kelik-kelik

Sabtu, 3 Ogos 2019

I'm back...(again)

3 kali dah aku pasang aplikasi blogger ni pada peranti mudah alih ni. Harap kali ni berjaya blogging.

Facebook kills blog, dan kini kembali kepada dakapan blog bila mana akaun facebook tidak lagi sebebas dahulu. Nak kutuk, perli pun dah tak boleh. Facebook sudah terlalu serius.

#AkuKembaliLagi #kudabesi87

Selasa, 6 Februari 2018

I'm backkkk

besok (7 februari 2018) merupakan tarikh aku ditempatkan ke bumi lipis ini sebagai pendidik,

pejam celik dah 7 tahun disini dan masih lagi disekolah yang sama,

ada juga teman-teman yang telah berpindah ke daerah lain mahupun ke negeri lain.

so cheers

malam ni dapat semangat nak blogging semula, pagi tadi ajar budak buat blog sejarah.

kekecewaan petang tadi bila boot bola yang dihantar jahit rupanya tapak dah merekah, patut la kedai tu jual dengan harga diskaun dari RM 50 jadi RM 19.90. dari nak berjimat boleh jatuh rugi.


Rabu, 14 November 2012

tips hadapi zombie






tips menghadapi dunia pasca zombie :

1) Senjata

-  negara kita bukan seperti amareka dimana bekalan senjata mudah didapati, paling paling ada senjata nih pak cik Rela yang dibekalkan dengan senapang patah satu laras. Atau juga balai polis berhampiran.

- memadai la buat sementara waktu sediakan tukul dan tombak, tombak untuk menikam dan tukul untuk mengetuk.

2) makanan

- kalau duk kampung, nih la masanya untuk bercucuk tanam dan sembelih sendiri binatang ternakan. kalau agak-agak tuan lembu pun dah jadi zombie, maka haruslah kita bahan lembu dia

- kalau duk di bandar, pasar raya akan jadi sasaran utama semua orang, so fight for ur food.

3) rumah

- lagi lama anda di bandar raya..lagi terdedah anda kepada serangan zombie (mengambil kira kadar kemenjadian zombie)

- sediakan rumah dgn kawasan lapang sebagai buffer kehadiran zombie, kalau boleh berpagar dan kalau boleh buat penggera pencerobohan dengan menggunakan tali dan tin susu (macam zaman darurat)

- tutup tingkap dengan kayu, kayu katil

dah la kalau aku rajin aku type lagi haha....


Sabtu, 15 September 2012

About me

aku disuruh untuk menceritakan tentang sesuatu mengenai diri sendiri oleh seseorang, boleh la..

nama kudabesi87 tu bukan lah nama sebenar..jumpa nama itu daripada majalah gempak! sebenarnya kudabesi melambangkan motorsikal. 

aku mula kenal dunia internet nih sejak remaja lagi, dan alamat emel aku dulu-dulu oldskullrocker@y.com. sepatutnya, old school rocker macam dalam lagu limp bizkitt tapi salah eja jadi old skull rocker yang bermaksud tengkorak kering batuan(rocker)

kemudian ada nama putramalayneum dan lain-lain, yang nih pun masa remaja lagi sebab putra tu macam sangat hebat (nama kelab kereta pulak) dan malayneum tu millenium sebenarnya dan telah diglamourkan oleh butterfingers. sapa yang layan butterfingers memang perasaan lah ejaan malayneum.

kudabesi ada yang kata "hang daripada JLJD ke?" jawapan nya tidak, pekerjaan hakiki sebagai seorang guru di sebuah sekolah luar bandar. JLJD apa benda kalau setakat reti tukar minyak motor hehe.

kudabesi juga nama sebuah band hardcore rock di Indonesia, mula perasan masa buka twitter dulu, ramai pulak mat indon yang follow. 

Siapa Aku - aku dah mula guna sebelum tajuk lagu SuKi  (malaysian idol) tu lagi..siapa aku bermaksud pencarian diri lah konon-konon. sebab tu blog nih carca marba sebab tu pilihan aku, aku tulis apa yang aku suka, bukan yang SEO suka mahupun nuffnang suka.

Siapa Aku juga bukan lah bermaksud merendahkan diri, nih dulu pensyarah aku kata. Tapi aku kata lain, bukan merendahkan diri..tetapi mencari diri. Siapa aku,  sebuah blog carca marba..nih bukan blog islamic, nak blog islamic pergi baca saifulislam.com, atau hilalasyraf. Nih bukan blog sastera, nak sastera pergi baca blog Marsli NO, ni bukan blog politik...ha pergi scroll kat tepi tu kalau nak baca. dan ini juga bukan blog militari, boleh baca blog mumuchi, atau dzirhan atau blog Jasni Komando, blog tuan Den komando.

tapi dalam siapa aku, terkandung semua itu, kalau aku rasa nak berblog tentang politik, aku tulis politik. itu lah siapa aku.

Post Script :
JLJD - Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja, Tentera Darat

Tentera Jepun masuk Komunis




aku baru baca artikel The Sunday Times Singapore pasal penyerahan jepun kepada british dulu, tapi apa yang menarik hati aku...

bila dalam satu perenggan tu menyatakan apabila Jepun menyerah diri kepada British, ada askar jepun yang tak dapat menerima kenyataan. Ada yang membunuh diri dan sebagainya, tapi dalam The Sunday ni melaporkan bahawa terdapat askar Jepun yang telah menyertai Komunis di hutan untuk memerangi British.

Dilaporkan mengikut The Sunday Times tu, pada tahun 1989..ada 2 orang bekas askar jepun yang telah menyerah diri bersama-sama dengan Chin Peng. Walawey..adakah mereka itu berbangsa Jepun, atau mungkin penduduk nusantara ini yang menyertai tentera Imperial?

nanti kalau jumpa aku kaji lagi...dah macam plot cerita perang korea "my way"

Sabtu, 14 Julai 2012

Bravo 5 berjaya diselamatkan?

sekitar tahun 2010 dulu ada projek filem mengenai komando, dan pelakon dah ikut latihan di kem komando bagi menyelami watak seorang komando...dikhabarkan juga bahawa set penggambaran juga telah siap sedia..tapi tak jadi sampai la tahun 2012.

tahun 2012 dikhabarkan bahawa filem Bravo 5 bakal diterbitkan dan ada gambar-gambar pelakon remy ishak dan beto khusyairi menjalani latihan menembak..

dikatakan filem nih olahan daripada kisah benar sewaktu zaman Insurgensi (63-89)

 hensem betol pakai loreng 70's dan siap beret hijau

dah macam apai..beto nih

credit: abg yastro :http://www.yastro.net/2012/05/bravo-5-filem-komando-pertama-di.html
          utusan online

p/s: go support blog baru aku : www.cerlog.blogspot.com

Selasa, 29 Mei 2012

Demonstrasi Unit Lawan Keganasan di HBN 2012



power..power nampak gagah vamtac bila digunakan oleh Gerup Gerak Khas...

gambor curi internet

ULK dikatakan dah wujud sejak 80'an lagi, namun kewujudan dirahsiakan dan mendapat latihan daripada SAS. Sesuai dengan keadaaan sekarang, kewujudan ULK diberi pendedahan agar menimbulkan elemen gerun "cegah rintang" bagi pihak yang bercadang membuat onar di tanah tumpah daang rah kita ini.

Ini dibuktikan apabila berlaku 911 di NY...kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan mempunyai aset yang cukup untuk menghadapi pengganas..

Isnin, 28 Mei 2012

Misteri : Bersih



28 April 2012, dah dekat dengan sebulan berlalu dah...tapi 'wanita' yang dikatakan dilanggar oleh kereta polis jenis Waja CPS tu masih belum lagi membuat laporan polis mahupun laporan kepada MalaysiaKini atau mana2 agensi berita..

jadi persoalan yang timbul adalah...

1) Wujudkah wanita itu? atau cuma kekeliruan yang berlaku akibat kelam-kabut dan 'hear say' atau cakap orang sahaja

2) adakah wanita itu warga asing tanpa permit yang datang membeli-belah atau mungkin juga memberi sokongan kepada agenda Bersih 3.0? lantas tidak berani tampil ke hadapan dan menjelaskan bahawa tindakan menterbalikan kereta polis berkenaan bagi menyelamatkan nyawanya?

3) adakah wanita itu takut?

