kelik-kelik

Rabu, 26 Januari 2011

Melalut

1. Baca blog akak aku bulan lepas, mengatakan bahawa arwah wek (nenek) merupakan sepupu kepada Pak Sako a.k.a Ishak Hj Muhammad. Nih mak aku yang cerita, kalau harap aku memang tak tau haha.

2. Sebagai orang ada bau-bau bacang kena la mengambil tau serba sedikit. Barulah dinamakan peminat sejarah.

3. Aku dah lama tau yg Pak Sako nih berasal dari Temerloh. Ada juga senaraikan dia sebagai salah seorang figure yg berasal dari tanah revolusi nih. Yeah, Tanah Revolusi bunyi lebih rebelious berbanding Bandar Ikan Patin.

4. Percaya atau tidak, orang Temerloh telah terlibat dengan kebanyakkan perang yang ada di Tanah Melayu. Perang Klang, Perang Saudara Pahang, Perang Menentang British, Perang Dunia ke 2, Darurat & Insurgensi. Sebab tu ada satu dua orang yg mewarisi semangat nih kalau merempit cukup kamikaze.

4. Seorang lagi tokoh terkenal pra-Merdeka tentunya Ibrahim Hj Yaacob. Orang Tanjung Kertau tu. Perjuangannya dengan KMM dan berakhir di Jakarta bagi merealisasikan Indonesia Raya. Salah seorang Pahlawan Negara Indonesia, walaupun lahirnya di Malaya.

5. Dah jauh melalut, baik aku sambung baca pasal Pak Sako lagi. Nih penangan espresso la.


Sabtu, 22 Januari 2011

Cerita Bergambar

Cerita 1
Geng PASKAL & 11 RGK berjaya menumpaska
n lanun
Somalia neh.
(gambar cilok dari Dzirhan)

Lanun Somalia katanya mereka melanun kerana pendapatan mereka sebagai nelayan terjejas. Sebabnya mudah konflik berdarah yg melewati tempoh sedekad menyebabkan negara mereka dalam keadaan tidak stabil.

Bila tiada kerajaan yang benar-benar berkuasa, maka negara tersebut boleh dikatakan tiada fungsi. Lanun & rakyat Somalia menuduh kapal-kapal dari negara luar telah membuang minyak kotor mereka ke perairan negara tersebut. Maruah mereka di injak injak oleh kapitalis. Mereka tidak punya JAS untuk di adu, jauh sekali nak suruh Coast Guard menahan kapal yg bersikap cekik darah tu. Lantas, mereka bertindak sendirian dengan melakukan aktiviti melanun bagi menakutkan kapal asing dan menjana ekonomi mereka sendiri.

Seperti juga aktiviti haram lain, sekali buat..mesti nak lagi. Teluk Aden tak aman nampaknya. Silap haribulan mereka silap langkah, bertemu dengan ketumbukan tentera dari pelbagai negara yg berkawal di perairan tersebut. Semalam mereka berani hijack kapal negara. Jadi terima lah padahnya. Ada beberapa lanun cedera, aritu punya dokumentari Navy Seals snipe je 4 orang lanun yg menahan kapten kapal Maersk. 4 orang sniper untuk 4 orang target. Fuhhh.

SYABAS ATM, PASKAL, GGK, KD Rajawali, Crew BM5,

Cerita 2



aku baru terserempak dengan blog mamat nih. kalau aku tau awal mesti lagi best, aku rasa blog gf Apek tu dah terlebih promote. bagi aku, blog Anak Memberontak ini lah blog sebenar dengan penceritaan yg sempoi dan gambar yg tak overkill. aku tau pasal cerita dia yang selama harimau pergi kibar Jalur Gemilang di GBK. aku ingat dia nih student kat sana. rupenya bukan, dari Malaysia pergi ke Indonesia untuk menyokong.

dia sepatutnya bergabung dengan kelab penyokong lain dari Malaysia. tapi sampai di stadium tak jumpa pun dengan penyokong Malaysia lain . rupenya penyokong lain tengok di kedutaan je. sebab dah nekad tu yg dia kibar kan Jalur Gemilang bila Malaysia menjulang piala AFF. hasilnya, dapatlah makian dan balingan botol sebelum ditarik oleh pak polisi.

barua tak barua? orang dia datang sini tengok bola siap boleh tak pakai baju lagi. tak ada pulak kena tahan. POLRI gagal bagi jaminan keselamatan pulak tu. brengset, kabo antar Brimob la. panggil KOPASUS la cam tu.

SYABAS ANAK MEMBERONTAK, ujung taun nih wajar jugak aok ni dapat pingat dari Sultan Pahang. Dapat PJK pun worait.

Di Gelora Bung Karno

Rabu, 12 Januari 2011

KES : Wishlist wa

Siri KES dah abis ek? tak perasaan aku, maklum lah bulan 12 aritu sibuk tengok Suzuki Cup kat tv.
Dalam siri haritu, ada seorang penjenayah tu asal Mentakab. Sama tempat lahir ngan aku la tu. Campur episod Bentong Kali, boleh tahan gak 'crook' orang negeri koi haha.

