dah bape lama gua tak citer pasal dunia cikgu-cikgi?
sungguh melanggar KPI macam nih, ikut KPI patutnya kuar entri cikgu cikgi paling kurang sebulan sekali..haha.
bok tanya gua, dalam wayang kl drift 2 pasal Malaysia ada team SWAT ke?
tapi dalam wayang, mana boleh borak-borak..citer da lah barai..ada lak buat bising, memang tak masyuk langsung la
jawapan gua ; ya dan tidak
ya jika kamu merujuk 'SWAT' itu sebagai sebuah unit polis khas menangani jenayah berat, dengan bertopeng..selalu digambarkan berpakaian taktikal hitam, memakai kasut taktikal macam magnum, 5.11 dll.
tidak jika kamu merujuk kepada Special Weapon and Tactics (SWAT), cari la dalam web PDRM pun tak jumpa. nama team tu tak terpakai.
gua percaya yang kuar dalam filem haritu ialah anggota dari Unit Tindakan Khas (UTK).
sebuah pasukan khas yang dilatih untuk berfungsi sebagai pemukul utama dalam berhadapan dengan penjenayah berprestasi tinggi..
UTK spesifik untuk pertempuran bandar, rescue hostage dan sebagainya. kerja-kerja menyiasat semua tu jabatan lain yang buat. dah settle, dah tau duk mana..panggil UTK.
selain tu, tugas mereka ialah memberi kawalan rapat (close protection) kepada orang kenamaan samada Malaysia atau luar. sapa yang pernah tengok rombongan Agong atau PM (VVIP motorcade) pengiring bermotosikal
selain tu, tugas mereka ialah memberi kawalan rapat (close protection) kepada orang kenamaan samada Malaysia atau luar. sapa yang pernah tengok rombongan Agong atau PM (VVIP motorcade) pengiring bermotosikal
pasti akan perasaan ada 2 atau 4 buah motor superbike berwarna hitam yang ada dua lelaki berjaket hitam naik. mereka pun ialah UTK juga. yang duduk di belakang tu, ada satu beg selempang berisi dengan MP5. yang bawak motor boleh menembak sambil pegang handle.
dan UTK juga menerima wanita sebagai anggota, berbeza dengan SOF lain di negara ini.
Antara operasi UTK;
- menamatkan insiden tebusan di Penjara Pudu (oktober 1985)
tak menggunakan pistol, kerana diarahkan PM. mereka guna rotan je.
-menembak mati Bentong Kali (Jun 1994)
-menahan mantan TPM (1998)
-menghapuskan Geng Steyr, Mat Komando, Geng M-16
-menahan elemen JI, KMM (Mas Selamat)
orait bok, ada faham?
-menyelesaikan tokan-tokan dadah bajet mafia
gambar dicuri dari : wikipedia, mp.net,
7 ulasan:
huuhuh best ah lie ko citer bnde2 ni.. sbnryer xde lah susah nk cri bhn2 yg ko kongsikn.. google bley mmbntu.. tp bila baca gaya penceritaan ko yg sntai.. baru best huhuhh sng nk phm.. keep it up bro.. alah skali-skala x ikoy KPI xpe huhuhuh
ala mie biasa jer..
bkn ada org baca pun, kadang2 masuk la dari google
malas la nak tulis skema-skema, nak skema baca wikipedia la..tak pun journal research
info aku bg pn basic je..ape yg org patut tau
mcm sistem senjata tu, org x bape minat sgt..kecuali geng2 peminat pertahanan
Kite ande UTK yang khas terlatih tetapi kenape ande lagi yang membanggekan SWAT dari luor tu...
waahhhh...
encik sindiket rakan-cop..
bukan sindiket soljah ye..
gua pernah nampak abang2 polis UTK ni masa ngantor najib datang pantai dalam.. smat laa beg dia. lu laa bagi tau dalam tu anda senapang. gua ingat ade sepanar hidup, tiub moto, skru drebar ke apa.. huhu
actually kalo aku cara penulisan yg santai adalah yg terbaik... heheh :D yelah walau mcm ne boring skalipon subject tue kalo ditulis scara sntai insyaAllah akan jd menarik bacaan tue heheh :D tulis byk2 lg lie..
bang JD,
besa la bang, orang tak tau..maklum la kat mesia nih PR kat PDRM ngan ATM penyegan sket. lg pun komando2 nih suka mcm ni, diam-diam je.
Pert,
ala playar spanar nak bwk wat per, tayar tubeless dow haha
SAW,
orait, nanti aku belaja lagi. byk lagi kurang nih
Catat Ulasan