Misteri betol la...


saya serahkan kepada Brad Meltzer untuk decoded....lol


Ahad, 27 Mei 2012

Orang penting istana


Datuk Paduka Maharaja Lela di Istana Negara, orang penting dalam melaksanakan adat istiadat pertabalan SPB Yang Dipertuan Agong lalu...mari kita kenal siapa beliau..

nama beliau : Azuan Effendy Zairakithnaini

pekerjaan : Datuk Paduka Maharaja Lela

asal : ????

info : bekas exco Majlis Belia Malaysia 2006-2010 (belia)

gelaran : Ahli Mahkota Perlis (AMP) 2007...mungkin ada lagi tapi tak jumpa dalam gugel

jadi Encik Azuan..anda saya hormati..pencapaian belia nih

jawatan nih bukan main-main, mana ada dalam SPA

Sabtu, 19 Mei 2012

Politik membenarkan segalanya?

aku dah kata dalam dunia politik nih bersederhana lah....

dan kalau takut dikutuk, dicaci, diperli dunia politik (sekurang-kurangnya Malaysia) memang patut kita jauhi

dan terbaru aku dengar ada pihak tuntut agar pihak yang mengutuk Nik Aziz dgn dakwaan tertentu supaya mohon maaf

walaupun aku nih pro gomen tp hal kutuk2 dan benda2 yg bertentangan dgn agama dan nilai moral patut kita jauhi..lagipun Nik Aziz wajar dihormati sebagai ulama, org tua dan MB tu kita kena hormat. jadi perbuatan photoshop gambar2 Nik Aziz dan letak dgn gambar haiwan contohnya tak elok la macam tu..walaupun benda nih dikatakan counter offensive kepada serangan pembangkang yg photoshop gambar PM dan letak mcm2.

cuma aku nak panjangkan lagi cerita nih supaya yang mengutuk Tun Dr Mahathir dlu pun sama-sama mintak maaf, tu belum lagi kira akhbar Harakah sekitar taun 2000 menyiarkan kartun yang menggambarkan Hishamuddin sebagai pondan kerana isu debat antara ketua pemuda

entah politik ape yang dipermainkan la..sebelah pihak boleh kutuk sebelah pihak, macam budak2..aku boleh kutuk bapak kau, kau tak boleh kutuk bapak aku

BESEDERHANA SUDAH

Hinaan kepada PDRM atas nama seni dan satira


TLDM pulak



Sabtu, 28 April 2012

randoms

one year of teaching,

one year of earning ringgit and cent,

Alhamdulillah, syukur

selautan lagi harapan untuk dipenuhi,

seribu haluan menanti dihadapan,

berikan kekuatan, berikan ketabahan,

untuk bukan sekadar mengajar,

tapi juga membentuk,

bukan sekadar mengherdik, tapi mendidik

Jumaat, 20 April 2012

Pondok 2


Pondok 2

Pak mat menyedut kretek dalam-dalam.  Dari jauh kedengaran bunyi tembakau dan cengkih dan bersatu memberikan kenikmatan mungkin. Namun kenikmatan yang dialami cuma sebentar. Hati Pak Mat masih rusuh, memikirkan masalah yang dialami. Masalah yang bukan masalahnya.

Jimmy atau nama kampongnya Najmi datang tersengih-sengih menghampiri warung tua di tebing sungai itu. Digengam sebuah Blackberry Curve, laju pula dia menyedut sisa Coke yang tinggal.  Terkocoh-kocoh dia mampir, seperti biasa. Seperti gelaran yang glamour “Mi Ribut”

“Hah sampai pun gampang nih” separa menjerit Pak Mat..tak padan tua.
“baru bangun boh, malam tadi pegi nengok bola Arsenal kat mamak..” sambut Jimmy lagi sambil tersengih.
Ape cerita kau? Tanya pak mat sambil menjentik jauh punting keretek
“Ceritanya gini Pok Mat, saya dah tweet YB kita tu..harap dapatlah dia membantu usaha murni pok mat nih..”
YB- YB tak boleh harap! Jerit si Pak Mat lagi sambil menghidupkan enjin motornya menjauhi warung tepi tebing.

