kembali ke dunia serius, macam dulu-dulu (sedikit skema, setaraf dgn taraf guru pelatih ;-)
Tiga harimau, cerita berbeza, nasib juga berbeza.
Eksibit 1:
Harimau Malaya
Dalam tiga ekor harimau dalam entri ini, nampaknya cuma harimau ini yang tersengih ibarat keranggg (majalah rock mat saleh, btol eja?). Buruan Harimau Malaya untuk meratah emas Laos berhasil nampaknya, walaupun pemburuan kali ini di iring dengan kata skeptis lagi pesimis tambah pulak petanda bakal kalah seperti lewat naik charlie. Namun menang tetap menang. Tak boleh tahan nampak gambar kapten mesia di sisi bini tercinta dan anak pegang medal. Perjalanan masih jauh, dah berapa kali skuad bola terlepas ke kejohanan besar seperti olimpik walaupun team projek olimpik ditubuhkan. Mungkin logo harimau melompat bola pada logo persatuan bola boleh diubah kepada harimau memijak bola, harimau menanduk bola atau harimau mengigit bola. Harimau lompat bola seperti tanda loose control, kerana bola harus disepak, dileret, ditendang, atau ditanduk. Bola yang perlu dilompat ialah gym ball, iaitu kegunaan gimnas.
Eksibit 2 :
F-5E Tiger yang hilang enjin
Nih kira harimau tua, dah tua tapi masih bertaring. Zaman kegemilangan pesawat juang ini ialah sekitar 80 an di Malaysia. Kalau budak2 80's mesti pernah menonton cerita 'Wira Angkasa' hero dia sorang tu Yussof Haslam, dan pesawat nih la yang jadi star dalam cerita tu. Dari minit-minit awal sampai ke babak di mana F-5E TUDM ditembak oleh pesawat juang Oren Land kalau tak silap. Malah lagu satria mega dari Bloodshed pun ada nama F-5E nih.
Kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, F-5E mati meninggalkan enjin. Walaupun pesawat nih dah ditamatkan khidmat dalam 90's kerana negara dah peroleh Uncle Mig n Cik Horn tetapi pesawat nih tak dilupus. Ia disimpan dah diselenggara serta boleh diaktifkan sekiranya diperlukan. Malah dua pesawat F-5E dilengkapkan dengan kamera bagi tujuan tinjauan medan (pepandai aku wat term melayu). Dan seperti laporan akhbar, ia masih lagi digunakan di beberapa negara termasuk Singapore.
Peristiwa penjualan enjin a.k.a rompakan itu merupakan satu petunjuk akan loopholes yang terdapat dalam pertahanan kita. Rakyat berasa amat kecewa, sementelah bagi golongan patriot macam geng Home of The Brave. Sebenarnya, yang merumitkan keadaan ialah apabila terdapat beberapa laporan mengatakan yang Malaysia telah memindahkan teknologi ketenteraan Uncle Sam kepada Iran. Dan laporan sebegini berserta peristiwa yang berlaku boleh meranapkan keamanan negara. Jadi sapa-sapa yang jual tu fikir kan lah, duit habis sekejap jer..negara tak dibina sepantas itu. Cakap banyak pun tak guna, gua orang AWAM, tak setaraf dengan yg berbintang-bintang. Tapi negara nih kita punya.
Harimau ini mungkin menangis jika dibahasasterakan. "habis madu,sepah dibuang".
Eksibit 3 :
Tiger Woods
Tiger Woods, antara ahli sukan terkaya dunia. meraih kejayaan dan pendapatan yang tidak dapat diukur pada skala aku. Rakyat Thai pernah berbangga dengan dia kerana ibunya berbangsa Siam (well, bini Vijay Singh org mesia). Dia tersungkur dek skandal seks. Women, Wine, War tiga benda yang meruntuhkan empayar roman kini meruntuhkan empayar TW. Benar pesan orang tua-tua, tiga 'ta' yang buat lelaki lemah iaitu harta, tahkta, wanita.
Harimau ini cuma terluka, mungkin mengaum jika diubat
woykeh, adios amigos.nak menyusuri banjaran titiwangsa menghala kota raya dengan berkuda, balik nanti berkancil.
link:
Malaysian Order of Battle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan