelum ni dalam filem-filem bahasa melayu, da ada banyak dimasukkan unsur-unsur silat yang bermacam jenis nih.

ni sinopsis:

Darah, air peluh dan air mata. Sebuah kisah mengenai persaingan dendam di antara adik-beradik dalam perjuangan hidup. Dua dunia berlaga dalam epik yang tidak mempunyai kasih sayang

Kumpulan He De yang diketuai oleh Zheng Hong, meluaskan penjajahannya di Laut Selatan, bersepakat dengan kumpulan kongsi gelap untuk mengambil alih kuasa di atas pelombong. Sekumpulan individu termasuk Tiger, Ace dan Blaze bersepadu di bawah pucuk pimpinan Dragon yang berkarisma serta Li Tian yang bijaksana untuk menghalang hasut mereka. Dalam perjuangan untuk keadilan, persaingan antara hero yang bakal menggegarkan dunia akan berlaku ...

air mata dan darah da cukup la nak menunjukkan keperitan..penggunaan perkataan air peluh agak janggal dalam penulisan berbentuk mcm nih..x gramatis, patut guna perkataan keringat. ni mesti translate dari english..blood, sweat and tears.

kepada produser filem, buat la weh cite-cite cam zaman 90 an tu..tp bajet kena tinggi baru nampak real..cite macam hati waja ke, semutar hitam ke, keris hitam bersepuh emas

Isnin, 24 November 2008

Temerloh: Antara seni dan perjuangan

antara seni dan perjuangan...dua perkara yang nampak berbeza dalam kotak pemikiran aku.


wadah perjuangan telah lama bersemadi dalam diri anak-anak temerloh, perjuangan bagaikan telah menjadi darah daging mereka sejak zaman berzaman. daerah ini telah menyaksikan bagaimana kecundangnya sipahi-sipahi yang diimport jauh oleh british di tangan anak-anak tempatan. Siapa yang tidak pernah dengar cerita kepahlawanan Tok Gajah, Dato'Bahaman, Mat Kilau, Mat Kelubi. Semua mereka ini pernah berjuang mempertahankan hak dan kehormatan mereka dari dirampas oleh penjajah. Silat dan gerak langkah mereka ini memang tinggi dan mampu menumpaskan jiwa mereka yang angkuh dengan senapang. Namun, telah tersurat yang mereka perlu berundur untuk merangka strategi yang lebih mantap. Biarpun begitu, berundur bukan bermaksud mereka tewas dan menyerah. Mat Kilau telah mengisytiharkan dirinya pada tahun 1969 di sebuah masjid di Jerantut. Pahlawan ini telah disahkan oleh kerajaan negeri yang telah membuat siasatan.



semangat itu kemudian diwarisi pula oleh pemimpin-pemimpin yang lahir dari sini. semangat kepahlawanan tok gajah dan dato' bahaman menjadi inspirasi kepada mereka. di daerah ini la lahirnya pemimpin yang meniupkan semangat nasionalisme Ibrahim Hj Yaakob (Kesatuan Melayu Muda), Ishak Hj Mohammad dan beberapa lagi pemimpin besar Parti Kebangsaan Melayu Malaya iaitu parti melayu yang pertama sekali di Tanah Melayu ketika itu. malah apabila british telah mengisytiharkan darurat pada tahun 1948, telah mewujudkan satu keadaan dimana nasionalis kiri telah terhimpit dan mereka terus diperalatkan lantas menyertai Parti Komunis Malaya malah PKM telah memanipulasi keadaan ini dengan menubuhkan Rejimen Ke 10 PKM di Kerdau, Temerloh. Harapan PKM, ia akan dapat menarik sokongan dari orang melayu lain kepada perjuangan sia-sia mereka. Aku disini tidak mahu menjustifikasi tindakan rejimen ke 10, cuma bagi aku walaupun asalnya niat mereka untuk membebaskan negara dari penjajahan tetapi dari tindakan mereka selepas merdeka membuktikan mereka ingin berkuasa dan terus mendukung ideologi Karl Marx itu, malah Das Kapital dijadikan panduan dan pegangan mereka.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin dari daerah ini telah membuktikan kemampuan mereka di peringkat kebangsaan apabila telah dipilih untuk menjadi anggota kabinet antaranya ialah Abdul Rahman Talib iaitu bekas menteri pelajaran yang telah mengeluarkan laporan Rahman Talib berkenaan sistem pendidikan negara pada waktu itu. Ia kemudian diteruskan dengan lapisan pemimpin baru seperti Sabarudin Chik yang turut menjadi anggota kabinet. Sekarang ia telah disambung oleh Timbalan Menteri Kem Keushawanan dan Kooperasi, Datuk Sharifudin.