Jimmy mengeleng jauh.
……………………………………………………………………………………
Semuanya bermula dua-tiga bulan lalu, si peguam membawa surat mahkamah yang mengarahkan sebuah rumah usang ditepi tebing itu bakal dikorbankan untuk memberi laluan kepada projek hab ikan patin.

Memang bagi yang lain, rumah usang itu tidak membawa erti apa-apa..malah menyemakkan saja.
Tempat kambing berteduh waktu hujan, tempat yang culas untuk menjamu selera waktu ramadhan.

Namun, kesunyian, kengerian, kebobrokan yang dibawa oleh rumah usang itu tak setanding dengan isinya..nilainya. Pak Tua ini bukan sebarangan, asalnya dulu guru lepasan MPSI. Memang nasionalis dan minatnya pada sejarah bukan sedikit.

Rumah usang itu bukan sebarang rumah..rumah tok’ki ali, tok guru silat dan orang besar istana suatu masa dahulu. Orang yang hidupnya besar jasanya, walau hilang dari catatan sejarah…tapi tak hilang di minda Pak Mat.  Disitulah tuanku sultan semasa perang disorok agar tak diusik dek Jepun.

Disitulah mulanya berkumpul orang kampung sebaik saja orang bukit keluar menghukum semua yangdituduh barua jepun. Berlatih bersilat sambil membaca ayat-ayat suci yang dipesan.  N

Agak pelik juga walau sudah melangkau 100 tahun, masih gagah berdiri rumah tua itu. Buatan orang dulu kata Pak Mat. Tak macam sekarang, baru 2 tahun bina dah tunduk ke bumi.  
“Sempat juga orang tua nih menyidir, “getus Jimmy.



Isnin, 30 Januari 2012

Berserdehana

disebabkan musim pilihanraya dah dekat, aku memilih utk bercerita politik dekat blog dan bukannya facebook

malas sial nak bergaduh bab politik kat fb. padahal king dan panglima panglima politik bn dan pr semua bertempur kat twitter skang

bercerita politik kat fb tak lain tak bukan nak amik undi atas pagar la tu..

puii politik..puii

baru baru ini aku tengok ada link suh mintak maaf sapa yang menghina pemimpin PR dengan nama yg tak molek ( tak payah la aku nak taip) nak guling juga aku baca

ingat ingat balik, geng yg sama jgk panggil mahafiraun, badawi malaysia pnjaga bxxi, hisam xxxxx

even kartun zunar yg kutuk hisam tu aku baca sejak aku sekolah menengah dalam harakah..ye aku baca 2 belah pihak sejak muda lagi..

dalam berpolitik, cubalah bersederhana...kuat sangat ngutuk pun..besok jemput kenduri orang bawahan ni jgk dijemput. baik anwar ke najib ke payah la nak datang. itu tak kira lagi nak nguruskan perjalanan ke sebelah sana.



Sabtu, 28 Januari 2012

Bersetuju untuk tidak bersetuju




Dalam hal pertahanan, seharusnya unsur politicking yang melampau perlu diketepikan. Terdapat segelintir rakyat Negara ini yang begitu skeptis dan meragui setiap keputusan yang diambil demi keselamatan Negara antaranya ialah tidak bersetuju dan menentang pembelian aset yang dapat mampu memberi kuasa tentang yang lebih ampuh kepada ATM.

Sehingga kini, walaupun Malaysia telah Berjaya mendapatkan kemerdekaan dan menghapuskan ancaman pengganas komunis tidak bermakna bahawa keamanan dan kesejahteraan ini akan berkekalan.
Sebagai pembayar cukai dan pengundi, sudah pasti rakyat sedar dan mahukan yang terbaik buat Negara yang mereka cintai. 

Namun, sikap menetang pembelian aset seperti kapal selam, misil, pesawat pejuang, helicopter utiliti melihatkan perangai mereka sebenar.Kita perlu sedar bahawa pembelian aset ini, adalah bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa. Malah jika kita rajin mengikuti berita mengenai pertahanan Negara, kita sedar bahawa apa yang diperuntukkan itu adalah sebahagian sahaja daripada yang sebenarnya diperlukan. 

Sebagai contoh, satu skuadron kapal selam biasanya terdiri daripada 6 buah kapal selam yang sedia beroperasi. Tapi disebabkan kekangan kewangan, maka cuma 2 buah kapal selam diperolehi setakat ini.
Sentimen membangkang setiap masa dan mempersoalkan fungsi aset-aset ini perlu di campak jauh. 

Tambah memilukan apabila terdapat sesetengah cerdik pandai di dewan rakyat turut sama menyemarakkan lagi pemikiran begini. Mereka yang sepatutnya mewakili rakyat, dilihat tidak lebih bijak daripada rakyat biasa. Ada ahli parlimen secara terang-terang mempersoalkan keperluan kapal selam kepada tldm.

Bagi mereka sebegini, fikirlah bahawa kebanyakkan mereka yang berkerja sekarang memiliki insurans/takaful/kad perubatan yang mereka bayar sehingga 10% daripada pendapatan mereka. Malah ramai yang membayar lebih daripada 10%.  Adakah selama beberapa tahun membayar premium tersebut mereka dapat menggunakan perlindungan insurans tersebut?

Sedangkan dalam masa yang sama, negara Cuma memperuntukkan berapaa peratus daripada hasil Negara untuk bajet pertahanan? Bajet pertahanan ini adalah insurans dan polisi jaminan bagi masa depan Malaysia.  Atau kita perlu menunggu sehingga negara lain sudah mengibar panji perang atau parang di leher barulah kita boleh menambah aset.

Kalau begitu, mengapa tidak sahaja membeli premium insurans selepas didiagnos dengan kanser contohnya?
Saya berpendapat bahawa kita boleh tidak bersetuju dalam banyak hal, tetapi kita perlu bersetuju mengenai hal ehwal pertahanan. 

Apa yang boleh tidak dipersetujui adalah mengenai harga, cara pembelian, jenis dsb. Tetapi bukan mempertikai atau menolak secara total. Atau lebih teruk menyebarkan fitnah seperti PT91M terima dahulu, kereta kebal “recond”. 

Sama-samalah kita menjadi lebih cerdik. Baik menyokong, baik membangkang. 

Rabu, 14 Disember 2011

Kongsi Gelap : Serba Sedikit



Sijil Merangkap Bukti Keahlian Kongsi Gelap Ghee Hin (Malaysia)

setelah lama dijanjikan, sebuah entri tentang kongsi gelap dizahirkan.

1. Kongsi gelap/ triad berasal daripada tanah besar China. Secara literalnya, apabila berbicara tentang Kongsi memang tak dapat lari daripada menyebut China.

2. Kongsi gelap bermula sebagai satu kumpulan yang ingin menentang maharaja jahat di China. Teknikalnya, mereka adalah pemberontak.

3. Mereka telah bersumpah di hadapan patung dewa dan di dalam tokong dengan upacara ritual yang di ikuti sehingga sekarang.

4. Lama-kelamaan perkumpulan orang ini telah menjadi kuat dan berkuasa. Matlamat mereka bukan lagi untuk menumbangkan maharaja, tetapi berkuasa dari segala aspek. Jahat mereka lebih kurang maharaja jahat juga. (cuba tengok cerita Jackie Chan "Harajuku Incident")

5. Di Malaysia, Kongsi gelap telah wujud sejak mula lagi sebaik sahaja orang cina mula menetap di Malaya beramai-ramai. Matlamat mereka baik, untuk melindungi kepentingan orang cina dari ancaman. Mungkin mereka tak tau orang melayu memang cukup baik.

6. Bila bermulanya tarikh sebenar tidak diketahui, tetapi Perang Larut telah membuktikan akan kewujudan kongsi gelap di Malaya. Ghee Hin dan Hai San nama dua kongsi tersebut, yang masing-masing memiliki sokongan dari orang-orang besar Perak ketika itu.

7. Munsyi Abdullah ada menulis secara terperinci mengenai acara angkat sumpah kumpulan kongsi gelap di Singapura. Dia dipercayai satu-satunya orang Melayu/ Islam yang dapat menonton acara sulit tersebut pada ketika itu.

8. Seperti Mafia dan Yakuza..Kongsi gelap juga merupakan golongan yang percaya kepada agama tetapi banyak melakukan perkara yang dilarang agama. Upacara angkat sumpah dilakukan dengan menggunakan patung dewa dewi dan upacara agama.

