esemen pertama gua dalam bidang perguruan nih ialah menulis satu esei bertajuk ciri-ciri guru yang baik (lebih kurang cam tu la). esei tu bagi subjek "Pengantar Pendidikan" sebagai pengenalan kepada budak-budak pra-ijazah masa tu kepada dunia pendidikan..yg ajar pulak madam grace dan. gua tak bape paham pun, bila diterangkan analogi nilai guru dan donut tu. tapi angguk aje la, mungkin gua ada masalah dengan kecerdasan pelbagai visual spatial nih.
nak menulis esemen tu pun kira memori gak, jalan kaki pergi CC dekat area Ali Cafe tu. Skang dah tak de bangunan kat situ, dah dimamah oleh kemajuan.
masa gua menulis tu umur 18 taun ++, muda remaja. fresh out from school. rebelious plak tu kononya.
memang banyak pengalaman menarik yang boleh dicurahkan dalam esei tentang guru yang baik dan guru yang tak baik. guakasi hentam kaw-kaw. yang baik pulak, kasik penghargaan sket.
skang menghampiri abih praktikum nih, gua mau buat muhasabah diri..tentang ciri-ciri tersebut.
adakah dalam masa 10, 20, 30 taun mendatang..anak murid gua akan menulis esei ciri-ciri guru yang baik dan meletakkan beberapa sifat gua..
atau akan menerangkan ciri-ciri guru yang tak baik dan menjelaskan perangai gua..
siapa tahu..
p/s: antara ciri guru yg baik ialah bersifat kecindan. yg lain dah lupa.
More Superbikes for Traffic police and Ammo as well [6]
Sehari yang lalu
2 ulasan:
huhuhu wei.. why dont u share it over here lie? hahah aku dha hilang dha soft copy asgmnt aku masa foundation years huhh sedey2
keh2 tak de save mie
time tu tak de pendrive haha
Catat Ulasan