kelik-kelik

Rabu, 3 Mac 2010

Darjah Satu

Sebuah entri menyahut seruan dragonkupukupu yang mahu tengok blog nih ada citer pasal sekolah, cikgu dan masyarakat.

Darjah satu, dah berapa lama kau orang kau orang (korang) tinggalkan?

dengan penuh yakin, aku percaya paling muda baca blog nih pun budak darjah 5. sebab tak jumpa lagi blog budak darjah satu. jadi semuanya dah tinggalkan darjah satu, bertahun-tahun.

bagi masyarakat luar lingkungan golongan pendidik, pasti akan memandang enteng lagi rendah terhadap golongan pendidik darjah satu. apelah sangat, setakat ajar ABC, one two three, ana anti antum. budak-budak pun kecik lagi, tak de yang gangster punya. boleh selamat la Toyota Caldina korang yang ada sticker Hai-O kat plet tu.

Ini pulak cerita gua, pasal darjah satu

" pada SBE yang ke-(isi tempat kosong) saya bersama-sama rakan seperguruan telah ditempatkan di sebuah sekolah terletak di negeri Darul Ehsan. pernah jadi sekolah harapan negara dulu nih. kat sini gak, saya telah berkesempatan berjumpa dengan Naib Presiden PKR yang dulu Presiden Parti guna logo Kepala Kerbau (no offence).

di dinding pejabat dihiasi dengan sijil, plak, keratan akhbar yang melukis kejayaan di mata dunia pendidikan. sebuah sekolah yang berwawasan lagi muhibbah, murid terdiri daripada pelbagai bangsa walaupun ini SK.

sebab tak boleh ngajar lagi, saya pun diberikan tugasan mengganti guru tidak hadir (relief) oleh GPK. saya pun macam biasa terima relief, muka senyum. hati lain kira. dah biasa relief nih dari SBE 1 lagi.

yang berbeza kali nih, relief kelas darjah 1 a.k.a tahun 1. sebelum nih belum pernah lagi. biasa amik darjah 4 - 6. dari jauh kelas dah meriah lain macam, macam-macam bunyi. saya pun masuk, muka tak payah senyum. baru la garang sket.

ketua kelas bangun bagi salam. yang lain mengikut tanpa soal. macam robot.

baru sebentar saya masuk dah bising lagi. mula-mula bunyi "cikgu dia kacau saya", cikgu dia..cikgu itu, cikgu ini" awal-awal boleh layan lagi. kasi sound budak yang suka kacau.

pastu ramai dah naik syeikh, mula berlari ke depan belakang, main kejar-kejar ngan member.

semua kembali kepada pesta..memang meriah. suara saya pun sudah jauh ditiup angin. muka saya dah merah, bukan marah tapi pening. campur takut jadi apa-apa.

member saya kebetulan lalu. dia melihat keadaan kucar-kacir ibarat pelarian merebut gandum itu. kemudian semuanya sejarah, cerita bertukar mulut. saya dijadikan bahan, kadang-kadang gelak juga. tapi biasanya hati panas, biasalah emosional. cuma waktu itu, sudah jarang menumbuk meja dan menyepak pintu seperti zaman memuda.

dalam hati saya berkata "korang tengok la nanti".

Tamat.

Sekarang rasanya semua rakan seperguruan sezaman sudah ngerti. menghandle budak darjah satu bukan mudah, walaupun content pelajaran mudah sahaja. sebab itu guru tahun 1 ialah mereka yang dah senior, berperawatakan seorang ibu dan bapa.

yang tak mengerti, korang tengok la nanti...bila praktikal, cuba mintak darjah 1. relief masa sebelum balik. baru thrill.

so cikgu darjah 1..i salute you
p/s: adik aku dah main blog lak..citer bab melukis ngan lampu har har

9 ulasan:

tuan punye blog berkata...

panjang gila tulis..

lupa nak bajet tadi adeh

Cik LeYha~~~ berkata...

lawa pic...hehehe

Seri berkata...

memang lagi susah nak handle budak sekolah rendah terutama yang darjah 1

pengalaman buat kajian kat sekolah rendah telah membuktikan wpun dulu praktikal kat sk menengah

nadia yaacob berkata...

haha..betul tu cikgu! darjah satu ssh nak handle..sakit kepala main kejar2 dlm kelas..jentik dahi baru tau..hehehe

-u-n-s-p-0-k-e-n- berkata...

HAHAHAHA
baguslah cekgu ni!!
i like~~~ menurut seruan... ekeke
siap taruk link tuh!! tu yg plg xley blah... tp kn ckgu.. budak2 omputih kt cni COMEL nk mampos, rs mcm nk sangkut kt pagar!! wuhuhu~ >.<

kudabesi berkata...

Leha,

mmg lawo, tp nak buat arak panji diraja nih susah nak mampus

Seri,

keh2..kalau kat UK sistem dia terbalik. cikgu2 ada master, PHD yg ajar bdk2 kecik nih. foundation is very important

nadia,

keh2..tak leh jentik sangat. kang dia report

unspoken,

nanti klu ada masa ngan mood aku update lagi pasal praktikum lak.

gua busy skang, praktikal ngan observe. assingment semacam jer jalan...pasal fail MQA lagi

-u-n-s-p-0-k-e-n- berkata...

keh3... tenang bro~
maen tembak2 dlu sepam dua
hjg minggu nih!!! kamon la~ ahaha
*mampos ak kn tembak kang*

sengli kiu berkata...

Greetings admin I like your topic, after reading your article very helpful at all and can be a source of reference I will wait for your next article updates Thank you, for sharing

sex shop
sex shop semarang
sex toys semarang
alat pembesar penis
vimax asli
obat kuat semarang
boneka sex full body
obat perangsang wanita semarang

sengli kiu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.