Seni, Kesenian dan Orang Seni

Seni boleh terdiri dari pelbagai cabang dan bentuk kerana seni itu bersifat artistik dan universal. Manusia boleh mentafsirkan seni sebagai perkara yang halus, rumit dan sukar untuk difahami tetapi itu lah seni. Pak Sako atau nama sebenarnya Ishak Haji Muhammad merupakan salah seorang dari tokoh sastera negara ini. Walaupun mendapat pendidikan Inggeris, Pak Sako telah meniupkan semangat merdeka melalui penulisan lama sebelum negara ini mencapai kemerdekaan. Penulisan beliau sentiasa menyeru kepada perubahan sikap orang melayu agar bangkit menentang kolonialisme. Sampai sekarang, novel Putera Gunung Tahan menjadi bacaan pelajar-pelajar di sekolah menengah.Mana kala, novel Anak Mat Lela Gila masih relevan walaupun di era ini. Bagi pelajar sastera, Pak Sako merupakan salah seorang dari tokoh yang telah menggerakan dunia sastera di Malaysia. Itu dalam penulisan, dalam bidang seni suara pula nama seperti Sudirman dan Siti Nurhaliza merupakan antara bintang besar yang telah lahir di daerah ini. Pencapaian kedua artis ini memang tidak dapat disangkal lagi. Sudirman sendiri merupakan pelakon dalam filem KAMI (bukan kami yang indie tu). Filem yang sedikit sebanyak menceritakan mengenainya. Dalam filem ini boleh didapati bagaimana dua watak dari filem ini seorang dari temerloh dan seorang lagi dari chenor telah pergi ke kuala lumpur kerana melarikan diri dari keluarga dan masalah yang menimpa mereka disini. Hubungan persahabatan pantas terjalin apabila mereka sama-sama menghadapi realiti hidup di kota.

Antara seni dan perjuangan adakah ia saling berkait?

-sampai disini dulu-ada masa-ada kelapangan minda aku sambung lagi-

nama-nama lain:
Tan Sri Yahya Mohd. Seh - Bekas Menteri Besar Pahang
Dato' Abu Samah
Dato' Awang Ngah
Dato Bahaman - Pejuang Menentang Penjajah Inggeris
Dato' S. Roomainor - Seniman
Abd. Rahman Talib - Bekas Menteri Pelajaran Malaysia
Kamaruzaman Teh - Nasionalis
Che Puan Ramlah Bt. Dahalan - Nasionalis
Satar Hj. Dahan - Nasionalis
sumbangan wiki

Temerloh Suatu Pengenalan

Temerloh, ada apa dengan daerah nih...haha mc d pun x da..starbuck pun x da..takat secret apa barang [getus hati sang pemuda kay ell] bukan aku ek..sekadar fiksyen je nih

Mengikut satu versi , nama temerloh asalnya dari perkataan mereloh yang bermaksud tidor. Dalam satu penggembaraan (ala-ala LOTR) seorang pengembara Bugis telah ternampak seorang sakai @ orang asli @ rakyat panggilan orang pahang telah tertidur di bawah sepohon pokok dan di tepi sungai Pahang. Maka orang bugis itu bertanya kat orang asli tu apa yang dia buat, dia pun cakap la dia termereloh (tertidor). Dari situ la datangnya nama temerloh. Cerita ni tak dapat dipastikan kebenaran, ada sikit persamaan dengan cerita nama Sydney iaitu melibatkan penggembara dan orang asli.

Daerah ini terletak di tengah-tengah negeri Pahang the great yang aman makmur =) dikatakan terletak kira-kira 163 kaki dari paras laut. Selalu ditenggelami banjir pada musim tengkujuh. Berkedudukan 3°27'U dan 102°26'T diatas peta. Memiliki sebuah bandar iaitu bandar Temerloh sendiri serta beberapa lagi buah pekan. Dikenali sebagai Bandar Ikan Patin oleh Majlis Perbandaran Temerloh.

Ahad, 23 November 2008

survey

musim cuti sekolah nih hilang pulok survey-survey kat bulletin board friendster ek..
budak-budak yang post survey ni tengah melancong ke atau tengah amik spm?
aku tak nak cakap banyak, tapi bila ilang survey-survey nih bulletin board tu boleh la berfungsi sebagaimana ia sepatutnya. Tak perlu lagi nak host kan benda-benda yang bersifat spam, surat berantai tu. Kenapa aku cakap surat berantai? sebabnya ada ke patut suruh orang yang baca tu jawab survey..sudahnya ada bermacam-macam survey..
Bagus-bagus...kalau nak diikutkan, survey-survey tu memang bersifat peribadi dan perlu la dipost kan kat blog masing-masing..bukan ke frenster ada bagi blog suruh buat. Nak jawab banyak mana pun jawab la kat situ. Kat situ barulah betul, sebab orang yang berminat je boleh baca. korang boleh la bagitau bila korang makan, apa korang makan dll..baru la cam artis =)
satu lagi aku tak suka penggunaan tajuk yg mengelirukan i've married la..hiv la..dengan tajuk mengelirukan..ia menarik orang nak baca. (nettique weh..) ya la kawan kan, mesti la nak amik tau kalau kawan lama dorang kena hiv ke haha
aku bukan nak marah pun, frenster bukan aku punya tp pikir la..orang lain guna bulletin board tu utk inform perkara penting cam result exam da kuar ke, pasal handphone hilang ke, pasal jemputan kahwin ke..sekali benda nih kena duk bawah sebab ada orang rajin jawab survey sampai berkali-kali satu hari. kalau nak ikut kan, FRIENDSTER Team yang paling layak nak post bulletin berkali-kali nih, sebab memang dorang keja dengan friendster. tapi tak de pulak dorang nak post sesuka hati.
akhir kata, kekal kan prestasi macam nih haha..selamat bercuti