9. Orang Melayu juga ada berpersatuan seperti ini, mengikut buku Kongsi Gelap Melayu di Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada satu ketika dahulu wujud dua kumpulan kongsi melayu yang kuat.

10. Kumpulan tersebut ialah Bendera Putih dan Bendera Merah. Kumpulan ini banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan. Dan ini bukan tahun 1999, tetapi tahun 1830 an.

11. Dan pada satu ketika, mereka bertikam lidah melalui 'boria'. yer boria..boria digunakan sebagai medium kumpulan ini berpantun seloka sambil memuji kumpulan masing-masing.



abang long dil, peberet nih

P/S: Menjadi ahli kongsi gelap adalah satu kesalahan jenayah. Sekiranya anda didapati membahayakan ketenteraman awam, anda boleh dikenakan tahanan di bawah Ordinan Darurat. 

Isnin, 28 November 2011

Mereka Yang Tertewas

Dalam Bahasa Inggeris, kapal akan dirujuk sebagai 'Her' dan 'She' ini berkaitan dengan amalan lama di mana kapal kerap kali dinamakan dengan nama wanita. Selain itu, kapal juga merupakan bini, teman wanita, soulmate kepada kelasi dan seafarer yang majoritinya lelaki...

aku dulu tak minat navy-navy nih, lepas spm baru turn over huhu

KD Inderapura


Selepas Kebakaran, Lucut Tauliah



 KD Sri Perak

Sebelum tenggelam di Laut China Selatan akibat ribut


1984, KD Sri Perak, KD Sri Terengganu & KD Hang Tuah 
dalam satu latihan membawa Pegawai Kadet TLDM. 3 terkorban rasanya.


KD Pari

 Tak tau la boleh repair ke tak


 Karam Selepas Kejar Kapal Tentera Laut China
di Terumbu Layang-Layang

And she sink, as ocean take away....the memory remains


Jumaat, 25 November 2011

Menjawab Tomahan Indonesia : 1



Pasca Sea Games 2011, sebelum ini dah malas nak menjawab tuduhan macam nih. tapi demi warga malaysia yang masih mentah...mungkin juga boleh terpengaruh, terutamanya yang pergi tak pergi kursus BTN lagi (lol)

1. Jalur Gemilang ciplak

puii..Sang Merah Putih apa kurangnya, bendera tu asalnya bendera Belanda iaitu Merah, Putih dan Biru. Bila terjadi perang Indon-Belanda, terjadilah satu peristiwa dimana gerila Indon ini telah menyerbu sebuah rumah Belanda dan mengoyakkan warna biru belanda tersebut lalu mengibar-ngibarkanya.

fakta sejarah mengenai bendera merah dan putih seperti sekarang yang digunakan sejak zaman Patih Gajah Mada adalah kurang aku percayai. aku pun boleh kata zaman Melaka dulu pakai bendera keris bersilang macam bendera UMNO. dokumentasi tiada, bukan dari sumber premier.

2. Negaraku Ciplak lagu tradisional Indon




ini pun susah jugak nak jawab, asalnya lagu Negaraku daripada lagu Terang Bulan (lagu negeri Perak)..asalanya lagu Terang Bulan pulak daripada lagu Mammula Moon, yang sultan perak dengar masa dalam buangan di Seycheles kerana peristiwa JWW Birch. kalau berkait dengan Indon mungkin berkaitan dengan lirik kot? don't know..tanya Prof Agus la..

3. Batik...

dah terang2, tulis batik malaysia..rekaan Nor Arfa Batik tak sama dengan batik kodi jawa..kalau nak bantah pun agak2 la..alangkan ada paten pun tempoh masa dia boleh tamat. kalau macam tu sume orang kena bayar thomas alva edison la pasal cipta mentol. jadi penjawat kerajaan, pakailah batik malaysia dan bukanya batik jawa yang korang pegi beli masa melancong. ada jugak jenis bebal pegi pakai...nak tunjuk hero agaknya

4. Reog

nate gapo nih? kakaka orang malaysia pun tak kenal...orang jawa malaysia kenal la kot, aku tak kenal..dalam buku Sivik pun tak ada

5. Ambalat

ini pasal stand off antara TLDM dengan TNI AL, sayangnya media malaysia tak laporkan. sebaliknya media indonesia memperbesarkan. selain Ambalat, banyak jugak isu lain antaranya penguatkuasa Indon senang2 masuk dan tangkap nelayan malaysia walaupun GPS menunjukkan mereka masih dalam perairan Malaysia atau dalam kawasan perairan antarabangsa..