Kalau bersambung lagi siri KES nih bagi musim akan datang, nih wish list aku untuk dicover oleh wartawan;

1) Pak Man Telo
budak-budak 90 an mau tak kenal ngan orang tua nih, dengar citer Akta BAFIA pun ada kaitan ngan dia nih haha. dia berjaya menghasilkan skim piramid mencecah RM 100 juta hujung 80 an. without MBA, Degree mahupun sijil insitut pertanian dia berjaya collect duit sebanyak tu. dia cuma bekas reporter part time. anak dia siap kena culik dengan pelabur, sebab pelabur tak puas hati.

2) Prebet Adam
nih aku ada tulis dulu, tapi kena delete. ada malaun tuduh aku lebih kurang menghasut adeh.

3) selongkar la kat Cari.com pasal 'pembunuhan yang tidak dilupakan' banyak kes menarik

Sabtu, 8 Januari 2011

The Banker Who Knew Too Much

It's All About Franklin




1. Jalil Ibrahim adalah satu-satunya orang awam yang telah dianugerahkan dengan pingat tertinggi negara (melebihi Tun) iaitu darjah Seri Pahlawan (S.P).


2. Seorang Old Putera (OP) atau bekas penuntut Maktab Tentera Diraja. Beliau merupakan seorang akauntan.


3. Telah dibunuh dalam menyiasat skandal bank melibatkan nilai 1 billion USD. Skandal ini juga dikatakan mengaitkan orang politik tertentu.


4. Ditemui mati di Hong Kong pada tahun 1983, tanpa sebarang pengenalan diri. Cuma sekeping duit syiling Malaysia yang telah membuatkan Royal HK Police mengaitkan mayat itu dengan negara ini.


5. 'The Banker Who Knew Too Much' sebenarnya tajuk kepada dokumentari untuk CI Asia. CI Asia memang banyak menghasilkan dokumentari macam nih, tahun lepas pasal Al-Maunah.


Al-Fatihah.

Isnin, 3 Januari 2011

3 Jan

1. 3 Januari, genap sekali lagi berumur 24 tahun (syukur). Sedang memulakan diri dalam satu fasa yang baru, iaitu sebagai graduan.

2. terima kasih atas segala ucapan yang diberikan.

3. 3 Jan, tahun ini tercatat sebagai hari pertama persekolahan bagi tahun ini. Selamat bertugas kepada guru-guru, selamat kembali kepada yang belajar.

4. Semalam bukak blog Lt. Kol Radzi, nampaknya pengambaran drama "Platun Harimau" telah berjalan. Drama 15 episod itu diadaptasi dari novel bertajuk sama karya Lt. Kol Radzi.

5. Platun Harimau mengisahkan pahit maung perjuangan Platun Harimau 2 RAMD (kemudian dikenali sebagai Unit Combat Intelligence Service/ UCIS) dalam peperangan Insurgensi. Pelakon Zulhuzaimi telah dipilih memegang watak sebagai Lt. Fauzi iaitu ketua Platun Harimau.

6. Satu pilihan yang tepat aku rasa, Zulhuzaimi boleh berlakon. Lihat sahaja mainan wataknya dalam Rempit sebagai Spark. Atau sebagai ketua gangster dalam Anak Halal. Dia juga ada ciri Lt Fauzi iaitu muka yang garang dan tegas. Maklum lah, ketua platun 'khas'.

7. Drama ni dijangka ditayangkan pada 1.3.2011 sempena HUT TD.

Sabtu, 1 Januari 2011

Shinjiku Incident



baru selesai menonton shinjuku incident kat astro tadi. dvd aku beli tapi tak tengok sebab gambar wayang, tak memenuhi standard.

shinjiku incident sebuah filem 'gelap' Jackie Chan, pelakon tua kelahiran china ini bukanlah selalu berlakon dalam filem yang memerlukan dia membunuh atau menjadi watak jahat. dia telah berjaya membina satu perwatakan yg mesra dengan kanak-kanak dalam filem ataupun kartun. btw, bapak jackie dulu spy China yg kerja di kedutaan sebagai tukang masak

Jackie Chan melakonkan watak sebagai seorang imigran yang berhijrah ke Jepun, sebab apa dia berhijrah itu wa tak tau. tak tengok start tadi. pendatang China di Jepun dengan mudah menjadi mangsa pemerasan oleh Yakuza. sebabnya mudah, mereka lemah dan takut untuk mendapatkan perlindungan polis kerana mereka pendatang haram.

atas sebab survival bangsa China di Jepun (racist? siapa kata melayu je racist?), Jackie Chan berjaya mengumpulkan sokongan dan tenaga bagi menentang kumpulan Yakuza itu. dan kisah pun bermula.

"persaudaraan" antara imigran terbabit telah mewujudkan satu kongsi gelap di bumi Sakura. pendatang terbabit bukan lagi "giajin" yg mudah tunduk. mereka ialah kuasa baru dalam dunia kelam mereka sendiri. namun, cuma Jackie Chan seorang yang merupakan ahli kongsi gelap yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsip mulia(?) seperti tidak mengedar dadah dan tidak membuli orang lain.

anggota lain, telah hanyut dan melupakan asas perjuangan demi memenuhi kehidupan mereka. inilah realiti dalam perjuangan. selepas peroleh kuasa dan harta, berapa ramai yg masih berpegang pada sumpah dan janji.

ada masa aku tulis lagi pasal kongsi gelap nih.