salam...
dah tiga hari melepasi taun baru, dan akhir taun aritu aku tak buat rangkuman ujung taun seperti taun 2008 haritu. kalau aku journalist, dah lama makan penampar nih. nasib baik jadi blogger tak bergaji, boleh suka hati.
malam hujung taun tu, aku sibuk tengok konsert kat tv dan berforum.
so arini besday aku yang 23, entri nih pun agak poyo sebenarnya..tapi mengenangkan aku dah terbuat entri sebegini masa berumur 22, maka disambungkan sahaja perkara sebegini. tidak mahu dikata mencarik adat bak kata orang tua.
walaupun besday, tapi tak disertai dengan parti buih dan tarian tiang. kalau ada memang confirm aku invite, korang check la emel ngan fesbuk..tapi masalah tak de. lagi pun nih bersesuaian dengan resolusi yang nak menyambut secara bersederhana dan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi. dalam pada kelembapan ekonomi dan kebobrokan sosial ini, maka amat wajar tindakan aku. well, krisis ekonomi pasca olimpik beijing masih tak pulih lagi kalau nak tau (aku ada tulis pasal krisis nih sebelum ia berlaku, OFFICIALLY) . ditambah pulak dengan kejatuhan ekonomi di Dubai.
tapi aku mengharapkan agar tahun dua puluh sepuluh, impak kejatuhan wall street tak menjejaskan elaun aku. dan 2010, tahun akhir beb..taun akhir pengajian sebagai guru pelatih. (Insya Allah) kalau dikenang kembali perjalanan tu, masa tengok surat tawaran macam jauh gila 2010 nih. tapi skang dah 2010.
tapi juga 2010 tidak menjanjikan sebuah katil dipenuhi ros. jatuh dan bangun hanya akan mematangkan kita. bruises and cut's make us MEN.
Syukur alhamdulillah, terima kasih kepada mak aku, ayah aku, adik beradik, puok gerabok, sahabat, kawan, rakan, teman, para guru, para pensyarah, para pekerja, para penyaman parking MPT..(aku dah bayar, kalau ada surat sampai..aku report JSJK kat bukit perdana, report kat Bernama TV, TTPM, FOMCA, report kat fesbuk DYMM Raja Melayu, kat PM) kaki report sungguh haha.
P/S: happy bday kat kawan2 yg sambut besday dalam Januari..have a blast January, bro n sis. orang januari sentiasa cool..
4 ulasan:
selamat pagi cikgu dan selamat hari lahir... ko dh tua gak...
apa fb ko...!?
ko org tpg ke...!?
MPT = Majlis Perbandaran Taiping...!?
selamat tahun baru... :)
rona..
aku orang temerloh rona, MPT=Majlis perbandaran Temerloh
nih fb aku red_troop87@yahoo.com
bro azrul,
salam taun baru bro
selamat hari lahir otai
Catat Ulasan