6. Tenaga Kerja Indonesia (TKI), Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

majikan rakyat malaysia lebih suka mengambil buruh dari indonesia dalam segenap hal, dari pembantu rumah sampai ke pembantu kedai. kebolehan berbahasa melayu dan budaya yang tak jauh berbeza menyebabkan majikan ambik orang indon selain kadar upah yang rendah berbanding rakyat tempatan.

tiada isu sangat, kecuali PATI...PATI adalah sejenis golongan yang pada hukum manusia telah melanggar undang-undang negara iaitu masuk ke negara tanpa passport, visa yang sah..ataupun masuk dan kemudian tinggal lebih masa. ini peraturan standard, jika kita masuk ke Indonesia pun kalau tidak punya passport yang sah kita boleh ditangkap sama..jadi apa masalahnya? masuk dan kerja lah mengikut undang-undang.

kalau anda pernah menonton, Border Patrol..Amerika juga mengalami masalah yang sama. tetapi disana lebih power, sekiranya warga Mexico didapati cuba menghampiri sempadan Amerika, mereka akan dihalau di tengah-tengah gurun tersebut, ini boleh mengakibatkan orang Mexico ini mati kerana kehabisan makanan, air atau kesejukan di malam hari. tapi kalau sudah melintas sempadan, pendatang mexico akan ditangkap dan di usir keluar.

jadi saya bertanya, ada tak ada kita dengar yang kapal indon bawak indon cuba lintas sempadan kemudian karam?

jawapan ada, atas dasar kemanusiaan..APMM, TLDM, Polis Marin membantu..walaupun mereka ini dalam cubaan melanggar undang-undang negara. kat US, sapa yang membantu Mexican nih melintas sempadan walaupun atas nama kemanusiaan (contohnya, jumpa mexican sesat..air da habis, makanan habis) orang yang membantu tadi yang akan masuk jail.

bersambung

Khamis, 10 November 2011

Seksualiti Merdeka sangat..puii



Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan #SeksualitiMerdeka yang khabarnya nak membahaskan nasib LGBT/PLU di Malaysia. Dibawah ini sedikit cadangan daripada saya:

#RokokMerdeka - hak kesamarataan perokok tegar tanpa diskriminasi .

dengar kata orang kerja kesihatan kalau hisap rokok payah naik pangkat, nih pun diskriminasi. dia beli, dia paham lah risiko puii.

#SenjataMerdeka - hak untuk memohon, memiliki, menggunakan, membawa senjata api/ senjata besi secara bebas dan merdeka bersesuaian dengan semangat demokrasi. 

baru minggu lepas budak kena tangkap, sebab bawak pisau di tempat awam..wat de fakk, sebagai warisan perwira..membawa parang/golok/kapak kecik/kerambit merupakan satu tradisi Melayu, dan bagi keadaan tertentu..janggal bersamping dan tengkolok tanpa keris berluk tujuh di pinggang..hukuman macam nih seperti zaman kebangkitan Meiji dimana golongan Samurai nak dihapuskan daripada masyarakat dengan memaksa mereka meninggalkan katana mereka di rumah. Bukan lelaki kalau tak berpedang, kata samurai..lantas mereka pupus. Anak cucu dibiarkan bermain kendo - pedang kayu. Macam aku la, satu jenis keris pun tak ada haha. Orang dulu kurang2 simpan tombak,lembing.

#CerminGelapMerdeka- hak untuk pembayar cukai jalan, menggunakan cermin gelap tanpa ragu-ragu lagi. tiada lagi keistimewaan kepada mereka yang bergelar dan mampu membeli Alphard dan Skyline.

self explained title..no need further explanation. panas dow tak tinted!!!

