easy to get, easy to lose (ja'a, 2008)bersempena hari usahawan sekolah tepi landasan
Seperti juga perniagaan lain MLM, tertakluk kepada peraturan perniagaan yang ditetapkan oleh KPDN & HEP. Biasanya syarikat MLM akan berdaftar dibawah AJL (akta jualan langsung), bukan juara lagu.
Aku dulu banyak belajar bab-bab bisness nih, tapi banyak lupa dah. nampak sangat jiwa cikgu dalam diri sedang mekar berkembang lagi harum mewangi. keh-keh.
Pada dasarnya, syarikat MLM yang berdaftar dengan SSM, KPDN & HEP, SSM dan Bank Negara tidak bermasalah. Yang bermasalah ialah syarikat yang berdaftar dengan SSM tetapi :
i) mengamalkan skim piramid
ii) tak ada produk
iii) mengutip wang deposit tanpa kebenaran
iv) melanggar AJL
bagi kes:
i) mengamalkan skim piramid, seperti yang diketahui ialah..syarikat yang bertopengkan perniagaan barangan kesihatan, pelancongan, penapis air dsb. tetapi mengaut laba atau untung dengan hasil networking iaitu makan untung dengan orang menjadi ahli. bayaran nih pulak akan dipusing-pusing, sampai lah tahap dipanggil 'tepu'. iaitu orang semakin ramai, dan kemudian pembayaran bonus, dividen or what so ever akan diberhentikan. bos-bos semua selamat, harta sume dah tukar milik nama orang lain. pegi overseas, bercuti. datang balik bukak bisness baru dengan nama baru. yg kena tipu ahli bawahan, dengan manager pertengahan.
ii) tak ada produk: berkaitan dengan yang kat atas tadi. korang tanye ustaz ape hukum urus niaga tanpa produk nih. jangan tanya gua..selalu monteng PAFA dulu hehe. barang, produk yang ditunjukkan dalam brousur, semasa pengenalan, kat office adalah display only. ataupun, kuantiti kecil..bukan untuk jualan. tetapi untuk promosi sahaja.
iii) mengutip wang tanpa kebenaran. ada banyak company dah kena. suka-suka hati kutip duit orang masuk investment dorang. lepas tu offer dividen, bonus, untung berkali ganda dari bank, ASB, ASN, SSPN, malah Wall Street. taiko dalam bidang nih dulu, seorang pak cik bernama Pak Man Telo (bukan bapak gua ek). Dia pernah kutip melebihi RM 9 Juta pada awal 90 an. Kalau anda didapati kutip deposit tanpa kebenaran, syarikat anda akan diserbu oleh BNM (depan sekolah tepi landasan).
iv) melanggar AJL. nih cari sendiri lah. kui2.
kesimpulannya, a businessman never takes unnecessary risk.
sebelum terlibat dalam mana-mana perniagaan, pelaburan, MLM sila pastikan anda buat risikan terlebih dahulu. cari maklumat di Cari.com, carigold.com, Lowyat.net. a businessman also a general. plan before you strike. nih la principle dalam Art of War yang dipegang oleh big player dalam industri.
kalau anda Melayu, cuba cari kawan-kawan Cina. biasanya skim cepat kaya bertopeng MLM nih, bila dah tak laku dengan kaum Cina barulah akan pergi kepada Melayu. bukan dia racist, tapi dasar pegangan modal orang kita yang kurang sket. target pun kepada orang gomen sebab banyak lubang boleh buat loan.
kalau nak join lagi, cuba check dengan KPDN HEP, dan Bank Negara. Melalui telefon atau web.
p/s: join la kalau suka, tapi kalau lu gamble..sama jer lu main poker kat genting. tak guna gak pakai kopiah kulu kilir..kah2.



