kelik-kelik

Jumaat, 2 April 2010

tugu

ada satu pagi, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membawa berita dan cerita

tersampai ke telinga aku pasal sesetengah mahkluk duk bercerita pasal pertukaran lokasi sambutan hari pahlawan dari Tugu Negara ke Putrajaya. dari satu segi, aku memang respect la kat dorang yang berborak nih.

dari gaya dorang berborak, dan pengetahuan dorang memang dorang patriotik. sape bilang orang bukan melayu tak patriotik? sila hantuk kepala korang kat laptop..masa insurgensi dulu berapa ramai SB bukan Melayu, MIO, anggota Renjer, Komando, PPH

ada la yang tak patriotik, tapi bukan semua..orang Melayu pun bukan semua patriotik. ada orang Melayu duk buat kempen suruh terbalik Jalur Gemilang sebagai simbol negara dalam keadaan distress. so, don't generalize everything.

aku sendiri pun tak perasaan pasal benda nih, ye la hari pahlawan hujung Julai nih..

tapi yang aku panas sket tu pasal dorang mempertikaikan sket pasal perpindahan nih, disebabkan fatwa oleh majlis fatwa..seperti yang kita tau, sebelum nih lagi dah kuar fatwa pasal haram hukumnya meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara, bertafakur, last post. bagaimanapun, majlis tu tetap berjalan.

cuma baru nih tukar menteri pertahanan, jadi dia merasakan nak tukar upacara nih supaya tak melanggar hukum agama. dah lama sebenarnya cadangan nih dibawa ke atas agar upacara hari pahlawan dibuat dengan acuan kita sendiri. yang sesuai dengan kepelbagaian dan jaluran sosial kita.

bagi aku ini bukan satu penghinaan pada mana-mana pihak, bukan kita semakin 'narrow minded'. cuma kita mahu berubah ke arah yang lebih baik, mungkin gak MINDEF dan PDRM akan kemukakan cadangan istiadat bagi sambutan ini yang tak bertentangan dengan hukum kepada JAKIM.

terkenang balik ari tu, kalau orang darah panas..mau lempang jer mahkluk-mahkluk itu. lempang kang kata aku ultra lak, dah payah lak nak citer. aku pun takut gak makan nasik tak abis nih

for those who have fallen for our country always in our heart.

3 ulasan:

Kensi Ell Byle berkata...

kene patriotik pada temptnya...

kudabesi berkata...

"1malaysia merupakan kesinambungan idea dan konsep pemimpin terdahulu" DSN

maka seharusnya 1mesia berlandaskan kebudayaan kebangsaan..yg menerima kepelbagaian kaum tetapi berlatarkan citra nusantara

perbualan yg berlaku itu menunjukkan mereka masih tidak memahami akan peri pentingnya menghormati kebudayaan dan kepercayaan majoriti

who is to blame?

-sekian ceramah sosio politik gua-

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.