kelik-kelik

Jumaat, 27 Ogos 2010

Namewee lagi



Bulan Ramadhan Al-Mubaraq nih tak elok mencarut, tapi gone pulak..tengok perangai budok nih memang rasa nak mencarut.

Sapa kawan Melayu dia tu? tak de tegur ke sket-sket. Ngutuk KPM tu dah lebih, barua sungguh.

Nih la namanya Ultra-Kiasu, duk mengamuk tak tentu pasal. Report polis pun tak tutup lagi.

Mamat nih patutnya dah lama dilucutkan kewarganegaraan, atau paling kurang campak dalam laut. Menghina lagu Kebangsaan sambil menyulam kebencian terhadap azan.

Dengan ini, aku berkempen supaya kerakyatan Namewee nih dikaji semula.

Ahad, 22 Ogos 2010

VAT69



Malam nih..kalau ada rezeki dapat la aku nengok. Kalau tak de, nak wat cam ne.

Vat69-Warisan Darah Perwira

Wanted


Begitulah, telah tamat tempoh bagi En.Rizal Ali bagi memulangkan SEMUA duit yang telah diperoleh melalui penipuan secara terancang bagi urusan pembelian buku-buku genre perang/ biografi dan sebagainya. Didapati buku-buku tersebut ialah koleksi dari Perpustakaan Jasin, kemungkinan besar telah dicuri. Mahkluk ini juga menipu duit beberapa orang lagi bagi penjualan DVD 'Jungle Brown Khakis' yang tidak pernah sampai ke tangan pembeli.

Dikehendaki untuk siasatan :

1) kes penipuan komersial

2) kes kecurian harta kerajaan milik Perpustakaan Jasin

p/s: nasib la ko mat..nak sangat huhu. nasib baik la, bukan aku yg kena. kalau tak..

Jumaat, 20 Ogos 2010

entri bertaraf diari jilid 5 - tanpa perjuangan

the screaming hornbill..semangat kenyalang

Tak de benda nak update weh, aku punya blog pun bukan jenis cerita peribadi sangat haha. Sekarang pun lebih afdhal kalau menulis Kajian Tindakan. Tapi demi dapat traffic + nuffnang aku menulis gak la lol.

Kalau aku cakap belajar jadi cikgu nih busy, mau orang tak percaya. Tapi kalau tak busy, bukan la nama study. Tak busy pun kena buat-buat sibuk, baru nampak macam ada style sket.

Start sem, belajar seminggu. Gedubuk-gedebak, pegi internship pada minggu ke-dua untuk tempoh masa sebulan. Dalam intern pun kena panggil gak kalau ada hal-hal berkaitan esp benda pasal akreditasi.

Balik intern gedebak-gedebuk, dah Prof nak datang check..buat akreditasi punya benda. Lebur dah seminggu kat situ. Bukan sebarangan punya kerja tu, bilik meeting director dah jadi macam bilik gerakan banjir. Fail bersepah-sepah, macam Karpal Singh nak bukak kes. Sempat gak la belajar guna mesin fotostat. Cam biasa, kena buat kerja berat..angkat, angkut.

Dan abih jer akreditasi ada la masa beberapa hari belajar, dah start puasa. Dan sekarang bulan puasa la, hari ke 10. syukur dapat lagi berpuasa.

Boleh tahan la busy aku nih. Tapi leh lagi main fesbuk, main game..kes pelik gak tu.

oh ye, selamat berpuasa..selamat beramal-ibadat.takwim 2010 yg penuh lol

p/s: satu lagi entri tanpa perjuangan


Ahad, 1 Ogos 2010

Mencari Kekayaan Mudah

Sita je encik, wat keta Undercover syok nih

Dah dikabor, dah diasuh..

Mungkin kita kena buat subjek Kepengunaan & Keusahawanan kat sekolah. Asal ada masalah, semua kita tolak kat sekolah. Budak kurang ajar, kita ajar sivik. Banyak bayi dibuang, kita nak tambah subjek Pendidikan Seks pulak. Namewee hina Negaraku, kita buat Kelab Rukun Negara. Entah apa dah jadi dengan Kelab Setia? Matlamat hampir sama.

Minggu lepas, satu lagi skim cepat kaya yang dah berkembang pesat telah berjaya diserbu oleh JSJ Komersial, BA & Selangor. Kena serbu pulak masa tengah buat ceramah pulak tu. Kena ambush dengan polis berpakaian preman, kereta sport dorang tersadai kat parking Bukit Perdana.

Aku perasaan pasal skim nih, baru lagi..awal tahun nih. Tengok gambar kat FB dorang buat masquerade party kat Genting. Siap ada sambutan untuk keta-keta besar (big boss) la tu. Yang macai-macai ni, tunggu la kat tepi sambil jerit-jerit syok tengok fairlady, skyline berarak. Sekali skala pegi sewa GSC, tengok wayang reramai. kakaka..bayar memahal, tapi aktiviti macam tu sendiri pun boleh buat.

Jadi, sempena tahun depan yang dengan Izin-Nya dapat la kita pegang duit. Jaga la duit elok-elok, penat keja. ASB pun tak dapat jamin pulangan tinggi, inikan pulak skim yang tak ada beza ngan skim Ponzi, skim Pak Man Telo. Sama-sama la berpesan-pesan, takut aku pun sama.

pasal tips nak kenal scam nih, ada aku tulis dulu: Makan Laba Member

nak lebih lagi:

MLM Scams

Thread Usahawan di Cari.com.my

pakarHowTo


Utusan