#SekolahMerdeka - hak untuk memilih tidak bersekolah.

ini budak-budak suka nih, ramai yang nak tiru Steve Jobs. tak payah blaja tinggi katanya..puiii

#SamanTrafikMerdeka - hak untuk tidak disaman atas apa kesalahan trafik pun.

itulah realiti tuntutan yang perlu anda terima sekiranya tanpa malu anda menerima #SeksualitiMerdeka, tak semua kebebasan itu indah. LGBT's bertentangan dengan semua konsep moral, dan tak semua perkara harus dihujahkan dengan dalil aqli.

bagi BAR Council, sila pertimbangkan tuntutan-tuntutan ini, sekiranya benar anda memperjuangkan nasib yang di diskriminasi..buat yang melayu..malu lah sikit kalau tampal logo BAR Council di kereta tapi tak memahami isi perjuangan BAR council itu sendiri



 

Khamis, 27 Oktober 2011

entri bertaraf diari : episod bernombor 202

haram jadah banyak benda dalam kepala..tapi penat nak tulis, tambah satu hal..jenis tak merangka karangan

no 1

anak murid tak datang sekolah, dah cukup sebulan dah. kalau anak taukey lombong emas Penjom tak apa la jugak. kesian tu kesian, tapi cam ne nak buat..dah la ada saringan 6 LINUS, kalau tak ambik macam mane nak lulus? secara tak langsung menggangu KPI & NKRA TPM tu..

pujuk, pujuk dah..pukul pun mak dia dah pukul. tapi sebagai seorang kanak-kanak yang terlindung dibawah Konvensyen Hak Kanak-Kanak PBB (ya, sebab tu ada Hari Kanak-Kanak) kanak2 tidak boleh di 'abuse'. di bawah Akta Pendidikan 1996 juga kata suruh daftar anak ke sekolah jer. tak suruh menghadiri setiap hari persekolahan.

buang? jadah nak buang budak tahun 2? nak menjawab dengan pihak atasan pasal tak guna budi bicara?

nih masa belajar dulu, dah boleh jadi kajian kes..aku rasa dia tak hadir sebab kekurangan motivasi intrisik ditambah masalah luaran seperti malas bangun dan kerja sekolah tak siap. bila berlanjutan, hati pun da keras..apa lagi syok la tak datang. biasalah budak LINUS, untuk Math dan Bahasa Melayu je ada pemulihan, untuk subjek lain..dorang masuk belajar macam biasa. tak boleh nak ikut arus perdana, jadi tak siap la kerja.

no 2

aku baru balik dari Borneo, menghadiri konvo..seronok jugak la, sementelah tengah bercuti sekarang nih.Scence Sarawak sambut konvo memang besar-besaran, siap dengan fun fair haha.

no 3

tahniah Tranung dan N9 atas kejayaan ke final Piala Malaysia. bola-bola nih jenis tak ikut sangat, tp Piala Malaysia memang ikut sejak kecik lagi. Dari zaman final di Stadium Shah Alam patah balik ke Shah Alam nampaknya.

tiket memang jenis cekik darah, alasan tak munasabah..patut orang yg bagi sewa (OYBS) yang perlu menyediakan padang yang terbaik tanpa pertambahan kos..bukannya orang yang menyewa (OYMY) yang kena bayar untuk repair padang. serupa sewa rumah, lepas tu pasang mozek kat rumah sewa..lepas tu sewa tak kurang pun, cukup 2 bulan pindah rumah lain.

bila FAM kata pertambahan untuk keselamatan amatlah geli hati. keselamatan tahap apa, kalau boleh lagi seludup mercun..sampai buta2. nak kata FAM upah BlackWater USA tak tau la pulak.

semoga berjaya, pasukan terbaik akan menang.

no 4

nampaknya 'karma' kerajaan yang naik dengan menggulingkan orang lain, akan digulingkan sekali lagi berlaku. cuma kali ini, Gadafi yang dibunuh. al-fatihah untuk beliau, di Asia Tenggara..gadafi sebenarnya dipandang tinggi khasnya di Selatan Filipina kerana banyak membantu perjuangan bangsa Moro yang menuntut autonomi.

aku mendoakan dari jauh untuk melihat 'keamanan', kemakmuran yang diidamkan oleh rakyat libya.

 no 5



loghat temerloh, bukan senang nak dengar..

Sabtu, 8 Oktober 2011

undead

hehe mesej taun 97, relevan lagi nih