kelik-kelik

Selasa, 12 Januari 2010

entri bertaraf diari jilid 2

satu hari di masa cuti,

seperti biasa gua bangun sewaktu lalat belum mengepakkan sayap nye (siyes tipu), gua bangun sambil menyedut udara yang segar kurniaan Tuhan. selepas berjaya menyiapkan latihan fizikal seperti mengeliat tubuh badan, gua meneruskan kepada rutin berikutnya.

rutin berikutnya ialah bukak tingkap, tengok luar. ladang getah di sebelah pagar dah berpotong rupenya. dalam masa beberapa bulan lagi, gua yakin dan percaya lateks yang terhasil itu akan menghasilkan tayar untuk kegunaan orang ramai khasnya mat drift. kedengaran enjin motor cub dideram laju, mengaum bagai juara. kampung gua memang macam nih, budak2 yang dah sunat semua boleh bawak motor. skill bawak motor dorang setaraf ngan sharol yuzi. tapi semua duk agungkan rossi, set2 yang tampal sticker 46 kat moto. gua tak tampal, takut ayah gua ingat gua join parti Semangat 46.

menapak kecil melintasi ruang tamu, gua perasan telepon gua berkelip-kelip. Nih tak de lain, sms celaka suh download porn guna henpon la nih, bodoh sial..kata gua. tak logik sungguh, suh download guna henpon. memperkecilkan kemampuan gua nih. langsung buat keputusan ke dapur untuk menikmati sarapan pagi.

settle makan, gua terdetik untuk check henpon tadi. gua tenang menekan kekunci. tiada stress diwaktu cuti nih. macam biasa, spam dari ym dan juga sms dari hotlink. yang tak biasa, nombor 03-22XXXX. adeh gua kaget. nih macam nombor kat maktab. budak maktab takut kalau dapat call dari maktab masa cuti, maknanye ada benda tak betol la tu. contoh kena repeat.

gua pun call balik nombor tadi. panggilan gua disambut oleh sorang budak laki kecik. ceh, anak murid masa praktikum dulu rupenya. dia duk kat flat kerinchi patut la nombor lebih kurang sama ngan nombor maktab.

seperti cikgu sivik yg lain, gua mengucapkan salam. sambil bertanya soklan klise macam 'buat ape cuti nih' dan mengucapkan terima kasih, sebab susah-susah nak telepon gua. dalam pikiran gua nak cari apa nama budak nih. lupa pulak dah. dia telepon sebab nak bagitau dia baru lepas bersunat.

mungkin lain kali dia telepon, boleh gua borak-borak ngan dia style "men to men talk' org kata pasal dia nak ngorat awek MGS ker haha. budak-budak baru nak up kata kan. sambil bagi nasihat supaya menjauhi geng-geng bdk skolah menengah yg isap rokok kat stor sukan tu. fikir gua lagi sambil mencapai kunci nak beli paper.

******

sekadar bosan, lagi pun aku tak suka citer bab personal nih.

6 ulasan:

Rona Realiti berkata...

ko mesti cikgu yg cool mcm citer GTO kan...!?

Seri berkata...

kdg2 rasa nyesal gak kasi no phone kat bdk2 ni

elok je nk minta topup kat kita

yg bestnya sama2 bagi semangat utk belajar

kudabesi berkata...

rona..

x de la, dalam kelas aku strict sket. sbb aku jenis yg kaku lg ngajor, kena nampak la tegas sket. takut dia memporkotak katik aku. luar kelas aku orait..GTO mmg feveret kami pun, cuma x mampu jd cam dia

seri yg berseri

haha jgn nyesal..jgn sesekali bg no phone,ym, fb esp smasa sdg praktikum. susah kita nanti. dah abih baru blh klu nk bg

puteraohtrabulan berkata...

Jgn jadik mcm Cikgu Jamil sudahlah Bro...

kudabesi berkata...

baik bro..

i'll try

bunkboque berkata...

blog nih best